Saudara Pengarang,...KAMI minta ehsan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat agen ‘Carlberg’ di Kota Kinabalu yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Kelly dan lebih dikenali sebagai Tauke Niu.
Maklumat yang kami terima, syarikat tersebut ada seorang lagi lelaki rakan kongsi yang benama Mr Wong; seorang kontraktor yang menjalankan pelbagai projek kerajaan. Kini Tauke Niu mengadakan usaha sama (Jv) dengan seorang lelaki bernama Ah Ling yang juga lebih dikenali sebagai 'Tuapui Ling' atau 'Gemuk' yang pernah dibuang daerah ke Sandakan oleh pihak polis.
Melalui Sabahkini.net, kami meminta ehsan SPRM Sabah agar menyiasat kenapa Unit Pencegahan Kastam membuat pemeriksaan di kedai kopi di seluruh Kota Kinabalu bertanya dengan tauke kedai siapa yang bekal minuman Carlsberg?
Kalau bukan dari syarikat Tauke Niu, semua bir terus diangkat dari premis ke pejabat kastam dan kalau tauke kedai kata dibeli dgn syarikat Tauke Niu terus pegawai pencegah edar dari lokasi tanpa menjalankan sebarang siasatan.
Inilah kehebatan Tauke Niu sehingga Kastam Raja Di Malaysia pula bekerja dengan syarikat tersebut sebagai ‘promoter’, ‘perampas’ dan ‘penguatkuasa’ sekaligus. Kami difahamkan syarikat tersebut telah membayar RM20,000 sebulan untuk pegawai kastam Sabah tidak termasuk pegawai atasan Di Ibu Pejabat Kastam.
Cuba SPRM ke Kopitiam di yang bersebelahan bekas Pawagam Cathay Kota Kinabalu yang ada menjual satay. Tanya harga sebotol bir yang dijual di kedai kopi tersebut, bukankah sebotol tidak lebih dari RM8.00? Kalau bir dibayar cukai, kedai harus jual berapa dan harga di 7 eleven berapa?
Sepatutnya SPRM tanya Kastam kerana mereka lebih pakar? Logikkah RM11 boleh dapat 3 tin carlsberg? Semua draf bir tiger dan carlsberg yang dijual di hotel 5 bintang, kelab malam atau karaoke di Kota Kinabalu, 90 peratus daripadanya tidak membayar cukai.
Untuk makluman SPRM, kegiatan ini telah dijalankan oleh syarikat tersebut di atas dan sebuah lagi syarikat yang membekal Tiger bir draf yang dimiliki oleh Steven Voo, bekas Area Manager Guiness Anchor sejak bertahun di seluruh Sabah tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.
Jika tidak percaya, cuba SPRM periksa berapa biji tong draf yang diimport terus oleh Carlsberg Marketing Kota Kinabalu dan Harrison Trading Kota Kinabalu dan berapa tong kosong yang dikirim balik ke kilang di Kuala Lumpur oleh dua syarikat tersebut untuk diisi semula?
Contohnya, Tong bir draf diimport masuk 200 tong bayar cukai dan kirim balik ke kilang 1,000 biji. Dari mana lebih tong bir draf masuk ke Kota Kinabalu tidak termasuk daerah lain?
Untuk maklumat bir draf tidak ada tanda ‘MDNP’ dilekat di tong dan ini hanya bif draf hanya jaul di kelab, karaoke high class dan hotel lima bintang. Kalau kes macam ini pun kastam dan SPRM tidak pandai siasat, bererti betul dan tepat dakwaan orang ramai bahawa Pegawai Kastam, terutama Ketua Pengarah Kastam ‘makan rasuah’ daripada sindiket dan SPRM turut bersubahat?
Tanpa mengambil gaji daripada kerajaanpun mereka yang menerima rasuah ini boleh hidup mewah tetapi yang kami kesal ialah mereka terima gaji daripada kerajaan dan dalam masa yang sama termasuk dalam payroll sindiket.
Maklumat yang kami salurkan melalui Sabahkini.net hanya 10 peratus sahaja tidak termasuk kes kereta dan diesel bersubsidi.
Kami juga merayu agar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) memantau Pelabuhan Sepanggar di Kota Kinabalu kerana ada kontena bir ditarik keluar dari pelabuhan yang dideklarasi sebagai barang tidak bercukai.
APMM juga sewajarnya memantau ‘supply boat’ Shell dan Petronas yang menjual minyak bersubsidi kepada sindiket di perairan Labuan.
Sekian dan Salam Hormat.
PEGAWAI ANTI RASUAH SABAH/LABUAN.
Friday, February 11, 2011
‘DOUBLE PAY’ UNTUNGKAN PEGAWAI KASTAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebagai rakyat biasa mengapa semua ini mesti terjadi ????????
ReplyDeletejawapannya mudah.. mereka sudah biasa d didik makan benda haram dan menganggap uniform yg mereka pakai tu adalah kuasa di tangan mereka... lebih baik bertaubat daripada minum ubat... sekian.
Diharapkan dakwaan ini disiasat.
ReplyDeletedakwaan ini perlu disiasat kerana kita tak boleh biarkan perkara ini terus berleluasa.
ReplyDeleteTeruskan penyiasatan. Mungkin ada aktiviti haram yang dilakuka.
ReplyDeleteJangan biarkan aktiviti seperti ini berkembang di sabah. Lambat laun masalah akan timbul.
ReplyDeletepekara ini perlu disiasat bagi mengetahui sama ada pekara ini benar atau tidak.
ReplyDeletepihak yang melakukan dakwaan ini juga perlulah tampil membuat laporan rasmi dan berserta dengan bukti yang kukuh. jika hanya bercakap tanpa bukti, kesahihannya boleh dipertikaikan.
ReplyDeleteDakwaan ini harus disiasat!
ReplyDeletesampaikan terus laporan ini kepada SPRM. biarlah yang sampai kepada SPRM itu lebih panjang dan lebar berbanding dengan yang disiarkan di mendia.
ReplyDeleteTidak hairanlah pihak pejawat awam selalu melakukan kesalahan begini. Harap SPRM perlu menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteSPRM perlu siasat perkara ini, jgn biarkan rasuah terus berleluasa.
ReplyDeleteDakwaan ini harus disiasat utk sahkan kesahihannya.
ReplyDeleteApapun janganlah fikir yang bukan2. Selagi hal ni blm disahkan susah juga mahu cakap kalau takda bukti.
ReplyDeletesiasatan harus dilakukan..
ReplyDeletepemantauan dan penguatkuasaan harus diperketatkan untuk membanteras penyeludupan dan rasuah.
ReplyDeleteMembanteras rasuah adalah tanggungjawab bersama.
ReplyDeleteMembanteras rasuah adalah tanggungjawab semua.
ReplyDeletejgn harap semua kastam jahat mungkin hanya segelintir shj yg terlibat.
ReplyDeletesiasatan harus dilakukan..
ReplyDeleteBagi yang membuat dakwaan ini adakah dia tahu sistem percukaian bagi barang2 yg dikilang di Semenanjung kemudian dibawa masuk ke Sabah/Sarawak? Ini adalah pemindahan dalam Wilayah dan tidak melibatkan duti import. Barang2 yg dikilang di Semenanjung TIDAK dibenarkan keluar dari kilang selagi cukai jualan belum dijelaskan dipejabat kastam di Semenanjung. Duti Import hanya utk barang2 dari luar Negara.Memang mudah menuduh tetapi tolong kemukakan bukti hitam putih terhadap pegawai yg dituduh.
ReplyDeleteBuktikanlah kalau boleh.
ReplyDelete