Kekacauan yang berlaku yang menyebabkan beberapa kematian di dalam tunjuk  perasaan di Mesir adalah berpunca dari provokasi dan serangan dari  anggota polis berpakaian preman.
Rakyat yang anti-Mubarak berjaya  menemui dan merampas beberapa kad pengenalan diri daripada mereka yang  pro-Mubarak yang berjaya mereka tewaskan. Pertempuran diantara kelompok  pendukung Presiden Husni Mubarak dengan anti-Mubarak berlanjutan dan  golongan rakyat yang anti-Mubarak telah mengusir golongan yang  mencetuskan kekacauan dari beberapa jalan di sekitar Lapangan Tahrir  yang telah mereka kuasai.
Mereka saling  melempari batu dan terdengar pula tembakan. Pihak tentera, yang berusaha  memisahkan kedua kelompok, tampak tidk berupaya untuk menyekat massa.
Para penyokong Presiden Mesir Husni Mubarak dalam di dalam demonstrasi mereka di Kairo telah menyerang wartawan asing.
Beberapa  wartawan dipukul dan peralatan mereka dirosakkan, sedangkan beberapa  lainnya ditangkap. Kelompok pendukung Mubarak juga menghalang penyaluran  makanan dan minuman kepada kelompok anti pemerintah yang bertahan di  Lapangan Tahrir, pusat kota Kahirah.
Kementerian Kesihatan Mesir menyatakan lapan orang diketahui terkorban akibat protes sejak Rabu kelmarin.
Di  tempat yang berlainan, para penceroboh merosakkan pusat perbelanjaan di  kota Iskandariah, salah satu pusat perbelanjaan terbesar di Mesir.
Wakil  Presiden, Omar Suleiman (gambar) mengumumkan bahwa putera Mubarak,  Gamal, tidak akan mencalonkan diri sebagai Presiden. Inilah pernyataan  rasmi pertama bahawa Gamal tidak akan meneruskan kekuasaan ayahnya.
Sebelumnya   Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq meminta maaf ekoran serangan yang  dilakukan oleh para penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas  kumpulan penentang Hosni di Tahrir Square semalam.
Para  penunjuk perasaan anti-Hosni mendakwa sekumpulan samseng dan anggota  polis berpakaian awam diupah oleh pemerintah Mesir untuk bertempur  dengan kumpulan penentang Presiden Mesir.
Dalam pertempuran itu, kayu, batu dan bom petrol digunakan untuk mematahkan kemaraan kumpulan penunjuk perasaan penentang Hosni.
Menyentuh  insiden itu, Ahmed Shafiq berkata, serangan itu merupakan satu  kesilapan besar dan beliau berjanji akan melakukan siasatan bagi  membolehkan setiap orang mengetahui siapa yang menjadi dalangnya.
Dalam  pertempuran yang bermula malam kelmarin dan awal pagi semalam, sejumlah  besar penyokong dan penentang Hosni bergaduh dalam peristiwa yang  dianggap paling berdarah dalam sejarah tunjuk perasaan di Tahrir Square.
Tunjuk  perasaan itu bermula sepuluh hari lalu oleh penyokong antipemerintahan  yang mendesak Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30  tahun.





Friday, February 4, 2011
Polis Dalangi Serangan Ke Atas Rakyat Mesir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.