Walaupun Yaumal Raahil (hari pemergian)  berakhir Jumaat lalu dan Hosni Mubarak masih berada di atas takhta,  penunjuk perasaan di dataran Tahrir di sini tidak hampa, malah lebih  yakin perjuangan mereka akan berjaya.
Minggu yang baru berlepas  menyaksikan mereka berjaya menepis serangan balas penyokong presiden  Mubarak, selain melihat keseluruhan anggota majlis tertinggi parti  pemerintah dipimpin Mubarak, meletak jawatan termasuk anaknya Gamal yang  sebelum ini bercita-cita menggantikan bapanya.
Washington  yang menjadi sekutu rapat Mubarak kini pula dilihat lebih cenderung  mahu naib presiden Omar Suleiman mengetuai proses peralihan kerajaan di  negara itu.
Kumpulan pembangkang terbesar Mesir pula, Ikhwanul  Muslimin selepas diharamkan sekian lama semalam terbabit dalam dialog  politik dengan Omar, bersama-sama kumpulan pembangkang dan penunjuk  perasaan yang lain bagi mengakhiri bantahan yang sudah berlarutan dua  minggu itu.
Mubarak yang memerintah Mesir sejak hampir 30 tahun  lalu selama ini tidak pernah bertolak ansur dengan Ikhwan, malah secara  keras menentang kumpulan yang mempunyai banyak pengaruh itu.
Berikutan itu keputusan mempelawa Ikhwan terbabit sama dalam rundingan dilihat rejim Mubarak semakin terdesak.
Sementara  itu, suasana di ibu negara dengan 18 juta penduduk ini yang ditutup  sejak tunjuk perasaan bermula 25 Januari lalu, semakin pulih.
Semalam, menyaksikan bank membuka pintunya untuk tiga jam, pertama kali dalam seminggu.
Beberapa restoran termasuk francais asing seperti Kentucky Fried Chicken turut membuka semula perniagaan masing-masing.
Keadaan lalu-lintas juga kembali seperti biasa dan kedai termasuk di jalan yang menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula.
Kumpulan  penunjuk perasaan yang masih berhimpun di dataran yang sudah menjadi  medan utama bantahan menghadiahkan bunga kepada pekedai sebagai  ‘pampasan’ terhadap kerugian yang dialami mereka.
Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di dataran itu bagi meneruskan bantahan mereka.
“Kami  bertekad untuk mengadakan bantahan ini sehingga tuntutan nombor satu  kami dicapai,” kata Khaled Abdul-Hameed, seorang wakil penunjuk perasaan  itu. – AP/Agensi













Monday, February 7, 2011
Mesir : Islam Dan Kristian Bersatu Desak Mubarak Turun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.