Monday, February 7, 2011

Pilihan raya Sarawak Mac semakin hampir ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCCZUMblggvQ2YJ_ykaBrcl7B2dEDO5iY7uLzhJxsfjvAkYzMKPN8EtHYHSr4UwmptlLnZCIadL9PVps64n6Nv7CW288o3o4nUKYGiqzAKg1XPvj4t8QpvsJuaD1fjyXqjC94LZbaDAVzM/s400/pilihanraya_sarawak.gifSebelum ini Ahli Parlimen BN kawasan Stampin, Datuk Yong Khoon memberitahu wartawan di negeri itu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan signal bahawa Pilihan Raya negeri Sarawak kali berkemungkinan diadakan pada penghujung Mac depan.

“Perdana Menteri telah mengarahkan kita (Ahli Parlimen) supaya turun padang sehingga ke peringkat akar umbi dan memberikan lebih perhatian kepada rakyat.

“Maka itu, saya merasakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada penghujung Mac,” katanya kepada wartawan di Kuching pada 9 Januari lalu.

Secara kebetulan, pada 5 Februari lalu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mensasarkan semua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dapat dijelajah menerusi penganjuran Karnival Mesra Belia menjelang akhir Mac ini.

Beliau berkata, setakat ini program yang bermula Januari lepas itu telah diadakan di 15 kawasan DUN, dan bakal menjelajah ke 30 lagi kawasan pada bulan ini.

Pada 23 Disember tahun lalu pula, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan keanggotaan dan logistik daripada Kontinjen Sabah dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Tempoh Dun Sarawak akan berakhir pada 24 Julai depan dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini memberitahu beliau memilih hari Sabtu untuk mengadakan pilihan raya di negeri itu. - Masdarwahid

11 comments:
Write comments
  1. Harap rakyat akan membuat pemilihan yang betul bila PRK nanti.

    ReplyDelete
  2. pilihan raya negeri Sarawak mmg akan diadakan tak lama lagi. parti perlu bersedia.

    ReplyDelete
  3. pilihan raya Negeri Sarawak sudah semakin hampir. semoga semuanya akan berjalan dengan lancar nanti.

    ReplyDelete
  4. Rakyat pilihlah dengan pilihan sendiri dan bukannya dengan hasutan pihak lain..

    ReplyDelete
  5. sementara menunggu keputusan rasmi berkenaan dengan tarikh pilihanraya negeri Swak, elok la jika semua parti menggunakan masa yang semakin kritikal ini untuk membuat persiapan.

    ReplyDelete
  6. Belum lagi tarikh pilihanraya negeri Sarawak diumumkan. Oleh itu baik jangan buat andaian dulu. Kita tunggu sahaja tarikh diumumkan.

    ReplyDelete
  7. Apapun, semua parti haruslah membuat persiapan awal untuk PRU 13.

    ReplyDelete
  8. semua harus bersedia. Jangan pula suda tiba masa mengundi ada sahaja yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. Kepada calon2 yang akan bertanding, make sure anda dapat berkempen dengan baik dan mesra kepada rakyat.

    ReplyDelete
  10. Kurangkan cakap kosong dan lebihkan turun padang.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan rakyat akan berfikir panjang sebelum mengundi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.