Kota Kinabalu: Kelmarin blog GB ada menyiarkan kisah mengenai seorang  pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari  Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di  sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.
Gambar  yang dilampir ketika itu adalah gambar fail. Namun semalam Borneo Post  ada menyiarkan gambar sebenar sewaktu pembantu menteri tersebut sedang  ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil dalam keadaan berkemban  sedang berselubung dengan selimut. Lihat gambar di atas.
Berdasarkan  maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah  lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam  sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.
Sebaik  memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin  untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap  berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.
Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.
Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.
Ketika  disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan  hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui  hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Namun, penguat kuasa  JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk  mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.
Terdahulu,  Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam  operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi  pasangan turut dicekup.
“Paling mengejutkan apabila kami menahan  seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang  tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.
“Mereka  ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas  menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi  terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya  makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam  keadaan mengaibkan.
“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita  berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan  sejak dua tahun lalu.
“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.
Katanya,  semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan  disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
“Operasi  ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat  Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.
“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya.
Saturday, February 19, 2011
Gambar Pembantu Menteri Ditangkap Tidur Dgn Pasangannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




syabas untuk bapa Tunggul ini, bertaubatlah kamu wahai saudara-saudara ku sekelian.
ReplyDeleteSatu saja gambar?
ReplyDeletekenapa nk lakukan perbuatan tidak bermoral ni. lebih baik berkahwin sahaja.
ReplyDeletegambar ni saja, siarkanlah gambar yang lebih mantap.
ReplyDeleteberani buat berani tanggung. saya cadangkan baik pembantu menteri ini melepaskan jawatannya..
ReplyDeleteTidak perlulah kita bising dengan hal ini. Mereka bersalah harus terima akibatnya.
ReplyDeletesiapa bersalah memang wajar menerima hukuman atas kesalahannya.
ReplyDeletesungguh memalukan perbuatan mereka.
ReplyDeletebertaubatlah!
ReplyDeleteIni amat memalukan. Kenapa perlu melakukan hal seperti ini. Lihatlah individu seperti ini tidak akan bertahan lama berada di atas.
ReplyDeletePastikan kedua2 mereka mendapat hukuman yang setimpalnya. Jangan disebabkan oleh kedudukannya, mereka terlepas. Mesti bersikap adil. Salah tetap Salah!
ReplyDeletepadan muka, perbuatan sumbang akan terbongkar juga akhirnya. beri hukuman setimpal terhadap mereka.
ReplyDeletewanita 50 tahun itu gairahnya yang paling kuat....nah untung lelaki muda 25 tahun yang dapat..hebat bukan....
ReplyDeletesaja hiburan...sama sama suka tak salah kan....?
ReplyDeleteSaya no komen lah kalau pasal ni. Bagi saya sendiri buat sendiri ingatlah. hehe
ReplyDeleteApapun sebolehnya hal ni dielakkan daripada berulang lagi.
ReplyDeletekesihan itu YB....tapi nanti dialah paling popular itu.....
ReplyDeleteBertaubatlah.......
ReplyDelete