Wednesday, February 9, 2011

NASIB PENDUDUK TUDAN TERUS DIBELENGGU KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN



Nasib kira-kira lebih dari 50 keluarga yang mendiami di sekitar Kampung Tudan yang masih tidak mendapat hak tanah milik kekal semakin mendapat perhatian umum dan juga pihak NGO. Semalam, sebuah NGO yang baru ditubuhkan untuk membela nasib rakyat dalam isu tanah telah hadir untuk mendengar sendiri masalah penduduk kampung terbabit, Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat (HAK) telah mengadakan sesi aduan rakyat di kampung tersebut.

Sesi aduan rakyat itu, diadakan bagi tujuan membantu pihak penduduk terbabit dalam membuat permohonan tanah dengan pihak berwajib. Penduduk di sekitar kampung tersebut, dilaporkan telah diarah berpindah secara paksa rela dari kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Canada Hill dan Kampung Lereng Bukit sejak enam tahun yang lepas. Pemindahan mereka yang dikatakan dibuat secara paksa itu tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya termasuk tidak mendapat pampasan yang adil. Tambah mengecewakan lagi, tanah lot penempatan baru yang diberikan kepada mereka di sekitar Kampung Tudan ini masih tidak mendapat status hak milik kekal sehingga sekarang.

Penduduk yang ditemui di majlis aduan rakyat semalam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan lembab pihak berkuasa tempatan dalam usaha membantu menyelesaikan isu tanah mereka.
“Pihak berwajib kelihatan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu kami. Lebih menghairankan, apabila ada golongan yang berpendapatan tinggi pun mendapat lot tanah di kampung ini, sedangkan pada waktu yang sama, kami golongan yang miskin masih tidak diberi lot tanah kekal” kata seorang ibu tunggal.

Penduduk terbabit juga jelas bimbang dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka bakal diarah pindah ke kawasan baru tidak lama lagi. “Kami bimbang akan diarah berpindah ke kawasan baru jika hak milik tanah kami masih tidak mendapat status hak milik kekal” ujar seorang lagi penduduk yang ditemui.
Menurut penyelaras Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat (HAK), saudara Arif yang ditemui semalam, tujuan penubuhan NGO tersebut bukanlah untuk menjanjikan tanah kepada penduduk, namun seketariat ini membantu penduduk terbabit membuat permohonan dan bertindak sebagai orang tengah diantara penduduk terbabit dan pihak berkuasa tempatan.

“Kami bukanlah wakil kerajaan, yang boleh menjanjikan apa-apa. Kami di sini sebagai pembantu dan penghubung antara penduduk terbabit dengan pihak berkuasa tempatan. Yang penting, penduduk bersatu dan berkerjasama dalam menjayakan permohonan tanah mereka” kata Arif yang ditemui selepas majlis semalam.
“Tanah Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan Hak rakyat Sarawak untuk mendapat tanah di negeri ini sepatutnya diberi keutamaan oleh pihak kerajaan. Kami akan mengadakan tindakan susulan dengan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit secepat yang mungkin di samping membantu penduduk terbabit membuat permohonan tanah mereka secara sah dan mengikut undang-undang. Kami berikrar akan membantu penduduk terbabit dalam usaha untuk mendapatkan hak tanah mereka” tambah Arif lagi.
Isu tanah Sarawak, yang sering kali dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa tahun yang lalu tapi masih belum mempunyai penyelesaian yang sewajarnya sehingga hari ini.


PS: Sumber berita ini diterima dari pihak NGO Tanah Sarawak untuk diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan agar sesuatu tindakan boleh diambil dengan segera agar masalah penduduk yang terbabit diberi perhatian dan pembelaan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

Pihak PAS dan Pakatan Rakyat sedia membantu sesiapa saja yang menghadapi masalah tanah mereka agar usaha mereka selama ini untuk mendapat hak milik tanah sendiri sewajarnya sudah lama ditunaikan. Kiranya pihak kerajaan BN benar-benar membantu dan membela rakyat marhaan sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku lebih-lebih lagi Sarawak tanahnya luas seluas Semananjung Malaysia. Jangan menyusahkan rakyat dengan bebanan premium tanah yang tinggi dimana golongan miskin sukar sekali untuk mendapatkannya. Biarlah berlaku adil untuk semua. Jangan memberi keutamaan hanya kepada syarikat kroni2 saja sedangkan banyak lagi rakyat yang belum memiliki tanah sendiri. Bah kalau kerajaan BN sudah tidak mampu berlaku adil untuk rakyat berilah peluang pada PAS dan PAKATAN Rakyat pula untuk memerintah Sarawak ini. InsyaAllah pasti ada perubahan.

13 comments:
Write comments
  1. Semoga mereka mendapat sepatutnya yang menjadi hak mereka.

    ReplyDelete
  2. Saya pasti masalah mereka akan berakhir juga. Kesabaran, usaha dan doa jangan sekali2 diabaikan.

    ReplyDelete
  3. hal ini perlu diselesaikan segera demi kepentingan penduduk.

    ReplyDelete
  4. pekara ini perlu diselesaikan dengan sebaiknya demi kepentingan semua pihak.

    ReplyDelete
  5. harap pekara ini dapat diselesaikan dengan penyelesaian terbaik.

    ReplyDelete
  6. Janganlah ambil kesempatan terhadap penduduk kampung..

    ReplyDelete
  7. harap hak2 penduduk akan terjaga.

    ReplyDelete
  8. Harap nasib penduduk akan terbela.

    ReplyDelete
  9. Memang hak mereka ini perlu dibela. Mana wakil rakyat kawasan berkenaan??

    ReplyDelete
  10. Diharapkan pihak berkuasa akan mencampur tangan tentang hal ini.

    ReplyDelete
  11. bukannya kerajaan tidak melakukan apa2. penempatan mereka sebelum ini adalah penempatan setinggan. bila terlalu banyak setinggan, rakyat yang tidak senang dan mula lah mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskan setinggan dan membuka penempatan baru. bila kerajaan buka penempatan baru mula la pula demand itu ini, ditambah lagi dengan hasutan pembangkang, seolah2 kerajaan tidak melakukan apa2. lagipun penempatan itu masih baru dan masih banyak lagi yang perlu diurus dan diberi keutamaan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan memerlukan tempoh tertentu untuk mengatasi masalah menempatkan semua penduduk setinggan berikutan kekurangan dana dan tanah. isu penempatan setinggan merupakan cabaran besar kepada kerajaan. kerajaan sibuk menyelesaikan masalah, pembangkang pula sibuk menggunakan peluang ini untuk mencari masalah disebalik kesibukan kerajaan. sebenarnya penduduk dikampung tersebut bukannya dipaksa berpindah, tetapi sebagai penyelesaian kepada masalah setinggan. takkan baru pindah sudah minta tanah free.. kalau mahu tanah, beli la.. semua pun asal dari miskin, tidak ada yang lahir terus kaya. usahakan untuk meningkatkan taraf hidup sendiri. minta pampasan? siapa suruh buat rumah dikawasan yang tidak dibenarkan atau diharamkan? agaknya apa yang cuba diselesaikan oleh NGO dan pembangkang dalam hal ini??

    ReplyDelete
  13. Kita tengoklah apa yang NGO ini mampu melakukan bagi penduduk.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.