Tuesday, February 1, 2011

Janji-janji PRU-12 yang gagal ditunaikan..?

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah mempertikaikan ketelusan serta tanggung jawab kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama semua wakil rakyat BN di Tenom kerana sanggup menyisihkan penduduk Kg Loboh dan Kg Ulu Mosopoh daripada arus perdana pembangunan negara; sekaligus bertentangan dengan slogan BN ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Katanya, beliau sedih melihat keadaan pembangunan di kawasan akar umbi terutamanya di Kg Ulu Mosopoh yang berpopulasi seramai kira-kira 200 orang terpaksa mengharungi arus deras sungai setiap kali mengeluarkan hasil pertanian mereka ke bandar kerana ketiadaan jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut.

Manakala di Kg Loboh pula, penduduknya mengeluh kerana satu-satunya jalan di situ tidak pernah diselenggara menyebabkan keadaan jalanraya berlumpur dan berlubang- lubang sehingga menyukarkan kenderaan melalui jalanraya tersebut.

“Selain itu, mereka (penduduk) terpaksa memikul tong gas, getah, kopi dan padi setiap kali ke bandar kerana perhubungan jalanraya mereka terputus. Keadaan ini amat menyedihkan,” kata beliau selepas melakukan lawatan mengejut ke perkampungan tersebut baru-baru ini.


BECAK…Jimmy bersama jentera SAPP melalui jalan Kg. Loboh yang tidak pernah diselenggara dan hanya layak digunakan kerbau.

Dalam lawatan tersebut, Jimmy telah diiringi pemimpin-pemimpin bahagian SAPP Nabawan terdiri daripada Naib Pengerusi CLC Pilin Marusin, Malik Usau; Ketua Pergerakan Pemuda Turayo Samponon,; Ketua Wanita Julie Raphael dan beberapa Ahli Jawatankuasa lain.

Jimmy seterusnya berkata, “ Masalah di situ menghantui fikiran saya, lalu tertanya- tanya dalam hati kecil, apakah yang telah dilakukan oleh wakil rakyat di sini selama ini sedangkan mereka (Wakil Rakyat) telah berkhidmat selama lebih dua penggal. Kenapa masih ada perkampungan yang tercicir dari segi pembangunan?”

Menurut seorang penduduk di Kg Mosopoh dan seorang lagi di Kg Ulu Mosopoh yang enggan indentiti mereka didedahkan, bahawa masalah yang dialami perkampungan mereka telah pun dilawati wakil rakyat mereka beberapa kali, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Malahan katanya, harapan mereka untuk mendapat pembelaan daripada kerajaan dari segi pembangunan infrastruktur amat dinanti-nantikan kerana kepada siapa lagi mereka menyandarkan harapan selain kerajaan yang diangkat oleh rakyat jelata.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

4 comments:
Write comments
  1. wahai sahabat ku semua, kita sebagai pengundi sentiasa di tipu dgn kata-kata manis orang politik...terutama sekali penduduk SABAH.

    ReplyDelete
  2. Wake up lah kau orang,dah berapa pengal BN perintah kerajaan masih belum ada perubahan ketara berbanding semananjung tetapi Sabah anak emas dan aset BN mungkin kita lemah fikiran sampai beku otak atau memang kita orang sabah masih bodoh.Hidup sekarang sempit dimana barang cukup mahal gaji macam tu juga adoooooiiii jom kita ubah di PRU13

    ReplyDelete
  3. ayooo mari buat perubahan jgn bicara perubahan kalau takut berjuang

    ReplyDelete
  4. ai..sa ingat kg sa ja yang ada jalan begini cantik..tempat kamu pun adaaaa....?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.