Memang tiada kena mengena pilihan raya umum negeri Sarawak dengan kejatuhan rejim Hosni Mubarak. Siapa kata ada? Tan Sri Mohd Taib Mahmud dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Tanggal 26 hb Mac ini genaplah 30 tahun tempuhnya menyandang jawatan yang paling berkuasa di Bumi Kenyalang itu.
Ada pemerhati politik meramal, Taib akan bubar DUN Sarawak pada 2 April sebagai menghormati tarikh perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada 2009. Pilihan raya dijangka diadakan pada 11 April 2011.
30 tahun sebagai Ketua Menteri? Generasi X atau sekarang lebih popular dikenali sebagai generasi Facebook dan Twitter sudah pasti menjadikan tempuh 30 tahun sebagai satu isu yang menarik.
Apapun, keputusan PRU Sarawak sudah pasti membawa impak yang besar kepada kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara.
Persoalannya, apakah Najib bersedia menerima risiko hilang populariti BN dan kerajaan pimpinannya jika terus mengekalkan Taib sebagai KM Sarawak? Apakah tidak mungkin angka 30 tahun itu menjadi titik tolak kepada penolakan generasi X?
Secara kebetulan isteri baru Tan Sri Mohd Taib ialah wanita berusia 28 tahun dari tanah Arab negeri Syria yang terkenal dengan gadis-gadisnya yang cantik dan menarik. Secara kebetulan isteri Mobarrak juga berdarah keturunanan dari negara Syria. Ada kaitan?
Ada pemerthati politik dari Sarawak cadangkan supaya tokoh-tokoh veteran seperti Taib, Alfred Jabu, George Chan mengetuai PRU negeri tetapi tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon-calon baru. Dengan harapan golongan muda, generasi Facebook dan Twitter akan beri sokongan kepada slogan "berubah atau rebah"
Peristiwa di Mesir pastinya menjadi pengajaran kepada BN.
-http://muslioli.blogspot.com
Saturday, February 19, 2011
Sarawak Dan 30 Tahun Rejim Hosni Mubarak, Apa Kena Mengena ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak apa lagi harta kuasa dah dapat..sepatutnya umur sebegini di habiskan dengan mendekatksan diri kepada ALLAH dan banyakan besedekah...semuga jadi ikutan...
ReplyDeleteTerserahlah kepada para pengundi. Selamat berjuang.
ReplyDeleterakyat mempunyai kuasa menentukan pemimpin mereka. gunakanlah kuasa itu.
ReplyDeleteSelamat berjuang!
ReplyDeleteMay the best man win.
ReplyDeletesemuanya terserah kepada pilihan rakyat. pemimpin perlu mendengar dan memahami keinginan rakyat.
ReplyDeleteKita sendiri tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku kepada Taib. Adakah penduduk sarawak masih menerima atau tidak??Jawapannya itu ada pada penduduk itu sendiri.
ReplyDeleteHarap2 tidak akan berlaku malepetaka seperti itu. Kita tidak mahulah perkara yang tidak baik berlaku, kerana ada pelbagai lagi cara yang baik untuk menyelesaikan masalah.
ReplyDeletePilihanraya masih ada. Jika rakyat memilih untuk membuat perubahan, boleh untuk berbuat demikian. Pilihan kena tepat kerana ini soal pebangunan bersama.
ReplyDeleteada baiknya juga Taib bersara dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk memimpin Sarawak. reputasi beliau yang kian tercemar membuktikan beliau sudah tidak diperlukan atau tidak relevan lagi dalam mentadbir Sarawak masa ini.
ReplyDeleteBeliau jadi pemimpin Sarawak selama 30 tahun pilihan siapa juga? Rakyat kan?
ReplyDeletehelooo.......yb...jalan kamek di Lingga bila lagik?????
ReplyDeleterakyat tahu memilih pemimpin mereka.
ReplyDeleteTerpulanglah pada rakyat untuk membuat pilihan.
ReplyDeleteKalau pemimpin muda belum ada yang menunjukkan kemampaun menggantikan pemimpin senior, saya yakin rakyat akan tetap pilih pemimpin yang senior disebabkan faktor pengalaman. Namun jika ada golongan mudah yang berkelayakan, saya yakin rakyat pasti tahu mahu buat apa:)
ReplyDelete