Tuesday, February 15, 2011

My Balik Pulau: Pulau Pinang Saman Adun Umno & Utusan

Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

“Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu meminggirkan sumbangan orang Melayu.

“Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama,” katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

“Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke atas keluaran My Balik Pulau ini,” katanya lagi.

Lim menambah, sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian.

Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan persekutuan.

“Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk ‘lupa sejarah, hina Melayu’,” kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

“Sungguhpun yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam,” kata beliau lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang “jahat seribu jahat ini.”

“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA,” katanya lagi. -TMI

17 comments:
Write comments
  1. Diharapkan rakyat akan membuat penilaian sewajarnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Itulah lain kali kena tahu batas2 anda. Jangan main cakap saja tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  3. berani buat berani tanggung! Siasat perkara dengan segera. Jika betul jangan teragak2 untuk mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  4. terserah kepada setiap individu untuk menilai pekara ini.

    ReplyDelete
  5. tunggu dan lihat siapa yang sebenarnya bersalah. kebenaran pasti akan diketahui juga.

    ReplyDelete
  6. Harap perkara ini tidak akan jadi lebih serius lagi.

    ReplyDelete
  7. menyaman Utusan dan Farid hanyalah taktik lama yang sudah basi, apabila kita sebut bab saman kita perhatikan ia hanyalah gertakan semata2, Guan Eng hanya berkata akan menyaman. AKAN menyaman tidak bererti mereka akan meneruskan saman.

    ReplyDelete
  8. alasan kononnya risalah My Balik Pulau datangnya dari kerajaan BN adalah tidak munasabah kerana end product yang dihasilkan adalah datang dari pentadbiran DAP Pulau Pinang. malah risalah tersebut adalah terbitan 2010.

    ReplyDelete
  9. Tapi risalah itu siapa yang luluskan??Risalah itu yang patut disaman dan orang yang meluluskannya. Memang di Pulau Pinang masalah orang melayu semakin menjadi-jadi, adakah kerana DAP yang memerintah.

    ReplyDelete
  10. Utusan malayu dah banyak kali kalah dalam saman malu mungkin tak buat homework sebelum itu asyik ikut sahaja orang bagi tau.Dunia sekarang mudah dapat maklumat dan orang dah mula menilai berita2 fitnah nie

    ReplyDelete
  11. Pandai2lah rakyat menilai perkara ni. Kalau bab saman menyaman ni, no komen lah. hehe

    ReplyDelete
  12. Semoga hal ni akna dapat diselesaikan sebelum menimbulkan ketegangan yang lebih teruk.

    ReplyDelete
  13. Janganlah kita pergi jaga tepi kain orang lain. Biar mereka selesaikan masalah ini dengan cara sendiri.

    ReplyDelete
  14. biarlah mereka selesaikan sendiri hal ini.

    ReplyDelete
  15. utusan melayu mana ler ada org nak beli lagi. orang2 dungu saja percaya dengan utusan, berita harian, tv3 suku... bak kata pepatah " cuma result no ekor saja yg boleh percaya di dlm paper zaman sekarang ni"

    ReplyDelete
  16. Tiga lagi laporan polis isu risalah myBalik Pulau
    Oleh Amin Ridzuan Ishak
    aminridzuan@bharian.com.my
    2011/02/19

    Edaran terbitan gugat keharmonian kaum, hina orang Melayu

    KEPALA BATAS: Dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah, myBalik Pulau yang didakwa mengandungi fakta sejarah diragui serta menghina orang Melayu.
    Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Pulau Pinang dan Firus Che Man membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), di sini kira-kira jam 10 pagi semalam.
    Laporan berkenaan masing-masing dibuat Firus; Naib Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang, Sheikh Harun Rashid dan Bendahari Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anuar Omar supaya polis menyiasat pengedaran risalah terbabit yang dianggap menghina orang Melayu berdasarkan beberapa ilustrasi dipaparkan.

    "Contohnya ilustrasi bertajuk 'Chetiar Bank Pertama di Balik Pulau’ yang memaparkan imej seorang lelaki Melayu tidak memakai selipar dengan pakaian tidak terurus manakala individu berbangsa lain pula digambarkan memakai pakaian kemas.

    "Apa motif mereka berbuat demikian? Pengedaran risalah ini amat membahayakan dan mampu menggugat keharmonian kaum yang sudah lama terpelihara di negeri ini," kata Firus ketika ditemui, semalam.

    Dengan tiga laporan terbaru, sehingga kini 15 laporan sudah dibuat berhubung isu berkenaan.
    Risalah diedarkan di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah sejak sebulan lalu sebelum pendedahan mengenainya dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad yang menyifatkan tindakan itu cubaan pihak tertentu mengaburi rakyat mengenai sejarah kawasan dihuni majoriti orang Melayu.

    Ada lebih 10 kesalahan boleh ditemui dalam risalah promosi pelancongan terbitan Arts Education (ArtsEd) itu, antaranya pelantikan Penolong Pegawai Daerah (ADO), Stanley Steward pada 1939 sebagai pegawai pertama yang tidak tepat kerana jawatan itu diisi Mohd Hussin Abdul Halim sebelum itu.

    Ilustrasi dipaparkan juga didapati mengguris hati orang Melayu antaranya pada muka surat dua yang menunjukkan orang Melayu diajar memanjat pokok kelapa oleh seekor monyet dan pada muka empat pula, orang Islam digambarkan seakan-akan cuba memancung leher lembu pada Aidiladha.

    ReplyDelete
  17. Boikot utusan Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.