KOTA KINABALU: Sejumlah 370 majikan telah di kompaun dalam Ops Kesan Perkeso pada tahun lepas.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jeeva Narayanasamy berkata kompaun bernilai RM80,175.00 telah dikutip dan 56 majikan telah didakwa atas keengganan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang mengehendaki majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja mendaftar dengan Perkeso.
“Daripada 370 majikan itu, seramai 284 majikan didapati gagal mendaftarkan perusahaan manakala 86 lagi gagal mendaftarkan pekerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Faedah di Wisma Perkeso kelmarin.
Jeeva berkata Ops Kesan Perkeso 2011 iaitu operasi penguatkuasaan akan dijalankan bermula pada 1 Mac depan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang belum berdaftar dengan Perkeso.
“Majikan yang belum mendaftarkan perusahaan mereka dan tidak mendaftarkan pekerja akan di kompaun serta merta tanpa sebarang notis. Tindakan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya sambil menambah Ops Kesan Perkeso kali ini akan memberi tumpuan khas kepada perniagaan-perniagaan yang beroperasi waktu malam.
Menurutnya lagi, bulan Februari merupakan bulan pengampunan yang diberikan sebagai kelonggaran kepada majikan untuk mendaftar dengan Perkeso sebelum Ops Kesan Perkeso 2011 dimulakan.
“Majikan diberi tempoh pengampunan sehingga akhir bulan ini dan saya menasihatkan agar semua majikan berdaftar segera bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan,” katanya.
Dalam majlis itu juga Jeeva turut menyampaikan cek faedah kepada penerima faedah iaitu Liaw Ket Kiong, 38, Fredolin Jaswei, 47, Yap Hon Boon, 69, Lu Suan Teck, 39, dan Standfield Chin Tet Kiun, 36, untuk setiap tuntutan yang dibuat.
Saturday, February 19, 2011
370 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso tahun lepas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diharapkan ini akan menjadi pengajaran kepada majikan lain.
ReplyDeletemana2 majikan yang belum mendaftar kepada PERKESO, segeralah berbuat demikian.
ReplyDeletemendaftar PERKESO adalah tanggungjawab majikan ke atas pekerjanya. ini demi kebajikan pekerja.
ReplyDeletelain kali ingat untuk mendaftar kepada PERKESO.
ReplyDeleteDiharapkan perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua majikan yang belum mendaftar.
ReplyDeletemajikan hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
ReplyDeletePERLESO perlu sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
ReplyDeleteSebaiknya daftarlah kerana demi mengikuti undang-undang.
ReplyDeleteKepada yang tidak mahu di kompuan tunaikanlah tanggungjawab berdaftarlah kepada PERKESO. Sekiranya tidak berdaftar dan semasa ops dijalankan maka jangan marah dengan PERKESO.
ReplyDeleteSemoga ini menjadi pengajaran kepada majikan yang tidak berdaftar kepada perkeso.
ReplyDeleteSepatutnya tidak berlaku perkara seperti ini. Sememangnya mereka harus dikenakan tindakan setimpalnya.
ReplyDeleteIni menjadi pengajaran kepada lain2 majikan. Jangan sesekali mencontohi majikan yang didakwah....
ReplyDeletesepatutnya tidak perlu ada pengampunan kerana ops ini bukan pertama kali dilancarkan. mana2 majikan yang didapati gagal berdaftar dan mencarum seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sepatutnya berhadapan dengan tindakan tegas.
ReplyDeleteIni undang-undang, suka ataupun tidak pun kena juga mengikutinya.
ReplyDeleteNa kotoh kena kompaun, siapa suruh cari pasal.
ReplyDeleteDaftarlah dengan perkeso. Bukan saja utk kebaikan pekerja juga utk kebaikan majikan.
ReplyDeleteJangan tunggu sampai ada kecelakaann baru susah2 urus itu ini. Bukankah lebih baik ikut nasihat perkeso daftarkan perusahaan dan juga pekerja:) Patuhi ja peraturan yang telah ditetapkan supaya senang cerita. hehe
ReplyDeleteSelagi ada bulan pengampunan, manfaatkalah perkara ni sebaik mungkin. Jangan lengahkan masa nanti kantoi semasa ops kesan pula. hihi
ReplyDeleteSemoga perkara ini akan jadi pengajaran kepada semua pihak.
ReplyDeleteMacam pernah lihat berita ini.
ReplyDeleteKalau mahu beroperasi, mesti ikut peraturan. Hak pekerja mesti dijaga.
ReplyDelete