Monday, February 28, 2011

AHLI UMNO/BN SEDAR DRAMA ‘TIPAH TERTIPU’

ISU Tanah Adat di daerah Tenom menjadi topik hangat di kalangan rakyat pedalaman. Isu ini menjadikan UMNO/BN ‘mati kutu’ dikerjakan oleh Ketua Cabang Halik Zaman. Beliau memberi tahu ahli-ahli baru yang menyertai PKR Cabang Tenom apakah hak SFI (Sabah Forest Industry) diberi hak tanah beratus ribu ekar sedang anak jati di Tenom diabaikan?

Kata Halik lagi, "Memanglah Om Najib Razak berani cakap hari ini tidak naik lagi minyak petrol tapi beliau tidak berani beri jaminan bahawa harga minyak petrol tidak akan naik selepas PRU13."

Kita sama sekali ‘tidak dan tidak’ memusuhi ahli UMNO/BN, kerana mereka adalah keluarga kita semua. mereka berhak mendapat petunjuk dari para pemimpin PKR/PR bahawa kepimpinan UMNO/BN itu adalah salah dan pilih kasih.

“Walaupun BN simpan calon mereka di PRU13 orang yang ‘baik’ tetapi mereka tinggal di rumah sekumpulan para pemimpin UMNO/BN yang ‘salah’ dan rakyat terpaksa tolak mereka,” terang Halik kepada ahli-ahli UMNO/BN.

Tegas Halik, para pemimpin UMNO/BN mesti faham harga sara hidup di pedalaman begitu melambung tinggi sekali dan tiada sebarang usaha dari para pemimpin UMNO/BN mahu menurunkannya.

“Para pemimpin BN dan para wakil rakyat BN tidak rasa apa yang rakyat rasakan. Maka tidak hairanlah kenapa rakyat Tenom pilih PKR/PR kerana komponen Pakatan Rakyat mempunyai formula rahsia bagaimana mahu mengatasi kemiskinan rakyat," jelas Halik yang menyimpul mati rahsia berkenaan di kotak fikirnya.

Oleh: MEDIA PKR SABAH

15 comments:
Write comments
  1. Kebanyakan YB-YB kita berkejar kotrak saja supaya kaya tapi kami yang undi dia langsung dia buat bodoh dan lupa.aduuuuui kenapalah YB kita nie melupakan kita!

    ReplyDelete
  2. harap setiap isu tanah adat akan dapat diselesaikan dengan baik bagi kepentingan penduduk.

    ReplyDelete
  3. PR tidak perlulah asyik berkata tentang BN. lihat diri sendiri dulu...

    ReplyDelete
  4. Terpulanglah dengan rakyat untuk menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  5. hak masing2 untuk menyokong siapa.

    ReplyDelete
  6. Kita tidak begitu pasti lagi dengan hal ini. Apa pun lebih baik kerajaan negeri membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sebegini.

    ReplyDelete
  7. harga barang melambung tinggi di pedalaman kenapa PKR tidak salahkan peruncit atau pemborong? soal kemiskinan sudah banyak usaha dipihak kerajaan, bagaimana dengan PKR? jika orang lain boleh maju, boleh keluar dari kepompong kemiskinan tanpa bantuan kerajaan, kenapa yang sebelah pihak lagi tidak? maknanya itu bukan disebabkan politik, itu masalah diri sendiri..

    ReplyDelete
  8. kalau Pakatan bersungguh2 mahu membantu rakyat, turunkan harga rumah, air dan barang keperluan di negeri2 PR. serta kembalikan gerai2 dan rumah yang dirobohkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang..

    ReplyDelete
  9. Terpulanglah... PR cakap itu, BN cakap ini.. Tengok sajalah keadaan sekarang, kos hidup semakin tinggi..

    ReplyDelete
  10. biarlah rakyat menilai sendiri.

    ReplyDelete
  11. The people should view and make their own analysis regarding this issue.

    ReplyDelete
  12. Ace sebelum tu pulangkan dulu tanah tanah orang melayau yang kena rampas di kg berembang kg chu badak dan kg nelayan di penang yg d rampas kerajaan pada zaman BN dulu

    ReplyDelete
  13. Kita tengok siapa yang bercakap soal masalah rakyat, kalau PKR sahaja apa lagi Halik Zaman...dia dah pencen politik tu, lebih baik dia teruskan berlakon daripada bermain politik. Sudah terlewat main politik Pak Halik...lebih baik setiap waktu ke Masjid mengerjakan suruhan Allah.

    ReplyDelete
  14. tenom lama guys bagus kau nasihat orang yang betul2 sudah tua yg kira2 tidak lama lagi mau "jalan" c mahathir tu pi masjid beribadat dari dia banyak cakap yang bukan2, makin tua makin bodoh.

    ReplyDelete
  15. Undilah bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.