Saturday, February 19, 2011

Taib: BN S'wak tak pandang rendah pembangkang

BN Sarawak tidak pernah pandang rendah kemampuan parti-parti pembangkang di negeri itu untuk menang pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata malah BN negeri sentiasa membuat persiapan rapi untuk menghadapi pembangkang dalam pilihan raya.

"Ia adalah strategi biasa BN. Kita tidak pernah pandang rendah mereka (parti-parti pembangkang)," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, Taib menyempurnakan upacara peletakan batu asas projek Kompleks Islam Sarawak bernilai RM46.6 juta di Jalan Awang Ramli Amit di Sibu hari ini. Kos projek itu dibiayai oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya BN Sarawak tidak memandang remeh kemampuan pihak pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat pada 24 Julai ini.

Ketua Menteri juga melahirkan rasa bangga dengan kesedaran ditunjukkan masyarakat Cina di negeri ini terhadap perjuangan BN dan berharap trend seumpama itu akan berterusan.

- Bernama

15 comments:
Write comments
  1. Rakyat perlu mengundi secara bijak.

    ReplyDelete
  2. ya.. kita jgnlah pandang rendah kepada lawan kita kerana ia boleh membuatakan kita leka.

    ReplyDelete
  3. BN kena sentiasa bersedia dan memperkukuhkan jentera parti .

    ReplyDelete
  4. dan jangan pandang rendah dengan rakyat Sarawak kerana mereka yang merasai semua kesenangan dan penderitaan hasil dari pentadbiran kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  5. lakukanlah persediaan rapi bagi menyediakan jentera yang mantap.

    ReplyDelete
  6. Apa yang penting kita tahu dimana kekuatan kita untuk memenangi PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  7. Jangan pandang rendah dengan parti lain. Ini akan meningkatkan lagi semangat juang kita.

    ReplyDelete
  8. Itu sudah pasti. Jangan kita menrendahkan pihak musuh. Kebolehan mereka kita tidak boleh jangkakan.

    ReplyDelete
  9. Never ever underestimate ur opponent.

    ReplyDelete
  10. Sentiasalah bersedia kerana politik ni memang sukar diramal.

    ReplyDelete
  11. Apapun semuanya terpulang pada pilihan rakyat. Bagi saya rakyat adalah penentu segalanya.

    ReplyDelete
  12. BN tidak akan memandang rendah mana2 pihak pembangkang dalam mana2 pilihanraya..

    ReplyDelete
  13. persediaan rapi harus dilakukan bagi menjamin kemenangan BN dalam mana2 pilihanraya..

    ReplyDelete
  14. Pembangkang perlu berusaha lagi untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.