Saturday, February 12, 2011

AWASI SUAMI JIKA MEREKA KE LABUAN!

Saudara pengarang,...KALAU satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes penyeludupan PATI yang berlaku di Tawau dan Lahad Datu yang didalangi oleh Pegawai Kanan Polis, kami penduduk labuan meminta ehsan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dan PJP sabah Dato’ Hamzah juga menubuh satu pasukan khas untuk siasat siapa sindiket dan pegawai berkuasa yang bersubahat membawa masuk wanita Filipina dan Indonesia bekerja sebagai pelayan di semua Pusat Hiburan di Labuan.

Pusat Hiburan mohon permit ‘Waitress’ tapi sebenarnya dengan bayaran RM250 terus boleh dibawa keluar ke hotel bermalam. Bukankah mereka ini boleh dikategorikan sebagai Pelacur Berlesen?

Sabahkini.net dan akhbar tempatan telah menyiarkan berpuluh artikel penduduk W.P Labuan tetapi jika tiada sebarang tindakan diambil dan jika ada tangkapan, hanya seperti wayang ‘Senario The Movies’.

Penduduk Labuan sudah bosan kerana pihak berkuasa hanya memberi alasan bahawa semua pusat hiburan ada kouta GROs dan hanya khas untuk Labuan sahaja.

Melalui Sabahkini.net kami ingin memberitahu kepada semua isteri di seluruh Malaysia agar sentiasa berwaspada jika suami mereka ke Labuan kerana Labuan ialah pulau maksiat yang mempunyai lebih kurang 800-1,000 GROs (pelacur berlesen).

Penduduk Labuan kini menghadapi krisis sosial sehingga banyak masalah rumah tangga disebabkan suami suka menyimpan GRO. Kami juga ingin memberi amaran kepada isteri di luar Labuan agar berhati-hati terhadap suami yang bertugas di Labuan kerana ramai di antara mereka menyimpan GRO di Labuan.

Kami amat sayangkan Kerajaan BN dan merayu ehsan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib agar membatalkan permit pelacuran berlesen untuk pusat hiburan di Labuan dengan serta merta kerana sudah banyak keluarga yang bercerai berai.

Kalau kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, lebih baik semua isteri yang bermasalah di Labuan menolong parti pembangkang berkempen pada PRU13 akan datang kerana Barisan Nasional yang disayangi rakyat, bukan ingin melihat rakyat hidup mesra, tapi menghancurkan pula keluarga orang tempatan.

Kami ingin memberi amaran kepada isteri luar dari Labuan supaya berhati-hati jika suami selalu hendak melawat Labuan atau yang bekerja di Labuan. Jika tidak percaya, sila datang ke Manila Cafe, Tip Top Karaoke, Sport Bar Karaoke, King Karaoke, Havana Karaoke.

Kami hanya menyebut nama lima karaoke sahaja kerana tidak kurang 200 perempuan dan Labuan ada 43 pub dan karaoke. Ramai di antara mereka bekerja secara haram kerana Labuan adalah ‘transit point’ untuk mencop passport bagi GRO untuk daerah lain.

Kami akan dapatkan maklumat lebih tepat dan membongkarkan siapa balang dan siapa pegawai berkuasa yang bersubahat dengan sindiket membawa masuk begitu banyak wanita Filipina dan separuh mengunakan passport bekerja tanpa membayar levi dan mereka hanya perlu mengecop passport di Sempadan Limbang- Brunei atau passport terbang ke brunei.

Salam hormat.

HJ BAKIR DAN ISTERI

12 comments:
Write comments
  1. Beginilah rupa Labuan di bawah pemerintahan kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  2. Makin lama makin teruk pula keadaan di Labuan.

    ReplyDelete
  3. Sesuatu harus dilakukan. Kenapa tidak ada tindakan susulan? bukankah hal ini sudah lama di perkatakan?

    ReplyDelete
  4. peara ini perlu disiasat dan jika benar seperti yang didakwa, tindakan perlu diambil.

    ReplyDelete
  5. Tapi setahu saya, Labuan penduduknya kebanyakkannya adalah muslim kan.

    ReplyDelete
  6. walaupun telah beberapa kali laporan dibuat bersama2 dengan bukti, tapi nampaknya sehingga hari ini ketua polis negara masih belum mahu bertindak. mungkin ada baiknya jika Labuan diserahkan kembali kepada Sabah kerana kerajaan persekutuan tidak mampu menjaga Labuan dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Mungkin Ketua Polis negara perlu menangani masalah di Labuan ini.

    ReplyDelete
  8. Syukurlah suami saya mesti bawa saya kalau ke Labuan. hahhahaa
    Apapun perkara ni harus ditanggani secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. Labuan sekarang dah menjadi sarang segala maksiat.

    ReplyDelete
  10. wahai saudara semua jika ini benar berlaku nampaknya PUlau LAbuan tak lama lagi akan di musnahkan oleh bencana "SUNAMI" yg amat dasyat dari ALLAH untuk menyedarkan umatnya. BERtaubatlah wahai kamu-kamu yg masih tak sedar diri dan adakah kamu mahu TUHAN yg menyedarkan kamu.

    ReplyDelete
  11. Bagi balik Labuan kepada Sabah sajalah.

    ReplyDelete
  12. jika benar dakwaan ini, labuan nampaknya bukanlah tempat yang baik, pihak berkuasa dan orang ramai perlu bekerjasama untuk membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.