Tuesday, February 8, 2011

Najib Sedar ADUN-ADUN BN Sarawak Ada Yang Menipu

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menganggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu," katanya yang juga ADUN Tupong. -mk

16 comments:
Write comments
  1. nampaknya Najib seorang yang tidak boleh ditipu, beliau seorang yang bijak. ADUN2 BN sarawak seharusnya lebih bersikap jujur.

    ReplyDelete
  2. Jelas, bahawa tindakan Najib ini adalah untuk kebaikan rakyat. ADUN2 yang terlibat seharusnya mengetahui dengan jelas kawasan yang menjadi kawalan mereka.

    ReplyDelete
  3. Najib inginkan yang terbaik untuk rakyat dengan memastikan ADUN2 tidak hanya bergoyang kaki tanpa melakukan sesuatu. Mereka kena mengetahui apa kemahuan rakyat dan mengetahui kawasan mereka dengan lebih jelas.

    ReplyDelete
  4. setiap adun perlulah jujur dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

    ReplyDelete
  5. PM sentiasa bekerja keras termasuklah dengan menemui semua adun BN bagi mengetahui keadaan sebenar. jadi semua pihak perlulah sentiasa bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  6. nampaknya PM adalah seorang yg teliti.

    ReplyDelete
  7. Boleh nampaklah ada yang menipu selama ini di Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Paling baik jangan menipu.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik Najib tidak senang ditipu.

    ReplyDelete
  10. Diharapkan adun-adun BN bertaubat dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan jujur.

    ReplyDelete
  11. Setiap orang ada rahsia mereka masing-masing. Apa pun jika hal kerja janganlah menipu sesama sendiri. lakukan dengan jujur.

    ReplyDelete
  12. ADUN-ADUN patut jujur dalam peloporan mereka supaya tiada salah faham dalam hal negeri/negara.

    ReplyDelete
  13. najib perlu tegas, mana2 ADUN yang didapati menipu wajar dipecat serta-merta. ADUN seperti ini tidak akan membawa sumbangkan malah hanya membawa masalah kepada parti..

    ReplyDelete
  14. Siapa suruh mereka menipu?

    ReplyDelete
  15. Adun-adun yang menipu harus dikenakan tindakan tatatertib atau dipecat sahaja. Adun-adun seperti itu tidak boleh dipercayai. PM pun kena kelentong ini kan raykat. Adun-adun seperti ini tidak akan membawa kesenangan & keuntungan kepada rakyat. PM boleh kesan adun-adun yang menipu ini tapi rakyat macam mana. Rakyat mengharapkan nasib mereka terbela tapi sebaliknya pla..

    ReplyDelete
  16. Setuju, pecatlah saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.