Thursday, February 17, 2011

DENGARLAH JERITAN BATIN RAKYAT SABAH

SAYA terpegun seketika apabila terbaca satu artikel yang amat menarik tersiar di Portal Sabahkini.net bertajuk ‘Batalkan Kad Pengenalan dan Kerakyatan PATI’ yang merujuk kepada usaha Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing berhubung gesaannya kepada Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Tun Hussin supaya diadakan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bagi menyelesaikan masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.

Bagaimanapun memorandum yang mengandungi bukti-bukti dakwaan Bumburing itu ditolak oleh menteri berkenaan tanpa alasan yang konkrit. Gelagat Menteri terbabit mengguris perasaan rakyat Sabah yang inginkan kehidupan yang selesa dan aman damai tanpa ancaman musuh dari dalam.

Tahukah Dato’ Hisham bagaimana perasaan rakyat Sabah sekarang yang sentiasa dibayangi kebimbangan sertiap hari, apatah lagi petualang petualang negara dengan berani mencabar undang-undang negara apabila ada di antaranya mengisytiharkan diri mereka sebagai pewaris Sultan Sulu dan bertindak menabalkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu.

Kami rakyat Sabah menegaskan bahawa kehadiran PATI di bumi bertuah ini bukan atas kehendak kami mengundang mereka, tetapi ia berlaku atas musibah negara mereka dan atas belas ehsan kerajaan membenarkan mereka tinggal untuk sementara waktu sebagai peri kemanusiaan.

Malangnya kenapa mereka ini diberikan pula kerakyatan dan Kad Pengenalan semata-mata menjadikan mereka ‘perkakas’ sesebuah parti politik untuk terus memerintah negara ini tanpa mengira kesan jangka panjang rakyat jati Sabah.

Kami bukan tidak bersimpati dengan masalah kebajikan PATI, tetapi kami juga mahu kerajaan khususnya KDN lebih bersimpati dengan nasib masa depan rakyat jati Sabah dari terus tertindas dan menjadi pelarian di negeri sendiri di suatu hari nanti.

Kami amat tertekan dan kebingungan kerana sandaran kami untuk mengatasi masalah keselamatan rakyat jati Sabah tidak lain daripada Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, tetapi malangnya sandaran dan harapan kami terus hancur berkecai apabila Menteri terbabit enggan menerima dan mendengar suara hati rakyat Sabah yang disampaikan Bumburing.

Kami merayu agar suara hati kami didengar dan diambil perhatian yang serius kerana jumlah PATI yang memiliki Kad Pengenalan dan kerakyatan jumlahnya bukan sedikit, malah ratusan ribu dan mungkin dalam tempoh sedekad lagi jumlah mereka akan bertambah berlipat ganda. Jadi, dalam keadaan sebegitu sudah pastilah suara kami, rakyat jati Sabah akan terus tenggelam dan perlahan-lahan hilang di bumi Sabah.

Menafikan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja membuktikan Kerajaan Pusat takut kepada ‘badi’ yang ditinggalkan oleh ‘Petualang Negara’, Allahyarham Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub yang mendalangi semua kegiatan mengeluarkan kad pengenalan projek atas restu bersama semua pemimpin UMNO, semata-mata untuk merampas ‘Sabah’ daripada tangan Parti Bersatu Sabah ketika itu.

Sekian,
TOK JANGGUT

48 comments:
Write comments
  1. Harap Mykad yang diberikan kepada mereka yang tidak layak itu akan ditarik balik.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah malapetaka bagi rakyat bumiputra sabah, UPKO, PBS dan SAPP haruslah berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini sebelum menjadi duri dalam daging BUMIPUTRA

    ReplyDelete
  3. masalah PATI sudah lama berlaku di Sabah. harap masalah ini akan dapat diatasi.

    ReplyDelete
  4. setiap cadangan atau idea yang rasional haruslah dipertimbangkan untuk dilaksanakan bagi mencari jalan penyelesian terbaik.

    ReplyDelete
  5. Penolakkan suruhanjaya siasatan Di-raja ini perlu diberikan penjelasan yang lebih. Kita mahu mendengar apa sebab Datuk Hisammuddin menolaknya.

    ReplyDelete
  6. Agak susah juga menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Sebenarnya mudah saja jika dilihat, tapi ini terpulang dengan kerajaan itu sendiri. Adakah mereka bersungguh-sungguh atau tidak menanganinya. Jika mereka bersungguh-sungguh tidak mustahil dapat menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Semoga masalah MyKad, PATI dapat ditangani di Sabah. Semakin hari semakin membimbangkan rakyat kita.

    ReplyDelete
  8. perl ada alasan kukuh mengapa suruhanjaya diraja tersebut ditolak. ia seharusnya dipertimbangkan lagi.

    ReplyDelete
  9. Ya, dengarlah jeritan batin rakyat sabah!

    ReplyDelete
  10. nampaknya ramai pihak yang menyokong penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. saya harap desakan demi desakan rakyat sabah ini sampai kepada KDN sekaligus mampu mengubah pendirian mereka untuk akur dengan permintaan pemimpin2 dan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  11. Semua parti politik & seluruh rakyat Sabah harus bersatu untuk menangani & memyelesaikan masalah PATI. Menyelesaikan isu PATI di Sabah adalah harapan seluruh rakyat Sabah. Diharapa Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Tun Hussin mempertimbangkan semula penolakan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja itu.

    ReplyDelete
  12. The key to winning the rakyat heart is to listen to their problems and solve it as soon as possible.

    ReplyDelete
  13. Jom kita ramai2 tolak UMNO@BN!!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Harapan Sabahans yg ori, settle masalah PATI dgn segera. Yg dpt IC projek tu @ whatever dr mna dorg ni dpt IC bkn ori Sabahan tu mereka bknnya peduli apa jd dgn Sabah dkemudian ari..

    ReplyDelete
  15. secara amnya masalah PATI adalah masalah negara. sesungguhnya, penyelesaian masalah ini secara berperingkat dan berterusan amat ditaggih oleh semua rakyat sabah khasnya. tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian, cepat atau lambat bergantung kepada cara perlaksanaan. suka atau tidak kerajaan harus menyelesaikan masalah ini

    ReplyDelete
  16. ramai yng inginkan suruhanjaya diraja ditubuhkan. rasany lebih baik jika ia ditubuhkan sahaja, mgkin ia satu jalan peyelesaikan yang benar2 sesuai.

    ReplyDelete
  17. Kita harus selesaikan masalah ini bersama2. Jangan letakkan masalah ini pada kerajaan sahaja. Semua pihak kena bekerjasama.

    ReplyDelete
  18. Rakyat Sabah kena lebih aggresif dalam menentang pendatang tanpa izin. Kalau boleh berikan kuasa untuk rakyat tempatan menangkap mana2 pendatang tanpa izin yang berada di sekitar tempat mereka. Ini kerana jika harapkan polis, polis bukan berada di mana2 selama 24Jam.

    ReplyDelete
  19. Masalahnya apabila PTI dibiarkan dan diberikan mycard maka, ini adalah melapataka bagi rakyat sabah yg betul2 bumiputra,..nanti sustu masa bumiputra tulin sabah, menjadi penumpang di negeri sendiri atau jadi pelarian dlm negeri sendiri,..contohnya..Red Indian...di USM, sebenarnya Red Indian itu adalah bumiputra tulin USA, dan bukannya orang putih yg ada sekarang disana, Nah jadi macam itulah nanti bumiputra sabah,..PTI ramai yg diberi Mycard...boleh mengundi, jangan heran satu masa PTI yg jadi menteri di Sabah,..orang bumiputra sabah nanti pigi mana,...PBS, UPKO , dan SAPP UMNO..mestilah serius menyelesaikan masalah ini dengan segera.

    ReplyDelete
  20. Entah mahu komen apa lagi pasal isu ni. Dari dulu sampai saat ini masih juga belum dapat diselesaikan. huhu

    ReplyDelete
  21. Menteri KDN harus tampil menjelaskan mengapa berlakunya penolakan suruhanjaya siasatan Di-raja ini. Jangan dibiarkan saja, nanti rakyat makin salah sangka.

    ReplyDelete
  22. Suara dan keluhan rakyat harus didengar bagi mengelakkan rakyat jauh hati.

    ReplyDelete
  23. Jika benar s/jaya ni kurang sesuai ditubuhkan maka tampilah beri cadangan yang lebih sesuai dan praktikal supaya orang ramai tak fikir yang bukan2.

    ReplyDelete
  24. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  25. isu ini harus mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak KDN khasnya menteri..

    ReplyDelete
  26. menolak saranan menubuhkan SSD berhubung dengan isu ini secara mentah-mentah merupakan satu penghinaan kepada sabah..menteri KDN harusnya berpijak di bumi nyata..

    ReplyDelete
  27. rakyat sabah sudah bosan dengan alasan2 menteri KDN sekarang dan dahulu untuk menubuhkan SSD bagi menyelesaikan isu ini..atau apakah kerajaan pusat cuba untuk menyembunyikan sesuatu dari sabah?

    ReplyDelete
  28. harus diingat bahawa sabah bukannya tempat 'pembuangan' PATI..jika menteri KDN berkeras untuk 'menyimpan' PATI dan pemegang IC melalui pintu belakang, apakah patut rakyat sabah tulin juga harus berkeras dengan kerajaan? rakyat berhak untuk mendapat yang terbaik..

    ReplyDelete
  29. tanpa sabah, tidak akan ada malaysia..

    ReplyDelete
  30. kerajaan pusat khasnya Menteri KDN harus penuhi permintaan rakyat sabah ini sebelum semuanya terlambat.

    ReplyDelete
  31. sekarang ini pun, pairin juga minta SSD ini ditubuhkan tapi menteri KDN nampaknya sangat takut dan membisu saja. kononnya sabah fix deposit umno bn, bukankah penolakan penubuhan SSD ini memalukan dan menghina rakyat sabah? takpalah undi aku pada BN pada PRU12 aku halalkan saja tapi pada PRU13 nti, undi aku haram untuk BN.

    ReplyDelete
  32. Harap tindakan akan diambil. PTI adalah ancaman kepada orang asli Sabah.

    ReplyDelete
  33. Jika isu PATI ni tidak ditangani dengan pratikal & agresif tidak mustahil Sabahan ori ini menerima nasib yang sama seperti kaun Red Indian yang menjadi pelarian di tempat sendiri. Isu ini mendapat perhatian ramai rakyat Sabah & sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Bagaimanakah keadaan negeri Sabah & rakyat Sabah bberapa tahun yang akan datang... Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Tun Hussin tidak memahami perasaan & keadaan di Sabah, jadi dengar la suara rakyat Sabah yang telah disuarakn melalui pemimpin2 Sabah. Suruhanjaya Siasatan Di-Raja perlu ditubuhkn.

    ReplyDelete
  34. Selagi BN/Umno berkuasa di Sabah, masalah PATI ini tidak akan pernah berakhir, kerana semua keputusan harus mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada dioarang di sana KL, diaorang mana tau masalah2 kita di Sabah..masih kan kita bersandar pada mereka????

    ReplyDelete
  35. KENAPA HARUS DI BATALKAN...mereka ini seharusnya di beri kewarganegaraan...bukan di batal....sedikit sebanyak sumbangan mereka pada negri sabah harus di hurmati..pembangunan siapa yang buat.BUMIPUTRA...? sayur yang di makan petang pagi malam siapa tanam....? BUMIPUTRA....kalau mereka tak ada alamat rakyat sabah mengesa kerajaan pusat beri supsidi sayur...pulaaaa....berikan laaa kerayatan bukan bumiputra...sekadar mereka dapat bebas di sabah....mereka juga manusia...semuga mereka menjadi rakyat satu malaysia.....tahnia...datuk hisam

    ReplyDelete
  36. ramai anak anak mereka lahir di sabah....mereka tinggal bersama anak bumiputra...di kg kg...mereka hidup bersama orang tempatan bekerjasama.dan aman.yaaa yang salah tetap salah dan hukuman yang menentukan sama juga kita rakyat tempatan kalau salah....

    ReplyDelete
  37. orang sabah kau penyangak terutama peminpin ahli politik sabah, kamu menjadi peminpin disebabkan undi-undi pati, apabila kamu dah jadi peminpin kamu pula menyuruh siasat pati ini.sepatutnya peminpin kamu patut disiasat kerana menggunakan undi-undi pati ini. tak malukah kamu ni.cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  38. Apa la pnya bodoh org ni. Org Sabah bknnya seorg ja. Ada pla komen org Sabah pyangak. Dia yg bodoh. Faham ke x tujuan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja jika dtubukn d Sabah? Jika dluluskn penubuhan suruhanjaya ni sesiapa shj yg tlibat akan dsiasat.

    ReplyDelete
  39. kau orang sekolah saja tingi tapi otak cai cai dilutut.kalau kau orang sokong satu masa anak genarasi diorang nie lah bakal memerintah dan apa jadi dengan genarasi kita ada fahamkah,genarasi kita akan datang kita berusaha agar mereka berupaya meneruskan kepimpinan rayat Sabah.kalau tidak anak cucu kau akan maki dan sumpah kubur kau orang kerana menjadikan mereka merampat dan menjadi pelarian ditempat sendiri iyalah kau lihat 15 tahun dari sekarang,maka bagus kita ubah PRU 13 nie

    ReplyDelete
  40. kalo tukar kerajaan isu PATI ni disiate ke.......

    ReplyDelete
  41. Siapakah yang akan betimbang rasa?

    ReplyDelete
  42. I don't think more people are aware of our problems.

    ReplyDelete
  43. If u want to promote ur party dun condemn Sabahan as pyangak. No manners. Who u means by 'kita'? after u label Sabahan as pyangak then u want Sabahan listen to ur voice? Totally no manners.

    ReplyDelete
  44. Masalah PTI yang membelenggu kita semua masih sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  45. Rakyat Sabah sendiri akan membuat pilihan kita sendiri.

    ReplyDelete
  46. Adakah kita akan menunggu durian yang tidak akan jatuh?

    ReplyDelete
  47. Dengarlah suara hati rakyat Sabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.