Tuesday, February 28, 2012

Siapa Semarakkan Hubungan Malaysia-Israel?

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/Malaysia-Israel-Grafik.jpgSELEPAS Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan pentadbiran negara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003, isu hubungan Malaysia-Israel dilihat terhenti seketika. Namun selepas Tun Abdullah digantikan dengan Perdana Menteri terkini, Dato’ Seri Najib Tun Razak, anak kepada Tun Razak ini memulakan semula hubungan dengan negara haram Yahudi itu.

Najib didedahkan telah melantik syarikat perunding komunikasi Israel, APCO Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar upah sejumlah RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.

Sebelum ini Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada APCO Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Dokumen bertarikh 29 Oktober lalu yang diperolehi hasil daripada carian di Unit Pendaftaran, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat itu memberikan bukti jelas berhubung aktiviti melobi kerajaan Umno Barisan Nasional.

Ia merujuk kepada beberapa siri mengatur temu janji, sesi bergambar beberapa orang pemimpin tertinggi negara termasuklah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporan yang ditandatangani Naib Presiden Unit Pendaftaran, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, Terry W Judd menjelaskan peranan APCO dalam mengaturkan sesi bergambar dan video wanita pertama Malaysia ke Amerika Syarikat pada 10 hingga 15 April lalu.

Syarikat perunding itu juga mengaturkan pertemuan dengan konglomerat besar Amerika Syarikat (AS) dengan bertujuan mempromosikan hubungan positif antara kerajaan Malaysia dan Amerika.

APCO, menurut dokumen itu lagi turut membantu mengkoordinasi dan menghantar jemputan mesyuarat meja bulat dan makan malam Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Zahid Hamid pada 20 Mei 2010.

Berhubung lawatan Najib ke AS pada hujung September 2010, APCO turut mengaturkan perjumpaan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil media, institusi akademi, kerajaan AS dan organisasi penggubal polisi.

APCO turut menyediakan kemudahan logistik bagi mengadakan perjumpaan dan sesi temuramah di antara Najib dan lembaga editorial akhbar New York Times, wakil stesen televisyen Cable News Network (CNN), majalah ekonomi, Wall Street Journal dan Ahli Majlis Hubungan Luar Negara.

APCO hadir ketika Najib menyampaikan ucapannya kepada Ahli Majlis Hubungan Luar Negara pada 28 September lepas.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Selain APCO, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.

Bayaran menggunakan khidmat FBC Media sebanyak 19.6 juta Euro (RM84 juta) merupakan hasil wang dari cukai rakyat termasuk majoriti Muslim. FBC Media dilantik kerajaan Malaysia bagi menerbitkan program TV berkaitan negara ini yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Bagaimanapun, program TV berkenaan digantung selepas siasatan mendapati kerajaan Malaysia membayar FBC Media, yang menyalahi peraturan dan etika media penyiaran.

Pada sesi Parlimen yang lalu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan FBC menyokong tindakan Israel menahan kapal Mavi Mara yang menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, 31 Mei lalu.

FBC secara terbuka menyokong serangan berkenaan yang menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu turut ditahan.

Sementara itu, terbaharu Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim mendedahkan bahawa Malaysia merupakan negara yang membekalkan minyak sawit kepada Israel melalui sebuah syarikat, ‘Israel Funding Corp’.

Israel Funding Corp telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030, dakwanya.

“Israel Funding Corp juga mengesahkan pihak mereka telah diberikan hak untuk menamakan wakil mereka untuk membeli dan menjual komoditi Minyak Kelapa Sawit Mentah keseluruh dunia tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terdapat dilaman ‘Israel Funding Corp’,” katanya.

Antara negara yang tersenarai sebagai pembekal untuk pengedaran mereka ialah Malaysia.

Ini kerana seperti yang tercatat dilaman web ‘Israel Funding Corp’, Malaysia adalah penyumbang 51 peratus pengeluaran minyak sawit dunia dan 62 peratus eksport dunia, katanya.

MalayReuters pula melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian daripada keperluan Iran bagi setiap bulan. Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

4 comments:
Write comments
  1. RM77j p.a. kpd APCO worldwide n RM83.8j kpd FBC media adalah palui ttp hubungan perniagaan 2 hala malaysia - israel apa masalahnya? RM israel HARAM???

    ReplyDelete
  2. Bila masa Anwar kata dia nak pertahankan israel jika beliau jadi PM? Yg dia kata adalah, dia bersedia menyokong usaha kearah menjaga keselamatan israel, bersyarat israel menghormati hak2 & aspirasi rakyat Palestin dl. Ini lah klau taksub membabi buta pd parti, & asyik dok tgk media perdana kaki tipu mcm tv3 suku. Smpai dah x boleh nak fikir mana putih mana hitam...

    ReplyDelete
  3. anwar cakap…menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin

    ReplyDelete
  4. sape PM kat malaysia ni? Najib ke Anwar?? Sape yang berkuasa kat malaysia ni? UMNO ke PR? Sape yang benarkan kapal Israel tu masuk Malaysia? Najib ke Anwar? UMNO ke PR? Pelikla dengan penyokong berani mati UMNO ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.