Saturday, April 13, 2013

Adakah Mat Taib Yang Akan Sertai PAS?

Mat Taib didakwa tidak hadir program MubarakYang Dipertua Mubarak Negeri Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, beliau tidak dengar desas-desus tentang kemungkinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bakal menyertai Pas.

"Saya tidak tahu kedudukan sebenarnya,” kata Abu Hassan, ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa Muhammad akan menyertai Pas.

Abu Hassan berkata, apa yang beliau tahu ialah Muhammad tidak menghadiri mesyuarat dan program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, walaupun pernah dilantik sebagai ahli Biro Politik majlis itu tahun lalu.

Mengulas mengenai kewajaran bekas menteri besar Barisan Nasional (BN) menyertai Pas, Abu Hassan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

“Sesiapa yang pernah jadi MB dan pemimpin negeri atau negara atas nama BN atau Umno mestilah berterima kasih kepada Umno dan BN kerana kita telah lama bersama-sama dalam parti ini. Pada saya, ia tiada kewajaran,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor, Datuk Amzah Umar berkata, agak mustahil untuk percaya Muhammad akan menyertai Pas kerana tiada tanda jelas untuk dikaitkan dengan desas-desus itu.

-sinarharian.com

28 comments:
Write comments
  1. Desas desus yg sama trdengar jugak bg senario p[olitik UMNO Perak di mana bekas MB mereka bakal mnyertai PAS. Sama2 kita tunggu kebenaran berita ini.

    ReplyDelete
  2. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  3. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  4. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  5. kalau di Sabah, PAS tidak akan jadi pilihan ramai.

    ReplyDelete
  6. Mohon Mat Taib sendiri perjelaskan perkara ni.khabar angin tidak akan memberi jawapan yang tepat.

    ReplyDelete
  7. Spekulasi seperti Lajim dulu selama beberapa bulan akhirnya jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  8. “Saya belum bersedia membuat apa- apa komen mengenai khabar itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

    ReplyDelete
  9. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita bahawa beliaulah bekas menteri besar yang dikatakan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin baru-baru ini.

    ReplyDelete
  10. Mohammad yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahmady Karimy Muhammad bersama pasangan Sharifah Aneeza Syed Hussein di Pusat Konvensyen Sime Darby berkata, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

    ReplyDelete
  11. “Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai memasuki Pas,” katanya ringkas kerana sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Semalam, Sinar Harian melaporkan Pas Selangor tidak menolak kemungkinan salah seorang bekas menteri besar Selangor akan menyertai parti tersebut dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan sedia ada telah terbukti dapat menunaikan segala aspirasi rakyat, termasuk menyediakan pengangkutan awam yang banyak memberikan kemudahan kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  14. Perdana Menteri berkata segala kemudahan yang disediakan kerajaan itu pada mulanya dikutuk oleh pihak tertentu tetapi kini mereka pula mengidamkan untuk memiliki kemudahan tersebut.Untuk itu, rakyat perlu berfikir secara rasional dan bertanya kepada diri sendiri bagi menentukan nasib masa depan mereka dan negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, kata beliau ketika merasmikan TBS di Bandar Tasik Selatan di sini Ahad.

    ReplyDelete
  15. “Ada pihak yang tertarik kepada perkataan ‘ubah’, seolah-olah apa yang penting adalah untuk mengubah daripada apa yang mereka ada pada hari ini, tetapi sebaliknya yang penting bukanlah mengubah yang sedia ada pada hari ini tetapi keberhasilannya.

    ReplyDelete
  16. “Itulah yang patut kita tanya pada diri kita, cuba bayangkan Malaysia tanpa Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), tanpa Putrajaya, tanpa Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan lain-lain kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan selama ini,” kata Najib.

    ReplyDelete
  17. “Ada orang kata bahawa semua kerajaan adalah sama, (tetapi) bukti dan dalilnya adalah sebaliknya, bukan semua kerajaan adalah sama, ada kerajaan yang akan membawa kepada kebaikan dan ada kerajaan yang kurang kemampuan akan membawa kepada kekecewaan,” kata Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  18. Najib berkata penubuhan TBS bernilai RM570 juta sebagai hab pengangkutan bersepadu untuk orang ramai itu merupakan satu bukti jelas kejayaan dasar transformasi negara yang dilakukan kerajaan hari ini. Katanya, ia juga bermatlamat untuk memastikan Malaysia akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 selain mendahulukan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  19. “Kerajaan menyedari bahawa pengangkutan awam yang efisen, boleh dipercayai, bersepadu, mampu dari segi kosnya adalah merupakan ciri-ciri yang amat dekat di hati rakyat. Untuk menjayakan objektif ini, maka kita perlu wujudkan beberapa hab pengangkutan di Lembah Klang ini supaya dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Beliau berkata sejak TBS beroperasi dua tahun lepas, jumlah penjualan tiket telah meningkat sebanyak 73.8 peratus pada 2012 manakala bilangan ketibaan dan pelepasan bas masing-masing meningkat sebanyak 21.7 peratus pada tahun lepas berbanding 20.6 peratus pada 2011.

    ReplyDelete
  21. Beliau berkata terminal itu juga mewujudkan peluang perniagaan kepada para peniaga dengan terdapat 60 ruang niaga seperti butik, restoran dan Klinik 1Malaysia serta 34 ruang niaga bazar yang memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan.

    ReplyDelete
  22. Najib berkata selain TBS, kerajaan akan membina Terminal Bersepadu Timur Gombak bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan kawasan bandar dan luar bandar menjadi tempat yang sesuai untuk didiami dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

    ReplyDelete
  23. kita tgklah samada dia akan sertai PAS atau tidak

    ReplyDelete
  24. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  25. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  26. Banyak juga khabar lompar parti ini kibar merata-rata.

    ReplyDelete
  27. Khabar angin yang belum disahkan lagi.

    ReplyDelete
  28. Jika benar Taib akan sertai PAS, terima sahaja hakikat dan hormatilah keputusan beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.