Tuesday, April 9, 2013

Ahli Umno Kangar protes pencalonan Fathul Bari

Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.

Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.

Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.

“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.

Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) hadir dalam perhimpunan tersebut.

Bantahan

Azam dipercayai turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib mengenai cadangan pencalonan Fathul Bari sebagai calon BN parlimen Kangar.

Menurut mereka, Umno dan BN Kangar mempunyai ramai tokoh yang boleh diketengahkan. Selain Radzi, Kangar turut mempunyai beberapa nama lain yang berwibawa untuk bertanding di Kangar seperti Azam sendiri, Datuk Hashim Suboh (bekas Ketua Penerangan Umno Perlis) dan Azihani Ali (Exco Wanita Umno Malaysia ) Mat ketika dihubungi hari ini berkata,beliau menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Perhimpunan tersebut hanya suara ahli Umno bahagian supaya menghormati kehendak Umno Kangar.

“Keputusan untuk mencalonkan Fathul Bari belum muktamad,” kata beliau.

Radzi yang hadir sama dalam perhimpuna itu, bagaimanapun enggan mengulas. Usaha menghubungi Aziz juga tidak tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak dijawab. -FMT

77 comments:
Write comments
  1. Tengok perjuangan UMNO,mereka kental. Tidak mudah menerima sebarangan calon2 YB mereka walau pun Ust Fathul tu trkenal sbg ustaz UMNO. Dalam PAS ? Lain jadinyer, sebab apa? dipungut nya Ibrahim Ali oleh Nik Aziz. Diberinya jawatan no.2 dlm PAS kpd ust Nakhaei Ahmad. Spesis kerak UMNO. Pendek kata..mana yg orang tak mau itu la yg PAS pungut lepas tu...kepala PAS tu kena putar,padan muko. Ibrahim Ali tu bukan kata manusia, beruk pun kenal. Takkan Nik Aziz sbg org paling lama dan paling berilmu,tak kenal apa perangai Berahim tuh. Sebab tu,PAS memang hidup dgn kena tipu oleh UMNO dan nasib baik wujudnya PR yg banyak mngajar PAS selok-belok perjuangan politik tanahair.

    ReplyDelete
  2. kau memang bangang la orang umno.kau siallll babi budak umno ni

    ReplyDelete
  3. Headhunter said :- HASIL FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  4. Headhunter said :- HASIL FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  5. Headhunter said :- HASIL FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  6. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  7. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  8. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  9. Headhunter said :- HASIL FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  10. Headhunter said :- HASIL FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  11. headhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  12. headhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  13. headhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  14. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  15. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  16. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  17. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  18. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  19. jgn kita dok kutuk org giler (headhunter atau spesis swaktu dgnnya). kalu kita layan...nnti kita pon sama

    ReplyDelete
  20. Umno Perlis tentu berbahagia dan lega sakan malam ini kerana Pakatan Rakyat negeri itu telah mempamirkan politik tidak sekata dan tidak menunjukkan kesepakatan jitu dalam kerjasama. Ini ekoran hasrat PKR untuk mengumumkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sebagai calon parlimen Kangar tidak tercapai apabila PAS terlebih dahulu mengumumkan calonnya untuk kerusi berkenaan.

    ReplyDelete
  21. Kehadiran ribuan rakyat Perlis di ceramah perdana di Kuala Perlis malam ini antara lain untuk mendengar pengumuman rasmi Juanda sebagai calon kerusi parlimen Kangar. Anwar Ibrahim sendiri dijangka akan mengumumkan Juanda sebagai calon parlimen Kangar. Mereka yang hadir dikatakan ternanti-nanti pengumuman itu dan akhirnya pulang dengan rasa kecewa dan marah apabila nama Juanda tidak diumumkan.

    ReplyDelete
  22. Kegagalan itu sudah pasti mengembira Umno kerana ia menggambarkan yang Pakatan Rakyat Perlis tidak mantap dan sekata. Peristiwa malam ini menjadikan Pakatan Rakyat Perlis kini sudah retak yang akan menunggu belah bila-bila masa saja.

    ReplyDelete
  23. PAS beberapa hari lalu telah mengumumkan bekas pengurus besar Pos Malaysia Baharuddin Ahmad sebagai calon mereka untuk kerusi parlimen Kangar. PAS juga turut sama membolot dua lagi kerusi parlimen, Arau dan Padang Besar. Langkah PAS itu menghairankan ramai pemerhati politik dan merasakan parti itu tamak kerana membolot semua kerusi parlimen. Tindakan mengumumkan calon tanpa persetuan PKR itu satu perbuatan menghina.

    ReplyDelete
  24. “Tuan apa sudah jadi dengan PAS Perlis ini?” begitulah tanya seorang yang sedang mengikut ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Perlis menerusi telefon sebaik mengetahui yang nama Juanda tidak diumumkan malam ini.

    ReplyDelete
  25. “Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat ini bang. Nampaknya impian ke Putrajaya akan tinggal mimpi saja, terburai di tengah jalan,” katanya dengan nada kesal.

    “Abang bagi tahulah kepada PAS jangan tamak sangat..,” katanya lagi penuh mengharap. Pemanggil ini tidak menyebut namanya tetapi dia mengakui sangat rapat dengan blog saya.

    ReplyDelete
  26. Keluhan dari pemanggil itu merisaukan saya. Saya juga nampak begitu, PAS Perlis tidak menunjukkan semangat kerjasama yang baik dengan rakan mereka. Apa yang berlaku di Perlis itu semacam ia disengajakan dan ada motif tertentu. Semacam ada elemen untuk mengkhianati Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  27. Sepatutnya PAS Perlis tidak berbuat demikian? Sikap tolenrasi yang tinggi seharusnya tunjukkan bukannya sifat tamak. Apakah ianya arahan dari PAS Pusat ataupun saja-saja pandai PAS Perlis? PAS pusat perlu melihat dan mengkaji semula tindakan PAS negeri berkenaan. PAS Pusat tidak patut membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu diuruskan sendiri oleh PAS negeri itu. PAS Kuala Lumpur harus lebih bertanggungjawab terhadap PAS Perlis.

    ReplyDelete
  28. Tidak mustahil kalau PAS membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu tanpa dipantau, semua usaha dan pengemblengan tenaga selama ini untuk menumbangkan BN sia-sia sahaja. Paling mendukacitakan rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat akan hampa di atas apa yang berlaku. Mereka akan hilang kepercayaan kepada UBN yang kini nampak semakin kemas dan sekata. Sikap PAS itu juga akan dijadikan bukti dan dalil besar oleh Umno bahawa parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih mementingkan diri sendiri dari menjaga kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  29. Apakah yang berlaku di Perlis itu atas kehendak tokoh spiritual PAS Perlis Haron Din? Apakah tindakan itu adalah atas ilham dan wahyu daripada Haron Din yang baru-baru ini telah memberi kata dua yang memedihkan kepada Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri?

    ReplyDelete
  30. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meminta mereka yang tidak tersenarai sebagai calon BN pada pilihan raya umum kali ini agar terus menjadi penyokong setia parti.

    ReplyDelete
  31. Katanya seluruh warga BN, baik yang menjadi calon mahupun tidak, harus menjadikan pengalaman pada 2008 sebagai pengajaran penting dan memastikan peristiwa sama tidak berulang.

    ReplyDelete
  32. “Saya ingin ingatkan semua di peringkat BN supaya bersatu hati terutama apabila pengumuman mengenai calon dibuat…belajarlah daripada pengalaman pahit 2008, jangan biarkan sekali lagi BN kecundang di bumi Perak ini,” katanya

    ReplyDelete
  33. Katanya rakyat di Perak kini memberi komitmen yang kuat untuk memastikan calon BN meraih kemenangan, justeru perkara itu perlu disokong pemimpin yang tidak dicalonkan.

    ReplyDelete
  34. “Mereka perlu terus menjadi penyokong yang setia kepada BN kerana kita perlu mengambil falsafah politik iaitu ketika kita menjadi calon mereka berada di belakang sentiasa memberi sokongan yang baik, bila masa kita berakhir seharusnya perkara yang sama ditunjukkan, kita perlu menjadi contoh yang baik,” katanya.

    ReplyDelete
  35. Zambry berkata bagi yang dicalonkan pula, mereka mesti memastikan tanggungjawab dilaksana dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  36. Pada pilihan raya umum 2008, BN Perak yang menang 28 kerusi dewan undangan negeri gagal membentuk kerajaan selepas parti pembangkang iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masing-masing menang 18, tujuh dan enam kerusi bersetuju bergabung, sekali gus membolehkannya menubuhkan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  37. Bagaimanapun selepas 11 bulan, dua anggota dewan undangan negeri (Adun) DAP dan dua daripada PKR bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN, seterusnya membuka ruang kepada BN kembali berkuasa pada 6 Februari 2009.

    ReplyDelete
  38. Mengulas hasrat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Perak, Zambry berkata setiap individu yang layak berhak bertanding di mana sahaja yang dia inginkan.

    ReplyDelete
  39. Penamaan calon 20 April. Bawa bersabar. Jangan emo sangat.

    ReplyDelete
  40. Anwar Punca Penamaan Calon Pakatan Jadi Bermasalah – Puad Zarkashi

    Penangguhan demi penanggguhan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang dalam mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding pada PRU ke 13 membuktikan bahawa kepimpinan Pakatan Pembangkang menghadapi masalah dalam isu penamaan calon, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Puad Zarkashi


    ReplyDelete
  41. Anwar Punca Penamaan Calon Pakatan Jadi Bermasalah – Puad Zarkashi

    masalahnya Pakatan Pembangkang dalam menentukan calon-calon mereka untuk bertanding di kawasan yang telah ditentukan.

    “Ini boleh kita lihat apabila beberapa kepimpinan tertinggi Pakatan yang membuat kenyataan bercanggah dan tidak selari tentang calon-calon yang bakal bertanding. Malah campur tangan dari pemimpin-pemimpin tertentu, menyebabkanb timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan ahli.

    ReplyDelete
  42. Anwar Punca Penamaan Calon Pakatan Jadi Bermasalah – Puad Zarkashi

    “Inilah yang kita lihat berlaku di dalam DAP Johor, sehingga pengerusi DAP negeri Johor hampir-hampir meletakkan jawatan. Contohnya, kita dapat lihat timbulnya rasa tak puas hati di kalangan ahli DAP apabila calon PKR diletakkan untuk bertanding di kawasan Segamat,” jelasya kepada UMNO Online di sini hari ini.

    Beliau berpendapat, bahawa segala masalah berhubungan penamaan calon ini adalah berpunca dari Ketua Pakatan Pembangkang sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  43. Anwar Punca Penamaan Calon Pakatan Jadi Bermasalah – Puad Zarkashi

    “Bagi saya ini semua berpunca dari Anwar yang ingin menyusun calon-calon yang dilihat berpihak kepada beliau, agar matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Sebab itu kita lihat, kerusi di Bentong yang sepatutnya diberikan kepada PKR, akhirnya diserahkan oleh kepada DAP.

    “Calon-calon yang berpihak kepada Anwar ini amat penting kerana mereka inilah yang bakal memberi sokongan untuk beliau untuk menjadi PM. Anwar amat bergantung kepada DAP untuk mendapatkan undi dari masyarakat India dan Cina, dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri” tegasnya.

    ReplyDelete
  44. Anwar Punca Penamaan Calon Pakatan Jadi Bermasalah – Puad Zarkashi

    Justeru itu, beliau meminta rakyat agar menilai sendiri bagaimana penyusunan serta persediaan Pakatan Pembangkang yang dilihat amat kelam kabut dari sebesar-besar perkara, sehinggalah sekecil-kecil perkara.

    “Bagaimana kita mahu memberikan pentadbiran negara kepada Pakatan sedangkan cara mereka menguruskan Pakatan mereka sendiri sudah kelam kabut. Bagaimana mereka mahu memerintah negara yang sudah tentu cabarannya lebih hebat dari itu.

    “Pengalaman dalam memerintah negara amat penting untuk memastikan negara terus maju dalam mencapai wawasan 2020 dan tidak tersungkur di tengah jalan. Dan pastinya bagi saya, setakat ini hanya BN sajalah yang berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan rekod cemerlang BN menjadi satu bukti yang nyata untuk dinilai oleh rakyat di negara ini,” ujarnya

    ReplyDelete
  45. Intipati Manifesto Barisan Nasional Dalam PRU 13

    Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

    Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

    ReplyDelete
  46. 1. Menangani Kos Sara Hidup:

    * Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

    * Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

    * Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

    * Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

    * Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

    * Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

    * Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

    * Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

    * Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

    * Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

    ReplyDelete
  47. 2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

    * Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

    * Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

    * Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

    * Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

    * Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

    * Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

    * Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

    * Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

    * Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

    ReplyDelete
  48. 3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

    * Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

    * Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

    * Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

    * Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

    * Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

    * Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

    * Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

    * Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

    * Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

    ReplyDelete
  49. 4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

    * Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

    * Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

    * Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

    * Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

    * Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

    ReplyDelete
  50. 5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

    * Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

    * Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

    * Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

    * Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

    * Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

    * Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

    ReplyDelete
  51. 6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

    * Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

    * Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

    * Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

    * Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

    * Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

    * Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

    * Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

    * Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

    * Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

    * Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

    * Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

    ReplyDelete
  52. 7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

    * Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

    * Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

    * Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

    * Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

    * Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

    * Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

    * Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

    * Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

    * Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

    * Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

    * Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

    * Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

    * Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

    * Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

    ReplyDelete
  53. 8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

    * Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

    * Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

    * Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

    * Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

    * Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

    * Mengembangkan persekolahan satu sesi.

    * Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

    * Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

    * Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

    * Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

    * Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

    * Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

    * Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

    * Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

    ReplyDelete
  54. Bagus Aku Janji BN ni, jadi orang-orang BN janganlah buat hal yang bukan-bukan nanti merosakkan keyakinan rakyat terhadap BN pula. huhu

    ReplyDelete
  55. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  56. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  57. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  58. Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang kemudiannya akan dibeban kepada rakyat

    ReplyDelete
  59. jika berpotensi, tak salah dicalonkan

    ReplyDelete
  60. Sudah juga kita dimaklumkan yang mana siapa pun calon seharusnya kita bersatu menyokong mereka.

    ReplyDelete
  61. Calon yang diletakkan untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  62. pelbagai berita kita dengar sedangkan belum ada senarai calon diberikan.

    ReplyDelete
  63. Kita tunggu saja apa yang akan diberikan selepas ini.

    ReplyDelete
  64. Kita perlu memastikan BN akan terus menerajui.

    ReplyDelete
  65. Percayalah dengan apa yang BN janjikan.

    ReplyDelete
  66. Janji BN bukannya janji kosong.

    ReplyDelete
  67. Kalau janji pembangkang memang semua itu cuma janji kosong mereka.

    ReplyDelete
  68. Percaya kepada apa yang ada dalam manifesto BN. Pasti akan terlaksana.

    ReplyDelete
  69. Butiran pengumuman SPR yang menetapkan 20 April untuk hari penamaan calon dan 5 Mei hari pengundian sudah pun tersebar di seluruh dunia menerusi internet dan pelbagai saluran media sosial Twitter.

    ReplyDelete
  70. Abdul Aziz pada sidang media berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan hari ini dan notis pilihan raya pada esok 12 April.

    ReplyDelete
  71. Berdasarkan daftar pemilih SPR, ada 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

    ReplyDelete
  72. Najib mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN sama ada peringkat pusat, negeri dan bahagian supaya berlapang dada, reda dan tidak merajuk jika tidak terpilih menjadi calon dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  73. Beliau turut memberikan rasional sebarang keputusan dibuat pucuk pimpinan BN termasuk perubahan pengagihan kerusi dan pemilihan calon perlu diterima dengan hati terbuka bagi memastikan jentera BN di peringkat negeri, bahagian dan cawangan berjalan lancar untuk memastikan kemenangan BN.

    ReplyDelete
  74. “Sebab itu, dalam ucapan, saya kata seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam saja. Selepas itu kena turun padang,” katanya.

    ReplyDelete
  75. Proses pemilihan calon dan pembahagian kerusi untuk PRU-13 akan mengambil kira keputusan PRU 2008 dan keadaan demografi semasa di setiap kawasan.

    ReplyDelete
  76. Pemilihan calon pula dibuat dengan mengambil kira penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod calon termasuk mengambil kira cadangan parti komponen BN. Aspek peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman calon juga dijadikan ukuran dalam pemilihan seseorang menjadi calon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.