Sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media, Najib selaku Pengerusi BN dijangka akan mengumumkan senarai calon BN dalam tempoh beberapa hari ini. Ia mungkin hujung minggu ini atau awal minggu depan. Berbanding PR, mereka sudah pun mengumumkan sebahagian besar nama-nama yang bakal bertanding sejak beberapa hari lalu.
Sementara para pemimpin UMNO berdebar menunggu sama ada nama mereka dipilih sebagai calon atau tidak, terdapat golongan lain yang turut berdebar sama. Mereka ini sama berharap agar dipilih sebagai calon mewakili BN.
Mereka ini ialah kalangan Ahli Parlimen dan Adun yang menang dalam pilihanraya lalu atas tiket Pas dan Pkr tetapi kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan perjuangan yang menaikkan nama mereka, lalu menjadi wakil rakyat Bebas yang mesra kepada UMNO dan kepimpinan Najib. Antara yang popular ialah Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Wee Choo Keong, Dr Hassan Ali, Gobalakrishnan dan beberapa nama lagi yang tidak begitu popular dan tenggelam sebaik saja beralih rakit.
Dua Adun dari Perak yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi juga termasuk dalam kelompok itu. Ahli Parlimen Pas dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang sangat mesra dengan Najib juga tentunya berdebar menanti sama ada namanya masih ada di hati Perdana Menteri atau bakal dilupakan begitu sahaja.
Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, kelompok pelompat politik atau juga mesra dengan panggilan katak oleh masyarakat, sering saja mewarnai dunia politik negara dengan pelbagai berita sensasi terutama yang berupa serangan kepada pembangkang dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Suratkhabar dan tv pula bagaikan tidak sah jika tidak menyiarkan berita mengenai mereka.
Dalam mempertahankan Najib, UMNO dan kerajaan pula, golongan yang beralih kiblat politik ini terlihat lebih lantang dan ke depan berbanding pemimpin UMNO sendiri. Di ketika ramai pemimpin UMNO hanya berdiam diri semasa Najib diserang dengan pelbagai serangan, kelompok inilah yang sering ke depan mempertahankan dan menjadi pembela kepada Perdana Menteri.
Menjelang hari penamaan calon 20 April ini dan hari pengundian pada 5 Mei depan, nasib dan timbul tenggelam mereka ini mulai menjadi percakapan ramai, bukan saja di kalangan ahli dan pemimpin UMNO tetapi juga di kalangan rakyat biasa. Ramai yang berminat untuk mengetahui untung nasib dan timbul tenggelam mereka ini setelah bertahun-tahun mereka menjadi pembela kepada Najib dan kerajaan. Ramai yang ingin tahu sama ada mereka ini terus boleh melompat selepas ini atau hanya duduk di gua-gua yang sunyi.
Sehingga ini, belum ada kata putus mengenai mereka meskipun Najib seperti memberi bayangan kemungkinan ada seorang dua daripada mereka ini yang bakal dipilih bertanding menggunakan tiket BN dalam pilihanraya akan datang. Menyedari kemungkinan ada pemimpin UMNO yang kecil hati dan kecewa dengan pemilihan mereka itu, Najib menyetakan, kalau mahu merajuk pun biarlah selama 24 jam saja, selepas itu turunlah bekerja bagi memastikan kemenangan BN.
Siapa di kalangan katak-katak politik ini yang akan terpilih menjadi calon BN, masih lagi samar-samar. Hanya Ibrahim Ali yang paling ke depan berharap beliau akan dipilih kali ini. Beliau telah mengadakan beberapa perjumpaan menggunakan NGO Perkasanya untuk menunjukkan keseriusan ke arah itu dan juga telah berjaya meyakinkan Mahathir untuk bercakap melobinya supaya beliau turut dipilih oleh Najib sebagai calon BN di Pasir Mas.
Ibrahim Ali dikhabarkan sudah mempersiapkan jenteranya dan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Perkasa dalam sehari dua ini bagi memberi fokus kepada usahanya bertanding itu.
Gobalakrishnan pula secara terbuka seakan-akan merayu agar beliau dipilih untuk bertanding mewakili BN pula di kerusi lamanya di Padang Serai, Kedah atas alasan sejak beralih kiblat, beliau telah mengadakan 300 program yang melibatkan lebih 10 ribu pengundi di kawasannya untuk menyokong dasar kepimpinan Najib.
Zulkifli Noordin dan pula tidak banyak bercakap mengenai masa depannya, tetapi ada laporan mengatakan beliau bakal diletakkan bertanding mewakili BN di Shah Alam, Selangor. Yang lain-lain hanya berdiam diri, mungkin Dr Hassan Ali pula sedang berdoa atau berusaha cara lain agar namanya turut dipilih oleh Najib sebagai calon dalam pilihanraya ini.
Nasharuddin Mat Isa juga disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon berdasarkan keakraban hubungannya dengan Najib dan beliau juga sudah beberapa kali mengikuti rombongan Najib ke luar negara. Jika beliau dipilih bertanding mewakili BN, ia tentunya merupakan sejarah kerana Nasharuddin masih merupakan ahli Pas.
Perkara yang menjadi persoalan juga, sanggupkah ahli dan pemimpin UMNO di sesuatu kawasan itu menerima dengan rela hati golongan katak dan pelompat politik ini sebagai bakal Ahli Parlimen atau ADUN mereka?
Jika Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas misalnya, bolehkah ahli dan pemimpin UMNO menerimanya dan bekerja untuk memenangkannya sedangkan dalam pilihanraya lalu Ibrahim bertanding atas tiket Pas? Lebih dari itu beliau bukannya ahli UMNO.
Begitu juga jika Zulkifli Noordin dicalonkan di Shah Alam atau Dr Hassan Ali di Gombak misalnya, bagaimanakah pula penerimaan ahli dan pemimpin di kedua-dua kawasan itu? Bolehkah pemimpin UMNO di kedua kawasan itu hanya merajuk selama 24 jam sedangkan mereka telah bertungkus-lumus untuk UMNO sejak sekian lamanya dan sesetengahnya sudah mengidam untuk menjadi wakil rakyat sejak bertahun-tahun yang lalu?
Bolehkah juga ahli UMNO menerima dengan hati terbuka jika Nasharuddin Mat Isa yang masih merupakan ahli Pas dipilih sebagai calon BN di mana-mana kawasan nanti?
Meskipun sejak tiga empat tahun ini, ramai ahli UMNO yang menyokong dan bersama-sama dengan NGO yang diterajui oleh Ibrahim Ali, Dr Hassan Ali dan Zulkifli Noordin dalam beberapa isu mereka ditonjolkan, realitinya ia tidak bermakna mereka juga sanggup menerima pemimpin-pemimpin itu sebagai calon wakil rakyat mewakili UMNO dan BN.
Dalam isu pemilihan wakil rakyat Bebas sebagai calon BN, kemungkinan ada yang merajuk dan berkecil hati memang tidak boleh dielakkan. Yang penting juga ialah sama ada yang merajuk itu boleh dipujuk atau mereka berpendirian biarlah sama-sama berputih mata akhirnya.
Kenyataan Najib yang memberi bayangan kemungkinan ada wakil rakyat Bebas akan dipilih bertanding mewakili BN menunjukkan beliau memang berasa terhutang budi dengan pengorbanan mereka selama ini. Berapa orang yang bakal dipilih mungkin bergantung kepada kesesuaian kawasan dan kemampuan calon itu sendiri.
Secara realitinya, memilih mereka yang pernah melompat parti ini sebagai calon dan mengenepikan pemimpin UMNO sendiri ada baik dan buruknya. Daripada satu segi, memilih mereka membawa makna bahawa Najib seorang pemimpin yang budiman dan mengenang budi tetapi kesan buruknya juga banyak. Ia akan mendedahkan kepada sabotaj, kecil hati, merajuk, tutup bilik gerakan dan seterusnya mengecilkan ruang untuk mencapai kemenangan.
Jika Najib ada pilihan, pemimpin dan ahli UMNO juga tahu membuat pilihan.
Friday, April 12, 2013
Apakah Nasib Katak-Katak Politik Dalam PRU 13 Ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




sebaiknya pilihlah bukan katak untuk dicalonkan
ReplyDeletepemimpin katak tak ada pendirian
ReplyDeleteKalau Berahim Ali dcalonkn oleh UMNO utk tanding di Pasir Mas, bukan shj beliau hilang deposit tkut2 BN pun hilang deposit. Maluu gu! Wee Choo Keong confirm takde parti nak mminang pon. Ayam buangan DAP dan aku trkejut le bila PKR jemput beliau brtanding pd PRU dulu di BBintang. Haa kan dah kena! Zul Nordin pun sama,rasanya PKR tak mau beliau dan tolak pun pd PRU dulu tapi PAS cedok. Mngkin atas dasar pakai kopiah kot. Tapi PKR dah ada maklumat tentang si Zul tu,sebab tu tak ambil. Haaa kan dah kena jugak. Yg lain tu trperangkap dek UMNO, kesian meeka nak cari makan. Duit punya pasal.
ReplyDeletekatak politik yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Katak-katak politik ini nampaknya lebih rela menghambakan diri mereka dengan elemen kekayaan, kuasa dan pengaruh bagi meningkatkan mobiliti sosial.
ReplyDeleteMereka juga tidak mempunyai rasa malu di atas tindakannya sebaliknya percaya ianya adalah cara terbaik untuk mencipta kejayaan. Soal prinsip dan ketepatan pada janji hanyalah retorik semata-mata.
ReplyDeleteOleh itu, setiap parti politik harus berwaspada dengan kewujudan katak-katak politik yang dimaksudkan. Katak-katak politik ini ibarat barah yang boleh merosakkan reputasi dan nama baik profesion kepolitikan. Sering kali orang ramai melihat politik sebagai sesuatu yang menjijikkan namun apa yang membuatkan politik itu jijik dan kotor ialah si pelakunya.
ReplyDeleteKepada parti-parti politik baik di pihak pemerintah mahupun pembangkang, pemimpin-pemimpin politik sebegini tidak seharusnya mendapat tempat. Rakyat pula perlu menghantar mesej jelas dengan menolak katak-katak politik pada PRU akan datang.
ReplyDeleteSelagi prinsip dan integriti mereka terus dipersoalkan, rakyat mempunyai pilihan untuk memilih pemimpin lain yang lebih bertanggungjawab selaras dengan aspirasi rakyat.
ReplyDeleteUmno plans to weed out internal saboteurs to prevent what party president Datuk Seri Najib Razak called a repeat of the sabotage in Election 2008 that led to Barisan Nasional’s (BN) worst ever electoral performance.
ReplyDeleteIn Election 2008, BN lost its traditional two-thirds parliamentary majority and ceded five states to parties that eventually formed the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact. It later regained control of Perak following a series of defections.
ReplyDeleteSoon after the general election, former prime minister Tun Abdullah Badawi had singled out predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad as among those who helped undermine BN by campaigning against the ruling coalition.
ReplyDeleteNajib did not name any saboteur in a press conference after his party’s supreme council meeting, but unlike in 2008, Dr Mahathir is now firmly in the premier’s camp as he prepares to lead BN for the first time in elections expected within months.
ReplyDeleteThe supreme council agreed to accept a proposal from the management committee to give power to a special panel to monitor and take action against any party member who betrays and sabotages the party of any Barisan Nasional candidate,” Najib told reporters.
ReplyDeleteHe said the special panel would be led by individuals without any interests in the election as well as those in Umno’s disciplinary committee. The committee will be chaired by Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, who also chairs Umno disciplinary panel.
ReplyDeleteIn April 2008, then-prime minister Abdullah had lashed out at Dr Mahathir for his criticism of the former’s leadership.Stressing that he was not a “lembik (soft)” leader, Abdullah said there were many things that were not right in his predecessor’s reign, citing the 1987 Operasi Lalang crackdown, the erosion of confidence in the judiciary, and lack of freedom in the media as examples.
ReplyDeleteHe also said Umno was deregistered under Dr Mahathir’s leadership (in 1988) “but we never asked him to step down”. Dr Mahathir in turn said the reason why voters switched to the opposition parties was because of their dislike for Abdullah’s leadership, which he alleged had bred nepotism and corruption.
ReplyDeleteHe had also urged Malaysians not to vote for BN in the run-up the Election 2008. Despite his resistance, Abdullah was eventually forced to make way for Najib.
ReplyDeleteThis time around, however, Dr Mahathir has been actively campaigning for Najib’s Umno and recently urged party members not to sabotage BN’s chances in the coming polls.
ReplyDeleteAkujanji Headhunter said:-
ReplyDeleteSEBAR FITNAH (cybertrooper umno)
OTAK COPY PASTE
PERKAUMAN
POLITIK LUCAH
LIDAH SYAITAN
Akujanji Headhunter said:-
ReplyDeleteSEBAR FITNAH (cybertrooper umno)
OTAK COPY PASTE
PERKAUMAN
POLITIK LUCAH
LIDAH SYAITAN
Jika calon katak diletakkan dimana pun semuanya akan mengalami kekalahan,kerana mereka telah menderhaka kepada rakyat. Rakyat sudah membuat keputusan yang calon-calon katak akan dikalahkan ditangan rakyat juga kerana mengkianat. Tiada satu pun akan terlepas dari dosa yang mereka lakukan. Jangan buang masa dengan calon-calon katak kerana rakyat masih berdendam dengan mereka!
ReplyDeleteKita timbang calon katak pakai timbangan dacing BN mungkin boleh menang lagi.Sokong katak nak cuba power lagi siapa tau masih boleh pakai.
ReplyDeleteKatak jepprey ka?
ReplyDeleteThe Chinese must take a common stand against PAS policies that affect their social values, freedom and rights, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
ReplyDeleteHe added that if the Chinese were not united in this matter, the “small things” that PAS enforced now will turn out to be “something bigger” should the party enforce its brand of hudud in the country.
ReplyDeleteDAP was powerless when facing PAS.
ReplyDeleteApparently disturbed by the singer's dressing, which was allegedly “too revealing”, the PAS guests had reportedly demanded that the performance be stopped.
ReplyDeleteA strong mandate for the Barisan Nasional will be good news for the country as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will be able to push through the reforms needed to lift the economy to the next stage of development, say experts.
ReplyDeleteCredit Suisse analysts said there would likely be a relief rally should the current government win.
ReplyDeleteIt said the market expected Barisan to remain in power, albeit with a lesser majority.
ReplyDeleteCredit Suisse, however, added that the quality of Barisan's win was crucially important as a slim majority could signal political uncertainties.
ReplyDeleteIf Barisan wins by a slim majority, the stock market might worry over an internal leadership challenge or possible horse-trading
ReplyDeleteBarisan seats in the peninsular versus those in Sabah and Sarawak would determine how much horse-trading would happen
ReplyDeleteApakah nasib? Hanya tuhan tau
ReplyDeleteNamun kita tidak harus putus asa.
ReplyDeleteTetap jadi katak2.
ReplyDeleteWhatever the outcome, we know which one is the best one.
ReplyDeleteRakyat akan tentukan nasib mereka.
ReplyDeleteYang penting, rakyat perlu diutamakan.
ReplyDeleteThe people are smart enough to vote the best government.
ReplyDeleteKatak-katak ini tiada pendirian, lompat sana sini, ini yang akan menyebabkan rakyat tidak beryakin dengannya.
ReplyDeletedah lah tidak sehaluan, sudah pasti akan keluar parti dan mencari parti yang sama misi perjuangan.
ReplyDeleteSistem dua parti di negara ini memberi pengundi pilihan sama ada Barisan Nasional (BN) yang diteraju Datuk Seri Najib Tun Razak atau pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang dinasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteSistem pilihan raya yang berasaskan ‘first-past-the-post’ atau kemenangan berdasarkan undi majoriti, menuntut parti memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan sebelum layak membentuk kerajaan persekutuan.
ReplyDeleteSejak diadakan pertama kali pada 1959 hingga kali ke-12 pada 2008, BN yang sebelum ini dikenali Parti Perikatan, berjaya menguasai tampuk pentadbiran pusat dan diramal mengulangi kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 ini.
ReplyDeleteAkan tetapi, perubahan zaman menuntut lebih daripada sekadar rekod kejayaan untuk memancing undi, sementelah kaedah berkempen pada pilihan raya umum kali ini turut disertai media sosial yang terbuka untuk disalah guna.
ReplyDeleteMenurut Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin, trend pemilihan oleh pengundi di Malaysia lebih berdasarkan prestasi parti dan rekod pencapaian pemimpin.
ReplyDeleteBerdasarkan kajian kecenderungan pengundi yang dilaksana UMCEDEL tahun lepas, Najib mendahului Anwar kerana rakyat menerima baik kepimpinan Najib yang melaksanakan pelbagai program transformasi, katanya.
ReplyDeleteNamun begitu, katanya populariti pemimpin boleh berubah ketika pilihan raya kerana ada faktor lain memainkan peranan termasuk strategi kempen yang dijalankan parti bertanding.
ReplyDeletePandangan itu dikongsi Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat yang yakin pengundi atas pagar memainkan peranan penting pada pilihan raya umum kali ini.
ReplyDelete“Terdapat 25 hingga 35 peratus pengundi atas pagar dalam negara memilih calon dengan melihat aspek populariti dan prestasi parti politik berkenaan.
“Akan tetapi situasi ini berbeza dengan pengundi tegar yang tidak melihat faktor ini kerana mereka pasti akan memilih pemimpin parti politik yang mereka sokong,” katanya.
ReplyDeleteBeliau bagaimanapun tidak menolak ada pengundi mudah terpengaruh dengan kebijaksanaan pemimpin politik berhujah dan mengolah isu yang kemudian diterjemahkan mereka sebagai undi.Justeru kata beliau, pengundi mesti mengambil kira semua faktor dan tidak menerima bulat-bulat segala maklumat yang diperoleh, sebelum membuat keputusan kerana undi itu akan menentukan masa depan negara.
ReplyDeleteDiharapkan calon-calon yang di pilih benar-banar layak.
ReplyDeleteJika terlalu banyak kontroversi pun boleh menyebabkan kejatuhan pemimpin itu sendiri.
ReplyDeletePemimpin yang suka lompat parti tidak patut jadi calon.
ReplyDelete