Sunday, April 14, 2013

Bila Salahuddin Ayub dituduh main betina?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah dituduh main betina di Puduraya. Pernah sekali saya beritahu beliau sorang sama sorang, “ada blog dok cerita hang main betina di Puduraya”.

Bila saya beritahu perkara itu, saya mula mengkaji air mukanya. Saya bukanlah pakar kaji body language. Tapi, ikhlas cakap, saya nampak dia ok ja. Tak nampak macam bersalah pun.

Saya ni suka tengok body language orang walaupun saya bukanlah pakar. Sebab itulah, kalau saya tulis hal Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu, saya suka cerita fasal body language dia. Body language Najib menghantar rasa curiga.

Suami Datin Seri Rosmah Mansor itu tak boleh dituduh bersalah dalam kes bunuh Altantuya kerana kita tak dak bukti. Dia mungkin bersih. Mungkin. Malangnya, dia tidak kelihatan bersih.

Sumpahnya di masjid dengan menggunakan kalimah qasam yang diajar Islam tidak dituruti oleh ayat-ayat yang memberi keyakinan yang membunuh segala keraguan. Malah, menambahkan lagi keraguan tanpa penghujung.

Balik kepada cerita Salahuddin. Satu hari di Parlimen, beliau diperkenalkan kepada seseorang yang dikatakan Papagomo yang Salahuddin kenalpasti antara yang menulis cerita dia main betina di Puduraya. Terus dia tarik mamat tu sembang sorang sama sorang. Antara lain, Salahuddin beritahu saya, dia ajak orang yang dikatakan Papagomo itu bermubahalah di Masjid Negara.

“Saya bawa keluarga saya, awak bawa keluarga awak. Kita bermubahalah di Masjid Negara,” lebih kurang begitu la kata Salahuddin kepada mamat tu seperti yang diceritakan kepada saya.

Tidak puas dengan itu, satu hari, dalam satu ceramah besar di Johor, Salahuddin bersumpah dengan kalimah qasam.

Entah apa puncanya dan entah macam mana dia boleh cakap gitu saya tak tahu. Tetapi, Salahuddin memberitahu semua yang hadir, “WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina!”

Selepas itu, nampak reda cerita Salahuddin main betina di Puduraya walaupun blogger-blogger Umno masih menggelar beliau Din Puduraya (“...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” - Al-Hujurat: 11)

Besarlah harapan saya agar cerita di atas menjadi teladan kepada yang sudi membaca blog ini. Lebih dari yang lain, agar menjadi teladan kepada saya sendiri (Cih! Tak dak sapa yang bongok sangat nak tuduh yang berzina, bakaq! Buat rugi beras ja. hang tok sah dok perasan la!)

43 comments:
Write comments
  1. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  2. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  3. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  4. Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH UNTUK HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  5. Fitnah dan tuduhan palsu perlu dielakkan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan lancar dan bersih.

    ReplyDelete
  6. Pakatan pembangkang ni sering dihujani dengan pelbagai dakwaan terutama mengenai video tidak senonoh akhir-akhir ni.

    ReplyDelete
  7. Bolehkah lihat kebenaran sekadar bergantung pada body language?

    ReplyDelete
  8. Rakyat pandai-pandailah menilai isu seperti ni.

    ReplyDelete
  9. Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap. Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah. Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

    ReplyDelete
  10. Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit. Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Mohd Najib.

    ReplyDelete
  11. Pada pilihan raya ini, Datuk Seri Najib akan meminta rakyat untuk memberi mandat yang besar kepada beliau berdasarkan kepada sukses, ‘track record’ serta pencapaian yang yang telah ditempa selama empat tahun memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara. Datuk Seri Najib menerima mandat daripada perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah dan PRU ke 13 merupakan pilihan raya negara pertama beliau menerajui sebagai ketua kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Ketika kerajaan Barisan Nasional menawarkan Aku Janji kepada rakyat untuk meneruskan tradisi membela serta memperjuangkan nasib rakyat tidak mengira kaum, agama atau warna kulit, pihak pembangkang juga menghidangkan manifestonya yang penuh dengan janji-janji manis. Berbeza dengan BN yang mampu berbangga dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang selama hampir enam dekad, pembangkang yang menamai mereka sebagai Pakatan Rakyat belum pernah terserlah kemampuan dan bukti mereka mentadbir sebuah negara yang kompleks dan majmuk seperti Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Jika berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang hanya berjaya melunaskan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji dalam manisfesto pilihan raya umum 2008, maka manisfesto yang ditawarkan kali ini sudah semestinya disangsi dan diragui rakyat.

    ReplyDelete
  14. Jika setakat mentadbir beberapa buah negeri pembangkang sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbagai rupa, bentuk dan kerumitannya serta membawa arus pembangunan yang sangat didahagakan terutamanya oleh segmen masyarakat miskin dan daif, bagaimana pula mahu memerintah sebuah negara yang lebih luas, kompleks dan penuh dengan rencam cabaran dan dugaan?

    ReplyDelete
  15. Jika pembangkang dilihat tidak mampu merealisasikan janji-janji dalam manifestonya begitu juga kepimpinan yang mahu ditawarkan untuk memimpin Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Datuk Seri Najib berjanji akan mencalonkan sekurang-kurangnya 40 peratus muka baru yang lebih muda, keterampilan yang hebat, professional dan komited untuk membela rakyat.

    ReplyDelete
  17. BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi. Di dalam aspek ini pembangkang amat ketinggalan sekali.

    ReplyDelete
  18. Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim akan mencecah 67 tahun dan bukanlah calon utama pembangkang sebagai Perdana Menteri. Ini kerana Pas sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat masih sepenuhnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri malah telah mencadangkan presidennya Andul Hadi Awang kepada jawatan itu.

    ReplyDelete
  19. Walaupun Anwar dilihat sebagai tokoh pembangkang paling laak untuk diketengahkan sebagai calon PM namun faktor lain menidakkan pula keserasian beliau kepada jawatan itu. Beliau pernah menjadi orang nombor dua di bawah Tun Dr Mahathir, menteri kewangan selama lapan tahun serta menduduki jawatan timbalan presiden dalam UMNO.

    ReplyDelete
  20. Jika Anwar pernah mengatakan kepada pelapis-pelapis semasa mengetahui Abim dahulu bahawa seorang pemimpin itu harus bersih dan nampak bersih. Di sini Anwar kecundang dalam penilaian kesesuaiannya sebagai PM. Walaupun bijak berbicara, pandai berbahas, ada sifat kepimpinan tetapi pelakunya buruk dan jijik.

    ReplyDelete
  21. Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya. Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri, Anwar tetap menafikannya.

    ReplyDelete
  22. Perilaku Anwwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral. Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.

    ReplyDelete
  23. Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat, Eropah malah di Singapura juga.

    ReplyDelete
  24. Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit. Walaupun mempunyai ‘creditial’ agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal, Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.

    ReplyDelete
  25. Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya, Mustafa Ali. Jadi sebenarnya Mustafa lah de facto menteri besar yang sebenarnya dan bukannya Abdul Hadi. Beliau juga takut kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan sentiasa akur kepada kehendak pemimpin veteran itu.

    ReplyDelete
  26. Jika Abdul Hadi menjadi PM, bukan beliau yang berkuasa tetapi Nik Aziz yang akan membuat semua keputusan penting bagi pihaknya. Dalam Dap, barisan pimpinannya tidak banyak berubah sejak era tahun 1960an. Umpamanya Lim Kit Siang masih terus menjadi pemimpin yang memegang kuasa sebenar di dalam Dap sejak 1969 bila mana parti-parti politik lain sudah banyak kali berganti pemimpin.

    ReplyDelete
  27. Pas Jadikan Islam Sebagai Alat Kepentingan Politik Melampau

    Bekas Penolong Pengarah Bahagian Antarabangsa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Abu Hassan Al Ashaari Zakaria membidas kenyataan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa Rasulullah saw juga menolak UMNO, sekiranya parti berkenaan wujud ketika zaman baginda hidup.

    Menurut beliau, Mursyidul Am Pas berani mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beranggapan bahawa UMNO itu tidak Islamik, malah kafir dengan mendakwa UMNO menolak Islam.

    “Sebagai seorang tuan guru, beliau tentunya mengetahui serta menyedari bahawa kata-katanya itu terkeluar dari etika hikmah dalam berdakwah menurut Islam. Mungkin beliau merasakan hanya orang Pas saja yang Islam dan orang lain yang tidak menyokong Pas bukan Islam ataupun kafir.

    ReplyDelete
  28. Pas Jadikan Islam Sebagai Alat Kepentingan Politik Melampau

    “Baru beberapa hari lepas, beliau mendakwa solat ahli dan penyokong UMNO tidak sah dan hari ini, beliau mengaitkan nama Rasulullah saw pula demi kepentingan politik Pas. Bagi saya, kenyataan Nik Azizi itu sudah melalut akibat sikap taksub dan hanya merasakan dirinya saja yang betul serta orang lain semuanya salah,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

    Tambahnya lagi, Pas juga sebenarnya bukanlah sebuah parti Islam dan pendekatan yang diambil oleh ahli, penyokong dan juga kepimpinan Pas tidaklah berdasarkan syariat Islam dan tidak mengikut sunnah.

    “Bagi saya, Pas memperalatkan Islam untuk kepentingan parti. Di mulut mereka sebut Islam, tetapi tindak tanduk, kata-kata dan perilaku mereka langsung tidak Islamik, tidak mengikut sunnah. Jika benar Pas ikut sunnah, sepatutnya kepimpinan Pas mesti sentiasa bersangka baik, mendoakan yang baik-baik dan tidak memutuskan silaturrahim sesama Islam.

    “Sebagai contoh, ketika Nabi saw pergi ke Taif lalu dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga darah bertakung di kasut baginda, namun baginda tidak mendoakan bala untuk penduduk di situ. Bahkan apabila datang Malaikat memberi tawaran pada Nabi saw untuk menghancurkan umat di situ, Nabi menolak sebaliknya baginda mendoakan agar umat tersebut mendapat hidayah.

    ReplyDelete
  29. Pas Jadikan Islam Sebagai Alat Kepentingan Politik Melampau

    “Inilah contoh yang Nabi saw tunjukkan pada kita, tapi hari ini apakah Pas mengikut sunnah Nabi saw itu? Sikap mereka amat bertentangan sekali dengan apa yang dicontohkan oleh Nabi saw. Mereka mendoakan bala sesama Islam, memaki hamun dan mempunyai syak wasangka terhadap sesama Islam. Apakah perbuatan memaki hamun, syak wasangka dan memutuskan silaturrahim itu suruhan agama?,” ujarnya.

    Pas juga sebenarnya bersikap zalim apabila menolak cadangan UMNO untuk bermuzakarah bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat kedua-dua buah parti tersebut umat Islam di negara ini demi Islam, Bangsa dan Tanahair.

    “UMNO pernah menghulur tangan untuk bersatu, tetapi Nik Aziz menolak. Bersatu adalah suruhan agama dan bukankah tindakan Nik Aziz itu zalim kerana menolak perintah Allah untuk bersatu sesama Islam?

    “Inilah akibatnya apabila perjuangan diwarnai dengan sikap taksub yang sentiasa menganggap dirinya saja yang betul dan orang lain yang tidak menyokong perjuangan Pas semuanya salah, kafir dan zalim.

    “Pas sebenarnya hanyalah sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, sedangkan hakikatnya merekalah yang memperalatkan Islam untuk kepentingan peribadi dan agenda politik parti mereka,” tegasnya.

    ReplyDelete
  30. bila dekat PRU, macam2 isu timbul

    ReplyDelete
  31. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  32. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    OTAK COPY PASTE
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  33. Kita harus tau bahwa Blok B4, Aras 2, Kompleks JPM di Putrajaya adalah 'kilang' segala kerja durjana BN/UMNO. Dgn halangan ketat utk acces dan mmpunyai staf yg cukup dpercayai oleh PM/UMNO,maka tidak heran jika bangunanitu menjadi tempat terbitnye risalah atau banner atau bunting yg dicipta atas nama PAS/DAP utk melaga-lagakn ikatan PR. Tidk heran jika mereka dr blok itu juga yg terlibat secara langsung sbg provokator dlm mana2 perhimpunan aman rakyat agar jadi kecoh dan tidak mustahil jika bangunan itu juga mngilhamkn penbeluaran semua2 video2lucah mmbabitkn pemimpin PR. Pendek kata,dibangunan B4 ,Putrajaya itule sumber segala kerja jahat UMNO utk survival politik mereka yg mereka jua tau bahwa saban hari rakyat menolak Parti setan serta menyaksikan golongan cerdikpandai berpusu2 masuk PAS atau PKR.

    ReplyDelete
  34. Akujanji cybertrooper said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  35. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  36. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  37. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  38. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  39. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  40. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  41. Biasa lah dekat PRU ada macam-macam cerita timbul. Yang penting rakyat tahu menilai cerita mana betul dan tidak betul.

    ReplyDelete
  42. Macam-macam sahaja, body language pun boleh tau salah atau tidak salah?? macam-macam.

    ReplyDelete
  43. Cerita ini akan hilang juga lepas PRU nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.