MCA bahagian Gelang Patah, Wangsa Maju, Serdang dan Kuantan sudahpun melenting berikutan berita Umno cuba merampas kerusi mereka.
Semalam Malaysiakini melaporkan MCA bahagian Gelang Patah mengisytiharkan berhenti kerja selepas mendapat ura-ura bahawa Pengerusi MCA Gelang Patah Jason Teoh bakal tidak dicalonkan.
Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek semalam.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang ditendang dari kerusi DUN Johor dikatakan bakal berentap situ untuk berdepan dengan penasihat DAP Lim Kit Siang.
MCA bahagian Serdang pula memberontak setelah mendapat maklumat bahawa seorang pembelot dalaman bakal dicalonkan sebagai calon parlimen Serdang.
Liew Yuen Keong, Ketua MCA Serdang yang enggan mendedahkan nama pembelot itu berkata rahsia pembelot ini memang diketahui umum di kawasannya.
Ini tidak ditambah lagi dengan pemberontakan di MCA Wangsa Maju dan Kuantan. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melenting apabila akhbar The Star melaporkan bahawa kerusi Kuantan akan digantikan dengan kerusi Temerloh. Akhirnya The Star terpaksa membuat permohonan maaf dan pembetulan terhadap berita tersebut.
Kerusi Wangsa Maju pula hampir pasti hilang dari tangan MCA apabila Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerusi itu adalah kerusi pinjam dari Umno ke MCA.
Berita perebutan kerusi Umno pula tertutup sehingga kini. Tapi insiden di Putrajaya di mana satu laporan polis dibuat ke atas Tengku Adnan kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau. Ura-ura menyatakan bahawa ia berpunca daripada agihan kerusi.
Ramai yang mengunakan pemimpin veteran parti yang disegani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk melobi bagi pihak mereka. Kes paling klasik ialah apabila seorang menteri penggal lalu telah mengguna khidmat isteri sendiri untuk melobi supaya beliau dikekalkan.
Dalam pertemuan 10 April, Najib membuat seruan terakhir kepada pemimpin akar umbi BN supaya menerima senarai calon yang bakal diumumkan kelak.
Harakahdaily sempat menelefon sumber Umno untuk bertanyakan mengenai perkembangan calon-calon BN sejurus berita melaporkan bahawa Najib bakal menyerahkan surat tauliah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara.
“Masalah terbesar calon BN ialah perkataan ‘winnable’ itu. Tiada kriteria pada perkataan ‘winnable’. Bukan tengok track record, bukan nilai prestasi dan bukan nilai peluang menang. Ia dinilai siapa yang Kak Ros suka dan Tun Mahathir suka. Di samping itu juga ada percaturan nak pastikan kem masing-masing mendapat calon parlimen yang paling banyak menang.
"Sebab itu baru timbul rasa tidak puas hati melampau. Sekarang buat apa pun silap. Hanya harap Tingkat 2 B4 jangan rumitkan keadaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan sendiri sepertimana PAS dulu. Apa yang mereka buat kini ialah biar Umno jalan seorang tanpa rakan-rakannya,” kata sumber Umno itu.
Sumber Umno menambah penentuan calon kali ini juga berkait rapat dengan pemilihan parti Umno yang bakal berlaku selepas PRU13.
“Ini yang merumitkan keadaan. Dalam percaturan ada percaturan. Jika ramai memberontak dan situasi dalaman tidak terkawal, tunggu sahaja video fitnah akan keluar lagi untuk mengalih perhatian rakyat. Just be prepared,” nasihat sumber Umno itu lagi.
Ketika ditanya samada beliau bakal menjadi calon di PRU13, sumber Umno itu berkata, “Insha-Allah, kalau Kak Ros tak membantah, ya. Saya pernah tersilap kata benda tak baik pada dia dan perkara itu sampai padanya. Kalau Kak Ros masih berdendam, tak ada harapanlah.” -HD
Monday, April 15, 2013
BN bakal bergelora selepas nama calon diketahui
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika kita lihat sebenarnya bukannya BN yang bergelora. Tetapi Pembangkang yang bergelora sekarang ini.
ReplyDeleteLihat saja sendiri PAS sabah membuat keputusan sendiri tanpa mengiraukan Anwar Ibrahim sebagai ketua PR.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.
ReplyDeletepastikan tidak masalah timbul dalam isu pencalonan
ReplyDeleteDitanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: “Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat.”
ReplyDeleteSpekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA pada Isnin.
ReplyDeleteMCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.
ReplyDeleteUmno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.
ReplyDeleteMCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.
ReplyDeleteBekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.
ReplyDeleteLihat sendiri bagaimana Datuk Najib mengatur dengan sebaiknya calon-calon.
ReplyDeletePercaya dengan kerajaan yang ada sekarang ini. Kerana mereka telah membuktikan yang mereka ini mampu.
ReplyDeleteNegara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap. Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah.
ReplyDeleteHakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
ReplyDeletePemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) dicadang supaya menyenaraikan 50 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
ReplyDeleteAnggota Parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika kaedah itu digunakan, ia diyakini akan memberikan kemenangan besar kepada BN pada PRU-13 sekaligus menyediakan calon muda untuk menghadapi PRU-14.
ReplyDelete“Pengundi mahu melihat perubahan nyata dalam BN dan UMNO bukannya sekadar retorik. Mereka hanya akan percaya jika parti menampilkan calon muda bukan memilih semula calon orang lama dan kemudian baru menjanjikan perubahan.
ReplyDeleteBeliau berkata, dalam PRU 2008, pembangkang mengetengahkan hampir 70 peratus muka baharu dan 50 peratus adalah orang muda, sekaligus berjaya menidakkan majoriti dua pertiga BN.
ReplyDeleteNur Jazlan berkata, jika rakyat tidak melihat proses peralihan kuasa dalam parti itu sendiri, BN akan ditolak pengundi dalam PRU-13, walaupun mungkin tidak secara keseluruhan tetapi kesan sebenar akan dapat dilihat pada PRU-14.
ReplyDelete“Bukan hendak menidakkan sumbangan dan jasa orang lama dalam parti tetapi mereka juga perlu sedar hakikat bahawa mereka tidak boleh terus bergantung kepada kuasa dan jawatan itu buat selama-lamanya,” kata beliau.
ReplyDeleteKatanya, orang lama dan golongan veteran terutama sekali di kalangan wakil rakyat perlu membuat pengorbanan terhadap parti, kerana itulah yang menjadi kekuatan dalam BN dan UMNO.
ReplyDelete“Sekiranya, mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan keramat ini, buatlah pengumuman beramai-ramai secara terbuka untuk mengundur diri dan nyatakan sokongan terhadap calon baharu yang dipilih pucuk pimpinan”.
ReplyDeleteBeliau berkata, golongan muda profesional semakin kurang dalam UMNO dan jika perkara itu tidak ditangani dengan segera, parti akan kekurangan calon untuk memenangi hati dan fikiran pengundi pada pilihan raya umum.
ReplyDeleteSehubungan itu, beliau meminta pemimpin veteran di dalam UMNO memberi laluan kepada pemimpin muda secara sukarela kerana usaha itu amat penting dalam membantu proses peremajaan semula parti dalam memastikan rakyat terus menyokong UMNO dan BN.
ReplyDeleteKegagalan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor menunaikan janji untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat di negeri itu, membuktikan mereka gagal mencari lebihan wang kononnya hasil amalan korup dan kronisme kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
ReplyDeletePengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata atas sebab tu, manifesto pakatan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah hanya satu retorik politik yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.
ReplyDeletePada PRU 2008, katanya, kerajaan pakatan Selangor berjanji mereka akan memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat negeri itu, kerana mendakwa banyak lebihan wang hasil amalan rasuah dalam kerajaan BN Selangor.
ReplyDelete“Sebab itu, mereka menabur pelbagai janji dalam manifesto 2008, tapi bila menang Selangor, didapati tiada unsur rasuah dalam pentadbiran kerajaan BN sebelum itu…mana duit lebihan hasil amalan korup dan penyelewengan itu.
ReplyDelete“Mereka dakwa berjaya menjimatkan 24 peratus perbelanjaan jalan raya di Selangor sepanjang sembilan bulan tahun lalu, siapa yang rugi kerana jalan raya tidak diselenggara atau dibina…sudah pasti rakyat Selangor itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini
ReplyDeleteNur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata, sebagai seorang akauntan profesional, beliau mengetahui bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah gagal membuktikan terdapatnya penyelewengan atau amalan rasuah berlaku ketika BN memerintah Selangor.
ReplyDeleteBoleh dikatakan setiap hari ada ahli PKR dan PAS akan keluar parti dan menyertai UMNO dan BN menjelang hari penamaan calon dan hari pengundian. Ini disebabkan rakyat Malaysia sudah mula sedar akan rupa sebenar Pakatan Pembangkang yang hanya mengutamakan anak beranak dan politik berbanding membantu rakyat.
ReplyDeleteKesengsaraan rakyat Selangor yang sekarang ini mengalami krisis air ekoran sikap Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang mempolitikan isu air. Juga, pertumbuhan rumah-rumah urut dan kelab malam di Selangor semenjak pemerintahan Pakatan Pembangkang telah banyak mengundang pendatang tanpa izin khususnya pelacur dari China dan peningkatan kadar pelacuran di Selangor.
ReplyDeletePemerintahan DAP di Pulau Pinang menyaksikan bagaimana nasib masyarakat Melayu dipinggirkan sama ada dalam sosiekonomi mahupun tanah. Semenjak Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, rakyatnya tidak ada pilihan melainkan terpaksa ‘menerima’ kekejaman pemerintahan Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai ‘Tekong’.
ReplyDeleteAtas sebab-sebab itu terbaru seramai 150 ahli PKR dari Cabang Padang Serai termasuk Timbalan Ketua Cabang, Johari Teh telah mengumumkan keluar parti dengan menyertai UMNO dan menyokong BN. Menurut Johari, aktiviti keluar parti itu akan berterusan dan difahamkan selepas ini lebih ramai akan menyusul sehingga setiap cabang PKR akan terpaksa ditutup.
ReplyDeleteBorang keahlian diserahkan kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan. Ditanya apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian dan jawapannya mudah sahaja, “kami percaya di bawah kepimpinan BN anak dan cucu cicit serta agama akan terbela”.
ReplyDeleteKemelut Pakatan Pembangkang yang kian hangat berlaku di Sabah juga berlaku di Sarawak. Situasi ini dijangka akan memberikan kesan yang baik kepada BN di Sabah dan Sarawak juga Labuan.
ReplyDeleteSehingga kini kemelut pembahagian kerusi di Sabah yang membabitkan Pakatan Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS, dan Parti Maju Sabah (SAPP), Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tidak pernah selesai dan tidak akan selesai. Ini kerana Pakatan Pembangkang menerusi Anwar Ibrahim masih berkeras bahawa parti di bawah Pakatan Pembangkang wajar diperuntukan kerusi yang lebih di Sabah pada PRU-13.
ReplyDeleteDi Sarawak, situasi yang juga berlaku Cuma ia hanya melibatkan ketiga-tiga Pakatan Pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR. Manakala, parti pembangkang tempatan Sarawak, SNAP tidak akan bertanding dalam PRU-13 disebabkan mahkamah telah membatalkan parti itu.
ReplyDeleteYang tinggal kini hanyalah Sarawak Workers Party (SWP) pimpinan Larry Sng. Dijangka SWP akan bertanding di kesemua kerusi Parlimen yang akan ditandingi PRS. Ini secara langsung akan mewujukan pertanding 3 penjuru dan berkemungkinan 4 penjuru jika calon Bebas juga mengambil bahagian.
ReplyDeletePertindihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti pembangkang di Sabah juga semacam tiada jalan penyelesaiannya. Menurut Ketua Penerangan PBS, Datuk Johnny Mositu yang menegaskan, daripada perbincangan formula kerusi antara Pakatan Pembangkang dan rakan komponennya itu jelas menunjukkan pembahagian yang berat sebelah dan SAPP hanya memperolehi beberapa kerusi.
ReplyDelete“PR dah bincang begitu lama tentang pembahagian kerusi ini tapi masih belum selesai, walaupun terbaru SAPP hanya diberikan beberapa kerusi. “Saya rasa pucuk pimpinan SAPP boleh menilai, ia berlaku sama seperti PBS dulu, SAPP mungkin akan merasai nasib yang sama seperti PBS suatu masa dulu,” katanya lagi.
ReplyDeleteJelas Johnny, sebelum ini SAPP telah beberapa kali berbincang dengan Presiden Parti Datuk Seri Wan Azizah mengenai pembahagian kerusi semasa pilihan raya sebelum ini, namun isteri kepada Ketua Pembangkang itu jelasnya tidak mengendahkan tuntutan mereka.
ReplyDeleteSebelum ini telah melaporkan rundingan kerusi Pakatan Pembangkang dan SAPP telah dihentikan buat sementara waktu, menurut sekutu Pakatan Pembangkang Wilfred Mojilip Bumburing, satu lagi petunjuk kegagalan pembangkang untuk bersatu dalam menghadapi BN dalam PRU-13.
ReplyDeleteSudah menjadi kebiasaan untuk PKR merebut kerusi dengan jumlah yang besar, namun gagal untuk dimenangi. “PKR ni pun dah jadi tabiat mereka minta kerusi lebih, tapi mereka tidak boleh ‘deliver.’ “Kita tengok seperti ketika pilihan raya negeri di Sarawak, daripada 71 kerusi mereka bertanding 49, tetapi hanya menang tiga kerusi sahaja.
ReplyDeleteSehingga kini pun PKR seolah-olah tidak mahu belajar daripada kekalahan dalam PRN Sarawak Ke-10 apabila masih tetap mahu bertanding dengan kerusi yang banyak. Sehingga kini kemelut Pakatan Pembangkang dalam pembahagian kerusi di Sarawak yang melibatkan PKR-PAS dan DAP-PKR masih belum dapat diselesaikan. Parlimen Batang Sadong, Mas Gading, Serian, Sri Aman, Miri dan beberapa lagi kerusi parlimen masih belum diselesaikan dan dijangka tidak akan selesai menjelang tibanya PRU-13.
ReplyDeletePengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN sudah bersedia untuk menghadapi pertarungan pelbagai dimensi dalam pilihan raya umum ke-13 ini.
ReplyDeletePerdana menteri menarik perhatian bahawa pilihan raya kali ini akan berlangsung dalam suasana bukan konvensional, berasaskan kemajuan teknologi dan penggunaan media baharu seperti Twitter.
ReplyDeleteMengakui cabaran yang akan dihadapi, Najib bagaimanapun menyatakan keyakinannya bahawa BN akan berupaya menyampaikan ‘cerita’ BN dengan baik kepada rakyat, bermula dengan Aku Janji BN untuk pilihan raya ini.
ReplyDeleteCabaran BN selepas ini ialah untuk berkomunikasi mengenai barisan calonnya, kata Najib, yang turut yakin mereka yang dipilih akan diterima baik oleh pengundi.
ReplyDelete“Seperti yang sedia maklum, manifesto kami telah diterima dengan begitu baik dan positif oleh kalangan rakyat. Ia akan menunjukkan hasrat kami bagi melakukan transformasi, dengan menggabungkan pengalaman dan kebijaksanaan untuk mentadbir kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya.
ReplyDeleteHeadhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.
Headhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.
Headhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.
Headhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.
Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pakatan Rakyat (PR).
ReplyDeletePakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, masalah perebutan kerusi yang timbul antara parti komponen PR antara faktor penyumbang kelemahan PR.
“Banyak isu yang timbul dalam PR, antara yang besar adalah ketiadaan persefahaman dalam pengagihan kerusi kerana perkara ini menjadi perhatian berikutan semua pihak sedang menantikan hari penamaan calon.
ReplyDelete“Selain itu, isu yang melibatkan moral pemimpin juga menjadi faktor semasa yang boleh menggugat kepercayaan rakyat,” katanya
Menurut beliau, ada pengundi yang menitik beratkan soal moral dan integriti seseorang pemimpin, sekaligus boleh memberikan kesan kepada parti.
ReplyDelete“Di Malaysia sifat peribadi seseorang individu itu dilihat penting apatah lagi melibatkan parti yang selama ini membawa nama agama.
“Apabila isu itu timbul bersama bukti, ianya mampu menggugat kedudukan parti ketika ini walaupun kebenarannya masih belum dapat dipastikan,” katanya.
ReplyDeleteKetika ditanya apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berkenaan, beliau berpendapat, individu yang disabitkan sesuatu isu itu perlu berani tampil dengan membuat penafian bagi menarik kembali sokongan rakyat.
“Pemimpin terbabit perlu tampil menyatakan hujahnya bukan berdolak dalih menuduh pihak lain menjadi punca perkara itu timbul.
ReplyDelete“Jika mengikut Islam, sumpah laknat adalah yang terbaik memandangkan keadaan kini kritikal, jika dibiarkan isu ini akan jadi liabiliti kepada parti” katanya.
Bagi Pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian, sokongan rakyat ketika ini dilihat berpihak kepada BN.
ReplyDeleteBagi Pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian, sokongan rakyat ketika ini dilihat berpihak kepada BN.
ReplyDelete“Antara faktor penyumbang adalah gerak kerja dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa tahun ini.
ReplyDeleteMenurutnya, ketika ini BN mahupun PR dalam keadaan berhati-hati dan masing-masing susun strategi.
ReplyDelete“BN masih punya kelemahan namun beberapa isu yang timbul dalam PR ketika ini beri kelebihan kepada BN.
ReplyDelete“Dua elemen yang sangat penting adalah calon dan jentera, namun trend sebenar hanya boleh dilihat selepas penamaan calon,” katanya.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menampilkan hamper 50% muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini turut menamakan calon tersebut sebagai Pasukan Transformasi BN.
ReplyDeleteBeliau selaku Pengerusi BN berkata, kesemua muka baru itu adalah individu yang boleh dan mampu memenuhi Aku Janji BN selain mampu memacu pelan transformasi negara.
ReplyDelete“Kita tidak hanya boleh melihat pada pilihan raya ini tetapi harus melihat selepas ini apa kesudahannya, kerana itu kita mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan segala Aku Janji BN,” katanya.
ReplyDeleteJelasnya lagi, senarai calon itu dipilih dengan mengambil kira hasrat untuk menubuh kerajaan kuat dan mampu memenuhi jangkaan rakyat pada masa depan, sekali gus merealisasikan manifesto BN.
ReplyDeletePerdana Menteri turut mengulangi gesaan kepada pemimpin-pemimpin BN yang tidak terpilih agar terus memberi sokongan bagi memastikan kemenangan besar parti.
ReplyDeleteKatanya, pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih itu bukan bermaksud mereka tidak menyumbang tetapi ia merupakan satu perubahan sebagaimana dikehendaki rakyat yang mahukan banyak muka baru ditampilkan.
ReplyDeleteBN meletakkan 33% muka baru untuk bertanding kerusi Parlimen manakala 49% lagi calon baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
ReplyDeleteOne-third of the Barisan Nasional (BN) candidates for parliamentary seats at the 13th General Election (GE13) will be new faces while almost half of its candidates for the State Legislative Assembly seats will be new ones.
ReplyDeleteAnd describing the line-up as the “Transformation Team for BN”, Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Tun Razak expressed confidence it was the strongest team and could fulfil the ‘Aku Janji BN’ or the ‘BN Pledge’ and drive the government transformation plan.
ReplyDeleteHe said 33 per cent new faces would be fielded for the parliamentary constituencies while for the State Assembly seats, 49 per cent would be new faces.
Najib said this was to meet the wishes and expectation of the voters who wanted to see that the BN and Umno were prepared to make the change.
ReplyDeleteHe said the balance between new and experienced candidates was most important because the BN did not want to merely highlight the changes but as a party, the coalition should have people who could administer and deliver the aspirations of the people.
“If everyone in the government are new faces without any experience, this will hinder the BN government’s ability to fulfil the wishes and expectation of the rakyat,” he told reporters after handing out the documents of nomination and BN Pledge to the presidents of the BN component parties and state BN chairmen, here yesterday.
ReplyDeleteNajib pointed out that 91 per cent of the BN candidates for the parliamentary seats have minimum academic qualification of a diploma.
And, he also said that 31 per cent of the BN candidates for parliamentary seats comprised professionals including academicians, doctors, lawyers as well as ulamas.
ReplyDelete“In addition, there are also candidates who are popular individuals at the grassroots level…the focus is on their capability to become grassroots leaders,” he said.
Saying that the candidates list was also balanced with the participation of women and youths, Najib said that most of the new faces were being fielded in the opposition-led states.
ReplyDeleteThe Prime Minister also hoped that the evaluation on the line-up of candidates would be looked at from the whole context – not only those who are contesting but their capability in the context of forming a solid and strong government that could fulfil the needs and expectation of the people in future.
“We cannot just look at this general election but should look at the subsequent developments, because we must have a line-up that can implement all the BN pledges,” he said, referring to the BN election manifesto launched recently that consisted of 17 issues for the prosperity of the people.
ReplyDeleteNajib added that the ability to fulfil the BN Pledge was among the principles adopted in deciding the final list of candidates.
Taking the opportunity to record his appreciation to the former BN elected representatives, Najib, who is also the Prime Minister, said those not selected should not look at it as a denial of their services and contributions all this time.
ReplyDelete“It does not mean that those who are not selected have failed, or have problems or disputes, but under the circumstances where the community and voters demand for change, some of the members have to make way to enable the changes to be carried out,” he said.
He hoped that they would continue to give their support and contribution to the party during and after the general election.
ReplyDeleteAsked whether he was worried about the disappointment that might be felt by those not picked to stand in the election, Najib said: “I am more worried about the disappointment of the rakyat.”
Asked about the possibility that the candidates list would be amended, Najib said : “This is the final list. I don’t anticipate the need to change.
ReplyDelete”...I hope such a situation does not arise. Legally and technically it can still be changed, but we are hoping that this is the final list,” he )added.
Akujanji Headhunter & cybertrooper BN :-
ReplyDeleteSEBAR FITNAH & MENIPU
OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
POLITIK LUCAH & UMPORNO
DALANG PROJEK IC PATI
SENTIMEN PERKAUMAN
Akujanji Headhunter & cybertrooper BN :-
ReplyDeleteSEBAR FITNAH & MENIPU
OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
POLITIK LUCAH & UMPORNO
DALANG PROJEK IC PATI
SENTIMEN PERKAUMAN
Akujanji Headhunter & cybertrooper BN :-
ReplyDeleteSEBAR FITNAH & MENIPU
OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
POLITIK LUCAH & UMPORNO
DALANG PROJEK IC PATI
SENTIMEN PERKAUMAN
Akujanji Headhunter & cybertrooper umno :-
ReplyDeleteOK BAH KALO KO DILAYAN.
SEBAR FITNAH & MENIPU
OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
POLITIK LUCAH & UMPORNO
DALANG PROJEK IC
SENTIMEN PERKAUMAN
I dont think so.
ReplyDeleteDari segi apa konon?
ReplyDeletePembangkang semakin tidak sama haluan.
ReplyDeleteLet see whats going on and how these people fulfill their word.
ReplyDeleteBN mengemukakan semua muka baru. Adakah strategi ini berjaya menambat hati.
ReplyDeleteCalon yang dicalonkan harus membuktikan kebolehan. Jangan pula menjejas prestasi kesemua parti.
ReplyDeleteBN harus sedar kelemahannya.
ReplyDeleteNajib akan buat terbaik untuk memperjuangkan status terbaik untuk BN.
ReplyDeleteMuka baru, azam baru. Nampaknya BN berhasrat untuk berubah.
ReplyDeleteBN akan pasti memberikan yang terbaik kepada rakyat jika menang lagi.
ReplyDeletePembangkang semakin berpecah, pakatan rakyat tidak akan berjaya.
ReplyDeleteMuka baru idea baru.
ReplyDelete