TUARAN : Kurang yakin terhadap sokongan rakyat serta takut menerima kekalahan adalah punca mengapa sehingga kini Perdana Menteri; Datuk Najib Tun Razak masih enggan untuk membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat Barisan Nasional (BN) mentadbir Kerajaan Persekutuan telah melepasi tempoh lima tahun selepas 8 Mac 2008.
Lebih mendesak lagi setelah berakhirnya tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dengan sendirinya terbubarlah DUN negeri tersebut, maka adalah sepatutnya Dewan Parlimen juga dibubarkan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 13 dilaksanakan segera bagi menentukan pemilihan kerajaan baharu negara dan negeri-negeri memalui proses pengundian.
"Meskipun kerajaan BN memberi pelbagai pemberian kepada rakyat di saat-saat menjelangnya pilihan raya, namun jelas semua itu difahami sebagai usaha untuk memancing undi semata-mata. Selama lima tahun sebelum ini apa yang UMNO/BN berikan? Sekarang baru kelamkabut memberikan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), Naikkan Bonus Kakitangan Awam, Beri permit dan tayar teksi.
"Sebelum ini tiada apa-apapun sumbangan, tetapi bila dekat pilihanraya macam-macam ada. Oleh sebab itu, sehingga sekarangpun Datuk Najib masih belum membubarkan parlimen kerana dia sedar rakyat tahu semua itu bukan keikhlasan pemmpin dan kerajaan BN"
Datuk Najib nampaknya dalam dilema dan akhirnya terpaksa menunggu sehingga Parlimen terbubar sendirinya pada 28 April depan dan DUN-DUN akan bubar secara automatik pada 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Pulau Pinang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu).
Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Kawasan Sulaman; Haji Ghulabdin Enjih berkata, dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) masih menjadi tanda tanya, maka rakyat beranggapan kerajaan yang sebenarnya memberitahu belum bersedia untuk melaksanakannya kerana kurang keyakinan terhadap peluang memenangi pilihanraya kali ini.
"Jika kerajaan masih tidak yakin dengan kemampuan dan perkhidmatan kepada rakyat, maka dari itu ia sendirinya memberikan gambaran kurang yakin terhadap sokongan rakyat terhadap pemerintah yang selama ini dinyatakan sebagai sebuah kerajaan mempunyai track rekod yang baik serta mempunyai program terbaik yang membantu rakyat," kata Haji Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN).
Sehubungan itu kerajaan yang telah memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat seharusnya mengambil sikap berani untuk mengadakan PRU ke 13 supaya reputasi dan sokongan yang dianggap baik pada ketika ini dapat membantu kerajaan memenangi pilihanraya.
"Dalam kekalutan kerajaan yang bimbang mengadakan pilihanraya lebih awal, pembangkang mempunyai pandangan dan keyakinan tinggi terhadap sokongan rakyat yang bangkit kerana kerajaan hilang keyakinan terhadap tahap kekuatannya kerana kegagalan kerajaan membubarkan dewan parlimen; membuktikan takut akan kalah dalam pilihanraya yang dianggap sebagai yang tersengit pada kali ini, " kata Haji Ghulabdin yang juga Mantan Ketua Penerangan UMNO Tuaran.
Beliau menyatakan berdasarkan pandangan umum, PRU ke 13 harus dilaksanakan segera jika kerajaan tidak mahu dilebel menjadikan tarikh pilihanraya sebagai satu permainan teka teki yang boleh menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pimpinan kerajaan yang memerintah hari ini.
"Saya menaruh keyakinan kerajaan semakin lama pilihan raya ini ditangguhkan, maka ia akan memberikan banyak peluang kepada pihak pembangkang untuk terus memperkuatkan pengaruh terutama dalam usaha membangkitkan semangat rakyat untuk mengubah kerajaan yang didakwa mempunyai pelbagai masalah.
"Antaranya isu termasuklah Pemberian Kad Pengenalan (IC), Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap pemberian Kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan terbaru insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan ramai perwira negara," kata Haji Ghulabdin.
Beliau menyatakan rakyat semakin tidak sabar menunggu tarikh sebenar PRU ke 13 dan pada masa yang sama mereka terus berpeluang mengikuti pelbagai program pihak pembangkang termasuklah yang terbaharu Majlis Jelajah Pakatan Harapan Rakyat yang dihadiri oleh hampir 6000 orang di Restoran Transit, Dalit di Kampung Lok Batik Tuaran.
"Kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran menjemput Ketua Umum PKR; Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tamparan kepada pihak kerajaan di kawasan itu kerana pembangkang yang hanya berbekalkan perjuangan semata-mata dapat menarik ribuan penyokong untuk menghadiri setiap program mereka. Jadi ini tidak mustahil dapat memantapkan lagi persiapan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa," kata Haji Ghulabdin yang menjadi tuan rumah bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS); Haji Awang Puasa Jambul.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan bersedia menghadapi pilihan raya umum lebih cepat lagi, maka ia harus dilaksanakan segera di saat sisa-sisa sokongan rakyat masih ada hasil daripada mengadakan pelbagai program bantuan untuk rakyat, namun pada masa yang sama pembangkang mempunyai kekuatan tersendiri atas kebangkitan rakyat untuk mengubah pelbagai sistem kerajaan yang sudah tidak relevan lagi.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
Monday, April 1, 2013
Kenapa Najib Enggan Bubar Parlimen?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Undi PR Harapan Rakyat
ReplyDeleteundi pr kita kasih coba memerintah negara dulu bukan lama 5 tahun.kalau memang baik maka kita buang Bn terus tapi kalau mcm bn juga maka kita undi balik bn
ReplyDelete5 tahun boleh tunggu...ni lagi sebulan tidak sabar suda...nampak sgt PR kemaruk mo kuasa segera...sabarla sedikit bahh...kalo ada rezki tu adalah...kalo tiada duduk senyap2 suda la bah...
ReplyDeleteBkn kemaruk mok kuasa lebih...tp skarang umno bn menggunakan segala kemudahan yg ada sebagai pemegang tampuk pemerintahan untuk kegunaan dan kepentingan parti. Mengapa di saat mau membubarkan parlimen terus membelanjakan berbilion bilion? Mau tambah lg hutang negara yg sedia ada? Pikir lah sikit...hutang tu ko sendiri jugak yg akan terlibat. Semua rakyat Malaysia akan menanggung akibatnya. Bila parlimen dah bubar diaorg x kuasa suda mo buat apa2. Tu na defisit negara bebilion bilion, apa itu pembangkang ka yg bikin?
Deletesaya pilih mengundi......PR
ReplyDeletehaji logiut najib mau menikmati ke tahap maksima, sebelum 'dipencenkan' oleh rakyat...
ReplyDeleteKENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteSudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeletePropaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteWalhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu? Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteJika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteTapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteHakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteMenariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteTarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteAda muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteDengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteMereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeletePerkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteSebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.
KENAPA PAKATAN RAKYAT ENGGAN BUBUR DUN DI SEMUA NEGERI-NEGERI YANG MEREKA JAJAH??
ReplyDeleteWalau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.
SPR suruh buat serentak...jimat kos.
ReplyDeleteSah sah takut, takkan aku bagi undi kat kerajaan yang
takut.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa terpaksa bertanding di Selangor untuk membantu parti yang dikatakan berpecah bagi memastikan negeri itu masih kekal milik mereka.
ReplyDelete“Dulu, Azmin kata, Tan Sri Khalid hendak bertanding parlimen saja (dan ini) menunjukkan Azmin tak nak Abdul Khalid jadi MB Selangor. Hari ini Wan Azizah datang dan Khalid kata dia boleh jadi MB.
ReplyDelete“Nampaknya Tan Sri Khalid ini memang ditolak PKR kalau begitu caranya sebab Azmin ini ialah Timbalan Presiden PKR. Sekarang ini mungkin Tan Sri Khalid tersepit dengan kem Azmin yang tolak beliau jadi MB.
ReplyDeleteJadi mungkin juga Abdul Khalid pun tak nak Azmin jadi MB (sebab itu) dia kata Wan Azizah (Presiden PKR) layak jadi MB,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang, di sini, semalam.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sama ada kenyataan Abdul Khalid bahawa Dr Wan Azizah layak menjadi Menteri Besar Selangor itu dilihat untuk menyekat kemaraan Azmin mengambil jawatan nombor satu negeri itu kelak.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, perpecahan PKR itu jelas apabila Pengerusi PKR Negeri, Mohamed Azmin Ali menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang menang di negeri itu kelak.
ReplyDeleteNoh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, perbalahan didakwa melibatkan kem Azmin dan Abdul Khalid itu menunjukkan pakatan pembangkang masih gagal meletakkan calon Menteri Besar Selangor.
ReplyDeleteBeliau berkata, ‘perpindahan’ Dr Wan Azizah ke Selangor itu akan menjadikan negeri ini diwakili seorang ‘parasit’ politik yang didakwa tidak laku di kawasannya.
ReplyDelete“Rakyat Selangor kena buka mata. Kita orang Selangor, tidak mungkin kita nak jadikan Selangor ini sebagai tempat satu keluarga (Anwar) berada (bertanding) di Selangor.
ReplyDelete“Sudah tidak ada ke orang Selangor yang layak jadi wakil rakyat? Kita bangunkan Selangor selama ini pun hasil kudrat anak-anak Selangor, tapi nampaknya bila Selangor sudah maju sekarang, ada orang hendak jadi parasit,” katanya.
ReplyDeleteNajib sense something that is not benefit to BN.
ReplyDeleteSelangor indeed develop under the opposition too.
ReplyDelete1 soalan utk semua.... defisit negara berbilion bilion sekarang angkara siapa? Umno/Bn atau PR? Nak ke undi parti yang asyik menambah hutang negara? Kalau nak tambah defisit negara undilah Umno/Bn. Tidak salah mencuba sesuatu yang mungkin boleh memulihkan keadaan negara yang semakin nazak sekarang. Jgn ingat kerajaan kasi BR1M tu defisit negara dah berkurangan. Skandal dalam Umno/Bn semua tu nak abaikanlah? Matanglah sikit dalam pemikiran. Jangan fikir kesenangan diri sendiri je... cakap sayangkan negara. Sayangkan negara tp undi parti yang sentiasa menambah defisit negara...
ReplyDeleteHa..ha..ha...
Malaysia dipimpin oleh segelintir yang hanya bertindak demi rakyat apabila tiba musim pilihanraya sahaja. Kenapa ye? Hanya pada masa sebegini sahaja baru nampak semua pemimpin dari kerajaan BN bertungkus lumus cuba memenangi hati rakyat. Tiba-tiba duit turun mencurah ditaburkan kepada rakyat. Adakah ini penyelesaian mutlak dalam membantu rakyat? Kenapa tidak dilakukan semasa hari pertama menjawat jawatan tertinggi negara? Musykil, apa yang susah sangat nak dibubarkan parlimen tanpa menunggu saat-saat akhir pemerintahan? Kalau berucap seolah-olah esok akan diadakan pilihanraya! Dengan penuh keyakinan yang rakyat akan terus bersama dengan kerajaan sekarang! Apa lagi! Bubarkanlah! Adakah anda yang belum sedia atau rakyat yang selalu dikatakan tidak bersedia? Selembab-lembab Pak Lah, tapi beliau mempunyai keberanian untuk bertindak. Benarlah kata bidalan - Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!
ReplyDeletePenghianat Negara harus diberikan hukuman berat,hukuman X setimpal dgn nyawa "Perwira" kita yg telah terkorban..termasuk headhunter orang kuat c kiram dah jadi macai, balaci..
ReplyDeletewalau apa pun PR is no one around the world....
ReplyDeletelawan tatap lawan....
kita kasi mati umno bn syaitan tantuya.....
ini kali laa...kau bn/umno....
BAYUMURNI......
PR is full of lies. Just look at the state that is under PR government. Promises was not fulfilled.
ReplyDeleteEC must ensure that the dubious voters are clear from the voters list.
ReplyDeletePR is only good at making unrealistic promises. Voters should think twice before deciding to vote for them.
ReplyDeletevote wisely in this coming election.
ReplyDeleteBiarlah rakyat sendiri menentukannya.
ReplyDeleteRasa-rasa PR boleh menang tak kali ini?
ReplyDeleteMasing-masing membuat janjian, moga-moga janji yang dibuat dapat ditunaikannya.
ReplyDeleteRakyat harus sedar diri siapakah kerajaan yang lebih bersesuaian.
ReplyDeleteNajib tidak berkeyakinan boleh menang kali ini.
ReplyDeleteseluruh rakyat MSIA semboyan dan juga
ReplyDeletegendang perang pRAYA sudah berbunyi.
tingkatkn iltizam utk tegakkan kebenarn
dn keadilan.bersedia utk KUBURKAN puaka2 lembu2 dn B angkai N egara di bumi tercinta yg terus MEMBAHAM harta
negara,mengHINA rakyat yg bukan sama
ALIRAN dgn mereka dgn akta BODOH dan
KUKU BESI.INGATLAH mana-mana parti yg
dpt mandat dr rakyat perlu AMANAH dn bertggjawab...undi RKYAT boleh diri dn tumbangkan kjaan.Hanya KJAAN ALLAH yg kekal selama2nya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen
ReplyDeletedibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan
Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali
ReplyDeleteSarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan
masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya
pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan
ReplyDeletememimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri
daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan
ReplyDeletetarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti
dibuat dalam tempoh 60 hari.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum
ReplyDeletemesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran
Parlimen.
berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di
ReplyDeleteseluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember
2012.
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya
ReplyDeleteumum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi
DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
ReplyDeleteKetika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN
enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23)
,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu
kerusi.
Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya
ReplyDeleteumum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya
selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang
dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk
ReplyDeletemenggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi
pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan
menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.