Monday, April 8, 2013

Manifesto: Kata akan bankrap, ciplak pula

Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.

88 comments:
Write comments
  1. klu pembangkang lemah, BN akan tampil dgn BR1M n banyak lagi gula2???

    ReplyDelete
  2. PR buat kata bankrap.dia buat xpe..ish3..ini kalilah

    ReplyDelete
  3. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  4. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  5. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  6. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  7. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  8. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  9. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  10. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  11. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN

    ( HASIL DARI RM INI LEBIH MANIS , SEDAP & LAZAT )

    ReplyDelete
  12. Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus terlibat dalam peperangan mulut mengenai “ketulenan” manifesto masing-masing dengan BN mengatakan PR meniru polisi sedia ada kerajaan untuk janji pilihan raya mereka.

    Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berhujah, parti pembangkang kekurangan pengalaman dan pengetahuan mendalam mengenai polisi yang dicadangkan tentang kebajikan dan rancangan mereka untuk mengurangkan harga kenderaan yang telahpun dilaksanakan.

    ReplyDelete
  13. “Sebenarnya sebaliknya yang berlaku. Mereka yang meniru kami,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang SPM di sini.

    Beliau menambah tuduhan oleh PKR semalam 17 Aku Janji manifesto gabungan pemerintah itu adalah “ciplak” tidak berasas sama sekali.

    ReplyDelete
  14. Walaupun kedua-dua manifesto mungkin kelihatan hampir sama, Muhyiddin berhujah manifesto BN adalah berdasarkan pendekatan holistik dan data yang konkrit.

    PR, di sisi lain, hanya mengumumkan langkah-langkah populis yang boleh menyebabkan defisit tinggi di negara ini kepada 11 peratus dari defisit semasa empat peratus.

    ReplyDelete
  15. “Kami telah mengambil kira semua faktor dan kami telah melakukan untuk melaksanakan janji-janji kami selama lima tahun (satu penggal) dan ianya adalah berdasarkan data realistik dan yang paling penting dalam konteks mengurangkan defisit,” kata beliau.

    Muhyiddin mendakwa “pakar” mengira janji-janji PR yang termasuk subsidi berterusan ke atas barang-barang asas, pendidikan percuma dan memansuhkan tol, akan meningkatkan hutang awam.

    ReplyDelete
  16. Pemimpin-pemimpin BN lain telah menggunakan hujah yang sama untuk menentang tawaran PR kepada pengundi tetapi pakatan pembangkang persekutuan menegaskan mereka “pro-rakyat” dan dasar-dasar tersebut boleh dibiayai dengan wang yang disimpan dari menghalang “kebocoran” dan rasuah.

    Pemerhati politik mengatakan kedua-duanya manifesto BN dan PR kurang mengenai bagaimana untuk melaksanakan penyelesaian mereka kepada masalah negara dan kekurangan rangka kerja dasar lebih besar yang menyatukan cadangan mereka.

    ReplyDelete
  17. "BN bukan baru satu penggal mentadbir dan berkerajaan kerana BN adalah sebuah parti yang mempunyai asas dan tujuan serta struktur yang mantap, sentiasa menyelami permasalahan rakyat dan melaksanakan pelbagai perancangan dengan membabitkan keutamaan masyarakat keseluruhan” Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Manso

    ReplyDelete
  18. "Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka" Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  19. Perdana Menteri kita akan meneruskan komitmentnya untuk perubahan yang jitu bagi membantu mentransformasikan kehidupan rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  20. Open our eyes and heart to find truth behind lies

    ReplyDelete
  21. BR1M will never be end. Its a good attraction to the people but burden the government at the end.

    ReplyDelete
  22. We support Manisfesto that can bring us a brighter future.

    ReplyDelete
  23. BN sudah lama mentadbir, apakah perkembangan yang benar rakyat nikmati?

    ReplyDelete
  24. Antaranya manakah Manisfesto yang benar dapat ditunaikan. Its like to good to be truth.

    ReplyDelete
  25. Adakah Manisfesto Rakyat cuma bercorak menarik perhatian dan tidak ditunaikan.

    ReplyDelete
  26. Semua manifesto tidak kira dari BN mahupun pembangkang memang menawan hati rakyat.

    ReplyDelete
  27. samada ia ditepati ataupun sebaliknya, itu saja bezanya. tapi paling baik kalau sudah janji, tunaikan lah.

    ReplyDelete
  28. Pembangkang lebih menekankan kepada aspek luaran sahaja dengan semua janji-janji dalam manifesto tersebut sudah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  29. Manifesto berkenaan juga menolak semua perkara yang dilakukan BN selama ini, demikian pandangan seorang penganalisis politik, Profesor Dr. Ismail Sualman.

    ReplyDelete
  30. Beliau turut menekankan dalam manifesto ini, terdapat dua perkara yang tidak disentuh oleh pembangkang iaitu soal alam sekitar dan isu globalisasi.

    ReplyDelete
  31. “Sebelum ini mereka sibuk memperjuangkan alam sekitar termasuk isu Lynas, namun dalam manifesto ini tidak disentuh pula. Begitu juga dengan soal antarabangsa.

    “Bagaimana negara hendak bergerak ke depan jika tiada hubungan luar. Negara akan lemah tanpa jaringan antarabangsa,’’ katanya.

    ReplyDelete
  32. Berbanding dengan Manifesto BN, Dr. Ismail memberitahu, mungkin ia dilihat sebagai tidak popular namun parti itu menggariskan apa yang pasti boleh dilakukannya.

    “Trek rekod BN lebih realisik dengan menggariskan apa yang telah dicapai dan apa yang dilakukan. Mungkin tidak popular tapi ia hanya nyatakan apa yang ia memang boleh buat. 17 teras utama yang digariskan memang pasti dia boleh buat buat,” katanya.

    ReplyDelete
  33. Seorang lagi penganalisis politik, Profesor Madya Barjoyai Bardai berkata, jika manifesto yang dilaksanakan oleh sebuah parti itu tidak dilaksanakan, maka rakyat mempunyai hak untuk menyamannya memandangkan badan kehakiman lebih bebas dan adil.

    ReplyDelete
  34. Namun dalam konteks ini, katanya, setakat ini tiada lagi saman dikeluarkan terhadap kerajaan BN sepanjang pemerintahannya. Ia sekali gus menunjukkan bahawa BN telah melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.

    ReplyDelete
  35. Barjoyai turut menyifatkan proses saman-menyaman seperti yang berlaku kepada kerajaan negeri Selangor oleh penduduknya selepas Pakatan Rakyat gagal melaksanakan janji manifesto mereka pada PRU-12 lalu, adalah satu perkembangan yang sihat.

    ReplyDelete
  36. “Proses saman ini merupakan cara yang mudah mendapatkan keadilan dan perkara ini perlu dipandang serius oleh pemerintah bagi memastikan semua janji-janji dilaksanakan,’’ katanya.Ditanya mengenai manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13 ini pula, Barjoyai berkata, manifesto itu lebih kepada angan-angan.

    ReplyDelete
  37. Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.

    ReplyDelete
  38. Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol dan harga kereta.

    ReplyDelete
  39. Muhyiddin berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai “walaupun tanpa cadangan daripada sesiapa” selepas cukai import dimansuhkan.

    ReplyDelete
  40. Walaupun BN dikritik sebagai “populis”kerana mengedarkan ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya, Munyiddin mempertahankan perkara itu dengan berkata aspek kewangan dipertimbangkan secara sepatutnya.

    ReplyDelete
  41. Tak timbul siapa tiru siapa dalam hal ini. Yang penting mana yang lebih relevan dan mampu capai. Bukan ikut sedap mulut saja memaniskan janji.

    ReplyDelete
  42. Tapi tak perlulah kata apa-apa, Biar rakyat yang putuskan apa yang mereka rasakan terbaik.

    ReplyDelete
  43. GE13: Polls on May 5, EC announces

    PUTRAJAYA: Polling for the 13th general election is on May 5 while nomination of candidates is on April 20.

    This was announced by Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak dissolved Parliament on Wednesday April 3, paving the way for the 13th general election.

    ReplyDelete
  44. The EC said all 222 parliamentary and 505 state seats will be decided on the same day.

    Voters in Sarawak will not elect a new state assembly, as the current state government still has three years of its mandate left after the polls in 2011.

    ReplyDelete
  45. Earlier, the Election Commission began its meeting at 9.30am to finalise the polling and nomination dates for the 13th general election.

    The much-anticipated press conference was covered by scores of print and TV journalists who arrived as early as 8.30am.

    After a photo-shoot, the reporters waited at the media centre. They returned at 12.15pm for the press conference at which the dates were announced.

    ReplyDelete
  46. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  47. MANIFESTO Mantera said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  48. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  49. Datuk Seri Najib Razak hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah pendapatan negara dan akhirnya rakyat menanggung beban gara-gara pemimpin BN tidak bijak mengurus ekonomi.Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol. 57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melaksanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru.. INI KALI LA..

    ReplyDelete
  50. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.

    ReplyDelete
  51. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat.

    ReplyDelete
  52. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat. Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

    ReplyDelete
  53. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama.

    ReplyDelete
  54. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan. Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

    ReplyDelete
  55. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

    ReplyDelete
  56. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

    ReplyDelete
  57. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    ‘Status quo’, kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

    ReplyDelete
  58. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Awal-awal lagi YAB Pengerusi BN sudah memaklumkan bahawa BN hanya akan memaklumkan tawaran janji PRU-13 BN selepas Dewan Rakyat dibubar. Logiknya, apakah asasnya apabila ada pihak lebih awal mengumumkan janji mereka kepada khalayak boleh menuduh satu pihak yang memilih masa sesuai dan tepat untuk mengutarakan janji mereka sebagai telah menciplak, meniru dan memplagiat mereka?

    ReplyDelete
  59. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Tentang isu turun harga kereta, BN komited ini boleh dilaksana kerana kejayaan rundingan di peringkat AFTA dan FTA. Hakikatnya, harga kereta sudah mulai turun 3%-5% sejak awal 2012. Duti import kereta dari Jepun dan Australia diturunkan dari 15% dan 13.6% sehingga 0% pada tahun 2016.

    ReplyDelete
  60. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Malahan, harga kereta RM25,000 sebaimana yang dijanjikan PR, sebenarnya sudah ada dalam pasaran. Rakyat boleh mendapatkan Perodua Viva pada harga tersebut. Andai digunakan method PR, penghapusan cukai eksais dan lelongan AP lebih membawa mudarat kepada ekonomi.

    ReplyDelete
  61. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Seperkara lagi, Aku Janji BN menawarkan komitmen menyemak Dasar Automatif Nasional untuk menurunkan harga kereta dan meningkatkan daya saing kereta nasional. Aspek peningkatan daya saing kereta nasional langsung tidak dinyatakan dalam dokumen Manifesto PR.

    ReplyDelete
  62. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Kerajaan BN insaf terhadap bebanan hutang ditanggung rakyat jika harga kereta tinggi, namun dalam masa yang sama, kita wajar mempertimbangkan survival kereta nasional. Pemfokusan serampang dua mata ini tidak pun dibuat PR, apakah kewajaran dituduhnya BN meniru?

    ReplyDelete
  63. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Isu Rumah Mampu Milik- BN janjikan sebanyak 1 juta Rumah Mampu Milik boleh dibina atas kerjasama sektor awam dan swasta serta PR1MA. Malah memastikan harga PR1MA 20% murah dari harga pasaran. Ini boleh dicapai kerana pelaksanaan PR1MA sudah pun bermula. PR sekadar menjanjikan 150,000 buah rumah sahaja tanpa penghuraian lanjut berkenaan mekanismenya.

    ReplyDelete
  64. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Laporan Audit Negara merekodkan tiada Rumah Mampu Milik dibina di Kedah, kondomium mewah mencecah RM700ribu banyak dibina di P.Pinang dan isu kondomium mewah yg dikatakan bakal mengutamakan warga luar di Datum Jelatek, Selangor. Jika itu 'track record'nya, secara jujur, Aku Janji BN lebih meyakinkan dan tiada unsur penciplakan.

    ReplyDelete
  65. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Analoginya, nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Restoran PR lebih awal memperkenal menu ‘Nasi Rakyat’ dan Restoran BN turut memperkenal menu ‘Nasi Impian Rakyat’. Dalam konteks ini, wajarkah dituduh ada peniruan mahupun plagiarisme? Kerana rujinya memang serupa, membezakan adalah kemahiran memasak dan kepelbagaian perisa dan resipinya berjaya diadun sebati.

    ReplyDelete
  66. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Mudahnya, pimpinan PR sudah kekeringan modal dan berada dalam situasi panik kerana ramai pihak mengangkat dokumen Aku Janji, Manifesto BN PRU-13 sebagai holistik dan realistik terutama dalam mendahulukan rakyat.

    ReplyDelete
  67. Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

    Benar, kita tidak mengangkat roh reformasi sebaliknya BN tekad menjunjung jiwa transformasi demi rakyat 1Malaysia. Saf BN percaya harapan rakyat bukan suatu mimpi tetapi jalan menjadikan impian suatu realiti.

    ReplyDelete
  68. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  69. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  70. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAHARU DAPAT MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  71. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAHARU DAPAT MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  72. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAHARU DAPAT MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  73. Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam kelmarin meresahkan pembangkang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

    ReplyDelete
  74. Menurutnya, manifesto BN adalah sebuah aku janji yang pastinya akan dilaksanakan dan ia dilihat menakutkan pembangkang yang sebelum ini mencipta menifesto yang bertujuan meraih sokongan pengundi.

    ReplyDelete
  75. Bercakap kepada pemberita di Kampung Sentua dekat sini, beliau berkata, manifesto bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu bagaikan pembentangan bajet untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  76. "Manifesto BN adalah janji yang akan dikotakan berbanding manifesto pembangkang yang tanpa arah tuju," katanya

    ReplyDelete
  77. Shahidan, yang juga Ketua Umno Bahagian Arau, berkata perubahan yang didesak oleh pembangkang boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan.

    ReplyDelete
  78. Katanya, kerajaan pimpinan BN sentiasa melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  79. Beliau berkata pembangunan negara akan lebih bermakna jika tiada orang yang bersikap buruk sangka terhadap segala pembangunan dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  80. MANIFESTO Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  81. MANIFESTO Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  82. akyat tahu BN pasti akan berjaya melaksanakan manifesto yang di rancang.

    ReplyDelete
  83. Kerajaan sentiasa memastikan keperluan rakyat di utamakan.

    ReplyDelete
  84. Yang pasti, pembangkang hanya bagi janji kosong.

    ReplyDelete
  85. A SUM of RM1.2 billion will be allocated to various government agencies in the effort to provide quality pre-school education

    ReplyDelete
  86. The agencies include the Social Welfare Department, Education Ministry, Permata Negara and Department of National Unity and Integration which involve directly in providing pre-school education.

    ReplyDelete
  87. In addition, RM380 million will be allocated to the Education Ministry for placement of kindergarten teachers

    ReplyDelete
  88. the incentives included RM10,000 launching grant to assist operators of Early Childhood Care and Education (ECCE) private centres in opening new pre-schools of high quality.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.