Thursday, April 11, 2013

Nizar Di Changkat Jering, Idris Ahmad Di Parlimen Bkt Gantang

PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.

Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.

"DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.

"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya. - Bernama

11 comments:
Write comments
  1. moga Perak akan tetap menjadi milik BN.

    ReplyDelete
  2. Woi orang PAS sudah2 la woooi.....tgk video ni http://hapraknews.blogspot.com/2013/04/video-skandal-seks-mustapha-ali.html

    ReplyDelete
  3. Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah. Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Di beberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.

    ReplyDelete
  5. Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling dan beberapa tempat lain.

    ReplyDelete
  6. Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.

    ReplyDelete
  7. Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani

    ReplyDelete
  8. Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).

    ReplyDelete
  9. Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli Pas yang memberontak.

    ReplyDelete
  10. Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang lebih banyak dikawasan lain.

    ReplyDelete
  11. Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini tanpa Azizan undur dari jadi MB.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.