Pas Pusat mengesahkan tidak akan melepaskan mana-mana kerusi milik mereka untuk memberi laluan kepada rakan pakatan lain mendapat tambahan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerusi Pas dilepaskan, sebaliknya kemungkinan berlaku proses pertukaran kerusi antara calon parti dalam Pakatan Rakyat.
“Itu (kerusi Pas) tidak ada lepas melepas, kita tukar menukar (kerusi) itu adalah. Proses pertukaran dapat disaksikan semasa hari penamaan calon, tidak boleh umum sekarang,” katanya kepada media semasa menghadiri majlis ceramah Pelancaran Manifesto PRU13, Pakatan Rakyat Kedah di Kompleks Pas Kedah, Batu 9, di sini.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik; anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.
Sebelum ini, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa memaklumkan Pengerusi Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR, Mohamed Azmin Ali akan membuat rundingan supaya Pas sedia melepaskan satu kerusinya atas semangat setia kawan rakan pakatan.
Wan Salleh berkata, mereka cuba berbincang dengan Pas supaya dapat memberi pertimbangan sewajarnya supaya melepaskan satu daripada mana-mana kawasan Pas di negeri Kedah kepada PKR.
Katanya, jika Pas sudi lepaskan satu kerusi pada PKR, kita juga akan bersedia untuk melepaskan kerusi kepada DAP bagi menyelesaikan kemelut pertembungan tiga penjuru antara PKR dan DAP seperti di kerusi Derga pada pilihan raya umum lalu.
Difahamkan di Kedah, sebelum ini berlaku perebutan kerusi melibatkan Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala kerusi Dun ialah kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Derga.
Pada pilihan raya umum lalu, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun menyaksikan Pas bertanding di 24 kerusi, PKR (10 kerusi) dan DAP (dua kerusi) manakala DAP dan PKR bertembung di kerusi Dun Derga.
Manakala di Perak, Pas kawasan Bagan Serai mengumumkan tetap akan meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai walaupun Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty di kawasan berkenaan.
Sementara itu mengulas mengenai calon, Abdul Hadi berkata, proses memuktamadkan senarai nama-nama calon sudah siap 99 peratus dan kini dalam proses peringkat penelitian terakhir untuk dikemukakan setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama.
“Kita lebih awal selesaikan nama calon berbanding Barisan Nasional, itu menunjukkan kita lebih cepat menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat bukan sahaja di kalangan parti masing-masing tetapi di kalangan rakan pakatan.
“Pas akan bertanding 76 kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini dengan 237 kerusi Dun seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau turut menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan kawasan bakal ditandinginya.
“Kita kena tunggu hari pengumuman, saya tidak boleh buat keputusan sendiri terpulang pada parti mahu letak di mana asal bukan bertanding di Singapura sudahlah,” selorohnya.
-sinarharian.com
Monday, April 8, 2013
PAS : Jangan Curi Kerusi Kami?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Elok le brmusyawarah bagi mngukuhkn ukhwah dan keberkesanan perjuangan PR. Itu yg amat diharapkn.
ReplyDeleteHeadhunter said :- HASIL FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.
ReplyDeleteHeadhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.
ReplyDeleteHeadhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.
ReplyDeletePerebutan kerusi di kalangan pakatan pembangkang, khususnya PKR dan PAS memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeletePerebutan itu jelas di beberapa kawasan seperti di Bagan Serai apabila PKR mengumumkan calonnya dan dalam masa sama PAS turut mahu meletakkan calon mereka.
ReplyDeleteBaru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Dr. Mohd Nor Manuty sebagai calon Parlimen Bagan Serai.
ReplyDeleteSelain itu, PAS juga dikatakan meminta Datuk Seri Nizar Jamaludin bertanding di Changkat Jering sedangkan kawasan itu milik PKR.
ReplyDeleteMenteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pakatan pembangkang sedang bergaduh sesama mereka semata-mata mahu mencapai cita-cita peribadi masing-masing.
ReplyDelete"Kita bukan bak campur dalam urusan mereka tetapi rakyat melihat tingkah laku mereka dan membuat penilaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Peladang Zon Perak Utara di Dataran Bagan Serai.
ReplyDeleteDr Zambry berkata, pemimpin pembangkang juga sedang berselisih faham antara mereka mengenai isu tertentu, seperti yang berlaku antara kumpulan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.
ReplyDeleteBaru-baru ini, Ngeh di dalam tweetnya dikatakan menghina kaum India, seolah-olah kaum itu boleh dibeli dengan arak dan sari. Bagaimanapun, kata Menteri Besar, perkara sedekian tidak berlaku di dalam BN.
ReplyDeleteBeliau memberitahu, kepimpinan BN akan berbincang terlebih dahulu mengenai calon-calon yang sesuai.Katanya, walaupun BN sudah mengenalpasti calon yang sesuai, tetapi hanya akan mengumumkannya pada masa yang sesuai.
ReplyDeleteBeliau mengingatkan pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan masjid untuk tujuan politik.Menurut beliau, tindakan pembangkang menggantung banner, poster dan kain rentang di pagar masjid di samping menggunakan tazqirah untuk tujuan politikadalah bertentangan dengan titah DYMM Sultan Perak.
ReplyDeleteKemelut perebutan kerusi dalam kalangan parti pembangkang adalah petanda buruk yang jelas mengenai apa yang akan berlaku jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan membentuk kerajaan.
ReplyDelete“Sekarang, mereka seperti 40 penyamun yang membahagikan harta. Jika mereka memenangi PRU, mereka akan bergaduh sesama sendiri untuk memilih siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Itu baru Perdana Menteri, bagaimana pula dengan Menteri Kewangan dan jawatan menteri penting lain.
ReplyDeleteTunku Abdul Aziz berkata, beliau percaya pembangkang hanya akan sibuk menyalahkan kerajaan sebelum ini tanpa memikirkan hala tuju negara jika mereka berkuasa.
ReplyDelete“Dalam masa dua hingga tiga tahun pertama, mereka akan lakukan apa yang (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng lakukan di Pulau Pinang (menyalahkan kerajaan terdahulu).
ReplyDelete“Jadi, apa jenis kerajaan yang kita boleh harapkan? Negara tidak boleh menunggu hingga mereka selesai semua kerenah ini,” katanya.
Tunku Abdul Aziz berkata, tiada seorang pun dalam kalangan pemimpin pembangkang yang berpengalaman mentadbir negara sedangkan Malaysia memerlukan pemimpin berpengalaman untuk mentadbir negara dengan masyarakat yang amat kompleks.
ReplyDelete“Ini bukan seperti mentadbir negeri. Anda memerlukan pengalaman luas, kepakaran dan keberanian untuk memastikan setiap sektor dan populasi dalam negara gembira serta berpuas hati,” katanya.
ReplyDeletePersefahaman harus ada agar tidak mengungkit perasaan tidak puas hati.
ReplyDeleteHarus berhati-hati dengan tingkah laku agar tidak mendatangkan impak negatif.
ReplyDeletePembangkang tidak sehaluan, ini akan memberi laluan kepada BN terus berkuasa.
ReplyDeleteMasing-masing ada objektif peribadi untuk dicapai.
ReplyDeletePAS tetap berkuasa di Kelantan.
ReplyDeleteMANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..
ReplyDeleteMANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..
ReplyDeleteMANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..
ReplyDeleteGE13: BN to announce candidates list this week, says Najib
ReplyDeleteUALA LUMPUR: The list of Barisan Nasional candidates for the 13th general election would be announced this week, said its chairman Datuk Seri Najib Tun Razak.
He said the process of finalising the list of candidates for the coalition had yet to be completed.
"...yet to be finalised. Will be announced in a few days' time," he told reporters after meeting Barisan representatives at the Putra World Trade Centre.
Najib, who is Barisan chairman, said the process of selecting and allocating seats for the polls would take into account the results of the 2008 general election and the current demographic condition in each constituency.
"Basically, we use the 2008 template with slight changes based on the results of the 2008 general election...how the BN will boost its chances of winning," he said.
GE13: Najib – BN-friendly politicians may be allowed to contest on BN ticket
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Barisan Nasional is prepared to allow elected representatives friendly to the coalition in the last Dewan Rakyat and state assemblies to contest on a Barisan ticket in the general election provided they were suitable candidates said Datuk Seri Najib Tun Razak
The Prime Minister and Barisan chairman said these people, if given the chance to represent the Barisan, would not have to join any of the component parties.
Nevertheless, he said, the number of seats up for contest in the general election was small and there had been no increase in the number of seats since the last general election in 2008.
"Some of those who are friendly to us did not represent any constituency but if they are suitable we are prepared to consider and allow them to stand on a Barisan ticket," he told reporters after a meeting with the Barisan election machinery at the Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), here on Wednesday.
Some Opposition MPs who had turned independent and declared themselves friendly to Barisan are Datuk Ibrahim Ali (who last represented Pasir Mas), Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) and Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru).
N. Gobalakrishnan, who won the Padang Serai parliamentary seat for the PKR in 2008 and then became an independent MP, on Tuesday asked Barisan to field him in that constituency in this general election. - Bernama
May a busy month for Sabahans with Keaamatan and polls taking place
ReplyDeleteKOTA KINABALU: It will be a busy month of May for Sabahans, with the general election and month-long Kaamatan (harvest festival) taking place.
Political parties in the state are finding the election process "a little too long" but they are not complaining.
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation secretary general Datuk Wilfred Tangau said the two-week campaign period was longer than usual.
May a busy month for Sabahans with Keaamatan and polls taking place
ReplyDelete"I don't think it's a problem," he said, adding the party was fully geared up for the polls.
Tangau felt that the state-level Kaamatan launch on May 1 and its subsequent festivities would be affected until polling day.
"Perhaps celebrations at the kampung and district level could be deferred until after the polls," he added.
May a busy month for Sabahans with Keaamatan and polls taking place
ReplyDeleteHowever, Parti Bersatu Sabah information chief Datuk Johnny Mositun said the festivities were unlikely to be affected much as Kaamatan is a time when leaders spend time with the people.
"One thing for sure, there will be enough time for the parties and candidates to get their message across to the electorate," said Mositun.
State Reform Party Sabah chapter chairman Datuk Dr Jeffrey Kitingan said the 15-day campaigning period was not enough for those in the opposition as they do not have full access to the media.
May a busy month for Sabahans with Keaamatan and polls taking place
ReplyDelete"The date of nomination is just nice because there is ample time to sort out and announce the candidates as well as the manifesto," Kitingan added.
Sabah Progressive Party president Datuk Yong Teck Lee said the two-week campaign period was sufficient, observed that the 17-day period between dissolution on April 3 to nomination on April 20 was a long stretch.
"We have no problem with the dates for the campaign period," Yong said.
Liberal Democratic Party president Datuk VK Liew said the gap between nomination and polling dates gave everyone ample time to prepare.
Tindakan parti pembangkang yang memperlihatkan lakonan hebat antara ketiga-tiga parti yang kononnya sentiasa bersepakat dalam menentukan satu-satu keputusan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.
ReplyDeleteDalam menunggu masa hari penamaan calon dan hari undi ditetapkan, PKR-DAP-PAS masih lagi berbalah sesama sendiri kerana berebut kerusi yang ada.
ReplyDeletePaling ketara untuk dilihat adalah perebutan kerusi di Johor, Terengganu, Penang, Perlis, Negeri Sembilan dan Sabah.
ReplyDeleteSebagai contoh di Johor. Awal-awal lagi pertelingkahan mereka sudah diperlihatkan kepada rakyat apabila Ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng bertikam lidah berebutkan kerusi Parlimen di Gelang Patah.
ReplyDeleteIni kerana, kawasan tersebut adalah ‘hak milik’ parti DAP sejak dari dahulu dan merupakan benteng kuat buat mereka.
ReplyDeletePenyudahnya, Chua ditolak ke tepi oleh Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila meletakkan Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan itu kerana beranggapan mampu membolos masuk ke kubu pertahanan UMNO dan BN.
ReplyDeleteMungkin mahu menjaga hati Chua yang hakikatnya hanyalah sebagai ahli tumpang sahaja dalam parti pembangkang, Chua diletakkan sebagai calon kerusi di Segamat.
ReplyDeleteBelum pun sempat bertahan lama berita pencalonan Chua itu sebagai calon di Segamat, Boo mahu PKR menyerahkan satu kerusi Parlimen sebagai pertukaran kerusi Segamat.
Permintaan Boo menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya kerana berpendapat selepas PKR memiliki Segamat, kini DAP hanya akan bertanding di enam kerusi Parlimen di Johor berbanding PKR 12 dan PAS lapan.
ReplyDeleteSebanyak 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi negeri yang bakal dipertandingkan di Johor pada pilihan raya umum nanti.
ReplyDeleteIni baru sahaja berebut kerusi di negeri Johor, belum lagi di negeri-negeri lain.
Retak menanti belah, itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan Pakatan Rakyat sekarang.
ReplyDeleteNamun, semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar. Perbalahan seperti ini sama sekali tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat malah akan mendedahkan kelemahan perpaduan antara ketiga-tiga parti.
ReplyDeleteApa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat kini adalah manifestasi sifat-sifat semulajadi yang tertanam dalam diri pemimpin-pemimpin PKR-DAP-PAS. Mereka saling curiga mencurigai antara satu sama lain selain tamakkan kerusi yang ada.
ReplyDeleteSetiap parti berfikir merekalah parti yang terkuat dalam gagasan longgar Pakatan Rakyat dan hasilnya pergaduhan pengagihan kerusi berlaku untuk membolot kerusi terbanyak bagi parti masing-masing.
ReplyDeleteHakikatnya dengan kemelut yang tidak ada penyelesaiannya dalam masa terdekat, impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya nampaknya hanya akan tinggal khayalan dan fantasi semata-mata.
ReplyDeleteSeorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.
ReplyDeleteDavid Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.
ReplyDeleteBagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.
ReplyDeleteSebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, Rabu.
ReplyDeleteBiarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar ‘tembak angin’ namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai ‘Shi’ yang membawa maksud perang.
ReplyDelete“Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei,” katanya.
ReplyDeleteKoh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.
ReplyDelete“Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat,” katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan
ReplyDeletePAS tidak akan berjaya di Sabah, itu yang pasti.
ReplyDeleteBN pasti akan berjaya pada PRU ini.
ReplyDeleteKita tunggu bagaimana pembahagian kerusi pembangkang.
ReplyDeleteDespite the challenging external environment, Najib said Malaysia’s Gross Domestic Product expanded 5.1 per cent during the first half of the year driven by strong domestic economic activities.
ReplyDeleteThe GDP was expected to record a growth of 4.5 per cent to five per cent supported by strong domestic activity, as well as, accommodative fiscal and monetary policies
ReplyDeleteIn ensuring sustainable growth and social progress, Prime Minister said the government would be prudent in its financial management and was committed to reducing the deficit and debt levels over the medium-term.
ReplyDeleteThese measures include the further developing of human capital, improving rural basic infrastructure especially in Sabah and Sarawak, spurring domestic investment, strengthening the public-private partnership, as well as, increasing productivity and innovation.
ReplyDelete