Saturday, April 13, 2013

PKR kecam penyokong PAS Bera?

PKR Temerloh hari ini dalam satu kenyataan mengecam tindakan penyokong PAS Bera yang menggunakan media arus perdana bagi mendesak supaya kerusi Parlimen terbabit tidak diberikan kepada rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid dalam satu kenyataan hari ini berkata PAS Bera sewajarnya menghormati setiakawan yang terjalin sesama parti dalam PR dan sepatutnya berbincang secara baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.

“Berbeza dengan PAS Bera, PKR Temerloh membuat bantahan dengan cara yang tertib, mengikut saluran, disiplin, berhemah dan tidak bersifat konfrontasi,” kata Ahmad Nizam yang merujuk kepada bantahan ke atas Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang diumum PAS sebagai calon kerusi parlimen Termerloh.

Ahmad Nizam juga mendakwa PAS Bera memutar-belit fakta mengatakan PKR telah berjanji untuk mengembalikan kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS selepas Pilihan Raya 2008 seperti yang dilaporkan oleh TV3 dan juga akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia.

“Tidak ada sebarang perjanjian di antara Keadilan Temerloh dan PAS pada tahun 2008 untuk mengembalikan Parlimen Temerloh kepada PAS.

“Dakwaan PAS Bera tersebut bukan sahaja tidak tepat, malah mungkin mereka terkhilaf menerima maklumat,” kata beliau lagi.

Malahan, Ahmad Nizam juga berkata keputusan melibatkan Parlimen Bera telah diputuskan rundingan dan perbincangan, bukannya secara memihak kepada satu pihak sahaja.

“Kami difahamkan keputusan berkaitan Parlimen Bera dibuat secara bersesama dan bukannya tanpa sebarang perundingan dan persetujuan dengan PAS.

“Ini berbeza dengan layanan terhadap kami di mana Presiden PAS sebagai sebahagian dari taktik bagi mendapatkan Parlimen Temerloh membuat pengumuman bersifat unilateral,” terangnya lagi.

Dalam Pilihan Raya 2008, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Saifuddin Abdullah menewaskan Ahmad Nizam Bin Hamid dengan majoriti 2,441 undi.

“Di saat getir ini kewajarannya ialah seluruh kekuatan Pakatan Rakyat perlu difokuskan bagi menjamin kemenangan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Parlimen Bera malah di seluruh negeri Pahang,” tegasnya lagi.

Pada Pilihan Raya 2008, PR berjaya memenangi empat kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua daripada 14 kerusi parlimen di Pahang. -TMI

45 comments:
Write comments
  1. brbalah tu jgn smpai dketahui oleh utusan atau tv umno...pnjg nti laporanyer.

    ReplyDelete
  2. Sikap pemimpin PAS yang enggan menyatakan pendirian menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Pakatan membuktikan parti itu mempunyai agenda tersembunyi, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Shakar Shamsuddin.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata pendirian pemimpin PAS sebelum ini bahawa calon perdana menteri Pakatan Rakyat hanya akan diputuskan berdasarkan jumlah kerusi yang menang, adalah isyarat jelas parti itu 'menolak' Anwar untuk jawatan itu.

    ReplyDelete
  4. Tambah Mohd Shakar, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin merasakan parti berteraskan Islam itu mempunyai kekuatan untuk memegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

    ReplyDelete
  5. Keyakinan PAS itu tegas beliau semakin terbukti apabila parti itu berhasrat bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen berbanding 66 kerusi, lima tahun lalu.

    ReplyDelete
  6. "PAS tak angkat Anwar sebagai perdana menteri sebab ia nak jadi perdana menteri, haji Hadi juga nak jadi perdana menteri...ia begini, DAP adalah parti berasaskan masyarakat Cina dan ia kena faham majoriti kerusi Cina hanya ada 37 kerusi yang betul-betul majoriti.

    ReplyDelete
  7. Kemelut perebutan kerusi antara parti pembangkang di negeri ini kian meruncing selepas jentera pilihan raya Pas Parlimen Bera mengadakan bantahan terbuka hari ini, mendesak kerusi tersebut tidak diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Bantahan di pejabat parti itu di sini, disertai kira-kira 60 ahli Pas diketuai Ketua Pemuda Pas Kawasan Bera, Mohd. Shahrul Mohamed yang juga ketua jentera pilihan raya parti itu di Bera.

    ReplyDelete
  8. Selain membawa poster menegaskan kerusi Parlimen Bera milik Pas, mereka turut melaungkan takbir sambil mengecam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkhianati kerjasama antara pembangkang dalam demonstrasi selama hampir 20 minit itu.

    Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Shahrul berkata, tindakan Anwar mengumumkan calon PKR di kerusi Parlimen Bera Sabtu lalu, jelas bertentangan dengan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Sehubungan itu, menurut beliau, jentera pilihan raya Pas Bera yang diketuainya membantah sekeras- kerasnya tindakan Anwar itu kerana kerusi tersebut milik Pas seperti pilihan raya sebelum ini.

    Katanya, pengumuman Anwar itu juga bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Pas akan bertanding di Parlimen berkenaan seperti disiarkan portal berita Pas, Harakahdaily 6 April lalu.

    ReplyDelete
  10. "Parlimen Bera adalah sasaran kerusi untuk dimenangi Pas Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

    "Sebaik pilihan raya umum 2008, jentera Pas Bera dan seluruh unit peti undi (UPU) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Guai dan Triang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja memenangkan Pas di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan kepimpinan," katanya.

    ReplyDelete
  11. Sabtu lalu, Anwar dalam sidang akhbar di Kuantan mengumumkan PKR akan meletakkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Zakaria Abd. Hamid sebagai calon mereka di Bera selepas sebelumnya turut mengumumkan akan meletakkan calon di kerusi tersebut.

    Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang di Parlimen Bera dengan majoriti sebanyak 4,313 menewaskan calon Pas, Mazlan Aliman.

    ReplyDelete
  12. Katanya, kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi Pas dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak 2008.

    Bagaimanapun, tambahnya, kemelut perebutan itu bermula selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 3 April lalu, mengumumkan parti tersebut akan meletakkan calon di Bera.

    ReplyDelete
  13. "Alasan bantahan akar-umbi PKR Temerloh setelah kerusi Parlimen berkenaan ditandingi Pas tidak sewajarnya menjadikan Parlimen Bera sebagai tawaran atau kambing hitam bagi menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR.

    ReplyDelete
  14. "Perlu diingatkan seluruh jentera pilihan raya Pas Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tiada kena-mengena dengan soal kerusi Parlimen Temerloh," katanya.

    ReplyDelete
  15. Tambah beliau, PKR di Bera juga hanya mempunyai kira-kira 200 ahli yang hanya tertumpu di DUN Kemayan berbanding Pas yang memiliki kira-kira 5,000 ahli di Bera.

    ReplyDelete
  16. Walau bagaimanapun, beliau buat masa ini enggan menyatakan tindakan selanjutnya sekiranya Pas Pusat terus berkompromi dan bersetuju calon PKR bertanding di kawasan itu.

    ReplyDelete
  17. PKR dan PAS bertelagah pula

    ReplyDelete
  18. PAs dan PKR ada juga agenda sendiri untuk dicapai.

    ReplyDelete
  19. Jika pembangkang harus mengetepikan sikap pentingkan diri, pasti akan mendapat keputusan yang amat positif.

    ReplyDelete
  20. Mustahil juga PAS menyokong Anwar menjadi PM.

    ReplyDelete
  21. Anything can happen in politic.

    ReplyDelete
  22. PAS harus bercorak berbilang kaum.

    ReplyDelete
  23. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  24. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  25. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  26. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN
    POLITIK LUCAH
    PERKAUMAN

    ReplyDelete
  27. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  28. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  29. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti-parti pembangkang sebenarnya tidak mempunyai satu ikatan yang ampuh dan boleh diyakini untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan.

    ReplyDelete
  30. Perdana menteri berkata selain tidak berdaftar sebagai satu parti, pembangkang juga bertanding dalam tiga parti yang berasingan dan ketiga-tiga parti itu turut mempunyai ideologi yang amat berbeza antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  31. Apakah ini boleh memberi keyakinan, (bahawa) mereka boleh mentadbir negara kita dengan baik, kalau mereka bercanggah tentang perkara fundamental, hala tuju, dasar induk dan sebagainya, terutama sekali antara DAP dan PAS, begitu bercanggah sekali.

    ReplyDelete
  32. Dan mereka tidak ada pengalaman, malah ketua pembangkang, kita tahulah rekod dia dalam kerajaan dulu bagaimana dan sebagainya. Berubah semata-mata untuk mencari perubahan bukan sesuatu yang bijak, sebaliknya kita mesti berubah di mana perubahan itu mendatangkan suatu yang jauh lebih baik daripada sedia kala.

    ReplyDelete
  33. Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membawa perubahan yang besar kepada negara dan perkara itu telah dibuktikan dalam tempoh empat tahun beliau menerajui kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  34. Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad meminta rakyat agar menilai dan membandingkan persefahaman dan persepakatan antara parti-parti di dalam Barisan Nasional dan tiga parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang, supaya keputusan yang dibuat di dalam PRU yang ke 13 ini tepat dan rakyat tidak memilih gabungan yang salah untuk memerintah negara.

    ReplyDelete
  35. Menurut beliau, jelas hari ini gabungan tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas tidak memperlihatkan persefahaman dan kesepakatan yang jitu sejak dari awal-awal keputusan penggabungan ketiga-tiga parti itu dibuat.

    ReplyDelete
  36. Mereka (Pakatan Pembangkang) hanya ada tiga parti saja, itu pun kepimpinan mereka tidak dapat memupuk persefahaman yang baik sesama sendiri. Kita dapat lihat hari ini, ada saja kenyataan yang bercanggah di antara mereka dalam membuat satu-satu keputusan. Malah, mereka sendiri saling bidas membidas dan sindir menyindir antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  37. “Manakala, BN pula mempunyai belasan parti-parti gabungan di dalamnya, namun sejak dari awal pemerintahan BN sehinggalah ke hari ini, persefahaman, persepakatan dan tolenrasi yang begitu tinggi telah diperlihatkan oleh parti-parti gabungan di dalam BN, demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi rakyat dan negara,” jelasnya kepada UMNO-Online.

    ReplyDelete
  38. Ketidaksefahaman itu wujud kerana, ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang itu mempunyai ideologi tersendiri dan masing-masing cuba untuk menegakkan ideologi politik kepartian masing-masing untuk menjadi ideologi teras di dalam Pakatan.

    ReplyDelete
  39. PKR dengan matlamat untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, DAP pula dengan gagasan Malaysian-Malaysianya, manakala Pas pula dengan ideologi negara Islam. Masing-masing cuba untuk menegakkan ideologi masing-masing sehinggakan perjuangan untuk rakyat tidak lagi menjadi kepentingan utama di dalam Pakatan Pembangkang.

    ReplyDelete
  40. Namun mereka tetap cuba untuk berlakon bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa ketiga-tiga parti itu saling bertolak ansur dan saling faham memahami semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

    ReplyDelete
  41. Justeru itu, brakyat Malaysia perlu menilai dan membuat perbandingan secara rasional gabungan manakah yang lebih baik untuk diserahkan urusan pentadbiran negara. BN hari ini sudah terbukti, selama lebih 55 tahun memerintah dan memajukan negara dalam satu kesepakatan dan persefahaman yang jitu antara parti-parti komponen yang mengutamakan agenda nasional daripada kepentingan parti masing-masing.

    ReplyDelete
  42. Namun Pakatan Pembangkang seperti yang kita lihat hari ini, setelah diberi peluang mereka ternyata gagal untuk mentadbir dengan baik bahkan seringkali berpolitik dan bertelagah sesama mereka.

    ReplyDelete
  43. Bagaimana kita mahu menyerahkan urusan negara kepada sebuah gabungan parti politik yang asyik berbalah sesama sendiri dan lebih mementingkan agenda parti daripada agenda nasional untuk membela nasib rakyat di negara ini?

    ReplyDelete
  44. Teruskan menyokong BN, pembangkang sudah nampak tidak ada persefahaman.

    ReplyDelete
  45. Ini pasti akan membuatkan undian untuk pembangkang berpecah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.