Monday, April 8, 2013

PRU-13 : Persaingan hebat dan lebih getir dijangka

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Kini, rakyat Malaysia boleh melangkah terus mengikuti episod seterusnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - penamaan calon, tempoh berkempen dan akhirnya tarikh mengundi.

Yang pasti, kededua parti perikatan bakal bertanding - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) - akan mula memperkukuhkan hujah masing-masing bagi memancing sokongan sekitar 13 juta pengundi di seluruh negara itu.

Sesetengah pengamat percaya pengundi Malaysia kini semakin matang. Pakatan Rakyat mempunyai lebih ramai calon Melayu berbanding BN

"Ramai yang semakin menyedari isu semasa," kata pengamat politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok.

Mereka condong melihat ke arah dasar- dasar berbanding dengan kepopularan - atau mungkin juga kelantangan - calon- calon individu kededua parti yang bertanding.

Mereka akan melihat ke arah mutu hujahan, manifesto parti, aspirasi kehidupan masa depan dan rekod prestasi parti.

Apatah lagi sebahagian besar pengundi bagi PRU13 kini adalah mereka yang berusia antara 21 dengan 40 tahun.

Justeru, kededua BN dan PR berusaha giat menjanjikan harapan 'seberapa rasional mungkin' sebagai modal kempen untuk menarik sokongan pengundi.

Dari sudut rekod prestasi, BN satu-satunya parti perikatan yang memerintah Malaysia sejak merdeka pada 1957.

Namun, PR juga sudah memiliki rekod prestasi pentadbirannya sendiri selepas berjaya mengambil alih kuasa empat negeri - Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan - sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada Mac 2008.

BN misalnya, melalui kepimpinan Datuk Seri Najib, mahu menunjukkan kepada pengundi bahawa ia kini lebih bersedia mendengar keluhan rakyat dan bersikap reformis serta terbuka dalam pendekatannya.

Sejak mengambil alih pucuk kepimpinan BN pada April 2009, Datuk Seri Najib cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang serius dalam usaha mengukuhkan kesejahteraan dan perpaduan rakyat melalui konsep '1Malaysia' yang dipeloporinya.

Beberapa dasar transformasi beliau dalam bidang ekonomi, pentadbiran negara dan perundangan dilihat sebagai usaha bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap BN selepas PRU12.

Ini kerana pengalaman PRU12 merupaksan satu tamparan hebat kepada BN selepas ia kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan penguasaan dalam lima negeri - sebelum BN merampas kembali Perak pada Februari 2009.

Justeru, BN mahu pengundi menumpukan perhatian pada Model Ekonomi Barunya (MEB), yang dianggap mampu menggandakan purata pendapatan per kapita Malaysia kepada RM49,500 setahun menjelang 2020.

Ini sebagai tambahan kepada pelbagai rancangan transformasinya bagi memperbaiki kehidupan sosial rakyat dan meningkatkan pencapaian perkhidmatan awam.

Bgaimanapun, prestasi kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor sejak empat tahun lalu dan berupaya memperbaiki kelakonan ekonomi, ketelusan pentadbiran negeri itu melalui pengenalan sistem tender terbuka dan telus, skim bantuan khas kepada segmen penduduk bergaji rendah dan bermasalah, serta berjaya memulihkan imbangan kewangan negeri masing-masing sudah pasti tidak terlepas daripada penilaian positif pengundi.

Tambahan, PR pula sudah mempunyai manifesto, seperti yang sedang diuar-uarkan dalam jelajah pemimpinnya ke seluruh Malaysia baru-baru ini.

Manifesto PR, antaranya, menyentuh rancangan menghapuskan unsur diskriminasi dan dasar bantuan berasaskan kaum serta memperkenalkan dasar ekonomi dan pengagihan pendapatan lebih mesra rakyat.

Mengulas, para pengamat berkata mereka menjangkakan persaingan hebat lebih meluas dalam PRU13 berbanding dengan PRU12.

Selain itu, cita rasa pengundi semakin canggih dan mahukan ketelusan, keterlibatan dan kecekapan dalam jentera pentadbiran.

Mereka juga mahu lebih banyak ruang bersuara dalam proses demokrasi negara, penghapusan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di kalangan institusi awam.

Sebaliknya, seperti dikatakan oleh Wan Saiful Wan Jan, seorang ketua eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Ehwal Ekonomi (Ideas), pendekatan dua parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya kali ini masih lagi bersifat "populis".

Pengundi pula mahukan huraian jangka panjang bagi kesejahteraan negara.

Jadi, pihak mana yang mempunyai kelebihan?

Umumnya, pengamat berkata BN masih berpeluang kekal di Putrajaya, tetapi PR akan meraih lebih banyak kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor diramalkan menghadapi pertandingan paling sengit, manakala Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal bersama PR.

Kawasan yang diduduki kaum Kadazan Dusun dan Cina di Sabah pula dijangka memihak kepada pakatan pembangkang.

62 comments:
Write comments
  1. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  2. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  3. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  4. The Election Commission (EC) hinted today it may depart with tradition and fix polling for Election 2013 to take place on a weekday.

    The election regulator will meet tomorrow to decide the dates for nomination of electoral candidates and polling day, both which have customarily been carried out on weekends to encourage as many voters as possible to cast their ballots.

    ReplyDelete
  5. “We don’t necessarily have to follow past trends,” EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof was quoted telling a news conference in Putrajaya by The Star Online news portal.

    Under Malaysia’s election laws, polling can happen on any day, although Abdul Aziz said the EC will need to consider many factors.

    ReplyDelete
  6. He said the commission did not want it to coincide with any cultural, religious or major political event but did not elaborate on the latter.

    He was also reported saying the EC will check with the meteorological department on the weather forecast.

    ReplyDelete
  7. Malaysia has been experiencing unseasonal heavy rains that have caused flash floods in some areas.

    “School holidays or whether it is a weekday are not important considerations,” Abdul Aziz was quoted saying.

    ReplyDelete
  8. Some 13.3 million Malaysians are eligible to vote in the 13th general elections, touted to be a tight race between a stronger three-party opposition pact and the Barisan Nasional to maintain its 56-year uninterrupted hold on federal power.

    A total of of 222 parliamentary seats and 505 state seats are up for grabs.

    ReplyDelete
  9. Seperti yg nyatakan pengundi-pengundi sekarang semakin bijak meniali parti-parti dan juga calon yang akan bertanding. Penentunya adalah rakyat Malaysia, marilah "Melihat ke arah mutu hujahan, manifesto parti, aspirasi kehidupan masa depan dan rekod prestasi parti"

    ReplyDelete
  10. Apakah yang dapat kita lakukan untuk mempunyai kerajaan yang telus dan cekap? Dalam PRU13, marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi dengan sepenuhnya, jangan sia-siakan.

    ReplyDelete
  11. "Kepimpinan tertinggi sentiasa berusaha menambah baik perancangan berdasarkan kepada kepentingan dan kehendakak rakyat"

    ReplyDelete
  12. Episod tiru-meniru, cedok-mencedok manifesto antara BN dan juga PKR tiada kesudahannya. Apa pun gunakan hak kita sebagai pengundi untuk memilih yang terbaik bagi masa depan negara.

    ReplyDelete
  13. Sepanjang tempoh sepenggal ini selepas PRU12, saya melihat baik kerajaan mahupun pembangkang cuba memberikan polisi terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. Bagaimanapun perlu diingat, apa pun polisi yang ditawarkan kepada rakyat, ia seharusnya seiring berjalan dengan janji yang ditawarkan...tidak hanya menawarkan janji populis kepada rakyat semata-mata hanya mahu meraih undi.

    ReplyDelete
  15. Sehingga hari ini diperhatikan politik tanah air memang panas, luar biasa tegangnya dari semangat kedua-dua parti untuk mempertahankan kuasa dan satu pihak untuk mendapatkan kuasa...baik BN mahupun PR, sama-sama memperhebatkan polisi masing-masing.

    ReplyDelete
  16. Di akhirnya apa jua yang dibuat oleh parti-parti politik ini, rakyat menilai..Rakyat menilai rekod sepenggal janji ditunaikan mahupun tidak.

    ReplyDelete
  17. Manisfesto cuma menarik perhatian semasa PRU semakin dekat.

    ReplyDelete
  18. Rakyat mengharapkan sangat ahli-ahli politik semakin memahami apa yang baik untuk negara dan apa yang perlu mereka lakukan.

    ReplyDelete
  19. Pengundi tidak seperti dahulu, mereka kini bijak menilai dan seakan bersedia untuk membuat perubahan.

    ReplyDelete
  20. Sainglah dengan cara yang lebih amanah, pengundian hantu harus dihentikan.

    ReplyDelete
  21. Satu tsunami dijangka akan berlaku.

    ReplyDelete
  22. EC harus membuktikan keupayaan untuk menjamin PRu yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
  23. Pilihan Raya Umum ke-13 akan menyaksikan pertarungan yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia dan dimana maklumat melalui alam siber berperanan lebih penting berbanding pada pilihanraya lampau.

    ReplyDelete
  24. Demikian pendapat satu panel ahli akademik ketika membincangkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dalam satu seminar bertajuk Memperkasakan Demokrasi di kampus Universiti Kebangsaan (UKM)

    ReplyDelete
  25. Panel bersetuju bahawa sejumlah kira-kira 2.5 juta pengundi baru atau 22% daripada keseluruhan jumlah pengundi dijangka memberi kesan besar kepada keputusan pilihan raya itu nanti.

    ReplyDelete
  26. Mereka sependapat bahawa PRU13 itu akan menjadi pilihan raya yang pertama dalam sejarah negara dimana rakyat sedar mereka mempunyai peluang untuk mengundi untuk perubahan kerajaan.

    ReplyDelete
  27. Dr Fuad berkata parti memerintah telah pun mengakui awal-awal lagi selepas PRU 12 bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kerajaan bersedia mendengar pandangan rakyat mengenai cara-cara memperbaiki jentera pentadbiran.

    ReplyDelete
  28. Maka dengan itu suara dan keperluan rakyat akan diberi pertimbangan dan dimana boleh akan ditunaikan.

    Usaha itu telah pun dilakukan melalui beberapa program transformasi, termasuk mewujudkan suasana yang lebih bebas dan berkeyakinan dengan memberi kebebasan yang lebih untuk masyarakat bersuara.

    ReplyDelete
  29. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah melakukan beberapa perubahan peraturannya supaya PRU-13 lebih telus dan terbuka seperti penggunaan dakwat kekal, selaras dengan keputusan Parlimen yang telah meluluskan 10 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2011.

    ReplyDelete
  30. Ini sebagai menyahut sambutan untuk mengelak kemungkinan wujudnya pengundian lebih daripada sekali oleh seorang pengundi.

    ReplyDelete
  31. Pembuangan undi juga dibenarkan dua hari lebih awal untuk polis, tentera, pekerja media dan pengundi yang berdaftar di luar negara. Malahan pengundi pos boleh dikira sebagai pengundi tidak hadir seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Mereka boleh membuang undi di satu tempat terpilih dua atau tiga hari sebelum pengundian awam bermula.

    ReplyDelete
  32. Dr Fuad berkata kerajaan sedar akan kesulitan yang berlaku kerana proses pengundian pada masa lalu yang telah menjadi sukar hingga dipersoalkan oleh pihak tertentu.

    ReplyDelete
  33. Beliau juga menyatakan bahawa semua parti politik menggunakan alam siber sebagai saluran maklumat menghebahkan pendirian masing-masing untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  34. Ummi offers to slay ‘traitors’

    PETALING JAYA: PKR’s vocal critic Ummi Hafilda Ali is willing to contest in the elections under the Barisan Nasional banner as long as the ruling coalition allows her to contest against “two traitors of the nation” – PKR de facto leader Anwar Ibrahim and her brother, PKR deputy president Azmin Ali.

    “If given an opportunity, I would like to oppose both of them only. I am not interested in the rest because my goal is not to be a leader but to destroy these traitors,” she was quoted as saying by Utusan Malaysia.

    “This is my country and I don’t want traitors of the race (pengkhianat bangsa) to smear Malaysia even if the person is my own flesh and blood,” said Ummi Hafilda in reference to Azmin

    ReplyDelete
  35. Ummi Hafilda shot to prominence when she became the prosecution’s witness in Anwar’s first sodomy trial in 1998. She is an Umno member who has been relentless in campaigning against Anwar, Azmin and PKR

    Anwar is the incumbent Permatang Pauh MP whereas Azmin won the Gombak parliamentary and Bukit Antarabangsa state seat on 2008. Ummi is interested in contesting both the parliamentary seats.

    She told Utusan that she is sincere in her offer and this was not meant for cheap publicity.

    ReplyDelete
  36. Two days ago, Umno blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, who blogs as Papagomo, announced that he would contest in Permatang Pauh as an independent candidate through his representative – NGO Nadi Rakyat Malaysia president Mohd Rafi Awang Kechik.

    In another matter, Utusan editor Zaini Hassan through his column “Cuit” questioned why Perlis mufti Juanda Jaya was willing to contest under a PKR ticket in Kangar.

    “Juanda was among the first to expose that Anwar is pluralist who believed that all faiths are equal. Many of Anwar’s friends left Anwar when this news spread in Malaysia.

    “Did Anwar offer carrots to Juanda similar to the offers made to former generals contesting under PKR?” Zaini asked.

    ReplyDelete
  37. PRU-13: Najib mohon rakyat beri mandat kepada BN

    KUALA LUMPUR 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak memohon rakyat sekali lagi memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.

    Perdana Menteri berkata, rekod kerajaan BN menunaikan janji selama ini sudah cukup jelas dan perubahan sebenar telahpun berlaku.

    "Tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa.

    "Dalam masa kita menuju Pilihan Raya Umum Ke-13, saya dengan rendah diri memohon mandat daripada anda semua untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu," katanya dalam blog http://www.1malaysia.com.my hari ini.

    BN semalam melancarkan manifesto 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang mengandungi 17 teras yang realistik dan komprehensif meliputi aspek kehidupan rakyat.

    Najib dalam blognya juga berkata, mandat daripada rakyat adalah sebuah janji yang membawa harapan dan bagi mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan.

    "Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda dan saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul," katanya. - UTUSAN

    ReplyDelete
  38. Kalau mahukan yang terbaik untuk masa depan negara dan generasi kita, serahkanlah mandat kepada pihak yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  39. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  40. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  41. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  42. INDEED. TOO MANY FIGHTS.

    ReplyDelete
  43. Najib cukup mesra dengan orang muda.

    ReplyDelete
  44. The focus and attention given by Barisan Nasional (BN) government under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak on educational development and the general welfare of teachers and lecturers alike, have left them among those inspired and touched beyond words.

    ReplyDelete
  45. Datuk Mary Yap Kain Ching, the general welfare of teachers had always been taken care of especially with the introduction of attractive incentives, including continuous career development opportunities and critical allowances for vocational, English, Mathematics and Science teachers.

    ReplyDelete
  46. teachers also have a good chance of being promoted to the highest level possible without having to leave school or being posted to education offices or ministry

    ReplyDelete
  47. promotion methods allocated only to teaching profession also comprised the time-based promotion and promotion for excellent principals or headmasters and promotion for excellent teachers.

    ReplyDelete
  48. the BN government is a caring government because what truly matters is to ensure that the welfare of teachers is being well taken care of

    ReplyDelete
  49. one of the proofs of BN government being a caring government was when it gave equal attention to mission schools and national-type schools.

    ReplyDelete
  50. the BN government did not take lightly the question of quality human capital for the future and had also taken various efforts to have a world-class education system.

    ReplyDelete
  51. This includes the efforts taken under the Government Transformation Programme (GTP) and Economic Transformation Programme (ETP)

    ReplyDelete
  52. PUTRAJAYA, (Bernama) - Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu.

    ReplyDelete
  53. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

    ReplyDelete
  54. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

    ReplyDelete
  55. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    ReplyDelete
  56. Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

    ReplyDelete
  57. Sainglah dengan cara yang lebih amanah.

    ReplyDelete
  58. Saingan semakin hebat. rakyat harus undi dengan lebih bijak sekarang.

    ReplyDelete
  59. Government should prioritise the people welfare also.

    ReplyDelete
  60. PR semakin di depan, ini juga BN risau jumlah kerusi yang dimenangi akan kurang jika dibandingkan.

    ReplyDelete
  61. Pemuda-pemudi harus juga mengundi dengan bijak. Masa depan berada di tangan masing-masing.

    ReplyDelete
  62. Pastikan kita mengundi Parti mana yang benar-benar dapat membantu kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.