Kehangatan gelombang PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) hampir dirasai di seluruh lapisan masyarakat, yang kecil mahupun yang besar, yang tua dan muda, yang tahu dan tidak tahu, atau yang baru atau lama.
Untuk mereka yang lahir pada tahun 1991 dan 1992, fatrah ini barangkali sangat istimewa, pertama kali mengundi dan mungkin pertama kali menukar kerajaan sedia ada. Gelombang PRU13 ternyata telah banyak menghasilkan kesan yang sangat baik.
Daripada sikap tidak peduli kepada peduli, tidak tahu kepada tahu, begitu juga sikap boikot pilihan raya kepada berfikir semula untuk mendaftar sebagai pengundi. Di mana-mana pihak, mahupun di sebelah kerajaan yang pernah memerintah kerana khuatir akan kalah buat kali pertama, atau pihak pembangkang selama ini sebagai ejen kemenangan untuk menaiki takhta kerajaan, masing-masing sedang digasak hebat dengan gelombang PRU13 yang sebarannya melangkaui umur dan batas tempat.
Simulasi PRU13 boleh dicatur dengan menilai, mengkaji, dan menganalisa corak gelombang ini. Gelombang yang tiada siapa boleh sekat dan tiada siapa yang mampu mengawalnya. Kecanggihan teknologi dan maklumat, media sosial yang bebas terbuka, juga suasana dan mood rakyat yang lewat ini, seperti cenderung untuk menggalas konsep sebenar demokrasi yang selama ini dirosakkan dengan ideologi-ideologi simpang.
Maka, PRU13 boleh diperhati corak yang dibentuk kerana ia (walaupun tidak tepat) merupakan kelogikan yang boleh diterima. Apabila gelombang ini semakin disahut, disebut dan disambung-sambung, ini menandakan bahawa masa depan untuk sesebuah parti yang digagas gelombang ini cerah dan perlu bersiap dia menggalas masa depan yang lebih berat. Kemenangan itu suatu pintu baru kepada sebuah kehidupan.
Perbincangan pasti berkisarkan dengan nuansa fikir anak muda, gelombang yang disahut positif dan juga perancangan sedia ada. Bekas kerajaan, BN (Barisan Nasional) sewajarnya bakal tumbang jika masih berada di dalam perasaan selesa dengan kewujudan gelombang ini. PRU13 dan gelombangnya telah mencelikkan mata anak-anak muda dengan kelajuan maklumat disebar dan kecanggihan program direka. Sebelum ini, barangkali ada anak muda yang tidak tahu apa itu pilihan raya dan bagaimana prosesnya. Bahkan, masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum pilihan raya dijalankan, parlimen perlu dibubarkan. Namun, gelombang PRU13 telah menyerap ke semua lapisan masyarakat. Kajian mendapati, suatu sumber yang paling memainkan peranan ialah media sosial. Media soaiallah yang menyebar maklumat, mempertemukan manusia dan menerangkan kenapa perlu pilih ini dan itu. Seperkara, media sosial tidak dipadam datanya dan tidak boleh dikawal orang-orang tertentu.
PRU13: Titik Perubahan
Pengharapan jika pengundi muda, dengan populasi yang kian bertambah dan ramalan yang wajar, memanfaatkan PRU13 sebagai platform perubahan dengan mengubah tampuk pemerintahan supaya Malaysia ini kembali mendokong gagasan sebenar demokrasi. Turning point bererti suatu titik yang telah mengubah sesuatu, antara garisan atau kejadian dan tragedi. Dan inilah, PRU13 yang disifatkan sebagai pilihan raya terhangat setakat ini. Kebijakan berfikir dan kewajaran menerima sesuatu pendapat merupakan faktor utama kenapa pengundi muda adalah kelompok terbesar yang akan membuat perubahan.
Mahu tidak mahu, fikiran manusia berpaksikan logik dan kecenderungannya ialah kebenaran. Fikiran siapapun pasti menuju kepada kebenaran. Jika masih menuju kepada sebuah keburukan, ia bukan lagi berpaksikan logik melainkan ada objektif tertentu dan rasukan nafsu berkepentingan. Kelogikan ini menjadikan orang muda menimbang, membanding dan menganalisa apakah kepentingan sesuatu undi. Satu undi, satu nyawa.
Ini kalilah, perubahan itu mesti disegerakan, disepadukan dengan kebijakan dan masa depan yang lebih cerah, menimbangtara barisan pemimpin yang berwibawa dan menyayangi sistem dengan usaha memperbaikinya.
Maka PRU13 sebagai suatu titik perubahan yang bakal didominasi pengundi muda yang berfikir berpaksikan logik.
-DD
Saturday, April 13, 2013
PRU13: Titik perubahan sebenar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan dan menolak Pakatan Pembangkang di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 pada 5 Mei ini.
ReplyDeleteMenurut beliau, Pakatan Pembangkang tidak lain hanyalah mahu memecah belahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan membawa budaya politik kebencian dikalangan rakyat.
ReplyDeleteMereka ini (pembangkang) cuba memecah belahkan keharmonian yang sudah wujud di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak ada asasnya.
ReplyDelete“Mereka juga hanya tahu berjanji, tetapi tidak tahu melaksanakan segala janji-janji mereka kepada rakyat. Lihat saja contoh yang berlaku di Pulau Pinang, di Selangor dan di negeri-negeri yang mereka kuasai hari ini, segala janji-janji mereka tidak dilaksanaka. Mereka hanya membohongi rakyat untuk kepentingan agenda politik mereka saja,” tegas beliau.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 jentera BN di dalam program Pelancaran Jentera BN Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau, Negeri Sembilan hari ini.
ReplyDeleteTambahnya lagi, sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang bertelagah sesama sendiri dalam pelbagai isu, termasuk isu pembahagian kerusi serta tidak ada persefahaman di mana setiap parti mempunyai tuju dan matlamat tersendiri sudah cukup untuk membuktikan pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negara ini.
ReplyDelete“Kita tak boleh memberikan kuasa kepada Pas yang membawa politik kebencian sesama Islam. Begitu juga dengan DAP yang terkenal dengan sikap cauvinis dan rasis serta PKR yang tidak tahu membezakan siang atau malam, jantan atau betina,”kata beliau sinis.
ReplyDeleteJelasnya lagi, ini amat berbeza dengan pakatan parti politik di dalam BN yang sudah mempunyai rekod persefahaman serta satu matlamat dalam membangunkan negara sejak lebih 55 tahun yang lalu.
ReplyDelete“Di dalam BN kita ada 14 buah parti politik yang pastinya membawa agenda kepentingan masing-masing, namun di bawah lambang BN kita mampu untuk bersama dalam satu matlamat demi kepentingan nasional untuk semua kaum yang ada di negara ini.
ReplyDelete“Dengan kerjasama dan kesatuan dalam satu matlamat di dalam BN untuk kepentingan bersama, maka kita mampu untuk mentadbir dan membangunkan negara dengan baik serta berjaya mewujudkan kestabilan dan keharmonian antara kaum yang telah kita kecapi selama ini,” ujarnya.
ReplyDeleteBeliau seterusnya melontarkan keyakinan bahawa BN akan terus mengekalkan penguasaannya di peringkat kerajaan negeri dan juga pusat pada PRU ke 13 ini.
ReplyDeleteApa yang saya lihat, sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dengan dasar-dasar dan program kerajaan yang hari ini yang membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar serisu dan komited dalam usaha untuk membela rakyat dan memakmurkan negara.
ReplyDelete“Saya juga yakin bahawa sekiranya semangat jentera BN seperti yang diperlihatkan hari ini, dengan kesungguhan parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA, Gerakan, PPP dan lain-lain yang berusaha meyakinkan rakyat agar terus memilih BN untuk menerajui negara, tidak mustahil BN mempunyai peluang cerah untuk memperolehi kemenangan 2/3 kerusi parlimen pada pilihanraya ke 13 ini,” ujarnya.
ReplyDeleteWalaupun tempoh berkempen belum bermula secara rasmi, jentera semua parti politik telah digerakkan ke arah satu matlamat iaitu untuk memenangi pilihan raya kali ini.
ReplyDeleteSekiranya dilihat daripada strategi kempen, ia telah bermula seawal 2011 lagi kerana wujud khabar angin PRU-13 akan diadakan pada ketika itu. Tidak hairanlah rakyat Malaysia disajikan dengan konfrontasi politik khususnya antara dua parti terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
ReplyDeleteKini apabila semakin dekat dengan tarikh pilihan raya, rakyat telah didedahkan dengan manifesto parti yang bertanding khususnya dari BN dan pakatan.
ReplyDeletePendekatan yang dibawa BN dan pakatan pembangkang adalah berlainan dengan BN mempunyai kelebihan kerana sebagai pemerintah, mereka seharusnya lebih memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang harus ditangani oleh pemerintah”
ReplyDeletePerhatian rakyat sebenarnya terarah untuk memahami isi kandungan manifesto berkenaan. BN dan pakatan pembangkang saling menuduh antara satu sama lain dengan berhujah parti mereka mengemukakan manifesto yang terbaik, praktikal dan realistik.
ReplyDeleteBN misalnya menuduh pakatan menciplak dasar yang dirancang BN malah beranggapan agenda pakatan khususnya penghapusan tol dan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan menggantikan sejuta pekerja asing di Malaysia sebagai tidak realistik dan praktikal.
ReplyDeletePakatan pula menuduh BN menciplak manifesto mereka dan meragui hasrat BN mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan, bantuan kos hidup melalui BR1M dan menurunkan harga kenderaan.
ReplyDeleteSikap tuduh menuduh ini sudah dijangka di dalam ruang awam ini kerana setiap parti ingin menunjukkan kelebihan masing-masing dan kelemahan lawan.
ReplyDeleteMelihat strategi manifesto, BN dan pembangkang menyedari bahawa faktor ekonomi dan sosial memainkan faktor utama menentukan sokongan rakyat ke atas sesebuah parti. Banyak agenda pembasmian kemiskinan, menurunkan kos hidup, meningkatkan mutu dan peluang pendidikan dan menambah baik perkhidmatan kesihatan.
ReplyDeleteRakyat perlu bijak membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan mengekalkan kerajaan sedia ada dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk mengubah kerajaan sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteHakikatnya, menurut Perdana Menteri, kerajaan yang diterajuinya berjaya membuktikan setiap pelaksanaan program khususnya melibatkan Dasar Transformasi Nasional menjurus kepada menjaga kepentingan rakyat.
Malah, beliau berkata, kewujudan kompleks Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat terutama dalam usaha menyediakan khidmat pengangkutan awam terbaik kepada warga kota.
ReplyDelete''Ada orang kata bahawa semua kerajaan adalah sama. Bukti dan dalilnya adalah sebaliknya. Bukan semua kerajaan adalah sama. Ada kerajaan yang membawa kebaikan dan ada kerajaan yang disebabkan kurang kemampuan akan membawa kepada kekecewaan.
'Ada juga pihak tertarik dengan perkataan ubah. Soalnya adakah kita perlu mengubah kerajaan yang ada pada hari ini untuk mendapatkan keberhasilan diharapkan atau kita kekalkan kerajaan sedia ada kerana berjaya membuktikan keberhasilan yang mampu diperjuangkan (demi kesejahteraan rakyat),'' katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kompleks TBS di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Kematangan dan kebijaksanaan 13,268,002 rakyat Malaysia akan teruji pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini yang akan menentukan wakil untuk 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN).
ReplyDeleteNajib menegaskan, mercu tanda yang banyak jumlahnya di negara ini pada waktu ini terutama dalam bentuk kemudahan untuk rakyat jelas menggambarkan kejayaan kerajaan sekarang.
ReplyDelete''Tidak perlu saya memberi banyak contoh tetapi cuba bayangkan segala-galanya. Cuba bayangkan Malaysia tanpa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tanpa Putrajaya, tanpa TBS tanpa KLCC, tanpa Jambatan Pulau Pinang, tanpa Lebuh Raya Utara Selatan dan pelbagai kemudahan lain yang telah disediakan oleh kerajaan selama ini,'' katanya
Pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, membuktikan proses demokrasi kekal subur dan rakyat berhak memilih wakil mereka berdasarkan rekod cemerlang serta individu yang boleh dipercayai memimpin Malaysia menjayakan misi 2020.
ReplyDeleteTentunya tarikh 20 April bukan sekadar hari penamaan calon, bahkan peluang rakyat meninjau kemampuan seseorang tokoh untuk bertanding di sesuatu kawasan berdasarkan prinsip perjuangan dan kualiti kepemimpinan yang dimiliki.
ReplyDeleteSPR juga mengumumkan pengundian awal pada 30 April, selain tempoh berkempen selama 15 hari, berbanding tempoh berkempen 13 hari pada PRU-12 pada 8 Mac 2008.
ReplyDeleteBagi kebanyakan rakyat Malaysia, PRU-13 bukan sekadar proses demokrasi, bahkan peluang untuk meneruskan kesinambungan masa depan negara. Rakyat tidak mudah terpedaya dengan helah siasah pihak tertentu yang memperjuangkan isu kaum, kepentingan peribadi dan sentimen agama semata-mata untuk meraih undi.
ReplyDeleteSejak 12 pilihan raya umum, rakyat memberi sokongan kepada Perikatan dan BN berasaskan keyakinan meneruskan kecemerlangan dan membawa Malaysia keluar daripada kelompok negara sedang membangun. Dengan tempoh tujuh tahun menjelang 2020, rakyat tidak sanggup menggadai masa depan dengan memberi undi kepada oportunis politik yang kesannya boleh menjerumuskan Malaysia ke kancah kehancuran.
ReplyDeletePRU-13 adalah peluang rakyat menghargai jasa BN yang memperkenalkan pelbagai program transformasi untuk kepentingan semua kaum.
ReplyDeleteManifesto BN sudah dianggap aku janji yang bertujuan membawa Malaysia menjadi negara maju dan memastikan tiada mana-mana pihak yang terpinggir daripada arus pembangunan. Dengan membentangkan 17 perkara utama mengandungi 156 tindakan khusus, kita yakin BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan dan kemakmuran negara.
ReplyDeleteUjarnya, segala kemudahan itu pada peringkat awalnya telah disangsi dan dikutuk oleh pihak-pihak tertentu tetapi akhirnya mereka menerima bahkan mengidamkan, jika boleh mahu memiliki tempat-tempat dan kemudahan-kemudahan tersebut.
ReplyDelete''Inilah hakikat sebenarnya dan inilah ketentuan yang akan dibuat oleh rakyat Malaysia pada 5 Mei akan datang,'' katanya.
It is a right time for a change.
ReplyDeleteBN membawa perkembangan yang agak positif di Sabah.
ReplyDeleteBR1M membebankan kerajaan sahaja. Sampai bila kerajaan boleh membantu rakyat dengan memberi cash sebegini?
ReplyDeletePRu13 akan menjadi titik dan sejarah kepada BN.
ReplyDeleteWakil Rakyat yang berkeupayaan dan berbakat dan sentiasa turun padang memahami keadaan rakyat akan menjadi pilihan rakyat.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) will field a crop of new faces to contest its toughest election to date, dropping several ministers including Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen and Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, say sources.
ReplyDeleteThe Malaysian Insider has learnt that BN will field new faces for 50 per cent of the 505 state seats being contested and up to one-third of the 222 parliamentary seats in the May 5 general election.
ReplyDelete
ReplyDeleteVarious state BN sources say the change in the BN candidates list is the most radical in 30 years since former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad fought for his first mandate in 1982.
ReplyDeleteUmno Youth leader Khairy Jamaluddin put out the news in his Twitter microblog account, saying in Bahasa Malaysia “1/3 calon Parlimen dan 50% calon DUN BN adalah muka baru.” (One-third of parliamentary candidates and 50 per cent of BN state assemblymen are new faces.)
ReplyDeleteHe also said that the BN component party leaders will announce their candidate lists today while the respective state liaison chairmen will disclose the list tomorrow.
ReplyDeleteEleven per cent of BN candidates in Election 2013 will be women, said a source.
ReplyDeleteBN chairman Datuk Seri Najib Razak handed over the lists to the respective state liaison chairmen this morning.
“The line-up we have today is the best line-up that we have prepared. It is a process that involves several discussions with leaders at state level.
ReplyDelete
ReplyDelete“We take into consideration voter sentiment or expectation for a change in the Barisan Nasional line-up so in that sense for Parliament we have lined up about 33 per cent new faces.
“At the state level, the number of new faces is 49 per cent. This is to fulfil the demand from voters that BN and Umno be ready for change,” Najib told a press conference after handing out the list at Umno’s headquarters here.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe move comes amid criticism that the Umno president was carrying “too much deadwood” in his Cabinet and that the Umno president should reorganise his team and drop non-performers if he wants to boost support for his government.
ReplyDeleteThe Malaysian Insider had previously reported that a Cabinet reshuffle is definitely in the pipeline with several ministers and veterans expected to be dropped.
Among those expected to be excluded from the list are former Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Azmi Khalid, former Home Minister Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad and former Housing and Local Government Minister Tan Sri Ong Ka Ting.
ReplyDelete
ReplyDeleteIn a closed-door meeting with the coalition’s state chiefs last week, Najib had hinted that he would seek to reshuffle BN’s line-up and demanded complete co-operation from all leaders, pointing out it would be “impossible” to please everyone when drawing up the final candidate list.
ReplyDeleteThe meeting followed repeated pleas for unity amid threats of sabotage by disgruntled hopefuls who failed to make the cut.
Internal sabotage had been one of the major contributing factors for BN’s record losses in the 2008 general election.
ReplyDeleteMalaysia is going to change.
ReplyDeleteTitik perubahan besar bakal berlaku.
ReplyDeleteMajor changes are going to happen.
ReplyDeleteJangan fokus kepada itu dulu.
ReplyDeleteYang penting pengundi kita macam mana.
ReplyDeleteGelombang Tataba.
ReplyDeleteI believe the truth will show its face.
ReplyDeleteJangan mudah termakan janji pembangkang.
ReplyDeleteDan satu perkara lagi anda harus bersiap sedia.
ReplyDeleteWE ARE HERE FOR ONE THING THAT IS TO VOTE FOR THE RIGHT ONE.
ReplyDeleteWe hope for a better government and a better future.
ReplyDeleteIts all up to the people to decide.
ReplyDeleteRakyat harus sedar diri dan bijak menilaikan sejauh mana janji yang dibuat benar boleh ditunaikan.
ReplyDeletePemimpin yang tidak bertanggung jawab harus dilucutkan dari senarai pencalonan.
ReplyDeleteKami menantikan siapakah yang benar akan mewakili semua parti masing-masing.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan pelbagai kemungkinan termasuk kekecohan atau proses perjalanan pilihan raya terganggu di pusat penamaan calon dan pengundian pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata cabaran mengurus pilihan raya kali ini berbeza kerana banyak perkara baharu akan dilaksanakan tambahan pula pilihan raya umum ini dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya', 'pilihan raya paling panas' dan 'pilihan raya paling sengit'.
ReplyDeleteBanyak perkara baharu yang diperkenalkan akan dilaksanakan SPR pada pilihan raya kali ini yang merupakan 'pilot project' seperti pengunaan dakwat kekal. kekecohan atau proses pengundian boleh terganggu berhubung penggunaan dakwat kekal sekiranya pemilih tidak mematuhi peraturan atau undang-undang pilihan raya.
ReplyDeleteAda beberapa keadaan yang menyebabkan pemilih tidak akan diberi kertas undi antaranya tidak mahu menunjukkan jari untuk diperiksa, tidak membenarkan jari dicalit (dengan dakwat kekal) dan jari telah dicalit dengan dakwat kekal.
ReplyDeleteWan Ahmad berkata elemen penggunaan dakwat kekal adalah wajib dan merupakan antara perkara penting yang perlu difahami semua parti politik dan rakyat. Beliau berkata sesiapa yang mengganggu kelancaran proses pilihan raya atau mencetuskan kekecohan serta menghalang proses itu di tempat pengundiaan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) iaitu didenda RM1,000 dan dipenjara.
ReplyDeleteJangan dengar ajaran songsang yang berfikiran mahu melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat keadaan di tempat pengundian. Hak kita sebagai pengundi mesti dilaksanakan dengan masuk ke tempat mengundi, mengundi dan lepas itu keluar dari situ. Matlamat SPR adalah untuk mewujudkan proses pengundian yang lancar dan aman," katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata banyak penambahbaikan yang dilakukan SPR dalam usaha mewujudkan pilihan raya bersih, lancar dan aman antaranya penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen lebih 11 hari serta pelantikan pemerhati bebas pilihan raya yang mempunyai akses ke tempat pengundian dan memantau aktiviti kempen.
ReplyDeletePensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Shamsul Adabi Mamat berkata, kelebihan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan situasi semasa serta populariti yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteKatanya, hakikat bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi sengit serta mencabar tidak boleh dinafikan kerana kedua-dua pihak iaitu BN dan juga pakatan pembangkang masing-masing mempunyai keyakinan untuk memenanginya.
ReplyDeleteMenurutnya, peningkatan sokongan terhadap BN menjadi petanda awal parti itu semakin pulih daripada kekecewaan pada 2008, sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sangat yakin pembangkang akan menang sehingga memberitahu bersedia menjadi Perdana Menteri walaupun di dalam penjara.
ReplyDelete"Senario-senario ini bakal menjadikan pilihan raya umum akan datang sebagai antara yang paling sengit dalam sejarah negara. ''Bagaimanapun, berdasarkan kaji selidik oleh badan atau sumber yang berwibawa serta boleh dipercayai, saya yakin BN mampu menang dan mengekalkan kuasa mentadbir negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
ReplyDeleteKatanya, ia juga adalah pilihan raya paling penting buat Anwar kerana ia adalah peluang terakhir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menentukan masa depan politiknya memandangkan usianya yang hampir mencecah 70 tahun untuk bertanding pada pilihan raya seterusnya.
ReplyDeleteSementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula berpendapat, pemimpin serta ahli BN perlu bersikap positif dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteKatanya, tiada sebab untuk BN berasa gentar kerana dakwaan bahawa pilihan raya umum akan datang sebagai paling ganas atau sebagainya hanyalah sekadar spekulasi dan jangkaan sahaja.
ReplyDelete"Kita tidak boleh bergantung kepada jangkaan kerana apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting ialah BN sentiasa bersedia berhadapan dengan segala cabaran atau kemungkinan yang mendatang," jelasnya.
ReplyDeleteTunaikna kewajipan anda sebagai pengundi. Undi dengan tepat.
ReplyDeleteBN telah bersedia dengan jentera mereka untuk menghadapi PRU.
ReplyDelete