Monday, April 15, 2013

RCI bagi PATI Sabah diteruskan pada 20 Mei

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah, akan meneruskan sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bulan depan.

Sesi pendengaran 10 hari itu akan bermula pada 20 Mei. Pada awalnya sesi siasatan dijadualkan antara 5 dan 9 Mac, namun ditangguhkan.

Pengerusi suruhanjaya Tan Sri Steve Shim Lip menetapkan tarikh itu hari ini selepas membuat keputusan terhadap permohonan Persatuan Undang-undang Sabah (SLA) untuk mendapat akses rekod kenyataan saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Shim ialah bekas hakim besar Sabah dan Sarawak.

Anggota panel terdiri daripada bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas ketua polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri Sabah dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping.

Sesi pertama pendengaran berjalan selama lima hari mulai 14 Januari.

Setakat ini, 62 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada 13 Mac, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melanjutkan pendengaran RCI selama enam bulan lagi mulai 21 Mac hingga 20 September tahun ini bagi membolehkan pihak--pihak yang terlibat menyelesaikan siasatan dan mengumpul laporan mengikut seksyen 5 Akta Siasatan Suruhanjaya 1950 (Akta 119).

Suruhanjaya itu pada mulanya diberikan tempoh enam bulan untuk menyelesaikan siasatan dan membentangkan laporan dan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong, mulai tarikh pelantikan panel pada 21 Sept. Tempoh itu berakhir pada 20 Mac.

Lapan terma rujukan ditetapkan, termasuk menyiasat jumlah pendatang di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru (IC) atau kerakyatan, dan sama ada ia mematuhi undang-undang.

-Bernama

52 comments:
Write comments
  1. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Jun 2012. RCI adalah hasil pandangan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional. Ia membabitkan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik.

    ReplyDelete
  2. Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan. Jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang pada 2012.

    ReplyDelete
  3. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa penubuhan RCI itu dilihat sebagai satu nilai tambah kepada Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pati (JKKPA-PATI) dan Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah

    ReplyDelete
  4. Ramai pihak menyambut baik penubuhan RCI itu. Antaranya dari UMNO Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan MIC Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyambut baik pengumuman itu kerana yakin dapat menyelesaikan aduan dan rayuan rakyat negeri Sabah yang berhadapan dengan pendatang tanpa izin di Sabah. Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan rakyat Sabah menerima keputusan dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  5. imbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kagum atas keberanian perdana menteri dalam menghadapi masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan masalah berkaitan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik.

    ReplyDelete
  6. Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin menyatakan bahawa tidak ada sebab mengapa rakyat tidak menyokong Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda PBS Datuk Jahid Jahim menyatakan bahawa pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam melindungi keselamatan rakyat terutama di Sabah. Kebanjiran imigran haram dan isu dokumentasi ini hampir menghapuskan harapan serta keyakinan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Usaha telah dijalankan bermula dengan Program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI pula.

    ReplyDelete
  8. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  9. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  10. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  11. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  12. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Pusat komited untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah meskipun ia merupakan satu masalah besar yang amat mencabar.

    ReplyDelete
  14. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  15. “Saya fikir Perdana Menteri mengetahui perkara ini dan boleh memutuskannya. Di Sabah sudah ada Jawatankuasa Khas yang dibentuk dalam Barisan Nasional (BN) Sabah mengenai PATI yang dipengerusikan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Timbalan Ketua Menteri).

    ReplyDelete
  16. Sesi pendengaran ini pasti akan membawa saksi yang lebih ramai lagi dan pendedahan yang panas.

    ReplyDelete
  17. harap2 pelanjutan proses penyiasatan akan membongkar lebih banyak lagi perkara.

    ReplyDelete
  18. Biarlah proses RCI ini berjalan, janganlah ada rumusan yang tidak diperlukan daripada pihak pembangkang semata-mata disebabkan Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.

    ReplyDelete
  19. Harap tiada yang mempolitikkan RCI sebelum selesai proses penyiasatan.

    ReplyDelete
  20. Pihak tertentu tidak perlu menggunakan dan memanipulasikan fakta dari saksi-saksi yang memberikan pengakuan mereka.

    ReplyDelete
  21. 6P sudah disahkan tidak berfungsi seperti yang dijangka.

    ReplyDelete
  22. Kami menanti pengesahan RCI selepas siasatan yang dilaksanakan dalam tempoh yang diberikan.

    ReplyDelete
  23. Siapakah dalang disebalik isu PATI ini.

    ReplyDelete
  24. JPN harus disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  25. Pemberian ic yang tidak terkawal yang menyebabkan PATI membanjiri seluruh Sabah dan Malaysia.

    ReplyDelete
  26. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  27. Kalau dalang dan bapa pengkhianat yang menganugerakan Mykad kepada Pendatang Asing tidak diambil tindakan nampak RCI ini macam buang masa sahaja.Buktiukan percakapan sama dengan tindakan kalau tdk RCI ini cuma lucuan sahaja

    ReplyDelete
  28. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  29. dr.mahathir dah mengaku bahawa dia dalang pemberian ic kpda PTI.apalagi mau sibuk sibuk.tangkap pengkianat negara tersebut

    ReplyDelete
  30. Akujanji Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  31. Akujanji Headhunter & cybertrooper umno :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  32. Isu PATi isu pihak berkuasa yang tidak bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  33. May be we should approach Dr. M.

    ReplyDelete
  34. Kerja siasatan masih dalam perkembangan. Harus menantikan pengesahan dari RCI.

    ReplyDelete
  35. It will expected end up with nothing.

    ReplyDelete
  36. Mereka ini mendapat mykad melalui pintu belakang, siapakah yang memberikannya? Adakah aktiviti ini berkait dengan mata duit?

    ReplyDelete
  37. Masih dalam siastan lagi, harap segera selesai.

    ReplyDelete
  38. RCI di tubuhkan atas permintaan rakyat Sabah> Pm prihatin dengan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  39. pelbagai program dijalankan untuk menghantar Pati balik ke tempat asal mereka.

    ReplyDelete
  40. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman Monday launched the Sabah Barisan Nasional (BN) manifesto which consisted of 16 main thrusts on the state's development and progress.

    ReplyDelete
  41. The manifesto promised a commitment to implement the Royal Commission of Inquiry's (RCI) proposals on resolving the illegal immigrant issue, preserve and introduce relevant land ordinances and to safeguard peace and security in the state under the Eastern Sabah Security Command (Esscom).

    ReplyDelete
  42. It also pledged equal opportunities in the state civil service, continuity of special cash assistance and funds for operations and development expenditure that exceeds 20 per cent, through the turnover from oil and gas in the State.

    ReplyDelete
  43. The BN also promised to uphold the 20-Point memorandum, besides reducing the poverty rate to three per cent within five years; conserve the environment, fight corruption, involve the people in policy-making; develop youth and sports, empower women and ensure gender equality, enhance human capital development, participate in modern economy, bridge the development gap between urban and rural areas and improve the effectiveness of state bodies.

    ReplyDelete

  44. Musa, who is also state BN coordinator, said at the launching of the manifesto at the Umno building here that it was a complement to the national manifesto unveiled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  45. "The manifesto is our commitment and obligation to fulfil the aspirations of the people. It is a consensus reached by all component parties after considering all aspects," he said.

    ReplyDelete
  46. Musa said BN would realise the pledges in the manifesto if the people returned the mandate to it.

    ReplyDelete
  47. He said the manifesto themed, "We have fulfilled, more will be implemented" will be distributed together with the BN national manifesto and BN bulletin in four languages, Bahasa Melayu, English, Mandarin and Kadazandusun.

    ReplyDelete
  48. Parti Bersatu Sabah (PBS) President Datuk Joseph Pairin Kitingan said the manifesto was very realistic and relevant and aimed to further improve the lives of the people of Sabah.

    ReplyDelete
  49. "If we pore through the manifesto, you will find that the BN is committed to implementing the recommendations of the Royal Commission of Inquiry on the issue of illegal immigrants in Sabah," he said.

    ReplyDelete
  50. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) President Tan Sri Bernard Giluk Dompok said the supplementary manifesto and the main BN mainfesto were very apt to meet the needs of the people in Sabah.

    ReplyDelete
  51. Liberal Democratic Party chairman (LDP) Datuk V.K Liew said its was "value packed" after getting the inputs of all the component parties.

    ReplyDelete
  52. His views were echoed by Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Vice Chairman Dr Zhamriee Ibni Gulam Rasul who added that the BN not only did consensus building on distribution of seats but also in the coming up of the manifesto.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.