Friday, April 12, 2013

Sabotaj : Anggota UMNO diberi amaran segera

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung.

"Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.

"Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan. - Bernama

58 comments:
Write comments
  1. pala hotak sabotaj di tanduo belum habis lagi,, kau senang la bukan tinggal di sabah yg susah urg sabah..


    apa lagiiii....ini kali laaa....

    BAYUMURNI.....

    ReplyDelete
  2. Akujanji Headhunter said:-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  3. Akujanji Headhunter said:-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  4. Saya sokong kepada nak sabotaj diambil tindakan digugurkan dari ahli umno terutamanya sebelum pilihanraya ini.Kepada rayat dan ahli kalu nak masuk PR silakan masuk berramai2 biar menteri sehaja mempertahankan BN.

    ReplyDelete
  5. Sombong Menteri ini apakah dia fikir BN menang tanpa ahli dan rayat.kalau begitu ini kalilah saya tukar ke PR biar siapa buang siapa
    adakah rayat diperlukan atau menteri sombong lebih diperlukan BN.Vote for free hehehhe

    ReplyDelete
  6. Perdana Menteri yang juga presiden UMNO mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN supaya tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  7. Sambil mengingatkan ahli parti bahawa kesetiaan kepada parti adalah sangat penting dalam menjamin kemenangan pada PRU 13, Najib juga berkata ada pemimpin yang berkecil hati, merajuk dan ada juga yang menutup bilik gerakan serta enggan bekerja dan berkempen, apabila mengetahui tidak dipilih sebagai calon

    ReplyDelete
  8. Malahan kata Najib ada yang bertindak protes dan meninggalkan parti untuk keluar negara.

    ReplyDelete
  9. Walaupun pada awalnya pemimpin ini kata, supaya keputusan muktamad diberikan kepada pucuk pimpinan parti, namun bila keputusan dibuat dan tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan bertindak mensabotaj parti katanya lagi.

    ReplyDelete
  10. Perbuatan mensabotaj parti ini bukan saja berlaku ketika PRU 2008 tetapi juga di jangka akan berlarutan pada PRU 13 ini berikutan beberapa perkembangan politik di beberapa bahagian yang bertindak tidak mencalonkan pemimpin tertentu.

    ReplyDelete
  11. org kanan Anwar Ibrahim nih tapi TERBANG JAUH selepas kena ISA 10 hari bersama DS Anwar. Beliau antara rakan2 DS Anwar yg kecundang peringkat awal lagi dlm perjuangan rakyat. Tumbang ke kaki UMNO. Kenapa? Motorbike berkuasa tinggi shj 10 biji. Kereta,MPV dan Pick-up pon berpuloh2 buah dan nak buat Istana Kayangan lagi kat Country Homes Rawang. mcm mana nak tinggal semua tu,top! Cabut le bodek UMNO. SB pon dah ugut..Datuk nak senang ke nak susah?

    ReplyDelete
  12. Abdul Aziz said Mubarak had begun monitoring discipline of BN members so as to ensure the party’s stability is not affected.

    ReplyDelete
  13. The move was being taken to ensure immediate action could taken against those who tried to sabotage the party.

    ReplyDelete
  14. Mubarak wants Bn representatives not nominated for the upcoming 13th general election not to keep a grudge and give support to those chosen.

    ReplyDelete
  15. Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman said this was important to avoid conflicts and disunity in the party and to help BN achieve victory.

    ReplyDelete
  16. They should help the candidates just as they (representatives) were given assistance before they got elected, he said.

    ReplyDelete
  17. SELEPAS Parlimen dibubarkan Rabu lalu diikuti semua Dun kecuali Sarawak, masyarakat tidak sabar-sabar menanti siapakah yang akan dicalonkan bagi kerusi Parlimen dan Dun, sama ada bagi pihak Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  18. Selagi senarai penuh nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 belum diumumkan, selagi itulah masyarakat akan bermain teka-teki. Selagi nama tidak naik, selagi itulah pemimpin dan penyokongnya akan 'kepanasan' bak kata pepatah 'tidur tak lena, mandi tak basah'.

    ReplyDelete
  19. Jika pakatan pembangkang sudah mengumumkan calon masing-masing, BN nampaknya masih menyimpan kemas senarai calon mereka dan hanya diumumkan pada masa yang tepat.

    ReplyDelete
  20. Apa yang paling meresahkan ialah sejauh manakah dalam PRU13 ini tidak berlaku lagi perbuatan sabotaj apabila nama tidak dicalonkan, kerana sekaligus meranapkan impian menjadi wakil rakyat?

    ReplyDelete
  21. Pada Perhimpunan Agung Umno lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan dengan ikrar supaya tidak sabotaj parti, doa dan sumpah selain peringatan kepada ahli-ahli Umno bahawa setiap undi kepada pembangkang boleh membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

    ReplyDelete
  22. Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pula menggariskan tujuh rukun iaitu patuh kepada pemimpin, mengatur strategi dengan tepat, fahami peranan dan tanggungjawab, mengenali siapa musuh, kejapkan perpaduan, bersiap siaga dan berjuang habis-habisan. Namun adakah ahli Umno/BN masih ingat ikrar yang dilaungkan penuh bersemangat itu?

    ReplyDelete
  23. Ketika Najib memperkenalkan konsep winnable candidate, ramai yang meganggap itu wajar dilakukan bagi menjamin kemenangan BN.

    ReplyDelete
  24. Bagaimanapun, setelah konsep itu berlegar dalam masyarakat, ternyata lebih ramai pula calon yang merasakan mereka adalah winnable candidate.

    ReplyDelete
  25. Masing-masing mahu menjadi calon. Ironisnya, belum pun Najib mengumumkan senarai calon yang mewakili Umno/BN, sudah ada ada yang merajuk, kecewa dan melakukan protes secara senyap-senyap.

    ReplyDelete
  26. Ada yang sanggup berjumpa dengan Najib atau menghantar wakil setelah mengetahui nama mereka tidak 'timbul' dalam senarai pencalonan.

    ReplyDelete
  27. Ada pula yang marah-marah mendakwa mereka sudah banyak berkorban tetapi pengorbanan itu tidak dipandang pemimpin atasan.

    ReplyDelete
  28. Ada juga pemimpin yang kononnya rela melepas kerusi Dun tetapi perlu kontra dengan kerusi Parlimen. Ada juga penyokong hampa apabila pemimpin mereka tidak lagi menjadi wakil rakyat selepas PRU13.

    ReplyDelete
  29. Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin menunjukkan tentang kejatuhan sebuah kerajaan yang sebahagian besarnya berpunca daripada sabotaj dalaman akibat dendam kesumat, dengki mendengki, gila kuasa, gila pangkat dan sebagainya. Penganalisis politik Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, musuh Umno adalah di luar Umno dan bukan di dalam Umno dan BN.

    ReplyDelete
  30. Terimalah keputusan Najib dalam penentuan kedudukan calon pada PRU ini. Senarai masih belum diumumkan, oleh itu tidak perlu membuat spekulasi liar. Tunggu sahaja pengumuman itu.

    ReplyDelete
  31. Pengalaman PRU12 harus dijadikan pengajaran berguna. Jangan ulangi lagi permasalahan dalaman yang tidak diselesaikan waktu itu sehingga menjadi penyumbang utama kekalahan banyak calon Umno dan BN.

    ReplyDelete
  32. Akujanji Headhunter said:-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    POLITIK LUCAH
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  33. Akujanji Headhunter said:-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    POLITIK LUCAH
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  34. Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan lalu, bekas pemimpin pembangkang dan calon Bebas mesra BN yang berpotensi menang turut dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  35. Najib berkata, pertimbangan paling baik untuk memilih seseorang calon adalah menilai aspek keperibadian dan penerimaan di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  36. “Perkara penting... peribadi, kebolehan, ketokohan, pengalaman, rekod prestasi dan sebagainya sama ada calon ada masalah peribadi atau tidak. Dia mesti diterima di kawasan itu.

    ReplyDelete
  37. “Kita juga mengambil kira faktor keseimbangan adil antara parti komponen BN dan sayap parti. Mereka kemukakan banyak permintaan dan cadangan,” katanya.

    ReplyDelete
  38. Perdana Menteri berkata, calon kalah pada Pilihan Raya Umum 2008 berpeluang dipertimbangkan mengikut kesesuaian semasa kerana bukan semuanya tidak layak bertanding semula.

    ReplyDelete
  39. Katanya, kekalahan BN pada 2008 disebabkan faktor nasional dan justeru itu, prospek masa depan bekas calon perlu diambil kira kerana ada masih bekerja kuat dan diterima masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  40. “Sesetengahnya ada memihak kepada BN tetapi tiada kawasan. Jika kita fikir ada ruang boleh diterima, kita terima. Jika sesuai, kita pertimbangan tetapi calon Bebas mesti guna lambang BN. Cuma, bilangan agak kecil sebab tak ada pertambahan kerusi baru seperti 2008 dan kita ada ramai calon (BN) menunggu,” katanya.

    ReplyDelete
  41. Nak bubur dulu pun lambat/takut sekang nak umum calon pun lambat/takut
    last menteri bagi amaran pada ahli jangan sabotaj ada kepatut kita pun ada pilihan kita sebagai ahli lagi pula kita yang buang undi nanti apalah bengap menteri tunjuk lagak kono kalau iaya pun lembutlah sikit dengan ahli sendiri dan pujuk bukan tindakan adooooi menteri tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  42. menteri pasola heheheheh tukar dia lagi bagus auuuw

    ReplyDelete
  43. Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN) akan mengadakan lebih 60,600 program ceramah penerangan manifesto Aku Janji BN di peringkat akar umbi di 222 kerusi Parlimen di seluruh negara sebaik sahaja tempoh kempen bermula pada 20 April ini.

    ReplyDelete
  44. Pengerusinya, Datuk Ahmad Maslan berkata pihak kepimpinan akar umbi telah disyorkan untuk mengadakan sebanyak 10 program ceramah pada setiap hari di setiap kawasan Parlimen masing-masing sepanjang tempoh 15 hari berkempen.

    ReplyDelete
  45. “Tujuan ceramah ini adalah fokusnya untuk menerangkan manifesto aku janji BN kepada rakyat. Kita telah melatih lebih 20 penceramah di setiap satu parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada tokoh-tokoh setempat untuk tujuan itu.

    ReplyDelete
  46. “Kita telah mengesyorkan pada setiap ketua-ketua penerangan parti komponen BN di peringkat cawangan, bahagian, DUN dan Parlimen setiap kawasan untuk mengadakan dua sessi ceramah iaitu ceramah petang dan ceramah malam di kawasan mereka,” jelas beliau

    ReplyDelete
  47. Tambah beliau, manifesto aku janji BN merupakan senjata utama yang akan digunakan di dalam kempen BN untuk meyakinkan rakyat agar terus memberikan mandat kepada BN untuk terus membela rakyat dan membangunkan negara.

    ReplyDelete
  48. Harus bertindak rasional.

    ReplyDelete
  49. Manifesto BN indeed good and encourage for better perspective.

    ReplyDelete
  50. Calon yang tidak dapat berfungsi dengan baik harus dilucutkan dari senarai.

    ReplyDelete
  51. Calon yang kalah tidak bermaksud mereka tidak berkeupayaan.

    ReplyDelete
  52. Pencalonan sering mendatangkan masalah terutama mereka yang tidak dicalonkan.

    ReplyDelete
  53. Jika ada ahli yang mensabotaj parti, harus di kenakan tindakan tegas.

    ReplyDelete
  54. Penerimaan rakyat juga perlu di beri keutamaan dalam pemilihan calon.

    ReplyDelete
  55. The Umno disciplinary board has received several reports of sabotage among its party members ahead of the 13th general election, said its chairman Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

    ReplyDelete

  56. He said the suspects who would be summoned to offer their explanation, face stern action, including expulsion or suspension if proven guilty.

    ReplyDelete
  57. "Do not sabotage or do anything that can weaken the party, the disciplinary board would not compromise and will act on those who betray the party," he said in a statement.

    ReplyDelete

  58. A special committee comprising four Umno Supreme Council members and four of the disciplinary board's members would be set up to expedite the decision and punishment process, he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.