Thursday, April 11, 2013

Senarai Calon BN Yang Mungkin Digugurkan?

Jika perkhabaran seperti yang disiarkan dalam printscreen di bawah ini benar maka ia mungkin faktor penyebab senyap sunyinya Mr Noh Omar.

Noh Omar termasuk dalam senarai orang-orang yang digugurkan oleh BN. BN telah melakukan yang terbaik bagi memenangi hati rakyat dengan menggugurkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kontroversi.

Noh Omar adalah seorang yang paling banyak kontroversi di Selangor. Bermula dengan tuntutan oleh petani hingga kepada projek udang.

Hasrat Noh Omar untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN memenagi pilihanraya di Selangor berkecai apabila dia tidak lagi tersenarai sebagai calon.

Tetapi Noh Omar tidak perlu bimbang kerana BN tidak akan menang di Selangor. Selangor akan tetap milik Pakatan Rakyat.

Anuar Musa Digugur, Ibrahim Ali Calon BN?

Berita Muktahir daripada Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Anuar Musa digugurkan daripada menjadi calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 nanti. Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tersebut, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.

Anuar Musa banyak menghabiskan masa untuk kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors disamping menaikan dirinya dalam politik melalui gerak kerja bola sepak. Pernah mengaku bahawa ada 200,000 penyokong bola sepak dibelakang dia.

Dalam banyak kes yang dimaklumkan bahawa Anuar telah ditempelak oleh Najib dalam beberapa perjumpaan tertutup.

Menurut sumber tersebut, ada gerakan untuk membantah keputusan pengguguran ini melalui kutipan tandatangan. Ketua gerakan desakan ini berkata, mereka akan cuba cara terbaik, tapi sekiranya Najib tidak ambil endah, mereka akan buat cara kasar.

Tidak tahu apa cara kasar yang dimaksudkan tapi saya difahamkan daripada ayat "habis UMNO kali ini" bermaksud mereka akan cah kenting calon UMNO@BN.



Yang manarik pula, dan menambahkan polimik UMNO Kelantan ialah Ibrahim Ali akan bertanding atas tiket BN.

Dalam hal ini Najib diberitakan berkata ada calon Bebas akan bertanding atas tiket BN. Menurut maklumat kenyataan ini setelahorang kanan Tun mahathir berjumpa dengan Najib pada petang 10 April lalu.

Maklumat muktahir, walaupun dalam mesyuarat akhir tak berstuju tetapi atas desarkan daripada Tun Mahathir sendiri menyebabkan ramai pimpinan UMNO 'mati kutu'.

Tun Mahathir mengganggap Ibrahim Ali sebagai "TUAN GURU"

Tun berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

48 comments:
Write comments
  1. Mahathir jgn la ko p berkempen nanti ko sakit susah lagi

    ReplyDelete
  2. Terbaik..Kita harap berikan kepada calon muda untuk bertanding.

    ReplyDelete
  3. Kita sokong parti yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Perebutan kerusi kalangan parti pembangkang nampaknya bukan semakin reda malah semakin berkecamuk dan makin kronik apabila terdapat pertindihan sesama mereka di beberapa kawasan di beberapa negeri.

    ReplyDelete
  5. Di Kedah pula, DAP negeri berkenaan dilaporkan memberi kata dua kepada PKR agar memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada pilihan raya umum akan datang jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru menentang BN.

    ReplyDelete
  6. Ini belum lagi tindakan PKR di Pahang yang isytihar akan menjadi calon Bebas di kawasan yang ditandingi PKR sendiri. Malah di Sabah juga difahamkan pembahagian kerusi masih belum ada penyelesaian. Begitu juga di Perlis Pas, PKR dan DAP sudah mula berperang merebut kawasan yang didakwa milik masing-masing.

    ReplyDelete
  7. “Masing-masing ada agenda….Sebab itulah mereka bercelaru…. maka apabila nak meletakkan calon mereka pun akan bercakaran, berebut serta masing-masing mencari jalan untuk dominan sesama mereka.

    ReplyDelete
  8. “Perjuangan adalah berpaksikan kepada keikhlasan kalau tidak ikhlas itulah jadinya,” akhiri beliau.

    ReplyDelete
  9. Umpama kahwin paksa…..Begitulah pandangan Ketua UMNO Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz berhubung kemelut pakatan pembangkang berhubung soal pengagihan kerusi yang sehingga kini difahamkan beberapa kali tertangguh termasuk soal pengumuman calon di beberapa kawasan tertentu.

    ReplyDelete
  10. “Sebab itulah saya sering cakap soal ini..di mana-mana sahaja saya mengatakannya. Mereka tidak pernah berpakat pun. Di kawasan saya sendiri, Semenyih turut berlaku soal ini yang mana terdapat pertindihan soal calon.

    ReplyDelete
  11. Beliau yang juga bekas ADUN Semenyih seterusnya berkata pakatan pembangkang yang diumpakan kahwin paksa itu amat jelas hanyalah atas kertas dan retorik mereka semata-mata.

    ReplyDelete
  12. “Persefahaman mereka ini umpama kahwin paksa. Pakatan atas kertas semata-mata. Cita-cita nak ke Putrajaya terpaksalah menunjukkan kepada umum mereka berbaik tetapi hakikatnya dalaman penuh dengan retak dan hanya menunggu masa sahaja untuk berderai.

    ReplyDelete
  13. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan laporan 15 individu termasuk wakil rakyat Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dijangka bertanding di atas tiket bebas merupakan satu tindakan protes ekoran tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Pakatan Pembangkang untuk menghadapi PRU yang ke 13 ini.

    ReplyDelete
  14. Menurut beliau, secara tidak langsung ia juga memperlihatkan bahawa berlakunya perebutan kawasan ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang untuk meletakkan wakil-wakil mereka sebagai calon.

    ReplyDelete
  15. “Mereka ini sejak awal-awal lagi tidak pernah menjadi satu pakatan yang sejati sebagaimana kita di dalam BN. Apatah lagi apabila mereka rasa sedikit kemenangan, mula timbul perebutan di kalangan mereka sendiri . Perkara ini sudah kita agak sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  16. “Ketidaksepaduan mereka ini memang sudah lama berlaku dan ia adalah sesuatu yang semulajadi di dalam Pakatan Pembangkang yang saya pasti akan terbongkar juga tidak lama lagi. Dan hari ini, kita sudah dapat lihat kecelaruan itu sudah mula terserlah sikit demi sedikit,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

    ReplyDelete
  17. Tambahnya lagi, hanya masa akan menentukan samada Pakatan Pembangkang terus bergolak dan berpecah namun hakikatnya sehingga ke hari ini, Pakatan masih belum berani untuk mengumumkan calon bahkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pun masih belum diumumkan.

    ReplyDelete
  18. “Dalam senario Pakatan Pembangkang hari ini, kita boleh dengar macam-macam cerita. Kita boleh dengar pengerusi parti A mengumumkan calon, dan kemudiannya Pengerusi Perhubungan parti B mengumumkan calon dengan secara berasingan.

    ReplyDelete
  19. “Malah, mereka mengumumkan calon dengan sesuka hati dan malah lebih nampak ketara ketidaksepaduan mereka itu, apabila tidak sampai 24 jam, ada pembetulan dan sebagainya di dalam pemilihan calon tersebut, dan perkara seperti ini tidak terjadi di dalam BN kerana kita mempunyai sistem untuk penamaan calon yang tersusun dan mengikut saluran,” jelasnya.

    ReplyDelete
  20. “Dalam konteks ini BN adalah sebuah kerajaan yang sudah mempunyai rekod pentadbiran yang terbukti berjaya. Berlakunya penumbuhan ekonomi yang pesat, daya saing perdagangan antara bangsa yang diakui oleh dunia luar, membuktikan bahawa BN kini di atas landasan yang betul dalam mentadbir negara.

    ReplyDelete
  21. “Namun dalam hal ini, kita juga mengakui terdapat beberapa kelemahan yang akan diperbaiki dari masa ke semasa. Jadi saya harap, rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Najib dan juga BN untuk mentadbir dan memajukan negara ini,” ujarnya.

    ReplyDelete
  22. kena terima keputusan jika digugurkan

    ReplyDelete
  23. Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka.

    ReplyDelete
  24. Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.

    ReplyDelete
  25. Dr Mahathir berkata penggantian calon perlu dilakukan pada setiap pilihan raya bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk berkhidmat kepada parti.

    ReplyDelete
  26. Mengimbas kembali tindakannya mengundurkan diri semasa berada di puncak, Dr Mahathir berkata ia perlu dilakukan agar tidak dibenci rakyat kerana terlalu lama memegang jawatan Perdana Menteri. Menyentuh mengenai manifesto PRU13, beliau berkata manifesto pembangkang memperlihatkan mereka tidak faham kebenaran dan kenyataan berbanding manifesto BN yang dihasilkan daripada pengalaman mentadbir negara.

    ReplyDelete
  27. Ygh pasti UMNO/BN GAGAL mentadbir Negara dg Baik.PRU kali ini rakyat perlu berubah untuk membuat perubahan PEMIMPIN dalam kerajaan baru. UMNO/BN pd hari ini dn selamanya sudh TAK RELEVAN LG. Kita bersatu TOLAK UMNO/BN!! KITA BERSATU UNDI PAKATAN!!!

    ReplyDelete
  28. Pemimpin UMNO/BN dn kerajaannya tiada lain kerjanya hnya mereka-cipta fitnah,video seks palsu untk mh mgaibkan pempimpin PAKATAN!!! Pemimpin UMNO/BN drp Tun Mahathir lg hnya mahukan Melayu berpecah dn miskin, Yg kaya raya hnya kaum klrga dn kroni tnpa peduli rakyat miskin terus miskin!!! BN skrg Barang Naik tak peduli rakyat yg miskin!!! Rakyat perlu sedar dn bersatu TOLAK UMNO bersatu UNDI PAKATAN!!!

    ReplyDelete
  29. saya tambah yang harus digugurkan adalah.

    Pihak BN disabah.
    1.Tan sri Joseph Kurup
    2.Elron Alfred
    3.Justin Guka
    4.Radin Malleh
    5.Robin Balang
    6.Raime Unggi
    7.Sairin Karno
    8.Bung Moktar Radin
    9.Salleh Kalbi
    10.Rahman Dahlan
    11.Rahim Ismail
    12.John Teo
    13.Karrim Bujang
    14.Ghafur Salleh
    15.Bolkiah Ismail
    16.Japlin Akim
    17.Yeo moh Chai

    mungkin banyak lagi dan kalau mereka ini di calun kan percaya lah BN akan tewas

    ReplyDelete
  30. Calon muda yang berbakat harus diberi peluang.

    ReplyDelete
  31. Rakyat harus sedar diri dan membuat pengundian yang lebih bijak.

    ReplyDelete
  32. Sudah pasti UMNO menghadapi cabaran yang hebat kali ini dalam politik Malaysia selama ini.

    ReplyDelete
  33. Pasti ada sebab kenapa digugurkan dari senarai.

    ReplyDelete
  34. Rekod pentadbiran BN agak positif selama ini.

    ReplyDelete
  35. Birunda said...
    April 13, 2013 at 2:20 PM
    Calon muda yang berbakat harus diberi peluang.


    Mang said...
    April 13, 2013 at 2:20 PM
    Rakyat harus sedar diri dan membuat pengundian yang lebih bijak.


    Siva said...
    April 13, 2013 at 2:21 PM
    Sudah pasti UMNO menghadapi cabaran yang hebat kali ini dalam politik Malaysia selama ini.


    Elena said...
    April 13, 2013 at 2:22 PM
    Pasti ada sebab kenapa digugurkan dari senarai.


    Jess said...
    April 13, 2013 at 2:23 PM
    Rekod pentadbiran BN agak positif selama ini.


    RAMAI KAMU AAHHHH................TAHNIAH 5 UNDI SUDAH UMNO BN KAMU ITU DAPAT

    ReplyDelete
  36. Terimalah hakikat jika benarnya dilucut dari senarai mencalon.

    ReplyDelete
  37. Pengundi yang berbakat akan diberi peluang untuk bertanding lagi.

    ReplyDelete
  38. Walau tidak dicalonkan tetapi harus teruskan perjuangan bersama BN juga.

    ReplyDelete
  39. Peletakan wakil harus dibuat secara teliti dan bijak agar jumlah kerusi yang ditandingkan terus mencapai kemenangan.

    ReplyDelete
  40. Rakyat akan memberi sokongan kepada parti yang benar dapat memperjuangkan kebajikan dan bersuara untukr rakyat.

    ReplyDelete
  41. Diharapkan bakal-bakal pemimpin yang dicalonkan adalah mereka yang berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  42. Jangan di lucutkan jawatan, lompat Parti pula.

    ReplyDelete
  43. Pilihan calon hendaklah di buat dengan teliti.

    ReplyDelete
  44. Anggota perlu terima apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan tertinggi BN yang akan membawa kebaikan kepada Parti dan juga pemimpin berkenaan.

    ReplyDelete
  45. Bagi pemimpin yang nama nama mereka yang ditiup oleh angin yang mengatakan bahawa mereka akan digugurkan , bersedia lah untuk menerima hakikat jika kenyataan ini benar benar berlaku dan terima lah dengan hati yang terbuka untuk kepentingan parti.

    ReplyDelete
  46. Sampailah masa pemimpin ini memberikan peluang kepada orang lain pula kerana orang ini dulu pernah menyokong anda ketika anda dipilih sebagai calon.

    ReplyDelete
  47. Kini adalah giliran anda pula memberikan sokongan kepada pemimpin baru.

    ReplyDelete
  48. Berilah peluang kepada orang lain. Seperti kata Tun M , sehebat mana kita sekali pun kita akan dibenci jika terlalu lama memegang satu satu jawatan. Berihat lah , baik untuk kesihatan.:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.