Monday, April 8, 2013

Siapa Sebenarnya Sidek Baba?

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

2. Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

3. Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.

4. Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.

5. Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.

6. Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.

7. Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.

8. Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.

9. Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.

10. Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.

11. Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.

12. Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.

13. Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.

14. Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.

15. Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu. Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.

16. Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.

17. Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.

18. Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.

19. Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.

20. Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

21. Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.

22. Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.

23. Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.

24. Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.

60 comments:
Write comments
  1. bersubahat la kamu semua untuk menyebarkn fitnah..tunggulah pbalasan kamu diakhirat nnti..amin

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya manusia yg akhirnya jadi musoh/lawan kpd politik perjuangan DS Anwar adalahmereka yg dperangkap oleh politik jahat UMNO/BN. Tidak kira le Roslan kassim ke Zahid Hamidi ke Chandra Muzaffar ke atau sapa2. Itu fakta yg benar2 wujud dan berlaku. Manakala manusia yg akhirnya mnjadi rakan seperjuangan DS Anwar spt En Azlan ( bapa si Saiful ) dan ramai lagi sama koporat, bekas peg tinggi kerajaan atau org kuat UMNO sebelum ini, adalah mereka yg trlampau banyak dibeban atau dsuap dgn kebatilan UMNO/BN sehingga mereka muak dgn cerita jelek itu. Lantas mngalih angin politik utk brsama wadah rakyat menentang kejahatan UMNO/BN.

    ReplyDelete
  3. Ada tak orang yang boleh cerita macam ini pasal Ismail Mina...

    ReplyDelete
  4. Saya sebenarnya bukan asal pnyokong Anwar Ibrahim pun dan masih ingat lagi kata2 beliau sewaktu mnjawat jawatan TPM era Tun Mahafiraun dulu. Tetapi saya tidak boleh mnerima kaedah prtudohan yg dicipta ke atas DS Anwar Ibrahim . Sudah le fitnah Liwat 1 mmbukti DS Anwar dikhianati oleh Mahathir kini ada lagi fitnahh Liwat ll walau trbukti kebenaran mnebelahi DS Anwar. Tak pelik le kalau insan2 trpelajar masakini lebih cederung kpd politik PR hasil dr kerja jahat UMNO.

    ReplyDelete
  5. Para 11:Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi -pembohongan- Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan:Hj Omar b Abd rahman

    ReplyDelete
  6. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  7. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  8. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  9. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  10. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  11. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  12. headhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  13. headhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  14. headhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  15. Faktor kredibiliti dan mengutamakan kestabilan negara merupakan punca Tokoh Maal Hijrah 2009, Profesor Datuk Dr Sidek Baba memilih untuk tidak bersama bekas sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  16. Beliau yang berang dengan dakwaan disogok agar meninggalkan Anwar berkata, prinsip membawa kebenaran dan perjuangan Islam dijadikan tonggak halatuju perjuangan politiknya yang kini bersama Gerakan Martabatkan Umat, JATI.

    ReplyDelete
  17. Sidek yang merupakan bekas orang kuat dalam perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar suatu ketika dulu berkata, percaturan politik yang semakin menjerumus kearah 'politik kacau bilau' mengakibatkan beliau mengambil pendirian untuk berjuang dalam agenda memartabatkan umat Islam.

    ReplyDelete
  18. Menurut pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, soal integriti amat penting untuk menampilkan imej pemimpin yang berhasrat menerajui negara.

    ReplyDelete
  19. Diasak supaya menerangkan lebih lanjut mengapa beliau bertukar haluan, Sidek berkata, sokongan kepada rakannya itu bukanlah berdasarkan kepartian, tetapi berasaskan matlamat perjuangan menerapkan Islam dalam sistem pemerintahan pada waktu itu.

    ReplyDelete
  20. Menurut Sidek, mana-mana pemimpin tidak kira dari parti mana sekalipun, sekiranya membawa agenda dan perjuangan yang baik akan disokongnya.

    ReplyDelete
  21. Diasak sama ada perubahaan dirinya berkaitan dengan kredibiliti dan moral individu berkenaan, bekas Setiausaha Agung ABIM ini berkata, pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan integriti perlu mempertahankan harga diri jika menganggap diri mereka difitnah.

    ReplyDelete
  22. Anwar dipecat dari kerajaan pada 1998 akibat tuduhan rasuah dan moral. Ada pihak mendakwa, beliau mencetuskan kekacauan dalam negara dengan mengapi-apikan penyokongnya yang taksub supaya merusuh.

    ReplyDelete
  23. Hasilnya, demonstrasi jalanan besar-besaran diadakan diseluruh negara bagi menuntut keadilan terhadap pemimpin itu yang kemudiannya ditangkap.

    ReplyDelete
  24. Natijahnya, ratusan rakyat ditahan pihak berkuasa dan 17 orang rakan rapat beliau dicekup di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA). Antara mereka adalah Profesor Sidek Baba sendiri.

    ReplyDelete
  25. Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

    ReplyDelete
  26. Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

    ReplyDelete
  27. "Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    ReplyDelete
  28. Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

    Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

    ReplyDelete
  29. Tuduhan harus bersama dengan bukti yang sah.

    ReplyDelete
  30. Jika tidak Anwar, siapakah yang boleh?

    ReplyDelete
  31. Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba kesal dengan perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kini dipergunakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini.

    ReplyDelete
  32. Menurut beliau, kecenderungan itu memberi impak kepada hala tuju perjuangan ABIM sebagai sebuah badan dakwah dan tarbiah yang sepatutnya tidak berpihak pada mana-mana parti politik sebagaimana pendirian pertubuhan tersebut selama ini.

    ReplyDelete
  33. Lebih mengejutkan, kata beliau, bekas pemimpin serta aktivis ABIM itu masih sanggup bersama-sama perjuangan Anwar walaupun kredibiliti serta integriti moral dan pegangan agama pemimpin pembangkang berkenaan terbukti telah tercalar selama ini.

    ReplyDelete
  34. Bagaimanapun, beliau percaya kecenderungan individu tertentu daripada ABIM untuk menyokong Ketua Pembangkang itu hanya didorong oleh perasaan 'taksub' mereka terhadap Anwar sehingga sanggup mengetepikan segala bukti yang dikemukakan tentang pemimpin tersebut.

    ReplyDelete
  35. "Kalau orang tidak setuju itu terpulang. Kita ada berbeza pandangan dan perkara itu diizinkan tetapi mesti didukung dengan etika.

    "Saya berbeza dengan mereka sebab saya ada fakta, maklumat tetapi mereka berbeza kerana tidak mengkaji. Sebut saja Anwar, terus jadi taksub," katanya.

    ReplyDelete
  36. Kata Sidek, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk aktivis ABIM, pemimpin mahasiswa dan pihak berkepentingan untuk mengadakan pertemuan dengan beliau dan melihat sendiri hasil kajian lengkapnya mengenai Anwar sehingga menyebabkan beliau menolak pemimpin itu.

    ReplyDelete
  37. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  38. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  39. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  40. Faktor kredibiliti dan mengutamakan kestabilan negara merupakan punca Tokoh Maal Hijrah 2009, Profesor Datuk Dr Sidek Baba memilih untuk tidak bersama bekas sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  41. Beliau yang berang dengan dakwaan disogok agar meninggalkan Anwar berkata, prinsip membawa kebenaran dan perjuangan Islam dijadikan tonggak halatuju perjuangan politiknya yang kini bersama Gerakan Martabatkan Umat, JATI.

    ReplyDelete
  42. “Jangan calang-calang orang menyatakan saya dibeli. Siapa beli saya?Memang ada pihak yang cuba untuk memburukan Sidek Baba.

    ReplyDelete
  43. “Saya bekerja sebagai seorang profesor, ada rezeki saya, saya selalu bertanya apa yang patut saya sumbang kepada negara saya, untuk umat manusia, untuk umat Islam.

    ReplyDelete
  44. “Itulah prinsip hidup saya. Saya tidak akan berganjak dengan izin Allah,” katanya ketika diwawancara Antarapos, baru-baru ini.

    ReplyDelete
  45. Sumbangan saya hanya untuk negara dan agama.

    ReplyDelete
  46. Sidek yang merupakan bekas orang kuat dalam perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar suatu ketika dulu berkata, percaturan politik yang semakin menjerumus kearah ‘politik kacau bilau’ mengakibatkan beliau mengambil pendirian untuk berjuang dalam agenda memartabatkan umat Islam.

    ReplyDelete
  47. “Bagi saya, saya tidak bercakap soal parti. Saya bercakap tentang soal kerajaan dan negara… Saya ada prinsip hidup saya, saya sumbangkan untuk negara dan umat manusia. Adakah itu salah?

    ReplyDelete
  48. “Tetapi apabila soal kredibiliti menjadi isu kepada saya, isu itu membuat saya memilih antara yang baik dan yang tidak baik. Isu itu membuat saya memilih negara yang aman dan stabil, atau tidak,” katanya dengan nada tegas.

    ReplyDelete
  49. Menurut pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, soal integriti amat penting untuk menampilkan imej pemimpin yang berhasrat menerajui negara.

    ReplyDelete
  50. “Saya dididik, sebagai pemimpin, kamu perlu bersih dan kelihatan bersih,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  51. Sidek pernah menjadi tahanan dibawah Akta Keselamatan Negara atau ISA pada tahun 1998 selepas penangkapan Anwar pada 20 September 1998.

    ReplyDelete
  52. Malah beliau pernah didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi dan “kebangkitan” segelintir pelajar institusi pengajian tinggi yang menjadi penentang anti-kerajaan dan pucuk pimpinan yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Rektor di UIAM.

    ReplyDelete
  53. Fenomena ini dikatakan berlaku hampir di setiap pusat pengajian tinggi, dan UIAM dikaitkan sebagai universiti yang paling ‘aktif’ dengan masalah ini.

    ReplyDelete
  54. Namun beliau dibebaskan tanpa syarat pada 8 Oktober pada tahun yang sama.Dulu sokong Anwar untuk perjuangan Islam. Diasak supaya menerangkan lebih lanjut mengapa beliau bertukar haluan, Sidek berkata, sokongan kepada rakannya itu bukanlah berdasarkan kepartian, tetapi berasaskan matlamat perjuangan menerapkan Islam dalam sistem pemerintahan pada waktu itu.

    ReplyDelete
  55. “Katakan semasa seorang rakan saya dulu, dalam kerajaan, membantu kerajaan, ada kebaikan yang dia bawa. Bila dia jadi anggota kerajaan kabinet, yang dibawa adalah anggota pembangunan Bank Islam. Tidakkah itu baik? Yang baik saya sokong.

    ReplyDelete
  56. “Saya tidak rasa apologetik, rasa rendah diri untuk menyokong. Dibina UIA, Takaful contohnya, kita bantu.

    “Kita bukan menentang kerajaan semata-mata untuk menentang begitu sahaja, tidak. Yang baik kita sokong, yang tidak baik kita kritik dengan akhlak yang baik, dengan etika yang tinggi, saya diajar begitu,” katanya.

    ReplyDelete
  57. Menurut Sidek, mana-mana pemimpin tidak kira dari parti mana sekalipun, sekiranya membawa agenda dan perjuangan yang baik akan disokongnya.

    “Dulu orang melihat saya menyokong ini, sokong itu. Saya bukan sokong parti politik. Saya sokong kerajaan. Zaman sahabat saya itu dulu, dalam badan Islam, saya sokong, dia (Anwar) ada cita-cita besar, saya turut menjayakan cita-cita besar itu.

    ReplyDelete
  58. “Zaman dia masuk dalam kerajaan, kami bantu. Sebab ada benda baik yang nak dibawa untuk kebaikan kepada kita, umat manusia,” ujarnya.

    Pertahan harga diri jika difitnah

    Diasak sama ada perubahaan dirinya berkaitan dengan kredibiliti dan moral individu berkenaan, bekas Setiausaha Agung ABIM ini berkata, pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan integriti perlu mempertahankan harga diri jika menganggap diri mereka difitnah.

    ReplyDelete
  59. “Kalau orang tuduh saya mencuri ayam, curi telur ayam. Saya patut mempertahankan diri saya, kerana saya ada integriti.

    “Tetapi apabila ada orang yang dituduh macam-macam, tidak habis-habis, buat tidak tahu sahaja, saya tidak puas hati. Apa tidak berlaku dalam perjuangan hidup saya. Saya pernah dipenjara, kerana menyokong orang itu.

    “Dalam penjara (sewaktu tahanan ISA), apa yang tidak ditunjukkan kepada saya? Saya orang yang berfikir, seorang Islam. Orang yang tahu yang maaruf dan batil.

    “Jika tidak buat apa saya beragama. Agama yang buat kita berpendirian. Hatta saya seorang sahaja yang mempercayai kebenaran itu, saya akan mempertahankan dan Allah akan bersama dengan saya,” katanya.

    ReplyDelete
  60. siapa dia apa sya peduli

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.