Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.
Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
Thursday, April 11, 2013
Penamaan Calon 20 April, Pengundian 5 Mei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




tak lama lagi tu PRU, semua kena bersedia menghadapinya.
ReplyDeleteBerasaskan sistem ‘First- Past-The-Post-System’ mem bolehkan calon pilihan raya yang berjaya memperoleh undi majoriti akan diisytiharkan pemenang. Setakat ini terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN di seluruh negara sedia ditandingi oleh parti atau individu yang ingin mengambil bahagian.
ReplyDeleteDalam usaha memastikan perjalanan dan proses pilihan raya berjalan lancar, sistematik dan selamat, beberapa undang-undang dan peraturan digubal bagi memastikan segala prosedur dan proses pilihan raya diikuti dan dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi.
ReplyDeleteDi samping itu juga, bagi memastikan perjalanan dan proses pilihan raya tidak dicemari oleh perbuatan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang sepanjang pilihan raya dijalankan terutamanya ketika berkempen dan merayu undi.
ReplyDeletePerkara ini jika tidak dikawal dan dipantau boleh menimbulkan huru-hara, demonstrasi, pergaduhan, perselisihan dan sebagainya apabila calon, ejen dan penyokong terlalu taksub dan mabuk berkempen.
ReplyDeletePeruntukan perundangan sedia ada adalah bagi memastikan ketelusan sistem dan perjalanan pilihan raya bersih dari segala aktiviti negatif dan jika berlaku sebarang bentuk perlanggaran undang-undang maka perkara ini boleh dibawa ke muka pengadilan.
ReplyDeleteSebagai cadangan penambahbaikan, Malaysia perlu memiliki peruntukan undang-undang pilihan raya yang lebih lengkap, efisien dan akomodatif serta dihormati masyarakat antarabangsa. Namun begitu, setakat peruntukan yang ada menjadikan parti politik dan calon yang akan bertanding tidak perlu bimbang dan risau kerana proses pemilihan yang dilalui adalah dalam keadaan yang terkawal dan segala aktiviti tidak sihat, ekstrem dan melampau perlu dipantau selaras keluhuran undang-undang seperti yang terdapat di dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDeleteOleh itu, sistem perundangan dan kaedah pengendalian pilihan raya di Malaysia perlu telus, bebas daripada unsur manipulasi pihak tertentu dan selamat serta diyakini dikendalikan oleh sebuah badan bebas iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan dipantau oleh beberapa agensi bebas antarabangsa lain.
ReplyDeleteBagi kelayakan calon pilihan raya, seseorang calon boleh bertanding sama ada mewakili parti tertentu atau sebagai calon bebas dengan syarat merupakan warga negara Malaysia dan bermastautin di negara ini; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon dan tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
ReplyDeleteManakala seseorang calon itu dikira sebagai hilang kelayakan jika telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman atau didapati seorang bankrap atau memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya seperti yang ditetapkan; atau telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan; dan telah memperolehi kewarganegaraan asing tidak layak menjadi calon pilihan raya.
ReplyDeleteSesuatu keputusan pilihan raya juga boleh dibawa dan dicabar di mahkamah dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam warta jika terdapat elemen seperti rasuah, sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan proses dan integriti pilihan raya; atau berlakunya ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan.
ReplyDeletesemoga 13,268,002 rakyat Malaysia yang layak mengundi ini menggunakan peluang yang ada dengan bijak
ReplyDeleteTempoh berkempen 15 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah satu tempoh yang amat sesuai bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat.
ReplyDeletemalahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyokong keputusan ini kerana beliau berkata, jika tempoh lebih lama diberikan oleh SPR, ia mungkin akan menimbulkan perasaan membara dalam kalangan penyokong atau pengundi sehingga boleh mencetuskan suasana huru-hara.
ReplyDeleteDr Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun juga menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mencapai keputusan yang lebih baik pada pilihan raya ini berbanding PRU 2008.
ReplyDeletemalah beliau yakin BN mampu mendapat dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13 nanti
ReplyDeleteAkhirnya PRU13 sudah ditentukan tariknya.
ReplyDeletePRu13 akan menjadi sejarah politik Malaysia dan BN juga.
ReplyDeleteMasing-masing memainkan peranan untuk mengundi.
ReplyDeleteCalon yang tidak berkelayakan harus dilucut dari senarai.
ReplyDeleteSPR harus memastikan PRU yang bersih, adil dan terbuka.
ReplyDeleteDiharapkan segala berjalan dengan lancar, tidak ada masalah yang di buat oleh mana-mana pihak.
ReplyDeleteMengundi dengan bijak.
ReplyDelete