Monday, April 8, 2013

Undi pecah, BN untung

Nampaknya Parti Hak Asasi (Human Rights Party) sudah memulakan kempen untuk bertanding merebut tiga kerusi Parlimen iaitu Kota Raja, Kelana Jaya dan Kuala Selangor, serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sri Andalas, Sri Muda, Seri Setia, Bukit Melawati dan Ijok.

Gambaran paling umum yang diberikan adalah seolah-olah “kubu kuat” HRP — yang merupakan serpihan berikutan perpecahan Hindraf — hanyalah di Selangor. Malah, seolah-olah HRP hanya mampu merebut kerusi yang ditandingi/dipertahankan calon Pakatan Rakyat (PR).

Suatu kebimbangan yang pasti wujud dalam kalangan pengundi di Parlimen dan DUN terbabit adalah kemungkinan undi penduduk (khususnya kaum India) pecah akibat keputusan wakil-wakil HRP bertanding sebagai calon bebas. Apabila undi berpecah antara calon PR dan HRP, calon Barisan Nasional (BN) yang akan untung besar.

Risalah kempen untuk Uthayakumar sudah mula diedarkan untuk memancing undi kaum India.Perkara ini saya timbulkan menerusi laman rangkaian sosial Facebook pada 6 April dan wakil HRP, A. Sugumaran tampil memberikan penjelasan. Rakan-rakan lain juga terlibat dalam perbincangan terbuka yang sekurang-kurangnya membuka ruang untuk berdialog tentang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut Sugumaran, HRP mahu bertanding kerana Umno/BN dan PR “kedua-duanya menafikan hak orang India miskin. Mereka sudah tiada pilihan. Kalau tak mahu undi pecah, suruh Anwar Ibrahim beri laluan untuk HRP lawan BN”.

Nagathisen Katahenggam dari Jelutung, Pulau Pinang juga yakin bahawa tindakan HRP hanya bertujuan memecahkan undi dan akhirnya pihak yang mendapat faedah adalah BN. Kebimbangan ini memang wajar dan amat berasas kerana kesemua kerusi yang ditandingi HRP adalah milik PR selepas PRU-12.

Berbalik kepada kenyataan Sugumaran mengenai hak orang India miskin dinafikan, saya tertanya-tanya apakah HRP memperjuangkan hak pengundi kaum India miskin sahaja? Tambahan pula, itulah gambaran jelas yang diberikan menerusi risalah HRP yang turut diedarkan di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam dan saya juga menerimanya pada 5 April.

Sugumaran, seorang guru swasta yang tinggal di Kota Kemuning, Shah Alam segera menafikan kata-kata itu. Menurutnya, HRP bersikap antirasisme.

“Kami tidak mahu mana-mana kerajaan amalkan/teruskan polisi perkauman yang menindas orang India miskin secara langsung dalam segenap lapangan. Kami tidak percaya pada retorik politik kononnya PR berjuang untuk semua kaum. Makna ‘semua kaum’ bagi PR hanya merujuk kepada kaum Melayu dan Cina!” Demikian kata jurucakap HRP kelahiran Bedong, Kedah itu.

Seorang kenalan dari Taman Sri Muda, Adam Farhan yang merupakan bakal pengundi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Muda turut mengemukakan pandangan.

Pada pengamatan Adam, taktik yang cuba diamalkan oleh HRP adalah “muslihat tertua dalam politik” iaitu teknik “pecah dan perintah”. Pemuda ini adalah pemerhati politik dan hasil perbualan saya bersama-samanya sebelum ini, Adam memang memiliki pengetahuan dan maklumat yang mendalam mengenai hal-hal politik.

“Taktik pecah undi bukan sesuatu yang baru. Apabila sudah tahu tidak boleh menang majoriti, maka pihak tertentu akan cuba pecahkan undi pihak lawan. Berdasarkan statistik yang ada di tangan saya, sekitar 95 peratus pengundi Cina di Kota Raja akan mengundi calon PR. Sekitar 84 peratus pengundi India dan hampir 44 peratus pengundi Melayu juga dijangka memilih PR.

Adam berharap kaum India menyedari taktik pecah undi yang cuba diterapkan.“BN tahu bahawa mustahil untuk mendapatkan kembali undi kaum Cina. Sokongan orang Melayu pada BN masih kuat. Maka, undi kaum India di Kota Raja dan Sri Muda cuba dipecah kerana ramai pengundi India di sini. Kalau undi kaum India berpecah antara PR dan HRP di Parlimen dan DUN terbabit, ada peluang BN menang dengan majoriti kecil. Saya harap pengundi kaum India menyedari taktik politik yang cuba diterapkan ini,” katanya.

Saya juga tertanya-tanya mengapa HRP secara khusus hanya bertanding di tiga kerusi parlimen dan lima kerusi DUN yang dikuasai PR di Selangor.

“Kota Raja mempunyai pengundi kaum India yang terbanyak (29 peratus) di Malaysia dan satu per tiga penduduk kaum India tinggal di Selangor. Kawasan ini juga mempunyai penyokong Hindraf yang paling ramai terlibat dalam Perhimpunan Hindraf (November 2007). Jadi ini adalah tempat terbaik untuk Hindraf menang,” Sugumaran menjelaskan.

Mengenai soal memecah undi pula, guru swasta itu bertanya: “Mengapa perlu menghadapi risiko undi pecah? Mintalah Anwar menerima Uthayakumar sebagai calon PR di Kota Raja. PR pasti memang dan pengundi kaum India seluruh negara tidak akan keliru siapa yang perlu diundi. Kami sokong PR hanya jika PR menerima calon kami. Apa kurangnya Uthayakumar?”

61 comments:
Write comments
  1. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  2. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  3. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  4. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  5. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  6. Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  7. The race has started but the jostling for seats is continuing with greater intensity.

    The Pakatan Rakyat strategy of naming candidates in staggered fashion during nationwide roadshows has caused discontent among members, some of whom have threatened to defect.

    ReplyDelete
  8. Problems resulting from the scramble for seats can be seen in Johor, Terengganu. Penang, Perlis, Negri Sembilan and Sabah.

    In Johor, the issue over the candidacy of PKR state chief Datuk Chua Jui Meng was finally settled after weeks of speculation following the announcement that DAP adviser Lim Kit Siang will stand in the Gelang Patah parliamentary constituency which he had been eyeing.

    ReplyDelete
  9. PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to make more announcements on the seats the party will contest in Johor later this week, with all eyes on the Bakri and Kulai parliamentary constituencies.

    In Terengganu, the announcement of PKR state chief Azan Ismail last Wednesday that the party would contest 11 state and three parliamentary seats was contradicted by PAS commissioner Abdul Wahid Endut.

    ReplyDelete
  10. Abdul Wahid said the following day that PAS would contest seven of the eight parliamentary seats, leaving only one to PKR, much to Azan’s displeasure.

    Azan, the Indera Mahkota MP who is likely to move to Kemaman, indicated that he would push for more seats for PKR, in particular the Setiu or Kuala Nerus parliamentary constituency.

    ReplyDelete
  11. In Penang, PAS central committee member Datuk Dr Mujahid Rawa said that a PAS candidate would contest the Sungai Acheh state seat. This was refuted by Penang PKR vice-chairman Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.

    In Perlis, PKR and PAS have locked horns over the Kangar seat, traditionally contested by PKR.

    ReplyDelete
  12. State PKR chairman Mohd Faisol Abd Rahman said he was upset that Perlis PAS commissioner Hashim Jassin had recently announced Baharuddin Ahmad as its candidate for the seat.

    Mohd Faisol also said PKR would not give way to DAP for the Chinese majority state seat of Indera Kayangan

    ReplyDelete
  13. In Sabah, the Pakatan leadership is trying to hammer out a formula to share seats with its allies Angkatan Perubahan Sabah (APS) and Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

    In what is seen as a shocking pre-emptive move, Tuaran PKR chief Ansari Abdullah on Thursday announced that he would be fielded in Tuaran as opposed to talk that Anwar would announce APS chief Datuk Seri Wilfred Bumburing as the candidate for the seat.

    ReplyDelete
  14. Ansari backed his demand, which includes six other seats for PKR, with a threat that he would vie as an independent if it was not met.

    Since launching its manifesto on Feb 25, the Pakatan leadership council had repeatedly assured that parliamentary seat allocation had been finalised with only minor changes to be made.

    ReplyDelete
  15. The council indicated that PAS would contest in 76 seats, PKR 96 (to be shared with its allies APS and PPS) and DAP 50.

    However, last Wednesday, the council failed to announce its final candidate list despite much anticipation.

    ReplyDelete
  16. On Sunday, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar conceded that the delay in announcing the final candidate list had led to internal squabbles.

    Political analyst Khoo Kay Peng said the difficulties were “teething problems faced by an opposition that has not fully matured”.

    “They (Pakatan) have a semblance of working together but their discussions are for seat negotiations and not seat allocation,” he added.

    ReplyDelete
  17. Ketika seluruh rakyat sedang menunggu tarikh PRU-13, MIC menyeru pengundi, khususnya masyarakat India supaya terus meletakkan ‘nambikei’ atau keyakinan mereka terhadap BN.

    ReplyDelete
  18. Bagi MIC, parti itu percaya bahawa masyarakat India akan terus menikmati pelbagai manfaat dan kemudahan di bawah kerajaan BN berbanding pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  19. Malah, perkara itu turut dibuktikan dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama hampir empat tahun bahawa masyarakat India tidak pernah dipinggirkan kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Selain mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat India, Najib juga memberi perhatian banyak isu seperti ekonomi, sosial, pendidikan, peluang pekerjaan dan taraf kewarganegaraan membabitkan kaum India.

    ReplyDelete
  21. Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugesan, berkata hasil tinjauan parti itu dapat melihat sokongan masyarakat India semakin kukuh, malah ramai tampil menyatakan sokongan terhadap BN.

    ReplyDelete
  22. “Apabila jentera parti turun padang kami juga terkejut apabila pengundi, khususnya golongan pemuda menunjukkan reaksi positif terhadap BN, malah turut bekerja keras untuk MIC bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Murugesan berkata, kesungguhan Perdana Menteri membantu masyarakat India antara faktor dikenal pasti MIC bahawa sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

    ReplyDelete
  24. Murugesan berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Masyarakat India, antara bukti jelas bahawa kerajaan BN benar-benar serius dalam membantu mereka.

    ReplyDelete
  25. “Banyak lagi boleh kita tunjukkan hasil sumbangan kerajaan dalam membantu masyarakat India seperti peruntukan kepada Sekolah Tamil dan kuil selain meningkatkan penyertaan kaum India dalam sektor awam.

    “Selain itu, corak kepemimpinan Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel juga berjaya menarik sokongan golongan muda dan profesional untuk memberi sokongan padu kepada BN,” katanya.

    ReplyDelete
  26. Murugesan berkata, kerjasama MIC dengan parti komponen BN, selain Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) amat baik.

    ReplyDelete
  27. Rakyat mahukan kerajaan yang adil dan saksama, jadi siapa yang tak memenuhi kriteria ni janganlah mimpi nak kena undi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  28. Walaupun ramai yang meramal kerajaan sedia ada akan kekal menjadi pilihan rakyat namun tak dapat dinafikan kemungkinan peralihan kuasa akan berlaku.

    ReplyDelete
  29. Sebab tu lah Najib cukp profesional menasihatkan agar apapun yang berlaku keamanan dan keharmonian negara harus diutamakan.

    ReplyDelete
  30. Pastikan para pengundi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Kepada yang layak jalankan amanh yang diberi, tunaikanlah kewajipan masing-masing :)

    ReplyDelete
  31. Semoga semuanya selesai dan berjalan secara sempurna.

    ReplyDelete
  32. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  33. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  34. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAGI MENAMPUNG SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  35. Undi pecah? Apa kes?

    ReplyDelete
  36. The 10 minutes airtime to be given to political parties to present their respective manifestos on Radio Television Malaysia (RTM) is a one-off offer, said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    ReplyDelete
  37. no more airtime would be given to them during the campaigning period for the 13th General Election.

    ReplyDelete
  38. based on discussions between the ministry and the Broadcasting Department, the time given (10 minutes) was enough, and in fact was longer than the five minutes given for this previously.

    ReplyDelete
  39. Police will use the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) To ensure the 13th general election is not affected by incidents or security threats.

    ReplyDelete
  40. Bukit Aman Legal and Prosecution Division principal assistant director Datuk Razali Basri said those arrested between nomination day on Apr 20 and polling on May 5 can be investigated under Sosma and charged under the Penal Code.

    ReplyDelete
  41. Civil servants will soon get to enjoy the 1Malaysia Civil Servants Housing (PPA1M), based on the affordable housing scheme built on government land, priced at 20-30 percent lower than the market rate.

    ReplyDelete
  42. Only the 13.3 million Malaysians who registered as voters before Dec 31 last year are eligible to cast their ballots in this general election.

    ReplyDelete
  43. pertandingan byk penjuru akan memberi kelebihan kepada BN

    ReplyDelete
  44. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAHARU DAPAT MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  45. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAHARU DAPAT MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  46. MANIFESTO Headhunter said :- HASIL SEBAR FITNAH BAHARU DAPAT MAKAN SEKELUARGA, LIDAH SYAITAN..

    ReplyDelete
  47. MANIFESTO Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  48. MANIFESTO Headhunter said :-

    SEBAR FITNAH
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  49. perbelahan dan perselisihan pendapat dalam parti pembangkang memungkinkan lagi BN akan memperolehi 2/3 kerusi dalam PRU13 nanti

    ReplyDelete
  50. Dr Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun juga menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mencapai keputusan yang lebih baik pada pilihan raya ini berbanding PRU 2008.

    ReplyDelete
  51. malah beliau yakin BN mampu mendapat dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihanraya nanti

    ReplyDelete
  52. Tempoh berkempen 15 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah satu tempoh yang amat sesuai bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  53. semoga 13,268,002 rakyat Malaysia yang layak mengundi ini menggunakan peluang yang ada dengan bijak

    ReplyDelete
  54. hope that BN would continue to win in Sabah

    ReplyDelete
  55. Malaysia's 13 million voters face a stark choice at the election between the ruling party that has brought decades of strong economic growth

    ReplyDelete
  56. BN must demonstrate the ability to lead.

    ReplyDelete
  57. dijangka BN Sabah akan menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini

    ReplyDelete
  58. Bn pasti akan menang besar pada PRU ini.

    ReplyDelete
  59. Pembangkang akan berpecah kerana masing-masing ada agenda sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.