Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks. Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.
Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.
Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.
Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.
Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.
Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.
Sementara dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang mengejutkan.
Wanita dibayar oleh PKR?
Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.
Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.
Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.
Sama ada sahih atau tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.
Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.
Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.
Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.
Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!
Yakinkan penyokong totok Umno
Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno?
(Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)
Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?
Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?
Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.
Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?
Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu?
Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS?
Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya? Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi?
Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?
Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.
Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis?
Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?
Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?
Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno?
Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.
-FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.
Friday, April 12, 2013
Video lucah pemimpin PAS pula tersebar
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POLITIK LUCAH!!!
ReplyDeleteUMNO/BN nak habiskn sisa2 kehidupan biaqdap dn fitnah pemimpin nya nazak dn hilang didunia slpas PRU13!!!!! TOLAK perangai buruk dn JAHAT pemimpin UMNO/BN TUKARRRRR undi PAKATAN!!!!!!
ReplyDeleteAkujanji Headhunter said:-
ReplyDeleteSEBAR FITNAH
OTAK COPY PASTE
PERKAUMAN
LIDAH SYAITAN
Sejahat jahat Yahudi.. mereka membunuh rakyat Palestine. tapi kejahatan UMNO melangkaui segalanya.. memperdayakan melayu utk membenci Islam sedangkan melayu itu asasnya islam...jadi UMNO mengunakan bangsa melayu itu merosakkan islam..kerana itu aku selalu cakap.. adakah Melayu perlukan UMNO atau UMNO yg perlukan Melayu..?? sekarang sudah terjawab kenapa UMNO yg perlukan Melayu.. utk menjadikan melayu membenci pemimpin dan Ulama Islam......
ReplyDeletepergi i mamposss la kamu dengan syaitan yg suka mereka reka FITNAH..!!
ReplyDeleteperkara ini pasti akan memalukan PAS
ReplyDeleteSesama parti komponen saling menjatuhkan??
ReplyDeleteInilah bila sudah tamakkan kuasa.sanggup buat apa saja
ReplyDeletePolitik kotor seperti ini sepatutnya dielakkan.inilah yang meruntuhkan negara.
ReplyDeleteMemang terkenal parti pembangkang ni dengan politik2 lucah.
ReplyDeletePara pemimpin patut beri teladan yang baik pada rakyat.
ReplyDeletePolis dijangka bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan cakera video digital (DVD) dan gambar lucah yang dikaitkan dengan pemimpin politik di Terengganu kerana bahan itu turut dipaparkan di laman sosial.
ReplyDeletePenolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sampul surat mengandungi DVD dan gambar lucah yang diletakkan di hadapan beberapa buah rumah di Kampung Alor Lintang di Terengganu telah diteliti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.
ReplyDeleteBeliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan melihat pelbagai aspek termasuk pihak yang mengedar serta melihat sama ada pelaku dalam video berkenaan membabitkan ahli politik.
ReplyDeleteSementara itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak khususnya ahli politik yang ada menerima ugutan atau ancaman jenayah agar melaporkan kepada polis bagi tujuan siasatan.
ReplyDeleteRamli juga meminta orang awam berwaspada terhadap mana-mana pihak yang cuba menyamar, seperti mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan kad pengenalan menjelang pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeletePerkara ini sangat memalukan. Diharapkan tindakan akan di ambil.
ReplyDeletePemimpin seharusnya menunjukkan sikap yang harus di contohi. Ini sangat memalukan.
ReplyDeletePas harus beri penjelasan.
ReplyDeleteHeadhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.
Headhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.
Headhunter said & Mantera :-
ReplyDelete1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
2) OTAK COPY PASTE
3) LIDAH SYAITAN
4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
5) PERKAUMAN
6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.