Saturday, September 25, 2010

1000 penduduk mengeluh tidak dapat kemudahan jalur lebar

KENINGAU: Kira-kira 1000 penduduk yang tinggal di pesisir Banjaran Crocker, mengeluh kerana tidak dapat menikmati kemudahan jalur lebar sebagaimana yang diwar-warkan.

“Kami hanya pendengar dan pemerhati setia kepada kemudahan itu,” jelas Pengerusi JKKK Kg. Keritan Ulu,Koro Puar.

Koro memberitahu, penduduk yang tinggal di empat buah kampung iaitu Keritan Ulu, Talipok Baru, Senagang Ulu dan Senagang Tengah seolah-olah terpisah daripada dunia luar, ekoran tidak mendapat sebarang liputan telefon selular.

“Penduduk tidak mendapat sebarang akses daripada mana-mana liputan selular,” dedahnya dan menambah, untuk akses internet sesuatu yang menjadi impian rata-rata pelajar di kampung-kampung tersebut.

Keempat-empat kampung ini mengungsi di pesisir Banjaran Crocker, dan terpisah daripada sebarang kemudahan rangkaian telefon.

Pengerusi JKKK itu memberitahu, penduduk yang tinggal di tiga buah kampung seperti Keritan Ulu, Talipok Baru dan Senagang Ulu, hidup bagaikan terpisah daripada dunia luar kerana tidak boleh dihubungi sebarang kemudahan telefon.

Sebuah bangunan sekolah kerajaan beroperasi di Kg. Senagang Ulu, yang terletak dua kM dari Kg. Keritan Ulu turut menghadapi masalah untuk melakukan sebarang akses internet.

Sehubungan dengan itu Koro mencadangkan kepada kerajaan supaya talian komunikasi dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada penduduk di empat buah kampung itu.

“Kami bersedia untuk menawarkan kawasan tapak pembinaan menara pemancar,” katanya kepada wartawan dalam satu temu ramah di sini.

Rata-rata penduduk di sini merupakan golongan petani dan terdiri daripada suku kaum Murut dan Dusun. -NST

37 comments:
Write comments
  1. harap sesuatu dapat dilakukan bagi membolehkan penduduk-penduduk tersebut dapat menikmati kemudahan jalur lebar.

    ReplyDelete
  2. Jangan sampai isu ini dipolitikkan, jika tidak kerajaan akan menerima tamparan yang hebat dari rakyat.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan pada satu hari nanti, semua rakyat tidak kira di mana jua boleh menikmati kemudahan jalur lebar dan perkhidmatan internet.

    ReplyDelete
  4. Kasihan, rupa-rupanya masih ada lagi yang tidak menerima sebarang kemudahan rangkaian telefon, tidak seperti yang diwar-warkan oleh ahli politik. Pihak penduduk kampung sudah bersedia memberikan tempat untuk menara pemancar, apalagi rebut lah peluang tersebut.

    ReplyDelete
  5. Jangan biarkan penduduk2x tersebut ketinggalan. Diharapkan kerajaan akan membuat sesuatu untuk menolong mereka supaya mereka juga dapat menikmati kemudahan jalur lebar.

    ReplyDelete
  6. Harap pembangunan pemancar untuk kemudahan telekomunikasi di kawasan kg itu dapat diselesaikan bagi membantu penduduk yang sangt memerlukan jalur lebar dan juga talian komunikasi.

    ReplyDelete
  7. kawsan kampung tersebut terlalu jauh d pedalaman, jadi sukar untuk talian sampai ke kawasan tersebut, apapun, kerajaan akan berusaha juga untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada penduduk.

    ReplyDelete
  8. Perkhidamtan jalur lebar penting buat zaman sekarang. Syarikat pembekal perkhidmatan jalur lebar patut menimbang mengembangkan liputan ke kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  9. Kekesalan mereka dapat direasai. Jika kita tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit selama sehari, mungkin ramai jadi gila. Apa perasaan bagi orang kampung yang terpinggir dari perkhidmatan telefon bimbit.

    ReplyDelete
  10. Tiada internet? Tiada telefon bimbit? Macam mana nak hidup?

    ReplyDelete
  11. Syukur di kampung ku ada sudah :) hehe

    ReplyDelete
  12. hahhaha, soalan yang tepat bungaraya..
    Kalau takda kemudahan internet/telefon, macam tak lengkap ja kehidupan oo kan. haha

    ReplyDelete
  13. Kesian juga lah penduduk yang belum menikmati jalur lebar ni.. Mesti dorang terasa dipinggirkan. huhuhu
    Sabar ya, dapat juga tu nanti.

    ReplyDelete
  14. Saya harap hal ni diberi perhatian sewajarnya. Jangan tunggu sampai isu ni dipolitikkan, nanti tambah teruk pula keadaan.

    ReplyDelete
  15. Semoga semua penduduk di seleruh pelusuk Sabah terutamanya di kawasan pedalaman dapat akses internet. Boleh juga berFB. hahhahaa

    ReplyDelete
  16. Bagus diorang guna radio amatur,. murah lagi boleh berhubung diseluruh dunia,..kasi tinggi saja tu antena dia.

    ReplyDelete
  17. Mungkin kerajaan masih sedang menumpukan perhatian dalam pembinaan jalan raya, rumah berkos rendah dan juga kemudahan asas lain. Tapi perkhidmatan jalur lebar akan disentuh pada masa depan yang dekat, jadi bersabarlah dahulu.

    ReplyDelete
  18. tapak pembinaan menara pemancar tidak menjadi masalah, jadi tidak ada alasan kemudahan jalur lebar tidak dapat dibangunkan dikawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  19. 1000 orang pendudukan bukan jumlah yang sedikit, permintaan mereka wajar diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan memandangkan jalur lebar juga merupakan salah satu keperluan asas masa kini.

    ReplyDelete
  20. It's frustrating. How to label ourselves as internet savvy when most of the people are not even enjoying it?

    ReplyDelete
  21. Masih banyak penduduk di Sabah yang masih belum mempunyai kemudahan jalur lebar. Ini yang harus diambil kira.

    ReplyDelete
  22. Kemudahan telekomunikasi sangat penting. di atas gunung kinabalu ada, tapi yg dekat banjaran crocker belum ada. hmm.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan janganlah terlupa mereka.

    ReplyDelete
  24. Bersabarlah sikit, saya yakin pada masa depan yang dekat, isu ini akan dapat diselesaikan. Fikirlah kawasan lain yang memerlukan perkembangan yang asas seperti bekalan air dan elektrik ataupun sekolah. Saya rasa kerajaan mungkin berniat menyelesaikan keperluan yang paling asas dahulu.

    ReplyDelete
  25. The government has promised a better thing for them so do it.

    ReplyDelete
  26. Amat kasihan terhadap mereka2 ini. Jangan biarkan mereka ketinggalan dalam soal ICT. Jangan biarkan Sabahan menjadi semakin mundur kerana soal sebegitu.

    ReplyDelete
  27. Please do something on this matter. This facility is meant for all of us.

    ReplyDelete
  28. Bantulah mereka untuk memberikan kemudahan jalur lebar. bangunkan pemancar dikawasan tersebut maka ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 4 kampung tersebut.

    ReplyDelete
  29. Kalau berbanding dengan penduduk yang tidak ada bekalan air, siapa yang lebih kasihan?

    ReplyDelete
  30. Permintaan para penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan jalur lebar harap dapat dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  31. Penggunaan perkhidmatan jalur lebar ini juga dapat meningkatkan sistem pembelajaran.

    ReplyDelete
  32. Tiada perkhidmatan jalur lebar malah tiada rangkaian telefon dan ini menyukarkan mereka untuk berhubung.

    ReplyDelete
  33. Perkhidmatan jalur lebar sememangnya penting. Tapi ada benda yang lebih penting seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, sekolah, hospital dan lain-lain.

    ReplyDelete
  34. kini jalur lebar merupakan antara kemudahan yang perlu bagi siapa2 saja..amat kasihan pada mereka yang tidak dapat merasai kemudahan ini hasil daripada pembangunan dan kemajuan negara.

    ReplyDelete
  35. ketiadaan rangkaian telefon juga amat mendukacitakan penduduk di kawasan tersebut..malah mereka bersedia berunding dan menyediakan kawasan tapak pemancar sekiranya perlu..ini menujukkan bahawa kemudahan ICT terutamanya bukan lagi satu trend tetapi adalah satu keperluan asas.

    ReplyDelete
  36. kemudahan jalur lebar dan rangkaian telefon harus disediakan..tidak harus kawasan luar bandar yang terpencil dilupakan kerana mereka juga berhak menikmati kemudahan ini seperti rakyat malaysia yang lain..istilah pembangunan yang menyeluruh dan seimbang harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera oleh pihak2 yang berkenaan..penduduk sedia memberikan kerjasama termasuk menyediakan tapak pemancar harus dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  37. kemungkinan kawasan2 lain di luar bandar@pedalaman sabah dan pingir bandar mengalami masalah yang sama..diharap pihak berwajib akan melakukan sesuatu yang dapat menyelesaikan perkara ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.