Tuesday, September 7, 2010

2,000 guru j-QAF belum terima surat pelantikan

Kira-kira 2,000 guru lepasan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) masih belum menerima surat pelantikan dan penempatan walaupun sudah tamat kursus dan telah ditemu duga.

Perkara itu didedahkan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad selepas mesyuarat khas bersama Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) yang dihadiri oleh 16 ahli jawatankuasa semalam.

Menurutnya, isu berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat dengan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran pada 6 Ogos lalu tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang kata putus.

"Saya memohon agar perkara ini disegerakan kerana guru-guru tersebut sepatutnya diserap pada Jun lalu.

"Akibat kelewatan itu, murid tahun enam dan sebahagian murid tahun lima di 500 sekolah perintis j-QAF di seluruh negara menghadapi masalah ketiadaan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran berkenaan," katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa Kongres terbabit bagi membincangkan mengenai isu pendidikan semasa di Hotel Kuala Lumpur International di sini semalam.

Hadir sama Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia yang juga Presiden Kongres, Jemale Paiman.

Sementara itu, Jemale memberitahu, kementerian perlu membuat penambahbaikan terhadap laluan kerjaya kepada guru-guru bukan siswazah iaitu pegawai perkhidmatan berkelulusan diploma.

"Penambahbaikan itu juga perlu dilakukan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) kerana bahagian itu sering menghadapi masalah mendapatkan pegawai baru disebabkan ruang dan laluan kerja yang kurang menarik," kata beliau.

Tambah Jemale, pihaknya juga memohon supaya kementerian membenarkan guru siswazah gred DG48 bergiat aktif dalam mana-mana kesatuan guru.

-Pendidikan Utusan

15 comments:
Write comments
  1. Diharapkan guru-guru ini akan mendapat surat pelantikan secepat mungkin supaya sekolah-sekolah di negara ini tidak akan kekurangan guru dalam pelajaran tersebut.

    ReplyDelete
  2. guru2 ini perlu diserap dgn segara bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah perintis j-QAF di seluruh negara.

    ReplyDelete
  3. harap guru-guru (j-QAF)akan dapat diberikan surat perlantikan dan penempatan dengan segera. ini bagi mengatasi masalah ketiadaan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran berkaitan.

    ReplyDelete
  4. Diharapkan guru-guru lepasan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jawi yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut dapat dipertimbangkan terutamanya mereka yang telah melapasi temu duga.

    ReplyDelete
  5. Percepatkan proses tersebut bagi mengelak lebih banyak masalah yang akan timbul. Lagipun kita sering mendengar masalah sosial semakin hari semakin teruk, jadi ada kemungkinan di sekolah2 memang kekurangan guru untuk membimbing hal2 keagamaan..

    ReplyDelete
  6. Kelewatan pengambilan bakal guru al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF)akan menjejaskan sistem pembelajaran mata pelajaran tersebut.

    ReplyDelete
  7. Sila beri pelantikan dan penempatan kepada mereka secepat mungkin. Kekurangan guru yang berlayak untuk mengajar mata pelajaran yang berkaitan hanya akan menimbulkan masalah seperti murid akan ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut.

    ReplyDelete
  8. semoga perkara ini akan dapat diselesaikan secepatnya.

    ReplyDelete
  9. jika mereka benar2 berkelayakan, ambil mereka sebagai guru dgn secepat mungkin.

    ReplyDelete
  10. harap pekara ini dapat diuruskan secepatnya. khidmat guru-guru tersebut diperlukan oleh pelajar..

    ReplyDelete
  11. kelewatan seperti ini tidak patut berlaku memandangkan 500 buah sekolah amat memerlukan khidmat mereka. kementerian pelajaran sepatutnya bertindak cekap bagi memastikan permintaan dan penawaran berlaku serentak atau tepat pada masanya bagi mengelakkan rasa tidak puas hati diantara kedua belah pihak.

    ReplyDelete
  12. Harap pihak KPM ambil perhatian kepada perkara yang penting dahulu. Ini sudah menyusahkan para guru dan pelajar.

    ReplyDelete
  13. Bagilah surat perlantikan tu cepat supaya mereka dapat mengajar di sekolah2 yang kekurangan guru.

    ReplyDelete
  14. Semoga hal ni dapat ditanggani segera. Jangan biarkan murid2 belajar tanpa guru yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  15. Sesiapa yang mengikuti kursus perguruan yang berjaya menghabiskan kursus dengan prestasi yang baik haruslah diserap serta merta supaya tidak mensia-siakan bakat mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.