Saturday, September 18, 2010

SETPOL KETUA MENTERI SABAH KURANG AJAR?

Saudara Pengarang,

PROGRAM ‘Juara Rakyat’ peringkat negeri Sabah yang dihadiri oleh hampir 50,000 rakyat Malaysia di Sandakan tercemar apabila Setiausaha Politik Ketua Menteri, Mohammad Nizam Abu Bakar Titingan mengherdik para wartawan yang membuat liputan program tersebut.
Izinkan saya untuk menggunakan sedikit ruang portal ini untuk mendedahkan sikap kebiadapan dan kurang ajar dan tidak masuk ajar Nizam sehingga mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah ketika Perdana Menteri memberi ruang kepadanya untuk terus memimpin Sabah.

Seorang lagi perempuan Cina (tidak dikenali) yang berlagak seperti 'Ibu Ayam' membuat kacau kerana bukan sahaja wartawan disuruh ke sana ke mari, bahkan juga pegawai polis turut juga dijadikan hamba abdinya.

Selaku Ketua Biro Sabahkini.net di Sandakan, saya ingin menyelar sikap biadap dan kurang ajar Nizam kepada para wartawan yang sedang membuat liputan sempena program Juara Rakyat Peringkat Negeri Sabah berlansung di Padang Bandaran Sandakan.

Ekoran daripada sikap kebiadapannya dan kurang ajar Nizam yang memperlakukan para wartawan yang bertungkus-lumus membuat liputan seperti anjing telah menimbulkan kemarahan di kalangan wartawan terbabit.

Sepatutnya Nizam tidak boleh berkasar atau mengeluarkan kata-kata kesat memaki hamun kepada wartawan yang sedang menjalankan tugas. Kalaupun mahu bercakap kepada wartawan supaya beralih ke tempat lain, tempat cakaplah dengan cara diplomasi. Cakap bagus-bagus, bukannya menolak atau mengherdik wartawan seperti binatang.

Tindakan Nizam yang mengasari kepada para wartawan benar-benar mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah kerana tidak berprofesional dalam mengendalikan satu-satu tugas, sehingga mencacatkan program Juara Rakyat tersebut.

Mentang-mentanglah dia Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, media akan takut kepadanya? Minta maaflah Nizam. Wartawan lain seperti wartawan New Sabah Times atau Utusan Borneo bolehlah dipijak-pijak kepala mereka sampai lumat, tetapi bukan wartawan Sabahkini.net. Jangan cuba bermain api, nanti nahas kamu jadinya.

Orang yang bersifat jahil dan persis binatang ini seharusnya disingkir saja daripada menjawat jawatan penting sebagai Setiausaha Politik atau apa juga jawatan yang berhubung kait melayan rakyat bagi pihak kepada Ketua Menteri.

Sikap barbarian Nizam lebih menjurus kepada mencemarkan nama baik Datuk Musa Aman. Sewajarnya Musa melucutkan sahaja jawatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri kerana lebih banyak calon yang berkelayakan dan beradap sopan.

Saya dengan ikhlas menasihatkan Nizam, walaupun mempunyai jawatan sebagai Setiausaha Politik, janganlah bersikap sombong, angkuh, biadap dan kurang ajar. Ubahlah perangai seperti orang yang waras. Ingatlah bahawa pusingan roda tidak selalu di atas. Ada kalanya ia di bawah. Suatu hari nanti, Musa jatuh daripada takhta kerusi empuk Ketua Menteri, Nizam akan jadi kucing kurap atau anjing buruk kepala.

Hormatilah peranan para wartawan kerana wartawan juga banyak menyumbang tenaga membangunkan Negara ini sekalipun Nizam menganggap wartawan menyusahkan terutama menaikkan nama Ketua Menteri Sabah yang sudah hampir di penghujungnya ketika kes Michael Chia didedahkan.

Salam Merdeka Buat Musa Aman!

SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

44 comments:
Write comments
  1. Sebagai setiausaha politk tapi berperangai seperti ini, sememangnya akan menjejaskan nama baik kerajaan Sabah. Perkara ini perlu disiasat dan tindakan yang wajar diambil.

    ReplyDelete
  2. Jikalau memang benar dakwaan wartawan Sabahkini.net, memang wajar Setiausaha Politik tersebut diambil tindakan. Cuma lebih baik jika pihak Sabahkini.net sertakan gambar atau video yang relevan bersama artikel ini supaya lebih kukuh dakwaan saudara.

    ReplyDelete
  3. jgnlah kita suka meninggi diri, bersikap rendah diri lebih baik, kita akan disukai ramai.

    ReplyDelete
  4. Tidak perlulah bangga dengan jawatan itu, tidak baik terlalu membanggakannya akan memberikan padah kepada diri sendiri saja kelak. Nizam haruslah lebih profesional dalam menangani sesuatu sebagai SETPOL.

    ReplyDelete
  5. jika benar seperti dikatakan, memang tidak patut setiausaha politik tersebut beperangai demikian.

    ReplyDelete
  6. Heyy ini la orang jika suda berada di atas, tapi harap2 dia akan berubah ...tapi kalau tidak berubah juga, perimbangkan untuk memecat beliau... kerana sikap beliau mempengaruhi KM Sabah...

    ReplyDelete
  7. Janganlah lupa diri dengan jawatan yang ada. Sungguh memalukan SETPOL KM bertindak sebegini. Harap SETPOL meminta maaf dengan apa yang telah berlaku.

    ReplyDelete
  8. jika kita bersikap merendah diri, takkan hilang kuasa kita, malah kita akan dihormati dan disukai ramai.

    ReplyDelete
  9. Astaga, punya kurang ajar ini orang!

    ReplyDelete
  10. Gara-gara kerana kebiadapan lelaki itu, nama baik KM tercemar. Sepatutnya dia tegur wartawan tersebut dengan cara diplomasi dan bukannya menolak atau mengherdik wartawan seperti binatang.

    ReplyDelete
  11. apa agaknya respon Nizam dengan tersiarnya artikel yang mengutuk tindakan beliau?? beliau tidak patut memegang jawatan sebagai setiausaha politik jika tidak tahu bertolak ansur dan tidak berbudi bahasa...

    ReplyDelete
  12. Bagus turunkan pangkat si Nizam. Dia tidak layak langsung memegang jawatan sebagai setiausaha politik berdasasrkan sikapnya yang kurang ajar.

    ReplyDelete
  13. Or the journalists are questioning something irrelevant?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. benarkah dakwaan sabahkini.net? jika benar dakwaan ini maka harus disertakan dengan visual yang asli dan bukannya yang diedit bagi menyedapkan cerita..diharap sabahkini.net memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca..

    ReplyDelete
  16. selaku seorang yang berjawatan tinggi, seseorang itu tidak berhak untuk 'memperhambakan' orang lain..seharusnya sikap rendah diri dan mesra ditunjukkan lebih2 lagi pada majlis seperti ini..

    ReplyDelete
  17. tidak dinafikan bahawa wartawan telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat..seharusnya profesion wartawan harus dihormati..

    ReplyDelete
  18. harus diingat bahawa kuasa media adalah hebat dan dipercayai oleh rakyat..perlakuan yang tidak sopan tentu sekali akan menjadi buah mulut orang dan seterusnya membawa kepada kejatuhan..harus2 berhati-hati apabila berhubung dengan orang lain walaupun berpangkat tinggi dan berkuasa politik..

    ReplyDelete
  19. sikap merendah diri dan hormat-menghormati harus dijadikan amalan dalam kehidupan seharian..keegoaan dan angkuh akan membawa kepada kejatuhan dan kehancuran..sejarah telah membuktikannya..diharap mana2 individu yang berjawatan tinggi seperti SETPOL KM harus mempraktikkan nilai2 murni dalam perhubungan mereka dengan rakyat..

    ReplyDelete
  20. harus diingat, bukan selamanya kita akan berada di atas..satu masa kita akan digantikan dengan orang lain...pada masa itu barulah kita akan rasa terpinggir akibat daripada sikap yang tidak sopan kepada orang lain..

    ReplyDelete
  21. Oo ya betul ka ni.. alahai, kesiannya tu segala wartawan..

    ReplyDelete
  22. kalau ya pun tak mahu tengok muka wartawan tu, profesional la bah sikit janganlah main herdik nanti apa pula tanggapan para wartawan & org yang melihat kejadian tu kan.

    ReplyDelete
  23. S/ada dakwaan ni betul ataupun tak, saya harap semua individu yang berjawatan tinggi perlulah lebih profesional ketika berkomunikasi. Tak salah amalkan sikap rendah diri, malah bagi saya makin tinggi jawatan org tu makan makinlah beliau dihormati jika beliau seorang yg merendah diri dan berhati mulia :)

    ReplyDelete
  24. Sebagai SETPOL KM, haruslah jaga nama baik Musa Aman. Jangan sampai rakyat berfikiran -ve pula.

    ReplyDelete
  25. Apapun saya harap hal ni dapat diperjelaskan bagi mengurangkan salah faham yang berlaku. Ingat hormat menghormati tu amalan mulia. hihihi

    ReplyDelete
  26. Sokong kata2 ini jika benar!!!...... bilamana sudah ada jawatan apatah lagi wang jadi angkuh pula org macam ini. Cuba bah kalau tiada jawatan dan cuma ada sedikit wang tidak mungkin jadi perangai orang macam ini. Fikir2kanlah wahai sekalian..........

    ReplyDelete
  27. Inilah masalahnya bila menyandang jawatan tinggi cakap apa pun boleh....tapi berani buat berani tanggunglah...

    ReplyDelete
  28. Artikel ini menjelaskan kebiadapan individu yang dimaksaudkan, bagaimanapun diharapakan perkara ini dapat disiasat dan mempastikan perkara sebener dan mengenakan tindakan undang-undang yang sepatutnya sekiranya didapati bersalah kerana menjejaskan kepimpinan Ketua Menteri sabah.

    ReplyDelete
  29. Sebagai setiausaha Politik kenalah lebih bersopan walaupun ada sebab yang menyebabkan terpaksa bersifat kasar sedikit kerana setiap tingkah laku tersebut akan dilihat oleh rakyat.

    ReplyDelete
  30. Nizam mungkin bersalah juga tapi kadang-kadang wartawan ni pun terlalu mendesak juga. Apa-apa pun berbincang baik-baik sajalah.

    ReplyDelete
  31. Artikel ini betul-betul tidak puas hati dengan tindakan setiausaha politik tersebut. Siapa-siapa pun wartawan samada dari Utusan Borneo, New Sabah Time, Sabahkini.net dan sebagainya harus dihormati juga kerana peranan mereka adalah sama, janganlah sampai pijak-pijak kepala sampai lumat.

    ReplyDelete
  32. bagi naiktaraf brita sabahdaily.com kita brharap agr sabahdaily.com dpt adakn skali ruangan brita rakaman video dimasa akan datang..

    ReplyDelete
  33. Diharapkan perkara ini akan disiasat dahulu, jika didapati ia betul-betul berlaku, maka tindakan wajar diambil mengenai sesiapa yang terlibat.

    ReplyDelete
  34. pemimpin dari mana2 parti politik wajib bertindak tegas dengan ahli2nya yang sengaja mencemarkan imej parti. mereka sebagai public figure sepatutnya lebih sopan, berbudi bahasa dan bersikap profesional dalam menghadapi sebarang situasi.

    ReplyDelete
  35. Laporan media tidak selalunya benar dan ada kalanya menindas. Ini harus disiasat dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  36. Laporan media tidak selalunya benar dan ada kalanya menindas. Ini harus disiasat dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  37. Nothing is impossible. Both sides should clarify the case.

    ReplyDelete
  38. Jangan biarkan isu ini menjadi satu kudis baru dalam politik. Selesaikan dengan cara yang bijak.

    ReplyDelete
  39. Benarkah ini berlaku? Jika benar, KM harus menegur setpol beliau dan suruh dia minta maaf.

    ReplyDelete
  40. Baru setpol sudah berlagak, apa berlaku jika diberi jawatan menteri?

    ReplyDelete
  41. Isu ini hendaklah ditangani segera supaya tidak menjejaskan imej KM.

    ReplyDelete
  42. Saya cukup mengenali Nizam. Dia bukan lah jenis manusia seperti yg dikatakan oleh pihak penulis Sabahkini.Saya lansung tidak percaya dengan fitnah ini semua. Kalau semua ini benar saya lah yg akan jadi orang pertama menegurnya sertab menasihati Nizam.Saya cukup percaya dan yakin ada motif yg tidak sihat di sebalik ini semua dan antaranya rasa hasat dengki dan ingin mengambil aleh jawatan SETPOL. KM Sabah bukan bodoh lantik Nizam sebagai SETPOL nya. Sebab memahami keperibadian Nizam lah maka beliau memilih NIzam sebagai SETPOL nya.Kepada sipenulis serta saudara/saudari yg mengikuti blog ini saya nasihatkan jgn mudah terpengaruh dan terpedaya dgn penulis Sabahkini ini. Kalau kita orang Islam kita harus ingat bahawa memfitnah serta mereka reka cerita adalah satu dosa yg amat besar.Ingatlah kita semua akan mati dan akan dihukum olih ALLAH diatas apa yg kita lakukan. Kita punya otak olih fikir serta analisa apakah perkara ini benar dan kalau tidak apa kah motif disebalik ini semua?.Kalau benar kejadian ini mengapa tidak diselesaikan mengikut cara yg betul serta lebih profesional??? Tidak payah tulis di blog.Tidak payah guna tektik kotor kalau dengki dan ingin menyingkirkan seseorang itu. Rezeki Allah yg bagi dan kita harus pasrah kepada ketentuan Allah. Kepada saudara Nizam...jangan pedulikan manusia manusia yg berhati busuk ini. Nizam telah bertungkus lumus memberikan yg terbaik demi Bangsa dan Negara.Teruskan kerja kerja cemerlang yg saudara telah curahkan dgn semengat yg cekal.Ingatlah Allah itu maha adil. KM Sabah sangat bertuah kerna ada insan seperti Nizam yg telah bekerja keras demi kecemerlangan KM Sabah. Syabas Nizam dan salam hormat buat KM Sabah n Semoga kekal menerajui negeri Sabah.

    ReplyDelete
  43. Saudara Shaimon S Jumadi: Hanya sebagai nasihat serta ingat memperingati: Lebih baik saudara minta ampun dan maaf dari Nizam selagi saudara masih bernafas. Kalau kita sudah mati semuanya akan jadi terlambat n sesal pun tak berguna. Kalau ada rasa tidak puas hati terhadap mana mana orang buat mengikut peraturan. Berani kerana benar n takut kerana salah..Allahuallam n salam

    ReplyDelete
  44. Sebagai kakitangan awam, memang tak sepatutnya bersikap sombong dan biadap. Kenalah sentiasa menjaga adat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.