Saturday, September 25, 2010

Teori 9/11 Presiden Iran buat Amerika, EU marah

  • Foto
NEW YORK: Delegasi Amerika Syarikat bertindak keluar dewan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kelmarin, apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad dari Iran berkata kebanyakan rakyat Amerika dan negara lain percaya kerajaan Amerika yang melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001.

Tindakan delegasi Amerika diikuti delegasi lain daripada semua 27 wakil Kesatuan Eropah (EU), Australia, New Zealand, Kanada dan Costa Rica, kata diplomat EU.

Presiden Iran itu berkata, wujud teori menuduh ‘ada beberapa segmen dalam pentadbiran kerajaan Amerika merancang serangan itu bagi mengalihkan perhatian daripada keadaan ekonomi Amerika yang sedang merudum dan memberi tumpuan di Asia Barat, untuk menyelamatkan rejim Zionis.’

Presiden Barack Obama menyifatkan kenyataan Ahmadinejad itu sebagai memeranjatkan dan boleh membangkitkan kemarahan, lebih-lebih lagi apabila ia dibuat berdekatan tragedi 9/11 itu atau ‘Ground Zero’.

Jurucakap misi Amerika di PBB, Mark Kornblau, mengeluarkan kenyataan selepas delegasi berkenaan keluar, dan menyatakan bahawa ‘Ahmadinejad sekali lagi memilih untuk menimbulkan teori konspirasi dan sindiran anti-Semitik”.

“Isu (nuklear Iran) yang begitu penting dibayangi kenyataan Ahmadinejad yang membangkitkan kemarahan di sini semalam. Kenyataannya bertujuan mengalihkan perhatian daripada tanggungjawab Iran dan untuk mendapat tajuk utama media,” kata Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg.
Clegg mulanya bercadang untuk mengalu-alukan kemajuan yang dicapai pada mesyuarat enam kuasa dunia minggu ini bagi meminta Iran kembali semula ke meja rundingan - Amerika, PBB, China, Russia, Britain, Perancis dan Jerman.

Majlis Keselamatan PBB sebelum ini meluluskan empat sekatan ekonomi bertujuan mendesak Teheran menghentikan langkah memperkayakan uranium dan kembali berunding berhubung program nuklearnya. Iran menafikan ia akan membina senjata nuklear, dan menyatakan program berkenaan untuk keamanan seperti menjana kuasa elektrik.

Ditanya mengenai sekatan itu, Ahmadinejad berkata Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT) membenarkan semua negara yang menandatanganinya menggunakan kuasa nuklear bagi tujuan keamanan.

Tegasnya, ada negara anggota Majlis Keselamatan PBB ‘menyamakan kuasa nuklear dengan bom nuklear...sementara itu, pada masa sama mereka terus mengekal, memperbesarkan dan meningkatkan simpanan senjata nuklear.’

Tambahnya, Amerika membelanjakan AS$80 bilion (RM256 bilion) untuk membina senjata nuklear.

Tetapi, Ahmadinejad berkata Teheran bersedia berunding dengan Amerika, PBB, EU dan wakil masyarakat antarabangsa, ‘berdasarkan keadilan dan dasar saling menghormati.’ – AP/AFP

2 comments:
Write comments
  1. nampaknya Iran benar2 berani.. hehe...

    ReplyDelete
  2. Memang benar kenyataan Prseden Iran, Amarika dan Isreal adalah sebenarnya yang melakukan pemboman WTC 11/9..Tidak logik bangunan yang terkukuh dengan mudah tumbang hanya dilanggar 3 buah kapalterbang penumpang, dan cara tumbangnyapun sama seperti runtuhnya bangunan yg sengaja diletupkan atau dibom untuk dimusnahkan, tidak tumbang tetapi jatuh kebawah., Amarika dan Isreal lah pengganas dunia, mereka inilah yang menghancurkan iraq, pembohongan Bush mengatakan ada senjata pemusnah di Iraq,..sampai ke hari ini,.senjata yang dinyatakan tidak ditemui,. Ini adalah pembohongan besar, mereka membohongi manusia seluruh dunia,. Isreal membangun senjata nuklier untuk tujuan jahat dan tidak diambil tindakan oleh amerika, Iran yang membangun nuklier untuk tenaga dan bukan senjata, mati-mati disekat oleh Amarika, dan isreal . Ini sebenarnya ada tujuan jahat mereka. dan Penakut,..Isreal itu songilutan toli lari kalau menghadapi orang yg ada senjata, tetapi macam harimau berhadapat dengan orang yg tdk bersenjata seperti rakyat pelastin,. Isreal kalah teruk dan malu besar apabila kalah besar dlm peperangan di Lebnon..sebab Hizabullah ada senjata seada-adanya saja, sedangkan isreal lengkap senjata yg cangih.,. memang benar apa yang dikatakan presdin Iran tu,.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.