Tuesday, September 21, 2010

RM30j dibelanja tidak sampai kepada rakyat

Kerajaan telah pun membelanjakan RM30 juta tetapi sehingga ke hari ini Jabatan Air masih gagal menyelesaikan masalah bekalan air di Kuala Penyu dan Menumbok dan ini bermakna peruntukan RM30 juta untuk menyelesaikan perkara ini tidak sampai kepada rakyat.

“Apa sudah jadi dan mana pegawai-pegawai dan jurutera air?. Mengapa membiarkan masalah ini berlarutan sedangkan kerajaan telah pun mengeluarkan perbelanjaan yang besar atas cadangan mereka sendiri namun masalah air di daerah ini masih belum dapat diatasi,” kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Haji Ukin.

Berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya DUN Kuala Penyu anjuran Umno Bahagian Beaufort di Kampung Berangkok pada Sabtu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, rakyat di Kuala Penyu dan Menumbok merungut dan mengemukakan masalah ini tetapi mereka masih gagal mengatasinya.

“Pegawai-pegawai Jabatan Air tidak memperdulikan masalah itu dan apabila dihubungi mereka asyik memberikan berbagai alasan,” katanya.

Lajim berkata, beliau begitu amat kesal kerana Jabatan Air di sini tidak peka dan tidak proaktif dalam menyelesaikan masalah bekalan air sehingga rakyat menghadapi berbagai masalah kerana ketiadaan bekalan air.

“Surau, masjid dan sekolah tiada air dan masalah ini juga lebih rumit kepada penduduk apabila berlaku orang meninggal dunia dan juga ketika mengadakan majlis perkahwinan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Lajim dalam ucapannya memberitahu beberapa hari lalu beliau bersama Wakil Rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Seng telah mengadakan tinjauan untuk melihat sendiri masalah bekalan air setelah menerima aduan penduduk.

“Hasil daripada tinjauan itu mendapati banyak paip yang pecah dan air kelihatan mengalir terbuang begitu sahaja namun terus dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan,” tegasnya.

“Saya ada bukti, saya sudah mengambil gambar dan mendapati banyak paip air yang bocor atau patah dan ada batang paip yang patah itu terpaksa disambung sendiri oleh penduduk kampung,” kata Lajim.

“Kita juga mendapati di kebanyakan tempat di mana tangki-tangki air yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu juga didapati semuanya kosong dan kini hanya menjadi gajah putih,” kata Lajim.

Beliau berkata, dia membuat teguran terhadap Jabatan Air kerana masalah yang berlaku ini sudah berlarutan sejak bertahun-tahun dan seolah-olah tidak pernah diselesaikan walaupun kerajaan menyalurkan peruntukan RM30 juta untuk mengatasinya.

Hadir sama dalam majlis itu, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Isnin Haji Aliasnih yang juga Timbalan Ketua Umno Beaufort, naibnya Datuk Kimjus Duim, Ketua Pergerakan Pemuda, Ishak Ibrahim, Ajk Umno Bahagian Pengerusi Mayang Parlimen Beaufort, Hajah Johair Matlani bersama jawatankuasanya.

Pada Majlis itu, Lajim menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Norasilah Bte Justin, 5, yang kini menjadi Oku akibat demam panas beberapa bulan selepas dia dilahirkan. -NST

38 comments:
Write comments
  1. Diharapkan perkara ini disiasat secara mendalam dan mencarikan dalanganya. Peruntukan ini sepatutnya digunakan untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Penjelasan yang lanjut juga diperlukan, rakyat berhak mengambil tahu apa sebenarnya yang terjadi.

    ReplyDelete
  3. Siasatan harus dibuat. RM30j adalah banyak. Tidak mungkin duit sebanyak itu tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete
  4. harap masalah bekalan air ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. siasatan dan pejelasan perlu diberikan kenapa masalah bekalan air tidak juga selesai sedangkan peruntukan yan diberikan cukup byk.

    ReplyDelete
  6. Kenapa perkara ini boleh berlaku, Kerajaan haruslah mencari dimana silap masalah air di kuala pebyu dan menumbok msaih belum selesai sedangkan peruntukkan RM30juta telah diperuntukkan.

    ReplyDelete
  7. nampaknya kerajaan tidak menghadapi masalah dalam menyalurkan peruntukan tetapi yang sebenarnya mempunyai masalah ialah pegawai2 jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah tersebut. mungkin pemimpin perlu masuk campur dalam hal ini dan memberi amaran kepada Jabatan Air supaya bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dipihak mereka.

    ReplyDelete
  8. sekurang2nya beri penjelasan kenapa hal ini boleh berlaku sedangkan peruntukan telah pun diberikan oleh kerajaan. jangan hanya pandai menjawab soalan dengan alasan2 remeh sedangkan diluar sana rakyat berhempas pulas meneruskan hidup tanpa bekalan air.

    ReplyDelete
  9. peruntukan RM30j bukanlah sedikit, seharusnya masalah air ini dah selesai. hal ini perlu diperjelaskan dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  10. masalah air yang dihadapi ini perlulah diselesaikan.

    ReplyDelete
  11. Haaaa siapa yang harus dipersalah kan? ini la sikap yang kita tidak mahu lihat, kerana mereka2 yang tidak bertanggungjawab, turut mengheret nama2 lain yang tidak terlibat.

    ReplyDelete
  12. Segala aduan harus diteliti dengan rapi. Jangan biarkan ia menjadi satu sebab bahawa BN tidak layak untuk rakyat.

    ReplyDelete
  13. RM30m? Wow, that's a lot. That money is supposed to help us but end up in twist in somebody's hand.

    ReplyDelete
  14. rm30j? semua orang suka duit dan yang tinggal biasanya hanya sisa atau baki pada rakyat!

    ReplyDelete
  15. RM30j diperuntukkan tetapi masalah masih dihadapi. Adakah ini satu kemuskhilan timbul. Tidakkan duit yang diberikan itu tidak mencukup untuk menyelesaikan masalah air untuk kuala penyu dan menumbok. Harap kerajaan dapat mencari dimana kesalahan dan penyebab masalah ini tidak dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  16. perkara ni harus disiasat kerana ia melibatkan peruntukan kerajaan. nilah buktinya, kerajaan sudah menyalurkan sejumlah peruntukan kepada rakyat tetapi wang tersebut tidak sampai pada sasaran sebab ada cacing-cacing yang mengikis wang tu..akhirnya kerajaan juga yang dipersalahkan rakyat!

    ReplyDelete
  17. bekalan air untuk rakyat tidak boleh dilengah-lengahkan!

    ReplyDelete
  18. Ini lah permasalahan yang sering menghantui Sabah. Duit jatuh ke tangan orang tengah, dan hilang dalam sekelip mata.

    ReplyDelete
  19. Oh my, this is not the case. They vow to provide a better service for the people yet they are the one who break the law. I hardly understand. Velove, I gonna agree with you.

    ReplyDelete
  20. Apa kata D. Lajim sendiri membuat laporan kepada SPRM berkenaan kes ini? Jika timbalan Menteri yang membuat laporan, tentu kes ini disiasat dengan cepat.

    ReplyDelete
  21. Kerajaan memang perlu mengubah sikap mereka dalam menyelesaikan masalah negara. Janganlah membiarkan mereka menghidup dalam kesusahan.

    ReplyDelete
  22. Hal ni patut disiasat dan pastikan wang itu digunakan bagi tujuan yang betul. Jangan masuk poket sendiri pula. hehe

    ReplyDelete
  23. Naa Jabatan air, tampil lah kamurang bagi penjelasan. Kalau malas mo bagi komen takpa, tapi pastikan hal ni dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  24. Ya ivan. Duit dah dibagi tapi orang yang diamanahkan pula tak bersungguh-sungguh jalankan t/jawab mereka. huhuuhu
    Mcm mana nak capai 1Malaysia ni.. Pencapaian blm nampak lagi :(

    ReplyDelete
  25. Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan secepat mungkin. Jangan biarkan masalah bekalan air berlarutan lebih lama lagi. Jalankan t/jawab anda dan bantulah rakyat seadanya.

    ReplyDelete
  26. apa sebenarnya yang telah berlaku? mengapa isu bekalan air belum diselesaikan sedangkan peruntukkan yang banyak telah disalurkan?

    ReplyDelete
  27. di manakah wang itu disalurkan? adakah berlaku penyelewenggan?

    ReplyDelete
  28. Masalah kekurangan bekalan air telah berlaku sejak awal lagi, semua usaha menyelesaiakn isu bekalan air perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  29. perkara ini memberi gambaran dan imej yang buruk kepada Jabatan Air negeri...penjelasan serta siasatan yang terperinci harus dilakukan segera..

    ReplyDelete
  30. Carikan dalang yang menyebabkan projek ini tidak dapat dilaksanakan dan menjatuhkan hukuman berat ke atasnya.

    ReplyDelete
  31. walaupun dikatakan masalah ini berlaku sejak awal lagi namun peruntukkan yang banyak telah diberikan..RM30j sepatutnya boleh menampung kos untuk pembaikkan paip dan sebagainya..namun apa yang berlaku, masalah ini seperti tiada peningkatan yang positif..wang telah disalurkan tetapi hasilnya tiada..apakah penjelasan dari pihak berwajib?

    ReplyDelete
  32. mesti ada dalang di sebalik hal ini, Jonny..pasal tu lah siasatan harus dijalankan segera..rm30j bukannya sikit..diharap pihak berwajib memberikan penjelasan yang rasional..

    ReplyDelete
  33. kemungkinan isu yang sama berlaku di kawasan2 lain terutama di kawasan pedalaman..pihak kementerian dan wakil rakyat diharap memantau semua projek pembangunan yang dijalankan dengan lebih aktif bagi memastikan perkara seumpama tidak berlaku..patutlah dikatakan kita kurang membangun walaupun banyak peruntukkan diberikan, rupa-rupanya ada segelintir pihak yang mengekploitasikan keadaan untuk kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  34. Jumlah wang rakyat yang terlibat sangat besar, siasatan mesti dilakukan dan penjelasan harus diberikan.

    ReplyDelete
  35. Berapa kali mampu kita menanggung penyelewengan sebegini? Berapa puluh juta kita ada untuk diselewengkan?

    ReplyDelete
  36. Perkara ini harus disiasat dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Pihak berkuasa juga harus memberikan penjelasan yang sewajarnya supaya rakyat mengetahui situasi sebenar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.