Monday, September 6, 2010

ROYAL RUMBLE 2010’ DALAM USIA

SEORANG pemimpin Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) membuat laporan polis KARAMUNSING/016524/10 di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu di Karamunsing, Sabah berhubung dakwaan perbuatan pecah amanah oleh pemimpin kanan badan agama itu membabitkan ratusan ribu ringgit.

Ketua Usia cawangan Kampung Muhibah, Penampang, Perais Sharif Baba, 58, membuat laporan itu jam 9.40 pagi jumaat lalu dengan mengemukakan beberapa dokumen termasuk salinan transaksi bank bagi memudahkan penyiasatan dilakukan pihak polis.

Perais berkata, beliau membuat laporan itu setelah mendapat maklumat serta memperoleh beberapa salinan dokumen termasuk salinan cek pembayaran yang sepatutnya dibayar kepada USIA, tetapi dinamakan kepada individu tertentu dalam pertubuhan tersebut.

Antara salinan dokumen yang diserahkan kepada polis termasuk baucer pembayaran sebuah syarikat kepada USIA bertarikh 3 Oktober 2007 bernilai RM500,000; baucer pembayaran syarikat yang sama bertarikh 9 Januari 2008 berjumlah RM100,000 dan salinan baucer pembayaran syarikat itu kepada USIA bertarikh 7 April 2009 berjumlah RM5,000.

"Setelah menyemak dan meneliti semua dokumen tersebut, saya dapati ia berkaitan dengan pembayaran yang dilakukan syarikat terbabit menerusi satu projek usahasama dengan Usia bertarikh 17 September 2004."

"Semua baucer pembayaran tersebut telah diterima oleh seorang pemimpin kanan USIA. Semua cek tersebut adalah cek tunai iaitu tidak menamakan USIA sebagai penerimanya, sebaliknya menggunakan nama individu tertentu dan ini menimbulkan keraguan malah ia menyalahi peraturan yang biasa dipraktikkan USIA.

"Semua cek tersebut telah ditunaikan dan seperti dalam satu surat Bendahari Agung USIA kepada pihak bank terbabit bahawa wang tersebut telah TIDAK dimasukkan ke dalam akaun USIA," katanya dalam laporan kepada pihak polis.

Menurutnya, walaupun cek tersebut dicatatkan sebagai ‘tunai’ tetapi dalam perenggan butirannya disebutkan ia sebagai "Being payment of USIA's cash entitlement schedule as per Supplemental Joint Venture Agreement dated 17 September 2004," dakwa Perais.

Beliau berkata, wang tersebut adalah miliki USIA dan hanya badan agama itu sahaja yang layak menerimanya dan bukan sebaliknya.

Menurut Perais, tiada desakan dari mana-mana pihak untuk beliau bertindak membuat laporan polis. Bagaimanapun oleh kerana ianya melibat kepentingan USIA maka sebagai ahli USIA adalah menjadi tanggungjawab beliau agar perkara ini dapat disiasat dan seterusnya diambil tindakan sewajarnya kepada individu berkenaan sekiranya didapati melakukan perbuatan pecah amanah.

Katanya, pihaknya juga difahamkan USIA kini dalam proses penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berharap proses penyiasatan itu akan dipercepatkan bagi mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Siapa yang terbabit melakukan penyelewengan wang tersebut seharusnya disiasat dengan kadar yang segera," katanya sambil menegaskan perbuatan penyelewengan yang membabitkan kewangan badan itu seharusnya dibiarkan berlarutan dan tindakan tegas perlu diambil.

Justeru itu, dengan laporan polis yang dibuatnya, Perais berharap pihak polis akan menjalankan siasatan secepat mungkin supaya dakwaan peyelewengan yang wujud dalam Usia dapat dirungkai.

"Kita tidak sanggup melihat badan agama ini dicemari oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan jika mereka ini didapati melakukan kesalahan, mereka hendaklah segera disingkirkan dari badan ini," tegas beliau.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

15 comments:
Write comments
  1. bagus,, jangan takut buat laporan. tidak kisah lambat atau cepat, yang penting pesalah2 itu berjaya diheret ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  2. harap pekara ini dapat disisat dan diselesaikan dengan segera. jika benar terdapat individu yang tidak bertanggungjawab dalam USIA, maka tindakan perlu diambil.

    ReplyDelete
  3. siasat kes ini dgn teliti, jika benar, pesalah perlu diberi hukuman yang setimpal. perbuatan pecah amanah adalah satu pengkhianatan dan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. Apa-apa pun kita menunggulah penyiasatan lanjut selepas ini.

    ReplyDelete
  5. SPRM harus membuat siasatan yang secepatnya bagi menyeesalikan perkar ini. Harap sebagai ahli USIA, tidak wajar mereka melakukan perkara sebegeni kerena menjatuhkan nama USIA yang sebagai Pertubuhan ISLAM..

    ReplyDelete
  6. Ish2 Sekuat2 iman jika ternampak godaan wang...semuanya berubah!!! Tapi ya la manusia... tidak ada yang sempurna tapi jika betul apa yang di katakan, individu tersebut perlu dikenakan hukuman.

    ReplyDelete
  7. jika benar ada pegawai yang tidak amanah dalam USIA, tindakan perlu diambil. siasatan yang teliti perlu dalam pekara ini.

    ReplyDelete
  8. sangat2 berharap agar kes ini diselesaikan dengan cekap dan amanah. di mana2 pun rasuah boleh terjadi.

    ReplyDelete
  9. mana2 pun bleh berlaku pecah amanah, USIA pun tidak terkecuali, pihak yang melakukan pecah amanah perlu dibawa ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  10. Tindakan pantas harus diambil supaya reputasi badan agama tidak terjejas dan mengakibatkan orang awam terutamanya bukan Islam memandand serong terhadap agama islam.

    ReplyDelete
  11. Kamu rasa uhan wujud dihati manusia yang tamak ini kah? Dia memimpin dan mewakili sebuah badan agama.
    Setiap kali dia sembahyang, apa yang ada dalam hatinya? Saya tidak faham.

    ReplyDelete
  12. SPRM harus bertindak pantas seperti tindakan yang diambil terhadap ahli exco negeri Selangor serta pembantu-pembantu mereka.
    Jangan mengamalkan 'double system'.

    ReplyDelete
  13. Tiada lagi tolak ansur dengan gejala rasuah. Tunjuk taring mu SPRM, jangan lepaskan sesiapa pun yang terlibat.

    ReplyDelete
  14. Tahniah dan syabas kepada En Perais Sharif Baba, Anda adalah wira yang perlu dihargai atas jasa anda ini., Penghianat, penyeleweng, pencuri mesti dibawah ke pengadilan untuk di hukum, setimpal keselahan jenayah yanh dilakukan,. Tahniah dan syabas. Orang muslim sokong tuan.

    ReplyDelete
  15. Bagus, sesiapa yang terlibat patut dikenakan hukuman yang sewajarnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.