Thursday, September 2, 2010

KIKIS IMEJ WILAYAH PELACURAN LABUAN?

JIKA Henry Voon mendakwa dirinya sebagai Juruperunding Kanan SPRM, kini Pemilik Untouchable-King Karaoke, Edward Kong merupakan ‘Broker Balai Polis Labuan’ bagi mewakili semua Pusat Hiburan di Labuan. Manakala Pemilik Manila Café, Ricky, adalah Macai kepada Edward Kong dan tukang pungut saham bulanan dari Pusat Hiburan di Labuan. Peter Mark pula terus kekal sebagai ‘Broker Jabatan Imigresen’ bagi semua Pusat hiburan Labuan.

Siasatan Unit D7 Sabahkini.net mendapat seorang ‘Bapa Ayam’, Ah Moi yang bekerja di Blue Wave Karaoke adalah agen sah yang dilantik untuk ke Filipina bagi merekrut GRO untuk semua Pusat Hiburan di Labuan. Amoi mempunyai ramai ‘bouncer’ yang diupah Taukey Karaoke untuk mengawal GRO agar tidak melarikan diri atau membuat laporan polis berhubung kegiatan haram ‘Pelacuran Berlesen’ atau ‘Pemerdagangan Orang’.

Beberapa Untouchable Karaoke di Labuan seperti Sport Bar Pub, Golden Key yang dimiliki oleh Taukey 4 ekor haram terbesar di Labuan; Tip Top Karaoke, Manila Cafe, Strawberry Karaoke, 129 Karaoke dan Havana Karaoke baru sahaja dikesan membawa masuk 15 GRO baru daripada Filipina minggu lalu.

Majoriti penduduk Labuan yang ditemui ingin tahu siapa sebenar orang yang mendalangi pelacuran berlesen di Labuan, sama ada Pengarah Jabatan Imigresen atau Bekas Menteri Wilayah atau Bekas Wakil Rakyat Labuan atau Menteri Pelancongan?

Betapa malunya penduduk Labuan dengan tindakan pihak berkuasa membazirkan wang rakyat dengan memaparkan poster mega di Balai Ketibaan dan Keberangkanan Lapangan Terbang Labuan yang bertajuk ‘Lapor Kegiatan Pemerdangan Manusia’ sedangkan hampir semua penguatkuasa di Labuan terlibat dengan jenayah Pemerdagangan orang dan menyuburkan pelacuran.

“Kami berharap agar Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Pengarah Imigresen menghantar pegawai khas untuk buat risikan dan serbuan tanpa pengetahuan pengkuatkuasa tempatan kerana mereka melindungi penjenayah sebenar,” ujar JACK, yang merupakan seorang pegawai kerajaan yang jengkel dengan pihak berkuasa di Labuan kerana tidak pernah menyerbu Pusat Pemerdagangan Manusia yang menyorok beratus GRO di Pekan Jati, Bangunan Shore Service, Bangunan Kg.Muslim dan sebagainya.

Jack berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mengikis imej buruk Wilayah Persekutuan Labuan yang kini dijenamakan semula sebagai Wilayah Pelacuran Labuan!.

Oleh: KREW D7 SABAHKINI.NET

22 comments:
Write comments
  1. Imej Labuan sebagai wilayah pelacuran adalah sangat memalukan. Bukan sahaja begitu, tapi ia juga menjadikan banyak masalah social yang teruk. Diharapkan tindakan diambil untuk memperbaiki masalah ini.

    ReplyDelete
  2. kegiatan seperti ini perlu dihapuskan, ia mencemarkan imej dan menggalakkan maksiat. pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dalam membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

    ReplyDelete
  3. jika benar terdapat kegiatan pelacuran di Labuan, langkah bagi membenteras aktiviti tersebut perlu dilakukan. ini merupakan kegiatan yang tidak sihat dan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Dalang kepada jenayah pelacuran ini yang perlu utuk kita benteras. Kerana sekirany dalang ini tertangkap maka tidak akan berlaku lagi perara ini.

    ReplyDelete
  5. Jika tidak silap, sudah lama kegiatan seperti ini dilaporkan, namun tidak tahu akan kebenarannya tapi jika ianya benar2 berlaku, semua yang terlibat harus sedar akan aktiviti sebegini tidak sepatutnya bertapak di mana2 kerana ia hanya mengundang lebih banyak masalah.

    ReplyDelete
  6. Jika dibiarkan begini sahaja, tidak akan selesai masalah ini...... dan jika orang2 yang bertanggungjawab juga terlibat dalam aktiviti ini, sakali lagi tidak akan selesai masalah ini....

    ReplyDelete
  7. Sungguh memalukan LABUAN dengan perkara ini. Tidak disangka. Kerajaan mesti mencari siapa dalang dalam hal ini dan harus diberikan hukuman yang ditetapkan dengan kes ini. Harap semua pihak akan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa dan diharapkan pihak berkuasa tidak akan berkomplot dengan mereka ini.

    ReplyDelete
  8. perlu yg berwajib benteras kegiatan ni..sbb kalu sudah bertapak 3 asas ni arak, judi & pelacuran macam2 ada kes jenaya yg bakal berlaku..apatah lagi kalu 3 asas ni sudah kukuh & bermaharajalela.

    ReplyDelete
  9. ini bukan pertama kali kenyataan media dibuat berhubung dengan isu ini. kenapa ketua polis negara dan sprm masih belum bertindak. apa gunanya poster ‘Lapor Kegiatan Pemerdangan Manusia’ sedangkan pihak berkuasa yang menjadi dalangnya.

    ReplyDelete
  10. kegiatan pelacuran memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat sekitar. kegiatan ini perlu dibanteras dan tindakan sewajarnya patut diambil.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan imej Labuan dapat dikembalikan seperti asal. Perbuatan seperti ini tidak patut diteruskan, tindakan tegas diperlukan untuk memastikan segala ini akan dibanteras.

    ReplyDelete
  12. mungkin inilah puncanya kenapa penjenayah, sindiket dan PATI berada di Malaysia. sebab pihak berkuasa tunduk bila berhadapan dengan mereka malah kuasa mereka boleh dibeli oleh kumpulan2 yang dibenci oleh rakyat ini.

    ReplyDelete
  13. Kalau palangan tahu jalan melangani pelacur tersebut, tidak mungkin pihak berkuasa tidak tahu kerana mereka ada saluran khas mendapat maklumat.

    ReplyDelete
  14. Serius nampaknya apa yang berlaku di Labuan. Pulau Labuan tidak besar tetapi banyak juga pusat hiburan yang beroperasi. Pelangannya dari Pulau Labuan sendiri atau dari Sabah?

    ReplyDelete
  15. kerajaan tempatan harus mengurangkan lesen pusat hiburan. Lebih banyak pusat-pusat ini, lebih banyaklah kegiatan haram dijalankan.

    ReplyDelete
  16. uii mesti banyak kes selesai oo kan kalau Unit D7 Sabahkini.net jadi polis. hahhaha

    ReplyDelete
  17. Imej pelacuran ni mmg patut dikikis. Memalukan saja! huhu

    ReplyDelete
  18. Betul tu tapai. Janganlah tambahkan lesen pusat hiburan nanti makin melarat pula masalah ni.

    ReplyDelete
  19. Setuju lafizah. Tangkap dalang utama bagi memastikan hal ni dapat dihentikan. Malah paling penting lagi ialah masyarakat harus lah menjauhi perbuatan2 maksiat ini.

    ReplyDelete
  20. Semoga perkara ini dapat ditanggani segera demi memartabatkan semulah wilayah Labuan.

    ReplyDelete
  21. Dalam pembangunan mesti ada yang jadi mangsa, apakah itu mangsa immoral, mangsa displacment atau mangsa kerabutan peluang pekerjaan,. Ini semua terletak pada diri individu, jika sendiri mau diperlakukan begitu, maka begitulah jadinya., jika diri sendiri menjauhi operkara-perkara begitu, maka tidaklah jadi begitu,..imeg ini hanya dapat dipulihkan apabila mereka-mereka berhenti memberi khidmat dan meminta khidmat pelayanan,. kan begitu..aman nabalu. Mana pula diaorang yang buat, lain orang pula disuruh kasi lari itu masalah,..ngam kah tu.

    ReplyDelete
  22. Selagi tidak ada permintaan, selagi itu tidak akan selesai kes pemberian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.