Tuesday, September 7, 2010

Curi motorsikal, dua suspek ditahan polis

LABUAN: Polis Bahagian Pencegahan Jenayah Khas di sini menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri sebuah motorsikal di Kampung Lajau Rimba, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kedua-dua lelaki berkenaan yang seorang daripadanya adalah pelajar sekolah dan seorang lagi permastautin tetap ditahan polis kira-kira jam 2.30 petang pada 4 September lalu di Jalan Penghulu Tuah.

Katanya, dalam kejadian itu pemilik motorsikal, Mohd Rizal Azmi, 31, dari Lorong Tujuh Kampung Lajau Rimba pada 23 Ogos lalu kira-kira jam 9.16 pagi telah membuat laporan polis selepas motorsikal jenama Modenas Kriss berwarna merah yang disimpan dihadapan rumahnya telah hilang.

Berikutan daripada maklumat itu, pihak polis pada 2 September lalu yang menjalankan rondaan telah menahan sebuah motorsikal berwarna putih yang mencurigakan yang dipandu oleh salah seorang suspek kerana melakukan kesalahan trafik dan motorsikal suspek ditahan di balai polis untuk tindakan lanjut, manakala suspek dibebaskan selepas di beri saman.

Bagaimanapun selepas dua hari suspek tidak muncul untuk mengambil motorsikal berkenaan, pihak polis yang curiga dengan sikap suspek terus memeriksa semula motorsikal berkenaan dan mendapati motorsikal itu telah diubah suai warnanya termasuk memadam nombor enjin.

Hasil daripada pemeriksaan itu, pada 4 September kira-kira jam 2.30 petang, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek di rumahnya di Jalan Penghulu Tuah bersama dengan seorang lagi rakannya.

Semasa tangkapan, pihak polis juga turut merampas barang-barang yang digunakan untuk mengubah cat motosikal berkenaan.

Kedua-dua suspek di tahan reman selama empat hari bermula kelmarin dan akan didakwa mengikut Seksyen 379 (A). -NST

15 comments:
Write comments
  1. Diharapkan pihak polis akan teruskan usaha membanteras jenayah dan membantu mewujudkan suatu negara yang aman dan selamat.

    ReplyDelete
  2. tahniah, bersihkan Labuan dari sebarang bentuk jenayah termasuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku di wilayah itu.

    ReplyDelete
  3. nampaknya wujud sendiket curi motosikal di Labuan, tahniah kepada piha kpolis kerana berjaya memberkas penjenayah tersebut, pihak polis perlu menjalankan lebih siasatan bagi membanteras sindiket curi motosikal ini.

    ReplyDelete
  4. baguslah suspek curi motosikal tersebut dapat ditahan. memang masyarakat mengharapkan pihak polis dapat menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku.

    ReplyDelete
  5. Pihak polis tersebut harus dipuji kerana membuat kerja yang baik dalam memberkas penjenayah itu.

    ReplyDelete
  6. Dimana mahu lari lagi, sudahnya namanya penjenayah sudah pasti akan tertangkap juga.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan suspek. Pencuri motosikal tersebut juga perlu dikenakan tindakan sewajarnya kerana kegiatan mencuri motosikal sering berlaku dibeberapa daerah di negeri sabah.

    ReplyDelete
  8. Saya mencadangkan setiap pengubahsuaian motosikal haruslah mendapat kebenaran daripada pihak tertentu dan ianya perlu dipastikan. Ia juga dapat memudahkan pihak polis dalam menjalankan siasatan apabila berlakunya kehilangan motosikal atau sebagainya.

    ReplyDelete
  9. memang wajar suspek tersebut ditangkap. tahniah kepada pihak polis.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada pihak polis Labuan. Keep up the good job!

    ReplyDelete
  11. Ada banyak lagi sendiket yang harus ditumpaskan...tapi apapun saya memuji tindakan polis yang berjaya memberkas dua suspek tersebut.

    ReplyDelete
  12. Naa ambik mu. siapau suruh buat hal. Padan muka!!

    ReplyDelete
  13. Semoga pihak polis akan terus berusaha membanteras jenayah. Keep it up.

    ReplyDelete
  14. Semua polis juga digalakkan membuat terbaik untuk mengurangkan kadar jenayah di negara kita.

    ReplyDelete
  15. Memang tidak dapat menghalang perkara ini. Pihak berkuasa haruslah mencari penyelesaian masalah secepat mungkin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.