Thursday, September 2, 2010

Timbalan KM Sabah keluar LDP, akan sertai Gerakan

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.

Menurut ADUN Karamunting itu, keputusan sukar berkenaan terpaksa dibuat berikutan tindakan LDP untuk menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya.

Pang yang kelihatan sedih pada sidang akhbar itu, berkata beliau telah memaklumkan terlebih dahulu kepada Liew tentang keputusannya itu dan telah menjelaskan kepada Presiden LDP itu mengenai sebab beliau meninggalkan parti itu.

Katanya beliau tidak hadir pada mesyuarat BN Sabah dan tidak dirujuk berhubung keputusan untuk menentang Musa.

"Sekiranya saya dimaklumkan, saya tentu akan memberi cadangan agar melupakan sahaja perkara itu, demi kepentingan rakyat, untuk melihat keamanan dan kestabilan dalam kerajaan BN bagi mencapai kemajuan," katanya.

Pada Ahad lalu, Liew yang merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga tidak hadir pada mesyuarat BN 24 Ogos, berkata beliau bersedia bertemu Musa berhubung pendirian LDP itu.

Pang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada Mei tahun lalu.

Sejak kebelakangan, timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN.

Ia berikutan pergeseran antara Musa dengan beberapa pemimpin LDP.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.

Paling tadah

Berikutan kenyataan Chin itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said berkata LDP bersekongkol dengan pihak tertentu bagi menumbangkan Musa.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, bagaimanapun menafikan bahawa partinya itu akan berpaling tadah.

"Tiada spekulasi seperti itu. Saya setia sebagai orang BN dan berikrar kesetiaan kepada BN di bawah pimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.

Pada 26 Ogos lalu, Musa melahirkan rasa kecewa dengan tindakan LDP yang didakwanya masih terbawa-bawa dengan isu pembinaan patung dewa Mazu dengan membangkitkannya dalam mesyuarat BN baru-baru ini walaupun perkara itu telahpun diselesaikan di mahkamah.

Sertai Gerakan

"Sebagai pemimpin BN, kita seharusnya hadir ke mesyuarat dengan niat yang baik dan dengan tujuan untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan individu," katanya kepada pemberita.

Di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan Pang keluar parti itu adalah bagi menyertai Parti Gerakan.

Beliau berkata Pang bertindak keluar daripada LDP bukan untuk menentang Barisan Nasional tetapi beliau masih menjadi "keluarga BN".

"Saya sedang bincang perkara ini dengan Presiden LDP (Datuk Liew Vui Keong) dan juga dengan (Ketua Menteri) Datuk Seri Musa Aman," katanya kepada pemberita selepas menerima kad Hari Kemerdekaan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Liew berkata beliau telah menjangka naib presidennya Pang akan meninggalkan parti itu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam hala tuju barunya.

"Walaupun saya amat mengharapkan beliau kekal bersama parti, nampaknya beliau mempunyai rancangan tersendiri yang tidak sehaluan dengan kami," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Pang hari ini untuk keluar daripada LDP kerana tidak bersetuju dengan pendirian parti itu yang menentang kepimpinan Musa.

Liew, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau telah menjelaskan kepada perdana menteri mengenai beberapa isu yang dihadapi oleh parti itu dan oleh
penduduk Sabah.

"Perdana Menteri berjanji akan mengkaji perkara ini," katanya.

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow pula berkata parti itu belum menerima sebarang permohonan daripada Pang untuk menyertai parti itu manakala pengerusi Gerakan Sabah, Gordon Leong, berkata beliau gembira Pang, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, masih bersama BN. -MK

30 comments:
Write comments
  1. Nampaknya Datuk Peter Pang juga tidak bersetuju dengan tindakan LDP yang enggan bekerjasama dengan KM.

    ReplyDelete
  2. perletakan jawatan oleh Datuk Peter Pang En Yin keluar dari LDP kerana tidak bersetuju dgn tindakan LDP yang enggan bekerjasama dgn Musa Aman dan beliau dikatakan ingin menyertai Gerakan. Ini menunjukkan bahawa beliau menyokong Musa Aman.

    ReplyDelete
  3. Mungkin juga tindakan yang tepat dan mungkin juga disebaliknya, tapi secara peribadi saya menyokong tindakan beliau yang mana memilih untuk terus berkhidmat dalam Barisan Nasional. Teruskan berkhidmat demi rakyat dan Sabah!

    ReplyDelete
  4. Kita lihat apa yang dilakukan oleh president LDP....dan semoga persengketaan ini tidak berpanjangan kerana banyak lagi benda yang perlukan perhatian dan penyelesaian.

    ReplyDelete
  5. tindakan Datuk Pang adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan LDP. apa pun semoga setiap isu yang timbul dapat diatasi dengan baik demi kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  6. Apa yang diharapkan ialah Datuk Peter Pang akan tetap untuk berkhidmat dibawah kerajaan BN dan Datuk Musa. harap apa yang berlaku antara LDP dan Datuk Musa akan dapat diselesaikan. Harap Presiden LDP Datul VK liew akan berdepan dengan Datuk Musa untuk membuat perbincangan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. nampaknya tidak semua ahli2 LDP setuju dgn pendirian LDP untuk tidak mau bekerjasama lagi dgn Musa Aman. walaupun datuk Peter Pang keluar dari LDP, namun dia tetap menyokong BN. LDP seharusnya bekerjasama semula dgn KM Sabah dalam membentuk jentera BN yang kukuh di Sabah.

    ReplyDelete
  8. Itu sudah pasti, bukan semua yang sokong dengan kenyataan Datuk Chin itu, yang nyata sekali Datuk Peter Pang adalah salah seorang yang begitu tidak setuju sehingga sanggup keluar parti kerana perkara itu.

    ReplyDelete
  9. Chin patut ubah pendiriannya untuk kebaikan LDP dan semua parti komponen BN di Sabah. beri kerjasama dalam menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan hentikan sebarang konflik yang boleh meretakkan kepimpinan BN di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Ilmu kira-kira :
    LDP + UNMO - MUSA = BN
    PANG + GERAKAN - LDP = BN
    PANG + GERAKAN + MUSA + UMNO - LDP = BN
    MUSA / LDP x (PANG + GERAKAN) = BN
    BN = LDP + UMNO + MUSA + PANG + GERAKAN

    songsangkan :
    LDP - UMNO - MUSA - PANG - GERAKAN = BN rosak
    jawapan sebenar = belum tentu PR or SUPP

    ReplyDelete
  11. Well, let just pray for his new voyage then.

    ReplyDelete
  12. keputusan yang diambil oleh Datuk Pang adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan LDP. apa pun keputusan atau tindakan yang dibuat, yang penting ianya membawa kebaikan. sebarang isu perlu diselesaikan dengan baik agar ianya tidak berpanjangan.

    ReplyDelete
  13. LDP seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya mementingkan isu individu yang mana telah pun selesai berlandaskan undang2..

    ReplyDelete
  14. ada isu yang lebih memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan berbanding dengan isu pembinaan patung Mazu seperti isu pendatang asing dan kemiskinan. mementingkan isu individu berbanding isu2 rakyat memberikan imej negatif terhadap LDP.

    ReplyDelete
  15. tidak boleh bekerjasama dengan Musa tetapi setia kepada BN? kenyataan daripada Chin ini ibarat 'talam dua muka'. Musa adalah pengerusi BN negeri merangkap ketua menteri sabah. LDP harus memberikan kerjasama serta menghormati Musa sebagai pengerusi BN.

    ReplyDelete
  16. memang benar Datuk Pang tidak berpendirian yang sama dengan LDP disebabkan beliau tahu penyelesaian isu2 rakyat perlu diutamakan dan bukannya isu2 individu beberapa pemimpin LDP yang menggunakan LDP sebagai kuda tunggangan mereka. LDP harus menetapkan pendirian mereka sama ada masih atau tidak dalam BN.

    ReplyDelete
  17. diharapkan mana2 parti komponen BN harus mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya isu peribadi.

    ReplyDelete
  18. Yang paling penting, dia masih setia dengan BN untuk memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  19. Kalau sudah tidak sehaluan dengan rakan parti, ini adalah pilihan yang terbaik untuk meneruskan perjuangan beliau.

    ReplyDelete
  20. Walaupun Datuk Peter Pang dah meninggalkan LDP tapi dia akan mengikuti Parti Gerakan.

    ReplyDelete
  21. pemimpin atasan perlu memastikan konflik ini berakhir bagi memberi laluan kepada isu2 yang sangat memerlukan perhatian seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat BN yang lepas.

    ReplyDelete
  22. Well, he got insights.So I don't think there will be any problem.

    ReplyDelete
  23. Pihak lawan sengaja memperbesarkan hal itu untuk meraih undi.

    ReplyDelete
  24. I don't have to put my worry on him because I know, he is a great man with a great insight. That's it.

    ReplyDelete
  25. Mana2 sajalah.. Yang penting bagi saya BN harus bersatu utk kembalikan keyakinan rakyat.

    ReplyDelete
  26. LDP pun sepatutnya sedar tindakan mereka ini telah menimbulkan kekecewaan ramai pihak. Jadi LDP seharusnya mengutamakan matlamat parti dan bukannya utamakan kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  27. Meluahkan ketidakpuasan hati ti memang perlu, tapi luahkan secara matang dan jangan sampai ia mengundang kontroversi sehingga memberi tempias kepada nama baik parti.
    So agak-agak lah ya.

    ReplyDelete
  28. Isu yang dah diputuskan di mahkamah sepatutnya diterima seadanya dan bukannya asyik menunding jari. Masalah takkan selesai kalai kita enggan bekerjasama, jadi bagi saya lebih baik bersatu/bekerjasama daripada bergerak sendiri.

    ReplyDelete
  29. Semoga hal ini diselesaikan segera dan komponen BN pula bersatu demi kebaikan bersama dan perjuangan parti.

    ReplyDelete
  30. Yang penting dia masih bersama BN. Cukup.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.