Tuesday, September 21, 2010

ANSARI MENANG DENGAN MAJORITI BESAR

PARA ahli PKR Cabang Tuaran sebulat suara menobatkan semula kepimpinan Ketua Cabang Tuaran dengan memilih semula mantan Ketua Cabang Tuaran yang juga mantan Ketua Majlis Pimpinan Negeri yang cuba ditumbangkan oleh golongan tertentu dalam PKR disebabkan hubungan intimnya dengan Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pemilihan yang diadakan pada ahad 19 Septembr 2010, Hj Ansari Abdullah mendapat 465 undi sementara lawannya, Edward Linggu hanya mendapat 195 undi.

Kebanyakan Pemerhati politik yang mengambil berat mengenai pemilihan Ketua Cabang bagi kawasan pilihanraya Parliman Sulaman berpendapat, dengan 272 undi majoriti diberikan oleh para ahli setia PKR kepada Hj Ansari menjadi tanda arah bahawa kedudukannya semakin kukuh; sekaligus menafikan tindakan liar anasir tertentu yang merancang memporak porandakan PKR dari dalam.

Hj Ansari merupakan mantan Pengerusi PKR Jawatan kuasa Perhubungan Negeri Sabah. Namun setelah dilantik, usahanya memperkasakan perjuangan PKR di seluruh Sabah disabotag oleh kumpulan tertentu dalam PKR yang identiti dalangnya telah dikenal pasti.

Kumpulan tersebut kemudian cuba ugut pucuk pimpinan PKR Pusat dengan menubuhkan Parti Cinta Sabah. Bagaimanapun oleh kerana majoriti yang cuba diperdaya engggan menyokong usaha kumpulan berkenaan membawa mereka keluar PKR dan menyertai Parti Cinta Sabah; akhirnya Ketua kumpulan berkenaan terpaksa mengalah. Episod ini berkesudahan dengan tindakan disiplin diambil terhadap 12 anggota PKR pada bulan Ogos 2010 lalu.

Undi majoriti diperolehi mengesahkan bahawa ahli-ahli PKR dari Kawasan Pilihanraya Sulaman masih memerlukan kepimpinan, tenaga dan kepakaran Hj Ansari untuk mengetuai PKR Sabah menghadapi Pilihanraya Umum kali ke 13 yang dijangka bakal diadakan pada tahun hadapan.

Beberapa Cabang PKR di seluruh Sabah telah juga mencalonkan nama Hj Ansari untuk merebut jawatan Naib Presiden Parti yang kini disandang oleh Dr. Jeffery Kitingan.

“Kita berharap dengan kemenangan diperolehi Hj Ansari ini, pucuk pimpinan PKR tidak lagi terpengaruh dengan kumpulan yang selama ini menjadi gunting dalam lipatan dengan cuba merosakkan PKR dari dalam,” ujar Salahudin, salah seorang ahli PKR dari kawasan Sandakan.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

15 comments:
Write comments
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dah menang ni, laksanakanlah tanggungjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  3. dalam pertandingan ada kalah dan ada yang menang..

    ReplyDelete
  4. semoga berjuang dengan cara yang adil dan bersih. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  5. siapa menang atau kalah itu memang adat dalam pertandingan oleh itu terima dengan seadanya.

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada Ansari dan diharapkan tidak ada pihak yang tidak berpuas hati.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada Hj Ansari Abdullah kerana memenangi pemilihan calon tersebut. Diharap beliau akan memberikan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  8. Kalah menang memang adat pertandingan, walaupun En. Edward Linggu kalah dalam pertandingan ini tidak semestinya beliau kalah dalam semua aspek kerana beliau juga seorang yang penting dalam parti itu.

    ReplyDelete
  9. PKR tidak terlepas dari perebutan kuasa dalam parti.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya Ansari amat disokong oleh ahli PKR. Lain cerita mungkin jika beliau bertanding dalam PRU samada beliau dapat sokongan rakyat yang bukan ahli PKR.

    ReplyDelete
  11. Rakyat masih akan menilai calon daripada prestasi dan kebolehan mereka. Berjuanglah sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  12. macam saya ini suka bah kalau pemimpin orang baru daripada pemimpin orang lama.,

    ReplyDelete
  13. Taniah kepada saudara Ansari. Tapi kalau ada orang baru kan lebih baik.

    ReplyDelete
  14. Ya, berilah peluang kepada orang baru.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.