Tuesday, September 21, 2010

Kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas’Menelan’ Perkembangan Kad Raya

ADALAH kononnya diceritakan orang bermulanya kiriman kad ucapan hari raya adalah dengan pengiriman surat biasa yang mengandungi tulisan ucapan selamat hari raya dari pengirimnya. Ia kemudian berkembang kepada kad ucapan ciptaan sendiri oleh individu kepada individu lain dalam bentuk kertas yang murah dan mudah di zaman itu.

Selepas itu diceritakan, ada segelintir individu yang pandai dan berakal mencetak kad ucapan kad hari raya dalam bentuk kad yang rengkas dan murah. Ia kemudiannya berkembang kepada percetakan yang lebih moden dan canggih tahun demi tahun serta dijual pada harga paling murah hingga yang paling mahal dengan saiz kad yang berbagai - dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar saiz sebesar A3.


Perkembangan percetakan kad hari raya menempuh zaman kegemilangannya dan menjadi semakin menarik apabila diselit dan dimasukkan cip muzik didalamnya yang mengandungi irama lagu-lagu hari raya terkenal. Senikata ucapan kad turut berubah dari ucapan senikata yang rengkas dan pendek kepada senikata yang panjang, berpuisi dan penuh bermadah.

Rekabentuk dan foto luar kad ucapan kad hari raya juga bermacam corak dari rekabentuk dan foto yang simple kepada corak yang beranika objek dan warna. Namun, perkembangan terakhir menunjukkan senikata ucapan kad menjadi semakin rengkas tetapi padat dan tidak bertele-tele. Corak rekabentuk kulit kad juga menjadi semakin straight forward dan mudah tetapi menarik dengan objek yang simple dan warna yang tidak beranika.

Namun, sejak lima tahun lalu diberitakan perkembangan percetakan dan penjualan kad ucapan hari raya melalui zaman muram yang agak mendadak khususnya tahun ini. Dari tinjauan penulis kepada penjual (peruncit), penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya, menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Seorang penjual kad menceritakan beliau amat kurang menjual kad hari raya sejak tiga tahun lalu dan tahun ini lebih teruk di mana kemerosotan lebih ketara dan kad yang terjual boleh dikira dengan jari.

Seorang pencetak memberitahu, beliau kurang menerima tempahan dari peneribt kad hari raya sejak tiga dan empat tahun lalu. Kemerosotan tempahan tahun ini mencecah penurunan tempahan sehingga 70 peratus sekaligus menunjukkan orang ramai, pejabat kerajaan, individu berpangkat dan peneribit kad tidak lagi berminat mencetak kad hari raya seperti sebelumnya. Alasan utama penerbit ialah penjualan kad yang merudum teruk sejak tiga empat tahun lalu akibat kemunculan media alternatif lain yang lebih canggih, murah dan berkesan.

Pendapat umum mengakui kemerosotan penjualan kad hari raya adalah berpunca dari kemunculan teknologi talipon bimbit yang memperkenalkan Sistem Pesanan Rengkas (SMS) - membenarkan segala bentuk ucapan bersifat peribadi dan umum – dimuatkan dalam talipon bimbit. Kehadiran SMS menyebabkan semua orang Islam dan bukan muslim boleh mengirim ucapan selamat hari raya kepada ayahbonda, kekandaadinda, kawan-kawan, sedara mara dan buah hati tanpa perlu membeli kad hari raya di kedai atau tempat umum lain. Mereka boleh terus mengirim ucapan dalam bentuk SMS menerusi talipon bimbit sahaja. Yang lebih menarik, penerima boleh menjawab ucapan yang diterima dalam jangka waktu segera – beberapa saat selepas menerima ucapan atau boleh menjawab kemudian mengikut kesesuaian masa yang dipilihnya.

Lebih unik lagi, penerima ucapan melalui SMS tidak perlu pergi ke kedai membeli kad hari raya untuk menjawab dan berkejar ke Pejabat Pos untuk membeli setem sebagai syarat utama pengiriman kad raya itu sampai kepada distansiasinya. Dengan kata lain, tanpa setem, kad yang hendak dikirim tidak mungkin sampai ke destinasinya dan ini semua menyusahkan dibandingkan dengan urusan pengiriman melalui SMS yang diakui lebih pantas, rengkas dan tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan serta tenaga.

Demikianlah perkembangan zaman dan kemajuan teknologi menyebabkan urusan pengiriman kad hari raya menjadi semakin canggih dan lebih menjimatkan wang serta tenaga. Penjual, penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya yang pernah mengaut untung besar sejak berpuluh tahun lalu kini mengalami zaman kemuraman yang tidak mereka sangka dan jangkakan akibat dari kemajuan teknologi ciptaan manusia. Begitulah kecanggihan teknologi talipon bimbit telah menelan kemajuan percetakan kad hari raya yang kini tidak lagi menjadi pilihan umum dan seolah-olah semakin dilupakan orang.

Namun, ada pendapat mendedahkan pengiriman ucapan melalui kad lebih mewakilli dan menyentuh perasaan dari ucapan melalui SMS yang disifatkan terlau mudah dan regkas. Mereka berpendapat pengirman kad lebih mewakilli diri pengirim dan nampak bersopan dengan tulisan tangan dan tandatangan pengirim tertulis berbanding ucapan melalui SMS yang disifatkan terlalu rengkas dan bersahaja .

Apapun, soalan lain sudah dibangkitkan mengenai kecanggihan talipon bimbit yang mungkin dapat diatasi oleh teknologi lain yang lebih terkini di tahun-tahun mendatang yang bakal mengganti dan menandinggi kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas dalam talipon bimbit?

IZMAS,

15 comments:
Write comments
  1. Sekarang zaman teknologi, tidak salah jika kebanyakan orang memilih cara yang lebih cepat, senang dan murah untuk menyampailan ucapan hari raya. Lagipun, dengan mengunakan SMS ataupun E-mel, kita juga boleh mengurangkan penggunaan kertas.

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya bersimpati dengan penjual kad ataupun pencetak kad raya, tapi dalam dunia peniagaan, semua peniaga perlu mengikuti trend terkini dan keperluan pelanggan. Kalau tidak, sendiri juga yang rugi bila pelanggan tidak lagi memerlukan barangan yang dijual. Peniaga-peniga ini perlulah mencari akal baru untuk kekal relevan dalam pasaran.

    ReplyDelete
  3. Terpulang kepada individu untuk menggunakan teknologi moden ataupun kaedah lama. Masing2 mempunyai pros & cons yang tersendiri.

    ReplyDelete
  4. teknologi membawa perubahan kepada cara kita berhubung dan berkomunikasi. memang kebanyakan orang pasti akan memilih cara yang paling cepat dan menjimatkan untuk menyampaikan ucapan Hari Raya.

    ReplyDelete
  5. Inilah perkembangan dari masa kesemasa, dengan keadaan yang moden dan canggih semua pun boleh jadi mudah. Kad raya dengan menggunakan SMS ini memang menjimatkan kos seperti setem dan pembelian kad ucapan hari raya..

    ReplyDelete
  6. Better to just sms. Its fast and cheaper as there is no card required to buy. And most importantly, we can save trees!

    ReplyDelete
  7. ini membuktikan Malaysia telah melalui satu perubahan yang amat ketara dari segi penggunaan teknologi. selepas ini akan lebih banyak peranan yang bakal diambil alih oleh kemajuan teknologi selaras dengan perkembangan global. oleh itu, mana2 pihak yang mungkin akan terjejas perlu bersedia dan menerima realiti ini.

    ReplyDelete
  8. tidak dinafikan penggunaan kad raya semakin berkurangan pada masa ini, namun kaedah apapun yang digunakan untuk menyampaikan salam hari raya, yang penting ia adalah ikhlas.

    ReplyDelete
  9. inilah kesan dan kelebihan teknologi yang semakin canggih. ucapan boleh dihantar dengan segera dan lagi menjimatkan.

    ReplyDelete
  10. Teknologi sekarang memang semakin canggih. Pada masa depan, mungkin semua benda akan dilakukan dengan teknologi.

    ReplyDelete
  11. kita harus mengubah cara kita seiring dengan perkembangan teknologi..takkan kita menggunakan cara yang lama sedangkan ada cara baru yang lebih efektif, cepat dan murah?

    ReplyDelete
  12. terpulang kepada seseorang itu cara yang hendak digunakan..tetapi tidak dinafikan zaman kini orang lebih suka kepada cara yang lebih pantas dan murah..SMS adalah antara cara yang terbaik selain daripada e-mail..

    ReplyDelete
  13. Dengan teknologi yang semakin canggih penghantaran ucapan raya boleh dibuat dengan mudah, murah dan menjimatkan masa.

    ReplyDelete
  14. Para peniaga kenalah sentiasa bersaing dengan teknologi yang ada. Bagaimanapun masih ramai lagi rakyat di negara ini yang masih mengamalkan kaedah menggunakan kad raya dan sebagainya walaupun sudah berkurangan.

    ReplyDelete
  15. Untuk terus bersaing dalam pasaran, peniaga perlu mengikuti perkembangan teknologi dan juga keperluan pembeli.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.