Thursday, September 16, 2010

RM2 BILION UNTUK BEKALAN AIR DI SABAH

RAKYAT Sabah, terutama kontraktor bakal mendapat durian runtuh apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melaksanakan projek khas bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menurut sumber daripada KKLW, sebanyak 450 projek mega, sederhana dan kecil bernilai RM2 billion akan dilaksanakan sepanjang tempoh dua tahun melalui tender terbuka yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kerjaraya Sabah.

Namun projek ini menimbulkan ketegangan di Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah disebabkan mereka tidak terlibat secara langsung dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dalam pengagehan dan kelulusan tender berkenaan.

Lazimnya, semua tender bernilai di bawah RM30 juta akan diputuskan oleh Lembaga Tender Persekutuan Sabah yang terletak di bawah potfolio Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

Namun projek RM2 bilion ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tender di KKLW yang telah mendapat pengecualiaan tatacara tawaran tender biasa daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehubungan itu, ramai kontraktor dan pemimpin UMNO menyuarakan rasa tidak senang hati kerana bimbang Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyalahguna kuasanya dengan memberi tender tersebut kepada suku sakat dan kroninya sebagaimana 16 projek mega NKRA seperti yang didedahkan sebelum ini.

“Cukuplah semasa JPPS dulu kami hanya menjadi pencukup korum kerana mereka telah pilih kepada siapa tender berkenaan mahu diberikan sebelum borang tender dijual. Ini yang tidak patut berlaku. Kita harap Menteri Kewangan Malaysia akan membatalkan pengecualian khas dan mengguna pakai Arahan Perbendaharaan seperti sebelum ini,” ujar kontraktor PKK kelas C, Mohd Yusof, yang mengakui tidak pernah mendapat projek lima tahun lalu dan terpaksa menggunakan Lesen PKK Kelas F adiknya untuk mendapatkan dana dan memperbaharui lesen PKKnya.

Kata Mohd Yusof, beliau kenal sikap Shafie yang gemar memperkayakan kroni dan saudara maranya, sehingga adiknya menjadi broker projek dan kaya raya; tanpa berani disentuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya berminat mengorek kesalahan pemimpin pembangkang.

Oleh: SURIATI MAHMUD (sabahkini)

30 comments:
Write comments
  1. Utk meyakinkan rakyat tentang prihal keupayaan & pengurusan pentadbiran pemerintah uruslah wang rakyat dengan telus, benar & tidak membazir

    ReplyDelete
  2. pemimpin dan rakyat Sabah sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku bila jabatan persekutuan yang mempunyai kuasa dalam pengagihan projek di tempatkan di Sabah. sudah tentu perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja dikalangan rakyat malahan dipihak kerajaan negeri. sprm perlu lebih bersifat mencegah dan jalankan siasatan sebelum projek2 itu diberikan kepada kroni2 beliau. desak kklw supaya mematuhi Arahan Perbendaharaan agar semua projek dapat diagihkan kepada kontraktor berdasarkan kelayakan.

    ReplyDelete
  3. pengurusan kewangan untuk projek berkenaan perlulah diurus dengan telus dan adil. biarlah projek ini membawa kebaikan kepada semua terutamanya rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  4. Good news. Finally there is something for the people. I bet RM2m is not a small contribution.

    ReplyDelete
  5. Pastikan Shafie Apdal tidak akan menyalahguna kuasanya dengan memberi tender tersebut kepada suku sakat dan kroninya!

    ReplyDelete
  6. Shafie Afdal, harap jangan jadi dalang tidak adil nanti. SPRM memang patut bersedia untuk berjaga-jaga dengan projek yang bakal dijalankan itu. Mungkin akan berlaku perkara rasuah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. kendalikanlah projek ini dgn telus dan berhemah.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan telah menunjukkan keperihatinannya terhadap rakyat Sabah dengan memberikan peruntukan berjumlah RM2m ini. Terima kasih diucapkan.

    ReplyDelete
  9. Diharapkan projek ini akan diberikan kepada kontraktor yang benar-benar layak sahaja.

    ReplyDelete
  10. Kenapa berlaku hal sedemikian? jika suda undang2 menyatakan bahawa projek dibawah 30ribu hanya boleh dikendalikan oleh State kenapa perlu Datuk Shafie masuk campur? Tgo keadaan sudah kacau bilau.... Jika boleh dapatkan penyelasan dari Datuk Shafie sendiri mengapa beliau bertindak sedemikian.

    ReplyDelete
  11. pembahagian tender itu nanti haruslah diberikan secara adil dan bukan hanya kronisaja yang untung. Sekiranya berlaku perkara sebegini, SPRM haruslah mengambil tindakkan. menteri KKLW, Shafie Afdal mestilah adil dan saksama dalam pemberian tender ini.

    ReplyDelete
  12. tender projek ini sepatutnya diberikan kepada kontraktor yang benar2 layak. jgnlah salah guna kuasa untuk kepentingan diri dan kroni2.

    ReplyDelete
  13. Open tender is the best and smartest way.

    ReplyDelete
  14. Harap masalah air di Sabah ini akan dapat ditangani dengan peruntukkan RM2Billion yang baru dibuka ini.

    ReplyDelete
  15. Mungkin lebih baik kita mendapatkan penjelasan dari Datuk Shafie sendiri berhubung spekulasi yang melanda beliau. Sesungguhnya keadaan tersebut adalah sangat tidak adil terhadap pembangunan Sabah. Harap dengan dana 2Bil ini tidak akan disia-siakan kepada pihak yang tidak berhati perut. SPRM haruslah bersikap berani/ tidak berat sebelah/ neutral. Jika SPRM pun takut, siapa lagi yang boleh diharapkan?

    ReplyDelete
  16. Jika cara pengagihan ini terus diamalkan, mutu projek tidak terjamin, wang pembayar cukai terus dibazir. Kerugian ini akhirnya ditanggung rakyat.

    ReplyDelete
  17. Walaupun lambat lebih baik dari tidak sampai. Semoga semua warga Sabah dapat menikmati air bersih dalam tempoh singkat ini.

    ReplyDelete
  18. Semoga projek ini boleh berjalan dengan lancar supaya warga tempatan boleh menikmati bekalan air bersih setelah lama menunggu. Pastikan projek diberikan kepada kontrakor yang layak, berkebolehan dan dipercayai. Jika gagal melaksanakan projek dengan sempurna, maka mereka patut di-blacklist.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya kini Shafie menghadapi masalah besar dalam peruntukan itu. Walau apapun, saya tunggu saja laporan penuh dari pihak berkenaan.

    ReplyDelete
  20. Mohd Yusof vs Shafie over water project, not bad. Please make sure it will be thoroughly inspected.

    ReplyDelete
  21. Harap 2 billion ini dapat memanfaatkan seluruh rakyat Sabah yang belum dapat bekalan air bersih.

    ReplyDelete
  22. segala dakwaan dalam artikel ini terhadap peruntukan RM2 billion tersebut harus disiasat dengan teliti. Penyaluran peruntukan harus berlandaskan kepada keadilan dan tanpa pilih 'bulu'

    ReplyDelete
  23. rakyat Sabah bosan dengan permainan politik yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Dimana keadilan sekiranya orang-orang yang tertentu sahaja boleh dapat tender kerajaan? saya lihat perkara ini suatu sikap tidak amanah kerana menyalahgunakan penyaluran peruntukan sewajarnya.

    ReplyDelete
  24. tolonglah, jangan permain-maikan kepercayaan rakyat yang amat memerlukan perhatian dan bantuan bekalan air bersih....

    ReplyDelete
  25. Bekalan air bersih amat penting terutamanya dikawasan luar bandar.
    Jika kawasan tersebut dapat dibekalkan air bersih, tahap kesihatan penduduk dapat dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  26. Kesihatan rakyat luar bandar tidak patut diabaikan. Peruntukan 2 billion mampu memanfaatkan penduduk kawasan luar bandar yang ketagihan air bersih

    ReplyDelete
  27. Cukupkah peruntukan 2 billion ini menamatkan keperitan rakyat yang sengsara kerana tiada bekalan air?
    Harap jumlahnya mencukupi.

    ReplyDelete
  28. Hairan, jika Shafie Apdal begitu menyalahguna kuasanya dengan memberi tender tersebut hanya kepada suku sakat dan kroninya sebagaimana 16 projek mega NKRA seperti yang didedahkan sebelum ini, mengapa masalah bekalan air di Semporna; iaitu tempat beliau sendiri masih mengalami masalah berkurun-kurun lamanya ini?

    Peritnya berhariraya di Semporna

    Shafie Apdal patut meneliti surat pembaca berikut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dua hari lalu dan merealisasikan hasrat Najib Razak untuk mendahulukan rakyat.

    Pengalaman perit berhari raya di Semporna, Sabah

    SAYA baru menghabiskan cuti raya selama dua minggu di rumah mertua saya di Semporna, Sabah bersama suami dan seorang anak kecil.

    Ini kali pertama saya beraya di Semporna, Sabah dan tentunya saya menggambarkan keindahan beraya di perantauan.

    Sayang seribu kali sayang, realiti kehidupan di Semporna tidaklah sesempurna namanya. kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih amat-amat kritikal. walaupun dikelilingi laut, hakikatnya Semporna amat-amat dahagakan bekalan air bersih.

    Sepanjang berada di sana, hanya dua kali bekalan air dapat digunakan. saya difahamkan, bekalan air ini dicatu di kampung-kampung, tetapi tiada masalah di taman-taman perumahan dan kuarters kerajaan.

    Disebabkan kekurangan bekalan air bersih, penduduk terpaksa mengharapkan air hujan untuk digunakan. ini disebabkan bukan semua rumah yang mempunyai perigi sebagai bekalan air.

    Begitu juga saya yang terpaksa berjimat-jimat dan menggunakan air hujan untuk mandi, membasuh baju dan memasak.

    Apa yang lebih memeritkan, anak kecil saya dijangkiti kudis seluruh badan sehingga terpaksa ke klinik sebanyak dua kali disebabkan menggunakan bekalan air yang tidak bersih.

    Saya juga terpaksa ke klinik kerana cirit birit selama dua hari, juga disebabkan bekalan air yang tidak bersih.

    Setahu saya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang tinggi bagi Sabah dan Sarawak, tetapi kedaifan di Semporna menggambarkan seolah-olah sabah tiada pembangunan.

    Tiada lampu jalan, jalan yang kebanyakannya rosak, tiada pengangkutan awam, kawasan pasar yang lecak dan kotor dan kawasan hospital yang tidak dapat dilindungi daripada anjing-anjing liar.

    Saya ingin menarik perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkaitan masalah ini, apakah peruntukan tinggi yang disediakan oleh kerajaan pusat saban tahun tidak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang lainnya?

    Tidak dinafikan bahawa kerajaan ada menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan, tetapi semua itu tidak berbaloi jika kemudahan asas yang penting masih lagi tidak dapat dibekalkan dan diatasi.

    Saya sendiri tidak tahan dengan keadaan serba kekurangan ini selama dua minggu berada di sana, apatah lagi penduduk Semporna yang memang hidup serba kekurangan tetapi tidak tahu apa tindakan yang patut mereka lakukan demi memastikan generasi akan datang dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

    MENANTU TERKILAN
    Putrajaya
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

    http://one-kotabelud.blogspot.com/2010/09/peritnya-berhariraya-di-semporna.html

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.