Tuesday, September 7, 2010

Yayasan Sabah Untuk Siapa?

Saudara Pengarang,

SAYA adalah pelajar di sebuah universiti tempatan (Open Universiti Malaysia) dalam bidang pengajian Bachelor Pendidikan. Untuk makluman semua, kedua ibu bapa saya berbangsa Rungus dan saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan datang dari keluarga yang miskin.

Oleh itu saya memerlukan pinjaman untuk meneruskan pengajian saya. Pada awal tahun ini, saya telah memohon pinjaman Yayasan Sabah (nombor rujukan pendaftaran PIN/PJJ/IJ(AC/2010/2306) dengan harapan dapat meringankan beban kewangan demi meneruskan pengajian. Saya memilih pinjaman Yayasan Sabah kerana saya telah banyak mendengar banyak rungutan tetang PTPTN.

Malangnya, harapan untuk mendapatkan pinjaman dari Yayasan Sabah berkecai apabila permohonan itu tidak berjaya. Sebenarnya saya agak terkejut apabila permohonan saya ditolak. Saya tidak diberi tahu kenapa saya tidak layak sedangkan saya Orang Asal Sabah (Kalau di Semenanjung Orang Asli)?

Antara persoalan yang timbul di benak saya, kenapa ramai Anak Pendatang Asing yang mendapat biasiswa untuk meneruskan pengajian di IPTA? Kenapa ramai Anak Pendatang Asing yang mendapat pinjaman? Adakah anak Orang Asal (Rungus) tidak layak mendapat pinjaman Yayasan Sabah?

Bukankah ini suatu yang mengejutkan dan tidak dapat diterima akal sedangkan tujuan Yayasan Sabah diwujudkan Almarhum Tun Mustapha ialah untuk Orang Asal dan Bumiputera Asli Sabah; sebaliknya anak Pendatang Tanpa Izin (PATI) pula berjaya mendapat tempat di universiti awam dan mendapat tajaan biasiswa dari kerajaan negeri Sabah sekalipun hanya memiliki Sijil Lahir seperti yang didedahkan oleh Sabahkini.net suatu masa dulu.

Paling menghairankan, Yayasan Sabah masih mengamalkan sistem Zaman British iaitu dengan menulis surat rayuan untuk merayu mendapatkan pinjaman, berbanding dengan sistem rayuan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lanjutan Ijazah(KPLI) hanya dengan menekan butang rayuan di internet maka dianggap sudah merayu. Saya tambah bimbang jika Pejabat Pos tercicir surat rayuan saya.

Saya tidak tahu di mana hendak mengadu, jadi saya mengubungi Sabahkini.net dan berharap agar pihak Yayasan Sabah dapat meneliti seadil-adilnya setiap pemohon agar tidak berlaku ketidak adilan bagi Anak Negeri Sabah, bak kata pepatah Melayu, “kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kehausan”.

Sekian, Salam Hormat,

ANAK RUNGUS MALANG

43 comments:
Write comments
  1. Saya menyokong luahan anda anak rungus malang. Perkara tersebut memang sudah lama terjadi. Hairan apabila pelajar yang memang betul-betul layak dari segi pendidikan dan kerakyatan ditolak bulat-bulat. Harap pihak Yayasan Sabah mengambil tindakan di dalam semua aspek kerana ini memberikan impak kepada Yayasan Sabah sendiri yang di anggap 'tidur'. Saya minta maaf banyak-banyak jika menyinggung perasaan kakitangan YS.

    ReplyDelete
  2. luahan saudara penulis perlu didengar dan dipertimbangkan. namun penulis juga perlulah berusaha untuk memohon pinjaman dari sumber lain seperti PTPTN. walaupun saudara telah mendengar banyak rungutan tentang PTPTN, tetapi saudara sepatutnya tidak mendengar cakap orang sahaja, rujuklah dahulu. apa pun, semoga saudara berjaya dalam mengejar cita-cita..

    ReplyDelete
  3. Yayasan Sabah memang tidak adil sekiranya apa yang dikatakan oleh pengadu tersebut. Knapa orang sabah sendiri tidak dapat sendangkan orang PATI boleh dapat. Harap Yayasan Sabah akan mempertimbangkan permohonan oelh orang tempatan Sabah. Utamakan rakyat sabah dahulu berbanding dengan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Sekiranya permohonan ditolak, tidak salahnya sekiranya pihak tersebut memberikan alasan munasabah kenapa boleh gagal permohonan tersebut. Sebagai orang tulen sabah berhak untuk memdapatnya sekiraya syarat adalah lengkap. Apa pun, kepada luahan penulis itu jangan mudah putus asa dan memcarilah cara laini untuk meneruskan cita-cita yang dikecapi itu.

    ReplyDelete
  5. sya bersimpati dgn nasib saudara penulis, bagaimanapun, mungkin ada sebab tersendiri mengapa permohonan saudara tak diterima, mungkin permohonan saudara tak lengkap. apapun, saya sendiri tak setuju jika PATI boleh mendapat biasiswa sedangkan mereka tak layak. Bumiputera Sabah perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  6. Saya juga pernah mendengar kes-kes seperti ini. Bukan sahaja dengan pemimnjaman wang dari Yayasan, tapi juga memohon kemasukan universiti tempatan dan memohon biasiswa. Orang tempatan Sabah (bumiputra/Cina/India) sukar nak memohon, tapi kebanyakn orang semenanjung/pelajar luar negara diberikan tumpuan dahulu.

    ReplyDelete
  7. Yayasan Sabah should respond to this. No wonder there is an increase of PATI coming in to Sabah. It's important to prioritize your own local people than to help the outsiders.

    ReplyDelete
  8. persoalan seperti ini tidak akan timbul jika pihak yayasan sabah dapat memberikan penjelasan kepada setiap pemohon yang gagal memohon pinjaman. mungkin dokumen tidak lengkap, atau tidak cukup syarat,.. apa2pun pasti ada alasan kenapa hal ini berlaku, sekurang2nya berikan penjelasan agar tidak berlaku salah paham antara YS dengan rakyat.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. mungkin ada sebab permohonan penulis tidak berjaya. buatlah rayuan atau permohonan baru. semoga berjaya...

    ReplyDelete
  11. dalam memohon biasiswa, ia memerlukan kriteria2 tertentu bagi memstikan pemohon benar2 layak untuk mendapatkan bantuan ini, jika tak cukup syarat ataupun permohonan tak lengkap, maka ia akan ditolak. adalakalanya ia juga mengambil kira bidang yang kita ambil semasa pengajian. mungkin permohonan saudara tak diluluskan kerana tak cukup syarat ataupun dokumen yang diperlukan tidak lengkap. selain itu, saudara kenalah juga memohon bantuan biasiswa daripada tempat lain seperti JPA negeri Sabah dan tak salah juga jika saudara memohon PTPTN

    ReplyDelete
  12. Yayasan Sabah harus tampil memberi penjelasan. Apa sebab permohonan Anak Rugus Malang gagal memohon biasiswa.

    ReplyDelete
  13. ada la bah sebabnya tu knp permohonan kamu di tolak. apapun mari kita sama2 berharap dan terus berharap semoga permohonan kamu diterima kelak kerana itu saja yang kita boleh buat.... BERHARAP

    ReplyDelete
  14. A very sad story from our fellows, but how is it happen when he wrote and mention about some PTIs get the loan/fund ?????

    i believe he/she met the requirement when applying the loan, and i think not the fault of the applier but must be something wrong, but, don't know where...

    ReplyDelete
  15. Siapa yang harus dipertanggungjawbkan terhadap apa yang berlaku? seribu kemungkinan tapi hanya pihak yayasan yang mengetahui perkara sebenar, jika yayasan Sabah prihatin, sila berikan alasan kenapa budak tersebut ditolak permohonannya.

    ReplyDelete
  16. 1Malaysia...PATI didahulukan, org tempatan pigi matilah..

    ReplyDelete
  17. beginilah hal yg sering menimbulkan pelbagai andaian & tafsiran masyarakat bukan saja YS tapi jabatan2 & mana2 agensi kerajaan lain yg menolak apa2 permohonan tanpa memberi sebab & alasan..salahsatu tindakan yg mengagalkan gagasan 1 M..

    ReplyDelete
  18. Saya amat bersimpati dg anak runggus malang dan dharap smua pmbacapun sama2 bersimpati dg beliau tpi smpati shj xmemadai..sesuatu msti dlakukn. msti ada org prsongn/kumpuln hndaknya membuat laporn agar pihak SPRM dpt mnjlnkn tugas..Ktika anak ke 3 saya memasuki IPTA,dia xdpt pinjaman PTPTN krna xada akaun SSPN lalu sayapun membuat pinjaman kpd Yayasan Sabah. Stlah mengisi borang, surat prjanjianpun diterima dan saya setem dg setem Hasil. Stlah prjanjian pinjaman dihantar kembali ke Yayasan Sabah malang skali pihak Yayasan Sabah minta cagaran pula pinjaman anak saya itu dg meminta geran tanah. Saya amat kecewa dan hmpa krna xtrfikir sampai dminta cagaran tanah sdngkn ada kenalan yg asal-usulnya dari tanah sebrang tpi anaknya mndpt bantuan Yayasan sabah tnpa dminta apa2.(xtahu pula kalau ada crita apa2 dbawah meja!). Saya trpaksa mlupakan niat saya meminta bantuan kpd Yayasan Sabah walaupun pd mulanya saya brbangga sbagai org Sabah dan yakin mndpt prtolongan drpd Yayasan Sabah. Sesuatu msti dlakukn krna Yayasan Sabah tlh lari drpd tujuan asal pnubuhnnya iaitu membantu rakyt Sabah yg sangt memerlukn bantuan sperti anak runggus malang. Semoga anak runggus malang mndpt prtolongan swajarnya drpd YB brkaitan atau agensi2 krajaan negeri/prsekutuan.

    ReplyDelete
  19. Siasat latar belakang pemohon dengan teliti, Matlamat utama Yayasan Sabah ditubuhkan adalah untuk membantu kaum peribumi Sabah.
    Jika kaum peribumi tidak layak dapat bantuan, lebih baik YS dibubarkan.

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya, Yayasan Sabah sepatutnya menjelaskan alasan mengapa suatu pemohonan itu diterima ataupun ditolak.

    ReplyDelete
  21. Mengenai isu bahawa PATI diluluskan pemohonan itu juga kenalah disiasat. Wang Yayasan Sabah itu adalah untuk dipinjamkan kepada pelajar tempatan yang tidak berkemampuan, rakyat perlu diberikan penjelasan yang baik.

    ReplyDelete
  22. Kita katakan mereka itu pati, tapi kalau mereka menggunakan mykad untuk memohon, susah juga bagi pegawai Yayasan yang memproses permohonan tersebut.

    ReplyDelete
  23. Jumlah pati di Sabah mencecah ratusan ribu orang. Ada yang sudah menetap di sini dan malahirkan generasi kedua malah ketiga.
    Apakah cadangan kerajaan untuk menyelesaikan mimpi ngeri orang Sabah ini?
    Sekarang terdengar pinjaman Yayasan diberi kepada mereka.
    Apakah kesudahannya?

    ReplyDelete
  24. huda : tidak susah peg Yayasan Sabah membezakn pemilik mykad itu PTI atau pribumi sabah.
    Minta shj surat beranak bapa, datok nenek dan nama suku bangsa mereka. Budak sekolah rendahpun boleh fikir benda REMEH yg dilihat sebelah mata oleh pihk atasan YS. Lain lah halnya apabila pegawai YS sndiri datok neneknya serupa PTI tidak mempunyai Surat Lahir di Neg Sabah tentulah mereka nak tolong kluarga PTI mereka...

    ReplyDelete
  25. mudah saja perkiraannya...sijil surat beranak bapa = RM200, surat beranak datok nenek = RM300, bangsa = RM300, bayaran pengurusan = RM200. jumlah = RM1000.00. alahhh...RM1000.00 saja, PTI disabah hidup senang lenang kaya raya RM2000.00 pun sanggup bayar asalkan dapat itu dan ini. mmg betul kes PTI masuk IPTA. UITM sabah pernah reject PTI yg guna dokumen palsu. bayangkan diperingkat itu baru dapat dikesan. yang dapat sijil PMR dan SPM entah berapa ribu dah PTI dpt sijil. apapun, terima kasihlah pada hisamuddin menteri umno yng org sabah bangga banggakan itu sbb menolak surahanjaya siasatan diraja mengenai PTI disabah.

    ReplyDelete
  26. Jika Yayasan Sabah rasa susah meluluskan pemohonan kepada pemohon berdasarkan kaum dan bangsa. Maka mereka boleh mempertimbangkan meluluskan pemohonan berdasarkan kelayakan mereka dari segi akademik.

    ReplyDelete
  27. Jika dibandingkan di antara Yayasan Sarawak dengan Yayasan Sabah, Yayasan Sarawak lebih prihatin terhadap kewangan pelajar2 dari Sarawak. Malah ketika saya belajar di matrikulasi Labuan dulu, selain daripada mendapat insentif daripada pihak matrikulasi, Yayasan Sarawak turut memberikan insentif terhadap Sarawakian. Bukan sikit, tetapi RM1000. Yayasan Sabah? Tiada berita.

    ReplyDelete
  28. Barangkali salah satu sebabnya, adalah si brother ni (anak Rungus Asli) tidak ada kenalan di Yayasan Sabah/ orang dalam/ Tiada kenal sama orang Ahli penal yg meluluskan pinjaman tersebut,. Cubalah cari2 kenalan disana.

    ReplyDelete
  29. Maksud Pak Ir kalau ada kenalan dalam YS, semuanya boleh jadi?
    Yang tak layak pun boleh dapat? Ini menyeleweng.

    ReplyDelete
  30. Apakah matlamat utama YS ditubuhkan? Insiden ini membuktikan YS semakin jauh dari tujuan ia ditubuhkan.

    ReplyDelete
  31. Maaf papa, buruk sangka kurang sedap,.mereka di YS semua ok punya,. yg tak layak, memang tak layaklah,.. Anak Rungus Asli, mestilah tidak merasa putus asa dlm hal ini, memohon terus memohon sehingga dapat, pengalaman saya sendiri..mengenai masalah yg sama., kerana kegigihan kita dan akhirnya permohonan kita diluluskan.,mestilah datang berjumpa pegawai2 penting kerana ini menunjukkan bahawa kita sangat memerlukan simpati dan pertolongan mereka, jika kita published masalah ini diakhbar, ini bagi saya bukan satu tindakan yang professional., sebagaimana Anak Rungus Asli adalah seorang Pelajar Universiti,. kenapa tdk gunakan saluran yg betul untuk menyelesaikan masalah., saya selalu berfikiran positif bahawa kakitangan kerajaan semuanya dilatih dlm menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, cuma mungkin terlepas pandang, oleh yg demikian kita mesti hadir merayu dan minta pertolongan.

    ReplyDelete
  32. anak rungus ikut cara yang betul ikut arahan dalam borang permohonan kalau YS telus, tak perlu jumpa pegawai2 ke apa benda. masalahnya, kakitangan YS ni mungkin makan suap atau biasa berurusan bawah meja sbb tu anak rungus payah nak dapat kelulusan. PTI di sabah kaya2 maaa.....kalau setakan 2 3 ribu, penjual rokok kaki lima pun ada...lagi satu, mungkin PTI tu salah seorang pemegang keahlian UMNO..siapa tahu?

    ReplyDelete
  33. Melalui perkiraan saya saudara/i Anak Rungus ini berdasarkan penulisan mempunyai latar belakang akademik yang baik, cukup syarat memohon (jumlah pendapatan keluarga dsbnya) dan surat permohonan lengkap. Dan jika benar perkiraan saya maka saudara/i memang layak untuk mendapat bantuan kerajaan. Namun, jika permohonan anda ditolak, ia mungkin kerana faktor2 yang saya sebutkan tadi tidak memenuhi syarat/ tidak lengkap.
    Memang seperti yang lain2 katakan jika anda mempunyai 'kabel' di dalam YS memang anda akan senang2 mendapat kelulusan pihak atasan. Saya berkata melalui pengalaman sendiri (not me) tetapi kawan baik saya yang ibunya bekerja di dalam YS.
    ANAK RUNGUS MALANG, cuba mohon sekali lagi. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  34. Yayasan Sabah untuk rakyat Sabah tulin. Kalau ada pati yang menggunakan dokumen palsu, kitu harus mengutuk.

    ReplyDelete
  35. bebarapa orang keluarga saya telah ditaja oleh Yayasan Sabah untuk pengajian Preliminary UPM, Diploma UPM dan Ijazah UMS. Terus terang nama senarai penerima pinjaman / biasiswa tu, tiada pun orang-orang pendatang asing yang dapat? kenapa anak rungus malang ni tidak puas hati kenapa tidak jumpa sendiri orang-orang YS untuk mendapat kepastian? ramai yang tidak dapat tetapi merayu dapat pertimbangan dan diluluskan. kenapa anda tidak mahu merayu?

    ReplyDelete
  36. anda kena jumpa sendiri dengan pegawai bertugas untuk kepastian lanjut. kawan-kawan saya memberitahu saya bahawa para pegawai YS adalah orang-orang yang amat mesra dan sentiasa memberi kerjasama terhadap pelanggannya...

    ReplyDelete
  37. jangan buat spekulasi sendiri kerana setiap kenyataan yang anda keluarkan boleh dimanipulasikan oleh sesetengah pihak!

    ReplyDelete
  38. Ini perkara mestilah sabar, apapun yang kita hadapi mestilah sabar, Anak Rungus Asli,.dengar ini, pengalaman saya,.memohon biasiswa luar negara, saya sudah masuk universiti diluar negara,.bayangkanlah saya orang misikin..3 tahun saya memohon, baru berjaya,. dan saya ikut saluran yang betul,..memang saya sangat layak,..sebab itu saya berjaya memasuki universiti luar nagara yang popular,..3 tahun baru berjaya dapat biasiswa,..jadi itulah saya kasi tau sama kita Anak Rungus Asli,..jangan mudah putus asa,..memeohon terus memohon,..dan dihujung beberapa kegagalan,..saya momuriman kau akan berjaya dapat Pinjaman itu.

    ReplyDelete
  39. 3 tahun baru berjaya dapat biasiswa..?! kalau org miskin 3 bulanpun amat perit melaluinya..cakap tidak serupa bikin..buat apa YS bagi biasiswa kalu dipenghujung penggajian..!!!

    ReplyDelete
  40. Harap Anak Rungus akan berjaya mendapatkan biasiswa yang telah lama dinantikan itu.

    ReplyDelete
  41. inilah kisah yg sebenarnya~

    ReplyDelete
  42. saya sangat bersetuju ngan kata- kata di atas macam saya jugak berkelayakan tp tak dapat orang yang dpt pointer rendah dapat.

    ReplyDelete
  43. bah semoga kita ndak buat andaian tanpa bukti jgn sebab kita ndak dapat kita buat statement utk salahkan org lain. baik tunjukkan bukti mana pati yg dapat YS. even anak warganegara pun kalau slh sorg org tuanya pasport no matter how good they are academically CONFIRM ndak dapat. be matured giving excuses.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.