Thursday, September 23, 2010

Lebih 490,000 duduki UPSR tahun ini

Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) yang bermula kelmarin sehingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK©) dan 16,965 dari SJK Tamil.

Turut menduduki UPSR kelmarin ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kelainan upaya.

Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sek Keb Permatang Badak di sini, berkata beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri Ariffin Embong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.

Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya. -NST

14 comments:
Write comments
  1. peperiksaan UPSR telahpun bermula, harap pelajar dpt menjawab soalan2 dgn baik. selamat menduduki UPSR.

    ReplyDelete
  2. semoga pencapaian UPSR pada tahun ini akan mencatatkan peningkatan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Apa yang penting, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan tersebut. Buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. selamat menduduki peperiksaan dan pihak sekolah wajib memastikan perjalanan peperiksaan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan.

    ReplyDelete
  5. Semoga pelajar menduduki peperiksaan telah bersedia terlebih dahulu sebelum menduduki peperiksaan tersebut.

    ReplyDelete
  6. harap pada tahun ini lebih ramai pelajar cemarlang akan dilahirkan. selamat menduduki UPSR.

    ReplyDelete
  7. Good luck to all students who are sitting for their UPSR!

    ReplyDelete
  8. Diharap tidak ada lagi desas desus Kementerian Pelajaran sengaja merendahkan purata markah lulus.

    ReplyDelete
  9. Diharap para pelajar telah bersedia menghadapi peperiksaan dan dapat menonjolkan keupayaan menjawab kertas soalan.

    ReplyDelete
  10. Diharap dapat meningkatkan peratusan pencapaian pelajar, tetapi pelajar juga kena ada kreativiti dalam menjawab kertas soalan agar jawapan yang diberi lebih padat, tepat dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan pelajar kita semua berkualiti.

    ReplyDelete
  12. Cun2 birthday ku pula dorang exam. hehhee

    ReplyDelete
  13. Semoga pelajar dapat buat yang terbaik dalam exam & sekaligus sekaligus mencapai target:)
    Hopefully Sabah lahirkan murid yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Good Luck :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.