Thursday, September 16, 2010

SPRM DIGESA SIASAT 16 PROJEK MEGA NKRA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan segera dan membatalkan perlantikan 16 kontraktor (Jika perlantikan sudah dibuat) bagi 16 Projek Mega di bawah projek NKRA Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan membuat gesaan demikian sebagai mengulas pendedahan yang dibuat oleh Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh melalui artikel ‘KKLW Shopping Raya Guna NKRA’ yang disiarkan pada 9 September 2010.

“Kenapa SPRM suka menunggu sehingga tender di award baru mahu mengambil tindakan sedangkan pada dasarkan, langkah pencegahan lebih baik; apatah lagi dalam keadaan imej SPRM semakin merudum akibat kalah dalam semua kes berprofail tinggi di Mahkamah,” ujar Zainuddin yang menyifatkan SPRM masih mengekalkan gelaran sebagai ‘Harimau Kertas’.

Menurut Zainuddin, beliau mendapat maklumat bahawa setiap kontraktor yang bersetuju syarikat mereka dipinjam atau disenaraikan nama di dalam tender terhad telah ‘dibayar’ saguhati antara RM30,000 sehingga RM50,000 oleh Kontraktor Utama yang ditawarkan kontrak berkenaan.

“Tender terhad tersebut dipanggil sekadar memenuhi syarat. Inilah tipu helah kerajaan Barisan Nasional, terutama Menteri KKLW yang menyalahguna kuasa untuk memberikan 16 kontrak mega kepada kontraktor milik proksi dan kroninya, apatah lagi dalam usaha akhir mengumpulkan dana untuk melaksanakan misinya bagi merampas kerusi Ketua Menteri Sabah,” ujar Zainuddin yang telah menemui beberapa kontraktor yang syarikat mereka disenaraikan tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah.

Dalam pada itu, Zainuddin turut menggesa agar Kementerian Kewangan membatalkan kelulusan memanggil tender terhad kerana senarai kontraktor yang dikemukakan sekadar ‘mencukupkan korum’ dan tidak berwibawa langsung untuk menyertai 16 tender berkenaan.

Tegas Zainuddin lagi, ada kontraktor yang hanya menumpang pejabat dan tidak mempunyai kakitangan dan tidak pernah mendapat kontrak kerajaan sejak antara dua hingga empat tahun lalu.

“Jika KKLW menggunakan prosedur tender kerajaan dan Arahan Perbendaharaan, hanya kontraktor yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk ditemuduga atau disenaraikan untuk kelulusan sebelum mereka diberi borang tender,” ujar Zainuddin menunjukkan ada yang tidak kena dengan 16 Projek NKRA berkenaan.

Menurut Zainuddin, pihaknya juga mempunyai bukti bahawa projek Menaiktaraf Jalan Kibbas-Mohimboyan, Ranau telah dianugerahkan kepada UPKO melalui Datuk Saringan Gubat menggunakan salah satu daripada lapan syarikat yang disenaraikan.

“Kita turut mendapat maklumat, Projek Membina Jalan Kg Bangkahak Baru-Kg Zing, Kota Belud yang menyenaraikan sembilan kontraktor untuk menyertai tender terhad, khabarnya diberikan kepada proksi Menteri KKLW iaitu orang Mantan Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, Mastan Haji Hassan,” kata Zainuddin yang akan membuat pendedahan lanjut jika diperlukan SPRM.

Zainuddin tidak menolak kemungkinan bahawa selain 16 projek tersebut, ada lagi beberapa Projek penting NKRA KKLW yang bakal dikeluarkan dalam masa yang singkat, termasuk Projek Menaiktaraf Jalan Bambangan, Sandakan yang diberikan kepada UMNO Batu Sapi melalui Ketua Pemudanya, Khairul Firdaus Akhbar Khan dan akan dilaksanakan oleh seorang Kontraktor bernama Henry Lee.

Bagi mempastikan dakwaan Zainuddin mempunyai asas, Krew Sabahkini.net telah menjalankan kajian rambang ke atas 74 Kontraktor terpilih dan kebanyakannya sudah ‘Dorman’ kerana sudah lama tidak mendapat projek kerajaan dan bersedia untuk disewa bagi mencukupkan kouta.

Terdapat juga kontraktor ‘Bidan Terjun’ kerana Kelas C atau ‘Kelas Kambing’; tetapi disenaraikan untuk melaksanakan kerja yang hanya boleh dilakukan oleh Kontraktor Kelas A.

Agak mengejutkan apabila ada Adun dan Pembantu Menteri tidak menyedari nama mereka masih disenaraikan sebagai Pengarah dalam syarikat yang disenaraikan untuk memperolehi tender terhad atau sekadar mencukupkan korum 16 Projek Mega NKRA tersebut.

Suami Datuk Mumtaz Jaafar, ‘orang kuat kepada isteri Perdana Menteri, iaitu Domami Hussain turut mencuba nasib melalui syarikatnya, Kinabalu Handal Sdn. Bhd yang disenaraikan untuk melaksanakan kerja Projek Membina Jalan Wakuba, Tawau; Projek Membina Jalan Gonipis-Tebobon, Kiulu, Tuaran dan Projek Membina Jalan Kemabong-Marrais, Tenom bersama beberapa kontraktor lain.

Kajian hanya mengambil kira kontrak kerja yang mereka perolehi dua tahun ke belakang dan tidak mengendahkan rekod kerja selepas dua tahun lalu.

Berita Selanjutnya di Sabahkini

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

27 comments:
Write comments
  1. mungkin kerajaan atau pihak yang berkenaan perlu lakukan sesuatu bagi memastikan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah diguna pakai dalam melaksanakan segala tugas pengagihan dan pemantauan projek pembangunan di Sabah. Sabah berhak mendapat layanan sama rata dan memiliki kuasa dalam menentukan pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete
  2. I think investigation should be done anyway. There is nothing to be scared of if something is right.

    ReplyDelete
  3. KKLW janganlah salah guna kuasa yang telah diberikan. Kerana Menteri KKLW ini memang sudah dikaitkan dengan suka memberikan kepada kroninya dengan apa-apa projek. SPRM bertindaklah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. Tidak salah untuk membuka kertas siasatan terhadap kes ini. Lagipun cara sedemikian dapat membantu mengesan jenayah yang timbul ekoran dari kejadian ini.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. pekara ini perlu dijelaskan. apa pun, setiap pekara yang dilakukan perlulah telus dan membawa kebaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. KKLW perlu melaksanakan tugasnya dgn telus.

    ReplyDelete
  8. Itulah sebab mengapa kerajaan perlu memberikan projek kepada kontraktor yang benar-benar layak.

    ReplyDelete
  9. Jika sudah dapat projek tertentu sila tunaikan tanggungjawab dengan amanah, kerana sikap kontraktor banyak pihak yang akan terlibat sama.... Jika tidak mampu untuk selesaikan tugas tersebut adalah baik berhenti dan memberikan projek tersebut dikendalikan oleh orang lain yang ingin meneruskan projek tersebut.

    ReplyDelete
  10. Tender ini harus diberikan kepada mereka yang betul-betul layak saja dan bukan mereka sahabat menteri(Kroni). Harap projek ini akan berjalan dengan lancar dan tidak akan memberikan masalah pada akan datang.

    ReplyDelete
  11. Tender ini harus diberikan kepada mereka yang betul-betul layak saja dan bukan mereka sahabat menteri(Kroni). Harap projek ini akan berjalan dengan lancar dan tidak akan memberikan masalah pada akan datang.

    ReplyDelete
  12. tender projek ini sepatutnya diberikan kepada kontraktor yang benar2 layak. jgnlah salah guna kuasa untuk kepentingan diri dan kroni2.

    ReplyDelete
  13. 16 mega projects? Our money have been used for no apparent reason.

    ReplyDelete
  14. Pembahagian projek haruslah adil kepada semua kontraktor. jangan melakukan sifat berat sebelah. buat sesuatu pemilihan yang adil sehinggakan para kontraktor berpuas hati dengan pemilihan tersebut.

    ReplyDelete
  15. Baguslah ada juga pihak yang sedar dan berani memberikan maklumat. Samada betul atau tidak, siasatan terperinci serta tidak berat sebelah harus dijalankan sebelum tender mendapat letter of award. Kita tidak mahu wang kerajaan untuk membangunkan Sabah jatuh kepada org2 yang tidak sepatutnya. Patutlah Sabah 'kurang maju'.

    ReplyDelete
  16. Pendedahan ini cukup terang dan jelas, SPRM boleh bertindak dengan memangil pendedah maklumat ini.
    Tidaklah perlu menunggu sampai ada orang buat laporan.

    ReplyDelete
  17. Siasatan mesti dibuat tanpa gangguan politik. SPRM mesti berani mencabut misai harimau membuktikan pada rakyat bahawa mereka bukan harimau kertas.

    ReplyDelete
  18. Tolong siasat secara mendalam tentang perkara ini dan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  19. How they can be so careless? Those projects cost billions bro.

    ReplyDelete
  20. The truth will reveals. I hope there is no third party, come and explain the whole thing.

    ReplyDelete
  21. SPRM harus lebih proaktif. Terhidu saja ada kegiatan rasuah, siasat terus jangan beri alasan bahawa tiada laporan.

    ReplyDelete
  22. SPRM harus tegas dan amanah ketika menjalankan tugas! Tidak kiralah kontraktor tu ada kaitan dengan para menteri besar atau sesiapa sahaja tetapi tugas sebagai pelindung kepada wang kerajaan harus dilakukan! SPRM harus bertindak tanpa memihak kepada mana-mana pun!

    ReplyDelete
  23. saya setuju jika kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik harus dikenakan tindakan sewajarnya. semua kontraktor yang dipilih berdasarkan 'bulu' harus dielakkan bagi mengelakkan ketidakadilan dan masalah berpanjangan..

    ReplyDelete
  24. siasatlah apa yang dikatakan dalam artikel tu betul atau tidak...

    ReplyDelete
  25. Jika benar berlakunya penyelewengan, siasatan ini dapat menjimat jutaan ringgit dari dibazirkan.

    ReplyDelete
  26. Siasatan ini penting kerana wang yang terlibat amat besar.

    ReplyDelete
  27. Memandangka rekod SPRM menyabitkan kesalahan dalam mahkamah terhadap tertuduh amat rendah terutamanya kes-kes berprofil tinggi, kali jangan lagi ulangi 'tabiat' itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.